101 menepis penolakan mantap -64- “saya kerja kilang, siapa yang nak yakin dan percaya kat saya?”

Penolakan:

"saya kerja kilang, siapa yang nak yakin dan percaya kat saya?"

Menepis Penolakan:

You lihat Azmi. Azmi pun sama seperti you. Diapun kerja kilang, tapi kenapa dia boleh berjaya? Jawapannya mudah saja, sebab dia pilih untuk menjadi orang yang berjaya.

 

Orang bukan lihat apa kerja kita, tapi mereka lihat pada keikhlasan, kejujuran dan amanahya kita dalam melakukan sesuatu, apatah lagi dalam bisnes yang melibatkan duit dan kepercayaan. Kadang kadang orang yang kita jumpa lebih tinggi pelajaran dan kerjapun bagus daripadak ita, tapi otak dan cara mereka berfikir ebih teruk daripada kita.

 

Ada juga orang yang kita jumpa tak minat dengan bisnes kita, tapi mereka akan memberikan sokongan kepada kita bila mereka melihat kesungguhan kita untuk mengubah kehidupan dengan berikan nama nama kawan kawan mereka untuk kita hubungi atau mereka sanggup keluarkan modal untk adik-beradik menjalankan bisnes ni. sebab itu you jangan rasa rendah diri. You patut rasa bangga dengan keutusan you untuk bisnes ni pada hari ini.

 

Saya akan bantu you, jangan takut dan jangan malu. Saya tahu you hebat Cuma you sahaja yang tak sedar kehebatan diri you.