101 menepis penolakan mantap -35- “bisnes ini bagus, tapi saya was-was dari segi hukum agama”

Penolakan:

"bisnes ini bagus, tapi saya was-was dari segi hukum agama"

Menepis Penolakan:

saya hormati perasaan you, sebab bila melibatkan soal soal agama ni kita perlu berhati hati. Sayapun ada perasaan yang sama macam you. Bila kawan saya bawa saya pergi preview bisnes ni saya lihat ramai yang berjubah dan berstatus haji hadir dan ada yang menyertai bisnes ini. Malahan ada penceramahnya terdiri daripada mereka yang berkelulusan dalam jurusan syariah baik daripada dalam negeri mahupun luar negeri. Saya juga bertambah yakin bila diberitahu bahawa ada juga dikalangan isteri dan anak anak mufti sebuah negeri menyertai bisnes ini.

Saya rasa itu sudah cukup menyakinkan saya malahan saya bertambah yakin bilamana lebih 30 tahun bisnes seperti ini berada di Malaysia, tiada satu fatwapun yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa umat Islam tidak boleh menyertai bisnes seperti ini kerana ia bertentangan dengan hukum agama.

Kalau ada saya adalah orang pertama yang tak akan melibatkan diri dalam bisnes ini. Jika you nak penerangan lanjut, saya boleh bawa you ke pejabat dan you boleh tanya kepada mereka yang lebih arif.