101 menepis penolakan mantap -50- “Ramai orang janji nak tolong, tapi bila dah join mereka buat tak tahu”
Penolakan:
"Ramai orang janji nak tolong, tapi bila dah join mereka buat tak tahu"
Menepis Penolakan:
Itu orang, bukan saya, saya tak akan janji gunung dan intan permata pada you hanya semata mata nak ajak you join, pada saya you tak joinpun tak apa. Saya akui ramai yang macam tu, janji itu janji ini tapi habuk pun tak ada.
Saya tak sanggup gadaikan maruah saya hanya kerana ambil 1000 atau 2000 duit orang. Dunia ni bulat, Malaysia pun bukanlah besar sangat, lambat laun kalau umur panjang kita akan bertemu jugasuatu hari nanti. Kalau saya tipu sudah pasti you akan menyumpah nyumpah saya, nama saya akan jadi buruk sedangkan bisnes ni periuk nasi saya untuk menyara isteri, anak anak dan keluarga saya.
Sebab itulah, saya minta maaf terlebih dahulu kalau kata kata saya ni menyinggung you atau membuat you terasa. Kalau you nak tahu, suatu waktu dulu, saya adalah sebangsat bangsat dan sehina hina manusia di atas mukabumi ini, you nak tahu kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya tidak menunaikan janji yang telah saya buat pada diri sendiri. –saya tipu diri sendiri!
Saya tak mahu jadi manusia bangsat dan hina lagi. Bila saya kata saya janji akan tolong, saya akan pastikan saya tolong dan dalam masa yang sama you juga kena berusaha untuk belajar tentang bisnes ni. you percaya dengan saya atau you yakin dengan saya, yang mana satu? OK, kalau macam tu bertindak sekarang, kita buat sama sama bisnes ni dan jangan tunggu lagi, percayalah bisnes ini tidak merugikan you. You nak pakej yang mana? Boleh bayar sekarang?
(kalau prospek nampak masih susah nak buat keputusan)
Oklah, you bayar sekarang dan mulakan dengan pakej yang kecil dulu, yang penting you buat. Ini borang, you isi, hari ni juga saya daftarkan keahlian you dan you dah boleh mula perkenalkan bisnes ni kepada kawan kawan you.