101 menepis penolakan mantap – 75 – “Pakcik tak reti, ada anakpun tak minat berniaga”
Penolakan:
"Pakcik tak reti, ada anakpun tak minat berniaga"
Menepis Penolakan:
Pakcik tak reti, tak apa, yang penting pakcik minat untuk mencuba, itu sudah cukup membanggakan saya kerana dalam usia pakcik sekarang, pakcik masih ingin terus mencuba untuk mengubah kehidupan pakcik, tak seperti budak budak muda sekarang, asyik suka dok melepak buang masa dan tak habis habis menyusahkan mak bapak dari kecil sampilah dah besar panjang.
Pakcik buat je perlahan lahan, saya akan bantu ajar pakcik, pakcik ada kawan kawankan, jadi pakcik cerita je, kalau mereka nak tahu lebih lanjut, saya akan datang terangkan. Bila mereka masuk, saya letakkan bawah pakcik, pakcik hanya cakap kat kawan kawan pakcik, 'aku baru masuk satu bisnes, tapi aku nak terang tak pandai sebab aku baru masuk, aku tengok ramai yang dah dapat $$$$, orang orang yang sama baya dengan kitapun ramai yang dah masuk dan berjaya'. Itu sahaja yang pakcik cakap kat mereka.
Bab anak anak tak minat, itu masalah kecil pada saya. Mereka mungkin tak faham tentang bisnes ni lagi, saya percaya bila anak anak pakcik faham tentu mereka akan buat dan sama sama tolong pakcik buat bisnes ni. pakcik masuk sekarang dan lepas tu baru saya jumpa anak anak pakcik dan saya akan terangkan pada mereka. Bila pakcik dah masuk, senang saya nak buat mereka terpaksa jadi minat.