101 menepis penolakan mantap -54- “Saya mungkin boleh buat, tapi kawan-kawan dan orang lain belum tentu”
Penolakan:
"Saya mungkin boleh buat, tapi kawan-kawan dan orang lain belum tentu"
Menepis Penolakan:
Kita jangan sesekali membuat andaian yang kjita sendiri tidak pasti. Ramai orang selalu suka untuk membuat andaian. Cuba you lihat Genting Highland, siapa percaya yang mendiang Tan Sri Lim Goh Tong boleh membangunkan sebuah pusat peranginan dan percutian di tempat yang orang tidak pernah terfikir masa itu, ramai yang kata dia gila dan hilang akal. Hari ini you lihat, apa dah jadi dengan puncak bukit tu?
Waktu kerajaan umum nak usahakan projek angkasawan, ramia yang tertawakan dan memperlekehkan idea dan usaha tersebut, tetapi hari ini, kita dah berjaya buktikan bahawa MALAYSIA BOLEH! dan sebagai rakyat Malaysia kita patut merasa bangga dengan Datuk Sheikh Muzaffar, lebih lebih lagi beliau anak Melayu!
Sebab itu kita jangan buat andaian sebelum kita mencuba. Apa yang penting ialah, kita buat dulu! Saya yakin dan percaya, dari cara you bercakap, you mampu buat bisnes ni dan mencapai kejayaan.