101 menepis penolakan mantap -22- “saya minat, tapi syarikat ni bukan orang melayu punya......”

Penolakan:

"saya minat, tapi syarikat ni bukan orang melayu punya........"

Menepis Penolakan:

Memang betul, saya pun fikir macam tu juga tapi saya rasa melayu ke bukan melayu ke bukan masalah kalau ada peluang bisnes yang baik untuk dapat duit banyak apa salahnya, yang penting kita tak tipu orang. Kalau syarikat melayupun kalau asyik buka tutup – bukan tutup macamana kita nak maju, bukan saya tak sokong syarikat melayu, sebelum inipun banyak juga saya sertai bisnes yang tuan punya syarikat orang melayu tapi akhirnya tutup bila dah tutup impian sayapun turut berkubur.

Satu lagi saya rasa tak salah kita berurus niaga dengan orang bukan islam sebab nabi besar junjungan kitapun berurus niaga dengan orang bukan islam, jadi kat mana masalahnya? Saya ada tanya-tanya juga pasal hal ini pada beberapa orang yang saya kira arif tentang hal hal agama, mereka kata tak adapun satu ayat dalam al-quran atau hadis yang melarang orang islam untuk berurusniaga dengan orang bukan Islam. Kalau nak ikutkan kita orang melayu ni susah bak hidup sebab ramai yang menjalankan perniagaan bukannya orang melayu. Nak barang murah pergi supermarket, supermarket tu siapa punya? Nak beli baju pergi kompleks beli belah, kompleks tu siapa punya? Nak makan ayam pergi KFC, KFC tu siapa punya? Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lalui setiap hari dalam kehidupan.

You fikirlah baik baik, ramai orang-orang yang cerdik pandai agamapun join bisnes ni, kita buat benda betul dan satu lagi, saya sama warna kulit, sama bangsa dan sama agama dengan you, marilah kita sama sama bangunkan bangsa kita dan saya nampak bisnes ni salah satu cara untuk kita mencapai impian kita.