101 menepis penolakan mantap -19- “aku bukan tak mahu buat tapi aku tak ada duit......”

Penolakan:

"Aku bukan tak mahu buat tapi aku tak ada duit"

Menepis Penolakan:

aku kenal engkau bukan sehari dua dan engkaupun kenal aku bukan sehari dua, tapi dari dulu itulah alasan engkau asyik tak ada duit. Engkau rasa bila engkau nak ada duit? 2 tahun lagi? 5 tahun lagi? Atau mungkin tak akan ada duit?

Aku ajak buat bisnes ni sebab nak cari duitlah, korban sikit tak boleh? Ikatlah perut sikit bukannya lama mungkin dalam 2 minggu dah dapat balik modal tapi buat betul betul jangan main main. Macam nilah, kalau engkau nak berubah, engkau usahalah cari duit tu, aku bukan nak tipu engkau sebab aku tahu engkaupun susah. Aku ajak engkau ni sebab engkau kawan baik aku dan kita tak boleh buat sama sama.

Kalau engkau tak boleh cari RM3 ribu, engkau vari RM1500 kalau tak boleh jugak engkau cari RM500 yang penting untuk engkau mesti join bisnes ni. Aku bagi engkau 2 hari untuk cari duit tu, mana engkau nak cari engkau punya pasal. Aku tahu lagi dua hari duit sampai kat aku, itupun kalau engkau ingat aku kawan baik engkau.