101 menepis penolakan mantap -24- “Kalau direct selling ke, MLM ke, tak payah, aku tak nak dengar......”

Penolakan:

"Kalau direct selling ke, MLM ke, tak payah, aku tak nak dengar......"

Menepis Penolakan:

Eh.... engkau ni kenapa? Aku datang nak belanja engkau minum, kan satu peluang engkau dapat minum free.

Jangan terus bercakap tentang peluang bisnes yang you ada. (sebab dia bukan kepala batu tapi dalam kepala dia ada batu) so you tanyalah tentang keadaan dia sekarang, tanya tentang perkembangan kawan kawan lama kot-kot dia tahu. Just cerita sikit tentang perkembangan you tapi jangan sentuh bab bab bisnes you. Ingat! Dalam kepala dia ada batu.

Dalam masa yang sama cuba buat telefon pada rakan niaga atau downline you, tanya perkembangan bisnes mereka, "semalam berapa? (buat buat tak dengar), 7 kedai, alhamdulillah, tahniahlah, esok adalah tu dalam 200 lebih." Saya pasti bila dia dengar perbualan tersebut pasti perasaan tertanya tanya mula datang dalam kepala dia. You buat tak reti saja, terus berbual yang tiada kena mengena dengan bisnes you. Saya pasti akan datang ketikanya yang dia akan tanya you bisnes apa you buat sekarang. Ok, peluang dah datang jangan lepaskan – jangan lepaskan. Batu dalam kepala dia dah mula nak cair.

Takpelah, bisnes yang aku buat adalah bisnes yang engkau tak mahu dengar so buat apa aku nak jawab soalan engkau. Bagi aku hanya siapa yang nak dengar dan join je aku cerita, aku malas nak bazirkan masa engkau dan masa aku je. Assalammualaikum....

You rasa apa jadi dengan prospek you selepas you beredar? Jawapannya ialah batu dalam kepala dia semakin cair – semakin cair – semakin cair.... pasti dia akan telefon you.