101 menepis penolakan mantap -45- “Syarikat you baru 4 tahun, boleh pergi jauh ke”

Penolakan:

"Syarikat you baru 4 tahun, boleh pergi jauh ke"

Menepis Penolakan:

Pada saya bukan soal 3 tahun ke atau 30 tahun ke, apa yang penting adalah kredibiliti atau siapa yang menguruskannya. Ada juga syarikat lebih 10 tahun tapi masih tak dapat melahirkan ramai jutawan. Betul, syarikat tu masih ada dan wujud, tapi berapa ramai yang berjaya jadi jutawan? Orang sekarang lihat pada bukti bukan cakap cakap kosong tentang visi dan misi syarikat yang yang tidak jelas atau kabur.

Saya yakin bahawa syarikat saya ni boleh pergi jauh, pertama kerana pengalaman yang ada pada pasukan pengurusannya, kedua kerana dalam masa 3 tahun telah terlalu banyak perubahan yang syarikat lakukan demi untuk memajukan ahli ahlinya, ketiga kerana dalam setahun ada 365 hari dan syarikat menyediakan lebih 1000 kursus dan bengkel latihan, keempat kerana sejak hari pertama lagi sehingga sekarang syarikat tidak pernah gagal kotakan janjinya temasuklah tidak pernah gagal membayar bonus kepada ahli yang layak dan kelima kerana syarikat ini telah menerima berbagai anugerah dan pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia dan juga pihak pihak lain baik dari dalam negeri mahupun luar negeri.

Saya memang yakin bahawa syarikat ini boleh pergi jauh, sebab itu saya tidak ragu ragu atau malu untuk perkenalkan bisnes ini kepada you.