101 menepis penolakan mantap -39- “bisnes ni kayakan bangsa asing, tokey dia kan cina”
Penolakan:
"bisnes ni kayakan bangsa asing, tokey dia kan cina"
Menepis Penolakan:
Betul tokey dia cina, tapi apa salahnya jika bisnes ni boleh buat kita senang dan kaya? Sebelum nipun saya berfikiran macam you juga, saya buat bisnes dengan tokey melayu sebab semangat melayu tu kuat, akhirnya saya kecundang juga sebab company lingkuup. Kelemahan orang melayu ialah bila mata mereka naik juling bila tengok duit banyak, mulalah nak berebut dan bergaduh sesama sendiri. Akhirnya siapa jadi mangsa, kita juga yang jadi mangsa, kena marah, kena maki dengan orang orang yang kita bawa buat bisnes tu, orang jarang salahkan syarikat, tapi mereka salahkan siapa yang memperkenalkan.
Islampun tak halang kita untuk berurus niaga dnegan orang bukan islam, nabi dulupun tak berurus niaga tak kira bangsa dan agama, apa yang penting perniagaan itu sah dan tidak menyalahi undang-undang begara serta undang undang agama.
Saya sendiri seronok bila lihat terlalu ramai orang orang melayu yang berjaya dalam bisnes ini. Susah saya nak lihat di company lain, bukan tak ada orang melayu yang berjaya, tapi jumlahnya terlalu sedikit tidak seeprti company yang saya perkenalkan ini, kalau tak percaya jom ikut saya dan lihat dengan mata you sendiri. Pada saya kalau bangsa asing boleh menjadikan diri kita berubah kearah yang lebih baik apa salahnya daripada bangsa sendiri yang kebanyakkannya pentingkan perut sendiri dengki khianat, cemburu dan irihati melihat kejayaan bangsa sendiri, youpun tahu – namanyapu norang melayu penerima pingat PHD (Pingat Hasad Dengki) paling ramai di dunia. Takkan kita nak jadi salah seorang daripada penerima pingat PHD tersebut.