101 menepis penolakan mantap -20- “bisnes ni bagus tapi tak sesuai untuk saya......”
Penolakan:
"Bisnes ni sesuai tapi tak sesuai untuk saya........"
Menepis Penolakan:
Maaf, sata tak faham kenapa you kata bisnes ni tak sesuai untuk you. You malu ke? Bisnes ni "low class" ke pada you? Bisnes yang macam mana sesuai untuk you, boleh saya tahu?
Macam nilah, pada saya yang tak berapa cerdik ni, apa juga bisnes adalah peluang yang baik untuk kita. Dalam mencari duit ni, tak kira bisnes apa (tapi yang halal). You kata tak sesuai , itu mungkin pada you, tapi mungkin tidak pada adik beradik you, kawan kawan you, so merekakan aset you kenapa you tak nak pelbagaikan aset yang you ada? You tak nak buat bisnes ni tak apa tapi boleh tak you join dan perkenalkan bisnes ni kepada adik beradik you atau kawan-kawan you dan bila mereka positif dan nampak peluang bisnes ni biar mereka bekerja untuk you (bukan you yang bayar gaji mereka, biar syarikat yang bayar gaji mereka) you duduk diam diam sahaja terima duit, kerja you hanya perkenalkan bisnes ni sahaja kepada kawan kawan you. Takkan itupun you tak boleh buat.
Kalau you masih tak boleh buat apa yang saya cadangkan, saya minta you berikan pada saya 3 atau 5 nama dan nombor telefon kawan kawan you untuk saya jumpa dan berkongsi peluang bisnes yang saya ada pada mereka.