101 menepis penolakan mantap -13- “maaflah, tengok macam kurrrreng berkualiti!”
Penolakan:
"Maaflah, saya lihat produk awak kurang kualiti"
Menepis Penolakan:
Terima kasih atas pandangan you tapi saya nak tanya beberapa soalan, you faham ke makna sebenar maksud kualiti? Macam mana you tentukan produk itu berkualiti ke tidak? You ukur kualiti dari segi apa? Harga ke? Tanda hala ke atau cop SIRIM?
Maaflah, ramai sebenarnya tahu cakap pasal kualiti tapi tak tahu makna sebenar. Kalau you faham makna sebenar kualiti, you tak akan cakap produk syarikat saya kurang kualiti. Kalau you ukur dari segi harga pada saya you silap, kalau you ukur kerana tanda halal lagi you silap sebab dah banyak yang kena tipu kerana tanda tersebut, dalam surat khabar banyak dan didedahkan pasal tanda halal ni.
Sebagai contoh, you sakit kepala dan sayapun sakit kepala, you makan ubat berharga RM500.00 dan syaa makan panadol harga 10 sen. Sakit kepala you tak hilang tapi sakit kepala saya hilang so adakah harga penentu kualiti?
Saya bukan nak tunjuk pandai tapi saya nak beritahu , pengertian atau makna sebenar kualiti ialah, cita rasa dan keserasian. Ramai orang jadi jutawan tapi mengapa ada yang pakai BMW, ada yang pakai VOLVO atau Mercedes Benz, ada yang pakai Ferrari.
Senang cakap, kita buat duit dulu dan bila duit dah banyak kta belilah produk produk yang kita rasa ada kualiti pada kita. Kalau tak ada duit, cakap pun tak guna.