101 menepis penolakan mantap – 77 – “aku bukan tak minat, tapi aku takut bisnes tak kemana, modalpun lesap sebab bisnes macam ni aku pernah buat dulu, habukpun tarak”
Penolakan:
"aku bukan tak minat, tapi aku takut bisnes tak kemana, modalpun lesap sebab bisnes macam ni aku pernah buat dulu, habukpun tarak"
Menepis Penolakan:
Dulu tu bila? Engkau masuk syarikat apa? Siapa perkenalkan bisnes tu kat engkau? Sebelum engkau join bisnes tu, ada tak engkau selidik dulu latar belakang syarikat? Latar belakang pengurusan? Dah ramai ke orang yang berjaya? Berapa ramai jutawan yang dah dilahirkan? Syarikat pernah dapat pengiktirafan ke dari mana mana pihak?
Semua ni engkau kena ambil tahu sebelum engkau join. Bisnes yang aku nak engkau join ni aku dah selidik dulu, kemudian baru aku join, akupun tak nak buat bisnes mengarut dan merugikan aku. Lagi satu, aku tak nak engkau putus kawan dengan aku hanya kerana bisnes.
Aku nak engkau join bisnes ni dan kita buat sama sama, sekurang kurangnya dalam waktu terdekat ni dapat pulang modal dulu. Engkaupun bukan tak kenal aku, engkaupun tahu rumah aku, jom pergi ke HQ (centre) dan daftar serta bayar kat sana.