10 Langkah Untuk Jadi Orang Kaya

Assalammualaikum kawan-kawan. Selama ni saya banyak membaca artikel, bibliografi dan webpage berkenaan profil orang kaya dan jutawan, cara mereka mencapai status jutawan dan "mind-setting" macamana yang mereka gunakan untuk menjadi jutawan. Ada beberapa strategi dan langkah mereka yang hampir sama. Saya gariskan persamaan itu di sini. Selain itu, saya juga buat perbandingan antara antara orang kaya dan 2 lagi golongan : - Miskin - Sederhana / pertengahan Saya akan kongsikannya semuanya. Baca baik-baik, kalau boleh copy dan print terus! 10 Langkah untuk jadi Orang Kaya saya mulakan dengan.. Step 1 : Buat Keputusan Muktamad Di Minda. Kita boleh nilai diri seseorang daripada perkataan-perkataan yang digunakannya. Kata-kata yang dilontarkan dan disimpan di dalam kotak fikiran membentuk dunianya tanpa disedari olehnya. Ingat! Anda adalah apa yang anda fikirkan. Saya pernah dengar kawan saya berkata, “Saya hanya perlukan duit untuk membayar sewa rumah dan belanja makan, tu da cukup.” “Saya perlukan beberapa ringgit sahaja sebelum dapat gaji esok.” "Ala.. kerja di supermarket gaji RM400 dah boleh hidup tuu.." Kata-kata macam ni sebenarnya sering diungkapkan oleh orang “miskin” yang fokus mereka hanyalah kepada survival. Mereka ‘miskin’ kerana gagal mengurus wang dan jadi hamba wang tanpa disedari, sanggup bekerja lebih 15 jam sehari dan bila ujung bulan income pula tak seberapa. Mereka yang berfikir begini selalu bergelut dengan survival kewangan, tanpa mengira berapa banyak pendapatan yang mereka perolehi. Orang Biasa pula menggunakan ayat yang berbeza sebab mereka mempunyai idea bagaimana untuk menggunakan wang. Ayatnya lebih kurang macam ni: “Rumah kita adalah aset yang paling penting dan pelaburan hidup kita yang terbesar.” “Setiap bulan saya simpan sedikit wang untuk disimpan bagi membayar pendahuluan rumah yang dan kereta yang saya impikan.” “Hmm, dah dapat kerja bergai tetap, kira ok la. Terjamin dan ada EPF lagi." Orang biasa memberi tumpuan kepada keselesaan. Sebab itu ramai daripada mereka berkata, “Buat Apa Nak Jadi Kaya? Buat Apa Nak Pakai Kereta Mahal? Cukupla Hidup Biasa Saja.Tu kan Dah terjamin. Buat Apa Nak Kerja Kuat? Semua Kan Dah Ada” Jutawan dan orang kaya pula menggunakan perkataan yang berlainan : “Cemana kau berjaya dalam bisnes tu? modal dari rakan kongsi ka atau pinjaman?” “Saya mahu tahu mind setting yang perlu digunakan untuk jadi jutawan internet" "Apa yang perlu kita buat untuk dapatkan untung bersih sejuta ringgit? Jutawan menggunakan soalan dan perkataan yang menjurus kepada aset. Mereka tidak fokus kepada survival jangka pendek atau dari hari ke hari atau asyik memikirkan soal perbelanjaan seperti orang miskin. Mereka juga tidak tertumpu kepada keselesaan dan pemilikan liabiliti menggunakan kredit seperti golongan biasa. kebanyakan jutawan adlah rajin dan sanggup bekerja lebih. Mereka jadi jutawan kerana mereka fokus kepada pemilikan jangka panjang aset atau hartanah seperti saham, bon, perniagaan dan hartanah yang memberi hasil. (aiseh, teringat saya Azizi Ali!) Maka tak hairanlah ada orang kaya yang rela mengorbankan makan minum, gaji yang diterima setiap bulan, percutian atau keselesaan tinggal di sebuah rumah yang cantik untuk membina atau memiliki aset sebenar. Step 2 : Tetapkan Jenis Masalah Kewangan Hanya ada dua jenis masalah kewangan, tidak cukup wang atau terlalu banyak wang. Malangnya, kebanyakkan orang menghadapi masalah tidak cukup wang.Sebabnya, diorang tak bekerja lebih untuk tambahkan sumber wang! Tapi, ramai juga yang tahu bagaimana bekerja untuk mendapatkan wang, tetapi tidak tahu bagaimana mempunyai sumber tenaga dan cara membuat wang bekerja untuk mereka. Anda mesti faham, wang adalah perlu untuk mendatangkan lebih banyak wang. Anda perlu tahu apa yang harus dilakukan dengan wang lebihan itu sebelum ia menguasai anda. Kerana, kebanyakan orang berbelanja secara boros atau hanya menyimpannya (tanpa melaburkannya secara sah) di dalam bank jika ada wang lebih atau bila dah banyak wang. Anda bagaimana? Itukah yang anda mahu? Step 3 : Tulis Matlamat Anda dan Buat Apa Saja Untuk Capai Matlamat Tu. tentunya capai matlamat tu dengan cara yang halal. Jika anda telah memilih untuk menjadi jutawan (walaupun hari ini walaupun anda seorang yang tak berduit) buat rancangan dengan beberapa matlamat asas : 1.Tukar stail income anda. Selain gaji, mulakan perniagaan separuh masa. 2.Ubah stail berbelanja. Tukar perbelanjaan peribadi kepada perbelanjaan perniagaan. 3.Daftarkan perniagaan. 4.Beli aset melalui perniagaan. Kembangkan rangcangan anda, pada waktu yang sama, anda mesti bertahan untuk hidup kurang selesa buat sementara waktu. Hari ini, anda perlu bersedia untuk tidak mempunyai cukup wang, tetapi bukan miskin. Keluar dari zon selesa. Step 4 : Tetapkan Di mana Nak Buat Urusan Perbankan. Kita sebenarnya boleh bezakan golongan kaya, miskin dan pertengahan dari tempat mereka mendapatkan wang atau di mana mereka melakukan urusan perbankan. Bank bagi orang miskin ialah pajak gadai yang memberi pinjaman atas aset. Bagi golongan biasa mempunyai kewajaran kredit untuk menggunakan bank, serta simpanan dan pinjaman. Satu bentuk kredit yang popular dan amat mudah diperolehi bagi golongan ini ialah kad kredit dan personal loan. Jutawan dan Orang kaya juga menggunakan bank, tetapi mereka berurusan dengan bank-bank yang berbeza. Mereka menggunakan khidmat bank pelaburan, atau menjadi modal persendirian daripada individu-individu kaya, atau wang dari institusi-institusi lain seperti syarikat insurans atau pasaran saham. Orang kaya yang berjaya sebagai ahli perniagaan, lazimnya tidak menghadapi masalah mengumpul wang yang banyak, dan mendapatkannya pada kadar yang lebih baik. Step 5 : Bijak Pilih Kawan Dan Rakan Kongsi Salah satu sebab orang kaya menjadi lebih kaya ialah mereka bergaul di kalangan orang kaya. Kebanyakan pelaburan yang baik datang daripada rakan-rakan yang kaya, bukan daripada broker saham atau broker hartanah. Jadi, terpulang pada anda sama ada nak pilih kawan-kawan yang mempunyai aspirasi untuk menjadi kaya, yang nak hidup selesa atau sekadar meneruskan hidup sahaja. Rakan-rakan yang hanya mahu hidup selesa atau hidup cukup makan tidak akan faham mengapa anda ingin menjadi kaya, dan tanpa sedar mereka akan menurunkan semangat anda. (Sebenarnya mereka tak mau anda lebih daripada mereka, itu saja ! satu lagi... simpan rahsia ni baik-baik) Step 6 : Berniaga Secara Part Time Di Peringkat Permulaan Membina portfolio perniagaan dan pelaburan memerlukan masa. Membina perniagaan tidak seperti mencari pekerjaan. Jika bekerja dengan orang lain, anda akan dibayar gaji, tetapi jika berniaga anda mungkin tidak bergaji selama beberapa tahun. Sebab itu ada baiknya di peringkat awal digalakkan berniaga secara separuh masa. Ada pandangan menyatakan 90 peratus daripada perniagaan gagal dalam tempoh lima tahun pertama. Antara puncanya ialah kekurangan ilmu dan pengalaman. Oleh itu, dengan berniaga secara part time terlebih dahulu, anda boleh menimba pengalaman dan ilmu. Lagipun perniagaan bukanlah sesuatu yang boleh anda pelajari di sekolah. Perniagaan adalah kombinasi pendidikan formal, pengalaman dan keberanian. Kebanyakan peniaga kecil tidak mempunyai cukup modal dan pemilik perniagaan cuba menyara hidupnya dengan keluarga dengan perniagaannya yang belum kukuh. Jadi perniagaannya sering tidak cukup modal sedangkan ia memerlukan wang untuk berkembang. Step 7 : Dream BIG Hari ini anda mungkin mempunyai sedikit simpanan dan berfikir tidak ada gunanya, kerana anda tidak akan ke mana, sedangkan kawan anda mempunyai wang berjuta ringgit. Tidak mungkin anda dapat mengejarnya. Jika anda terus berfikir begitu, memang benar, anda tidak akan menempah kemajuan dalam hidup. Anda cuma membandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih berjaya, dan cuba menyanginya tetapi tidak menjadikan dia sebagai mentor, atau kejayaannya sebagai inspirasi. Impikanlah sesuatu yang lebih besar walaupun anda harus bermula dengan sesuatu yang kesil. Mempunyai impian yang besar adalah penting kerana di dalamnya terdapat bahan-bahan yang penting untuk berjaya; harapan, kemahuan, kecintaan, tenaga, kepercayaan, semangat. Inspirasi dan kreativiti. Bahan-bahan ini menjadikan hidup lebih bermakna. Ceritakan kepada orang lain mengenai impian anda itu, biar mereka mengkritiknya. Gunakan kritikan-kritikan tersebut untuk mengukuhkan keinginan anda tiu. Step 8 : Beri Tumpuan Kurangkan aktiviti yang kurang mendatangkan faedah dan beri tumpuan kepada pekerjaan yang anda ingin lakukan. Jika anda ingin mempunyai kedudukan kewangan yang baik pada masa hadapan, anda harus menginsafi kelalaian lalu dan perbetulkan kegiatan anda hari ini. Step 9: Kembangkan Perniagaan Anda Masalah dalam perniagaan kecil ialah anda harus menjalankan semua kerja sendiri kerana tidak mempunyai modal mencukupi untuk mengambil pekerja. Peniaga kecil bermula secara kecil dan terus dengan perniagaan itu. Jika anda ingin berkembang maju dan lebih besar, perniagaan atau pelaburan yang anda buat, mesti bekerja untuk anda. Satu perniagaan kecil kurang berkesan untuk menjadikan anda kaya, anda harus mempunyai lebih banyak perniagaan-perniagaan kecil itu. Mereka yang mempunyai impian kecil, berfikir secara kecil dan bekerja kecil seringkali terpaksa kerja keras dengan pulangan yang sedikit. Jadi cuba fokus, dapatkan ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin, mula secara kecil-kecilan, dan kembangkan perniagaan secepat mungkin. Dalam buku Biar Kecil Asal Berhasil, Chef Li ada meyatakan yang perniagaan kecil boleh mendatangkan pulangan besar sekiranya ia mempunyai banyak jaringan cawangan di pelbagai tempat. Lebih banyak aset yang anda miliki, berkurangan kerja yang anda perlu lakukan dan lebih banyak wang akan anda perolehi. Step 10 : Lebih Banyak Anda Berkongsi, Anda Menjadi Lebih Kaya. Jika anda tamak, kedekut atau terlalu takut untuk berbelanja, lebih lama tempoh yang akan anda ambil untuk menjadi kaya. Fokus untuk melakukan lebih banyak wang walaupun mendatangkan pulangan yang kurang, tetapi untuk lebih ramai orang. Anda perlu berkongsi kekayaan dengan orang lain seramai yang mungkin. Bermurah hatilah dan cuba berkongsi. Jika anda berbuat demikian, anda akan menjadi lebih kaya berbanding mereka yang hanya bekerja untuk diri sendiri.