101 menepis penolakan mantap -06- “awak cerita kejayaan orang, awak dah berjaya?”
Penolakan:
"Awak cerita kejayaan orang, awak dah berjaya ke?"
Menepis Penolakan:
Maaf, saya masih baru dalam bisnes ini dan saya tak dapat tunjukkan bukti kejayaan saya dan secara jujurnya saya masih merangkak dan masih belajar. Saya yakin dan percaya bahawa mereka yang dah berjaya dan bergelar jutawan pun waktu mula mula dulu menyertai bisnes ini juga seperti saya.
Tak ada orang yang berjaya di hari pertama menyertai bisnes ini, mereka juga perlu berusaha dengan gigih, sabar menghadapi dugaan dan cabaran, terus belajar dan tidak mudah kecewa dan berputus asa.
Saya juga yakin dan percaya bahawa satu hari nanti saya juga akan jadi seperti mereka, walaupun you tak join bisnes ini. Saya percaya kepada diri saya kerana sebab utama untuk berjaya bukan disebabkan oleh orang lain tapi adalah diri saya sendiri. Saya yang pilih dan tentukan samada untuk berjaya atau gagal, bukan orang lain.