101 menepis penolakan mantap -07- “saya dengar ramai yang gagal bisnes ni!”
Penolakan:
"Ramai orang cakap bisnes ini bagus tapi saya dengar ramai yang gagal"
Menepis Penolakan:
Pada saya itu perkara biasa dalam kehidupan. Bukan semua orang boleh berjaya dengan cemerlang dan bukan semua orang menemui kegagalan dalam kehidupan. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Jangan cakap bisnes inilah, apa juga aspek kehidupan ada yang gagal dan ada yang berjaya.
Saya nak tanya you, you ada tanya tak kenapa mereka gagal?
Saya nak tanya lagi, you adaj umpa dan tanya tak kepada mereka yang berjaya dalam bisnes ni?
Pada saya tak adillah kalau you hanya dengar cerita cerita orang yang gagal sahaja, you patut tanya pada orang yang berjaya dan bagaimana cara mereka jalankan bisnes ini. Kalau dengar 100% cakap orang gagal memang itulah yang kita akan ingat yang negatif tentang bisnes ini.
Tapi cuba kita bercampur dengan orang yang dah berjaya, saya pasti cerita mereka 100% positif. Sebab itulah jika kita positif tapi bercampur dengan orang yang negatif pasti kita juga akan terpengaruh untuk menjadi negatif. Tapi jika orang yang negatif bercampur dnegan orang yang positif makan saya pasti kita akan terpengaruh untuk bertukar menjadi orang yang positif.