101 menepis penolakan mantap -23- “bisnes macam ni dah banyak saya join tapi tak jadipun......”

Penolakan:

"Bisnes macam ni dah banyak saya join tapi tak jadipun......"

Menepis Penolakan:

Betul kata you, sayapun dah banyak buat, ada yang berjaya walaupun taklah hebat mana dan banyak juga yang gagal, baru nak berjaya syarikat pulak tutup. Join lagi, join lagi, lepas satu, tapi saya tak pernah kecewa dan putus asa bila saya gagal sebab saya kaji kenapa saya gagal, akhirnya saya dapat jawapan bahawa, kegagalan saya adalah disebabkan salah saya sendiri bukan kerana orang lain.

Saya tak buat kerja yang mesti saya buat, saya lupa bahawa ini bisnes saya sendiri. Saya tak datang 'meeting', kursus saya tak masuk, tak nak ambil tahu sangat tentang syarikat, tentang pengurusan, tentang sistem, tentang produk dan macam macam lagi yang saya tak nak ambil tahu. saya buatpun macam nak tak nak, kejap buat kejap tak nak, kejap buat kejap tak buat dan satu lagi saya terlalu bergantung kepada orang atas saya. Bila saya dah dapat jawapan kenapa saya gagal, saya buat bisnes yang saya buat sekarang ni betul betul dan saya tak mahu ulangi kesilapan yang saya buat dulu.

Saya percaya kepada satu perkara dalam hidup, rezeki di tangan tuhan, kita berusaha sahaja Tuhan yang tentukan. Saya juga berpegang kepada prinsip Jepun kuno, "Janganlah anda takut jika jatuh berjuta kali, tapi anda harus takut jika tidak mampu bangun kembali daripada satu kejatuhan"

Saya rasa kita sama sama adai mpian, tak salah you sekali lagi, mana tahu mungkin kali ini kejayaan berpihak kepada you, siapa tahu. tak payah besar-besar, you mula mula kecil kecil dahulu ta[i kalau you yakin tak salah mula dengan modal besar lebih kurang RM3 ribu saja dan kita buat sama sama.