101 menepis penolakan mantap -47- “Bukan tak nak join, tapi modal tak cukup, saya kalau nak join saya nak ambil yang besar sebab impian saya besar”

Penolakan:

"Bukan tak nak join, tapi modal tak cukup, saya kalau nak join saya nak ambil yang besar sebab impian saya besar"

Menepis Penolakan:

Semua orang mempunyai impian yang besar, termasuk saya. Ramai juga orang yang merana kerana masuk sikit keluar banyak. Gaji RM2000 sebulan, tapi belanja RM3000 sebulan, mana tak sengsara. Itu yang sampai sekarang hutang kad kredit tak pernah selesai, duit plastik mana nak rasa.

You boleh mulakan dengan modal yang rendah, bila bisnes dah untung, you bolehlah tambah modal you (tambah kedai perniagaan IBC). Kalau nak tunggu cukup duit, saya yakin you tak akan join bisnes ni atau apa apa bisnes sekalipun, sebab itulah antara alasan alasan yang sudah terlalu biasa diberikan – duit tak cukup.

Saya hanya cadangkan pada you, buat tindakan sekarang dan mulakanlah bisnes ni dengan modal yang rendah dulu, kemudian you usaha bersungguh sungguh dan masa yang sama you cari duit untuk tambah kedai (IBC). Yang penting you dah mulakan bisnes ni. saya akan bantu dan sokong you dalam bisnes ni ok ke ok?