101 menepis penolakan mantap -37- “saya masih belajar, macam mana saya nak fokus bisnes ni?”
Penolakan:
"saya masih belajar, macam mana saya nak fokus bisnes ni?"
Menepis Penolakan:
sebab you masih belajarlah saya ajak you sertai bisnes ni. betul, nak berjaya kena fokus, tapi jika kita tahu gunakan masa itu bukan satu masalah besar sebab kita yang tentukan masa kita, jangan biarkan masa yang tentukan kita, ramai orang silap kat sini.
Bisnes ni tak tuntut masa yang lamapun, sehari 1 atau 2 jam takkan tak boleh? Daripada you dok lepak lepak baik buat bisnes ni, you ada advantage sebenarnya, 1 sebab you pandai komputer, ke 2 you ramai kawan dan ke 3 you masih muda. Pada saya bila ketiga tiga elemen ini you gunakan pada landasan yang betul, pasti you boleh mencapai kejayaan.
Satu lagi saya mahu you buat persediaan awal setelah you habis belajar nanti. Youpun tahu tahap pengangguran di Malaysia berada pada tahap merunsingkan. Ramai lepasan universiti masih tidak dpat kerja, so bila you buat bisnes ini sekurang kurangnya you tak risau lepas habis belajar nanti dan dalam pada buat bisnes ni you bolehlah cari kerja yang bersesuaian dengan kelulusan you.
Dalam bisnes ni ramai pelajar yang melibatkan diri dan ada di antara mereka yang sudah berjaya, bukan berjaya sikit sikit malah ada yang dah mampu beli rumah dan berkereta mewah contoh antaranya Ahmad Shazwan. Pada saya mereka sama macam you. –masih belajar.
Saya akan bantu dan tolong you menjalankan bisnes ni.