101 menepis penolakan mantap -01- “saya dah dengar banyak kali tapi tak ada yang menarik”
Penolakan:
"Saya dah dengar banyak kali tapi tak ada yang menarik"
Menepis Penolakan:
Saya tak nafikan apa yang you cakap tu mungkin ada kebenarannya tapi saya nak tanya you, apa yang you katakan tak menarik tu?
Dari sudut mana yang tak menarik tu?
Syarikat ke?
Produk ke?
Pelan Pemasaran ke?
Sistemnya ke?
Saya tanya ni bukan apa, supaya saya dapat tahu dan saya mungkin boleh menjelaskan pada you. Saya tak nafikan ramai orang tidak memberikan penjelasan yang jelas tentang perniagaan ini.
Pada saya mereka mungkin fikir, kalau jelaskan secara terperinci mungkin you tak nak join so mereka tidak jelaskan secara terang dan terperinci pada you. Saya lain, pada saya, saya kena jujur dan ikhlas dengan you tentang bisnes ini, hari ini mungkin you tak pandai tapi satu hari you pasti oandai so kalau saya tipu tentu you akan tahu juga satu hari nanti. Pada saya you join ke tak join tu tidak menjadi masalah, apa yang penting you dapat penjelasan yang sebenarnya tentang bisnes ini.