101 menepis penolakan mantap -55- “Saya dah malas nak buat bisnes macam ni, kerja penat dan masa banyak terbuang, tapi untung tak seberapa”

Penolakan:

"Saya dah malas nak buat bisnes macam ni, kerja penat dan masa banyak terbuang, tapi untung tak seberapa"

Menepis Penolakan:

Kerja apapun penat jika kita tidak tahu cara dan masapun banyak terbuang jika tidak tahu gunakan dengan betul. Samalah juga dengan bisnes ni, sebab itu saya buat bisnes ni tak macam orang lain buat, saya suka pergi dengan kelainan bukan pergi dengan harapan.

Bila jumpa prospek kita kena perkenalkan dengan cara yang mudah difahami dan terus kepada apa yang prospek mahu. 99.9% prospek yang jumpa kita sudah tahu tujuan mereka berjumpa kita – bisnes. Jadi bila cakap tentang bisnes ini, mereka tentu ingin tahu keuntungan yang mereka akan dapat daripada bisnes tersebut. So, cerita je tentang marketing plan, kecuali prospek yang minta kita terangkan tentang produk atau lain lain. ingat! 99.9% manusia sukakan duit!

Kebanyakan kita banyak buang masa cakap perkara-perkara yang tidak begitu penting walaupun ianya patut diberitahu kepada prospek seperti, terlalu detail tentang syarikat, pengurusan syarikat, produk dan sebagainya. Hinggakan kadang-kadang kita tidak sedar yang kita syok sendiri – prospek kita tak faham-faham juga. Bisnes ni kan dah advance (e-commerce bisnes) sebab itu kita kena pandai guna masa yang begitu terhad, terutama yang buat bisnes ni secara sampbilan (part time).

You join bisnes ni, saya akan tunjukkan cara kerja yang paling mudah dan tak banyak buang masa, tetapi pulangannya lumayan dan berbaloi dengan usaha yang you buat. Ok ke ok?