101 menepis penolakan mantap -15- “tanya isteri dulu lah....”
Penolakan:
"Kalau saya ok, tapi saya kena bincang dengan isteri dulu"
Menepis Penolakan:
Kalau you nak bincang dengan isteri dulu terpulanglah kepada you. Kalau isteri you kata tak payah macam mana, sedangkan you kata you ok? Macam nilah, you ketua keluarga, sebenarnya sebagai ketua keluarga you yang buat keputusan, pada saya, kalau isteri kata "NO" tapi you kata "YES" jawapannya pasti "YES" sebab you yang bertanggungjawab untuk menentukan dan mencorakkan kebahgiaan keluarga you betul tak?
Pada saya bincang tu hanya untuk memberitahu yang you nak buat satu bisnes, itu saja. Mungkin mula mula isteri you tak faham tapi bila you buat betul betul dan nampak kejayaan walaupun sedikit saya percaya isteri you pasti akan menyokong you malah bila you duduk rumah isteri you jadi risau dan akan bertanya, abang tak keluar ke buat bisnes?
Saya rasa youpun tahu berapa ramai suami yang buat aktiviti-aktiviti malam macam pergi karaoke, dangdut, disko malah ada yang kahwin lagi satu yang bincang dan minta izin daripada isteri mereka, betul tak? Itu yang saya hairan, buat benda tak berfaedah dan yang patut bawak berbincang dengan isteri tapi tak pulak nak bincang dengan isteri........ pelik kan?