101 menepis penolakan mantap -56- “Saya cari bisnes yang mudah, MLM ni saya rasa susah”

Penolakan:

"Saya cari bisnes yang mudah, MLM ni saya rasa susah"

Menepis Penolakan:

Mana ada bisnes yang mudah, semuanya perlu bermula daripada susah baru datang kesenangan. Bukan you sahaja cakap MLM ni susah, ramai orangpun cakap macam you, tapi bila saya terangkan tentang bisnes MLM, baru mereka sedar apa yang mereka fikir selama ini salah dan kebanyakkan mereka yang dah pernah buat MLM mengakui bahawa kegagalan mereka adalah disebabkan diri mereka sendiri.

Kalau sesiapa yang nak join bisnes MLM ni, tak kiralah apa syarikat sekalipun, jika mereka nak "duduk diam dapat duuit (4D)" lebih baik lupakan sahaja dan jangan join. Nanti bila gagal akan salahkan orang lain. saya nak tanya satu soalan dekat you, you rasa, kalau bisnes ni susah, macam mana ramia jutawan lahir daripada bisnes ni? you mungkin rasa susah sebab selama ini bila you buat you tak dapat bimbingan yang betul daripada pemimpin you atau syarikat kurang menyediakan kelas kelas bimbingan, kursus, kursus dan seminar, sebab itu you rasa susah. Susah datang bila kita kurang ilmu dan ilmu yang paling baik datang daripada pengalaman kita melakukan sesuatu dengan tekun dan bersungguh sungguh tanpa kenal erti kekecewaan dan putus asa.

Saya akan bantu dan sokong you dalam bisnes ini. Saya nak you lupakan pengalaman pahit you yang lalu, jom join saya dan kita bina impian kita bersama sama. You cuba bisnes ni dan you try dulu. You nak buat sekarang atau you nak bertindak sekarang?