Phyton eat a pregnant ewe

Media_httpphotos1blog_xschi
A python sits on a road after swallowing a pregnant ewe in the village of Kampung Jabor, about 200 km (124 miles) east of Kuala Lumpur, on September 5, 2006. The six-metre reptile weighing 90 kg (198.5 lbs) was too laden to move, making it easy for firemen to capture it, said a local daily newspaper. Picture taken September 5, 2006. MALAYSIA OUT NO ARCHIVE NO SALES REUTERS/Stringer (MALAYSIA)

Krisis SIKAP di Institusi kesihatan..

MENGAPA HARUS BEGINI?"Emak awak mesti menjalani pembedahan craniectomy!", itulah kata doktor pakar tempat saya merujuk kes emak. Nama craniectomy itu sudah cukup menggerunkan saya. Tempurung kepala emak saya akan ditebuk untuk merawat bahagian yang sakit. Selepas itu tulang yang telah ditanggalkan itu tidak akan dipasang semula. Bahkan bahagian yang berlubang itu hanya akan ditutup dengan kulit kepala semata-mata. Aduh, tak terbayang hendak melihat emak derita. Saya termenung. Semuanya bermula sejurus selepas kepulangan saya ke Malaysia. Semasa itu emak saya mengadu yang dia sering mengalami sakit kepala yang teruk. Kadang-kadang sampai menggigil dan berpeluh. Katanya, bilik tidur kadang-kadang seperti berpusing dan emak selalu rebah.

Abang-abang sudah berusaha membawa emak ke klinik. Selalunya, doktor di klinik akan memberikan emak saya tiga jenis ubat iaitu ubat penahan sakit, ubat angin dan ubat jalan darah. Maklumat-maklumat itu sungguh tidak membantu. Saya pergi ke klinik yang selalu emak kunjung untuk bertanya tentang jenis ubat yang diberikan selama ini kepada emak saya tetapi doktor terbabit enggan memberitahu. Saya melihat, motifnya ialah supaya saya tidak ke farmasi untuk membeli sendiri ubat tersebut. Inilah bahananya apabila sistem di Malaysia membenarkan doktor merawat dan membuat diagnosis di klinik serta menjual sendiri ubat sedangkan farmasi adalah disiplin ilmu yang berlainan. Malah di sana akan berlaku pelbagai conflict of interest kerana doktor sepatutnya memberi ubat yang paling berkesan dan murah, dan bukannya yang menjanjikan komisen dari syarikat pengeluar ubat terbabit.
Geram sungguh saya dengan respond klinik tersebut. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membawa emak ke sebuah hospital pakar swasta. Di situ, emak saya dirujuk ke klinik ENT (Ear, Nose and Throat). Pelbagai ujian beserta CT Scan dan MRI diadakan. Wang sudah keluar beribu ringgit dan akhirnya kami tiba ke suatu konklusi iaitu emak saya mengalami sejenis penyakit yang disebut sebagai chronic suppurative otitis media (CSOM) iaitu jangkitan bakteria yang kronik di telinga tengah. Ia telah menyebabkan struktur telinga emak rosak, di samping lapisan tempurung kepala yang turut terjejas. Jangkitan juga telah merebak ke pelbagai struktur nerve dan ia telah menyebabkan lidah emak menjadi agak senget. Apa yang pasti, telinga kanan emak sudah tidak boleh mendengar lagi.Saya berasa sangat sedih. Kes emak telah dirujuk ke bahagian neurology dan akhirnya doktor pakar terbabit telah mencadangkan agar emak saya menjalani pembedahan kepala yang disebut sebagai craniectomy dengan belanja RM9 ribu ringgit. Oleh kerana emak sudah tidak berdaya menanggung sakit, beliau dengan berat hati menyatakan persetujuannya untuk menjalani pembedahan tersebut. Akan tetapi, saya bertekad untuk mendapatkan pandangan kedua di dalam hal ini.
Syukur Alhamdulillah, isteri saya seorang doktor dan kami pula hidup bertahun-tahun di dalam masyarakat perubatan di Ireland. Ramai kawan yang kini sudah menjadi doktor pakar dan mereka memberikan pelbagai pendapat. Melalui beberapa orang rakan, saya membawa ibu ke sebuah hospital universiti di Kuala Lumpur. Ibu saya dirujuk ke bahagian ENT. Namun, hasil bacaan mereka kepada imej CT Scan dan MRI, mereka menjadi keliru. Tambahan pula emak saya tidak demam dan tidak berasa sakit, kecuali ketika diserang pening kepala tersebut sahaja. Akhirnya doktor pakar dari pelbagai jabatan berkumpul dan mengadakan mesyuarat.Mereka sampai kepada keputusan bahawa emak saya tidak perlu menjalani pembedahan craniectomy yang berisiko tinggi itu. Cukup sekadar rawatan intensif antibiotic infusion (drip) selama kira-kira 6 minggu. Emak saya perlu menerima antibiotik CIPROBAYR (ciprofloxacin) selama sekurang-kurangnya 6 minggu.Syukur Alhamdulillah pembedahan tersebut dapat dielakkan. Maka pada bulan Ramadhan itu, yang merupakan Ramadhan pertama saya di Malaysia selepas 11 tahun merantau di luar negara, saya berulang Ipoh ke KL hampir tiga kali seminggu. Ketika itu isteri saya pula baru sahaja melahirkan anak kami yang kedua dan saya sentiasa berada di dalam keadaan tersepit antara isteri dan anak-anak di Ipoh dengan emak yang sedang terlantar di hospital berkenaan di KL. Sepanjang berada di hospital tersebut, pelbagai insiden berlaku. Saya diberitahu oleh pihak hospital bahawa emak saya perlu menjalani Gallium Scan iaitu prosedur imbasan yang dilakukan dengan cara memasuk sejenis bahan radioaktif Gallium ke dalam tubuh emak saya. Tujuannya adalah untuk mengukur tahap keberkesanan antibiotik tersebut. Namun, stok Gallium di Jabatan Perubatan Nuklear sudah habis dan ia perlu dipesan dari England. Ibu saya dikehendaki membayar pesanan tersebut yang mencecah hampir RM2000.
Abang saya cuba bertanya kepada jururawat tentang Gallium Scan tersebut. Sekadar ingin mengetahui komplikasinya. Tetapi jururawat telah membalas soalan abang saya dengan sindiran yang cukup menyinggung perasaan. Ketika doktor membuat ward round, jururawat terbabit berkata, "hah, inilah dia orangnya doktor. Tanya ini, tanya itu. Doktor cubalah terangkan kepada dia." Biadap sungguh jururawat tersebut yang memuncungkan bibirnya sambil jari menunding ke arah muka abang saya.Saya juga berasa amat terkilan kerana beberapa pagi dalam seminggu, doktor pakar runding (consultant) akan datang ke katil emak saya bersama pelajar-pelajarnya. Mereka bercakap di dalam Bahasa Inggeris sehingga meresahkan ibu saya. Good Morning tiada, salam jauh sekali.

Tiba-tiba sahaja consultant tersebut berkata, "makcik, jelirkan lidah!". Pelajar-pelajar tersebut akan membelek-belek lidah emak saya sambil mendengar penjelasan doktor.Saya tidak dapat membayangkan betapa hinanya emak saya diperlakukan sedemikan rupa. Setaraf tikus putih di makmal sahaja gayanya. Semasa saya dirawat di hospital di Ireland, setiap kali doktor atau jururawat datang ke katil saya, mulut mereka begitu manis dan ringan untuk mengucapkan kata-kata yang mempamerkan nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Apalah salahnya jika diminta izin terlebih dahulu dan selepas pemeriksaan selesai, ucapkan terima kasih kepada emak saya kerana mahu bekerjsama.
Memanglah emak saya hanya orang kampung, tetapi ia bukan alasan untuk doktor tersebut berlaku biadap. Apatah lagi di hadapan pelajarnya. Secara tidak langsung dia mengajar etika negatif itu kepada anak-anak muridnya dan tunggu sahaja 10 tahun dari sekarang, pelajar tersebut akan meneruskan tradisi buruk itu selepas bergelar doktor.Tidak cukup dengan itu, tragedi bersiri terhadap sikap petugas hospital kepada emak berlarutan di Jabatan Radiologi. Oleh kerana tangan emak saya sudah bengkak-bengkak dan tidak lagi mampu menerima antibiotic infusion (drip), maka emak saya dikehendaki menjalani suatu prosedur ringkas angioplasty untuk menanam satu tiub di dalam lengan emak saya. Tiub ini akan digunakan untuk memasukkan antibiotik kerana emak saya akan menjalani rawatan tersebut untuk tempoh 3 minggu lagi. Saya bergegas datang dari Ipoh sebelum subuh lagi, kerana emak saya dijadualkan untuk menjalani rawatan tersebut pada jam 8:30 pagi. Setibanya di hospital, saya menyorong emak ke Jabatan Radiologi dan kami menunggu giliran di kerusi yang disediakan. Saya menjenguk senarai nama pesakit di bilik rawatan tersebut. Nampaknya hanya ada tiga orang pesakit yang akan menjalani prosedur angioplasty dan emak saya di giliran yang kedua. 09:30... 10:30... 11:30... Wah, selepas tiga jam menunggu, tiada sebarang khabar berita. Emak saya sudah mula pening kerana keletihan duduk di atas kerusi roda. Saya mula panas hati dan menjenguk ke kaunter. "Assalamualaikum nurse. Emak saya dah berada di sini sejak jam 8:15 pagi dan sekarang sudah hampir 12 tengah hari. Apa yang berlaku?", saya cuba mendapatkan penjelasan. "Encik duduk dulu, nanti saya periksa apa yang berlaku", jawab jururawat tersebut. Selepas 15 minit, tiada sebarang respond yang saya terima. Emak sudah agak lesu dan seperti mahu rebah. Tambahan pula dengan cuaca yang agak panas ketika itu. Akhirnya saya pergi ke pintu masuk bilik pentadbiran jabatan dan mengintai-intai kalau ada sesiapa yang boleh saya ajukan soalan. Tiba-tiba seorang lelaki mengarahkan seorang jururawat menutup pintu di hadapan batang hidung saya. Hati saya sudah tengah hari, panas membakar seperti mahu merentungkan sesuatu. Saya menahan pintu itu dari ditutup dan meminta izin untuk berjumpa dengan doktor di dalam. Alhamdulillah jururawat tersebut bersetuju membawa saya berjumpa dengan doktor tersebut. Baru sahaja saya mahu membuka mulut bertanya, saya diserang oleh doktor tersebut dengan bahasa yang kasar. "Eh, awak ingat kerja doktor ni senang ke? Awak tak nampak ke saya tengah buat prosedur ni? Ini kes kecemasan, kalau tidak dilakukan sekarang, tangan pesakit ni mungkin terpaksa dipotong!", dia menengking saya sambil menunjukkan imej tangan seorang pesakit yang sedang berada di dalam bilik pembedahan. "Itu saya faham, doktor. Kerja doktor memang susah. Isteri saya pun doktor juga. Saya tahu kesusahan dia. Tapi...". Belum pun sempat saya menghabiskan ayat itu, doktor tadi menyambung lagi herdikannya kepada saya. "Hah, baguslah kalau begitu. Tahu pun. Habis tu kenapa awak tak boleh duduk diam di luar tu. Kerja doktor ni bukannya kerja bank, faham???", tegasnya dengan bahasa dan muka yang angkuh. Saya sudah hilang sabar. "Hey, you listen to me. Yes, me and my mom are not doctors, neither nurses and not even medical students. But that does not make me and my mom stupid like some kind of a kampung stuff. Awak tu doktor, berurusan dengan manusia. Bukannya pegawai bank. Kalau kerja bank tak apa. Awak nak biadap ke, nak kurang ajar ke, urusan awak adalah dengan mesin duit dan kertas. Tapi awak doktor. Awak berurusan dengan manusia. Emak saya tu manusia, bukannya tunggul..." "Saya cuma nak tahu, apa yang berlaku? Emak saya sudah lebih 4 jam menunggu di luar sana. At least hantarlah seorang nurse untuk beritahu kami kalau awak ada emergency. Kami bukannya bangang sangat sampai tak boleh faham explaination nurse awak!", muka saya sudah merah padam.
Doktor tersebut seperti agak terkejut. Mungkin jarang-jarang sekali dia diherdik. Maklum sahaja, sudah jadi doktor pakar. Tahu serba serbi. Hingga rasa orang lain semua di bawah hidungnya.Saya berasa sedikit menyesal kerana itu bukan sikap biasa saya. Tetapi apabila doktor tersebut menghina saya begitu sekali, saya kira mempertahankan maruah diri adalah bukan perkara kecil. 10 minit selepas itu, emak dibawa masuk ke bilik rawatan. Prosedur hanya memakan masa 10 minit sahaja dan emak keluar dengan wajah yang terpinga-pinga. "Kenapa emak?", saya bertanya. "Entahlah, doktor tu kata dia nak tukar kerja di bank pula selepas ni", jawab emak. Saya hanya tersenyum sendirian. Kelucuan statement doktor itu kepada emak saya masih belum dapat meredakan kemarahan saya terhadap peristiwa hari tu. Banyak lagi peristiwa yang berlaku selama 6 minggu emak berada di hospital tersebut. Saya berpesan kepada isteri saya, "kalau awak tidak boleh menjadi doktor yang pakar dalam klinikal, saya tidak bersedih, tetapi peliharalah budi bahasa awak semasa berurusan dengan pesakit ketika di hospital nanti." Saya cuba membayangkan, seandainya isteri saya bukan doktor, seandainya kawan-kawan saya bukan doktor, bagaimanakah nasib emak saya? Bagaimana nasib ribuan malah jutaan anggota masyarakat yang tidak mengenali sebarang doktor dalam hidup mereka? Syukur, Jumaat baru-baru ini saya berpeluang untuk menyampaikan kuliah motivasi kepada kakitangan wad kecemasan di Hospital UKM termasuklah isteri saya. Peluang ini akan saya gunakan untuk berkongsi pandangan tentang permasalahan yang membelenggu kita semua iaitu MASALAH SIKAP!      
PENGAJARAN Semasa kuliah motivasi tersebut, saya diajukan dengan satu soalan yang menarik.Mengapakah masyarakat Barat yang rata-rata tidak bertuhan, mempunyai etika kerja yang baik? Mereka berhemah dengan pesakit, mereka bersikap profesional di dalam kerjaya. Sedangkan kita di Malaysia tidak begitu. Walhal kita beragama Islam. Maka jika begitu keadaannya, mengapa perlu untuk kita kembali kepada Islam untuk meningkatkan prestasi kerja? Soalan ini penting untuk dijawab secara jujur oleh kita semua. Untuk cemerlang di dalam pekerjaan, sesiapa sahaja yang mengkaji akan bersetuju bahawa kuncinya ialah pada SIKAP. Kita mesti membina PR, skill interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain etika kerja yang positif. Masyarakat Barat telah menyedari akan hal ini lantas mereka memupuknya secara terpeinci. Jika di Amerika Syarikat, pendekatan 7 Habits oleh Covey, diajar di peringkat sekolah. Mereka diajar supaya profesional dalam pekerjaan. Akhirnya mereka boleh menjadi seorang doktor yang cemerlang di hospital, tetapi bukanlah suami atau isteri yang baik di rumah. Dia boleh mengendalikan sebuah syarikat yang mempunyai 500 pekerja tetapi gagal menguruskan seorang isteri dan dua anak di rumah. Seorang pramugari boleh memberikan senyuman yang paling manis kepada penumpang sebuah kapal terbang, tetapi mungkin masam mencuka setiap kali pulang kepada keluarga. Maka akhirnya, jika dinilai pada kualiti kerja, mereka berjaya walaupun tanpa AGAMA. Akan tetapi bagaimana dengan kita umat Islam? Kita mengambil agama hanya sebagai ritual dan bersangkutan dengan hukum hakam semata-mata. Kita tidak lihat agama sebagai pembentuk sikap. Seumpama seorang yang belajar hadith, sibuk menghabiskan masa menentukan kesahihan hadith tetapi tidak memikirkan bagaimana caranya isi hadith tersebut patut diamalkan. Kita belajar tentang Solat dari segi syarat sah, wajib dan sunatnya, tetapi kita tidak peduli tentang bagaimana Solat boleh membentuk sikap positif dalam kehidupan. Apabila bercakap tentang akhlak, kita fokus kepada faedah ikhlas, sabar dan tawakal tetapi kita tidak perhaluskan teknik menanam keikhlasan, kesabaran dan tawakal itu. Agama kita menjadi pengetahuan semata-mata, pengetahuan yang memberiTAHU. Bagaimana dengan soal MAHU? Apatah lagi MAMPU? Maka akhirnya, kita mahir tentang hukum hakam tetapi akhlak kita buruk. Apabila saya sebut akhlak buruk, saya tidak merujuk kepada perbuatan mengumpat, mengkhianati majikan, curi tulang atau gangguan seksual di tempat kerja semata-mata. Malah akhlak yang buruk itu ialah pada kegagalan interpersonal skill kita, kecelaan budi bahasa, perbuatan memandang rendah orang lain, buat kerja sambil lewa dan sebagainya. Akhirnya kita celik HUKUM tetapi buta SIKAP. Masyarakat Barat tak peduli hukum. Walaupun mereka boleh cemerlang di dalam kerja, tetapi kehidupan mereka binasa oleh arak dan zina. Kecerdikan mereka hilang dan berubah menjadi binatang apabila alkohol dijamah. Mereka sudah tidak pedulikan dosa pahala, lantas gereja menjadikan dosa sebagai bisnes melalui pengampunan dosa yang ditawarkan. Saya rasa kita boleh bersetuju yang masyarakat Barat hari ini sedang duduk di dalam sebuah rumah yang dimakan anai-anai pada tiang-tiang serinya. Institusi keluarga musnah, 2004 melihat lebih 50% anak yang lahir di Britain, tanpa bapa. Mereka lebih selesa bersekedudukan tanpa perkahwinan kerana mendapat faedah potongan cukai dan lain-lain yang tetap sama dengan pasangan yang berkahwin. Walhal, jika bergaduh, proses cerai adalah amat sukar dan menelan belanja ribuan Pound. Tetapi saya bimbang dengan trend terkini masyarakat kita, iaitu: HUKUM PUN TAK TENTU HALA, SIKAP PUN ENTAH APA-APA! Adakah sesiapa yang mempedulikannya?

AYAT SUCI DALAM BALAK DITEMUI DI TURKI

Media_httpphotos1blog_ckuwn
SEBATANG BALAK DARI JENIS "OKOUME" DIDAPATI MENGANDUNGI AYAT-AYAT AL-QURAN, DITEMUI DISEBUAH KILANG PAPAN DI ANKARA, TURKI. APA YANG MENAKJUBKAN AHLI SAINS DAN PAKAR AGAMA IALAH AYAT-AYAT YANG TIMBUL DARIPADA URAT KAYU ITU DIDAPATI PADA SETIAP LAPISAN BALAK YANG DIBELAH. ANTARA LAIN, TULISAN YANG JELAS DIBACA DALAM BENTUK "CUFIC ARABIC" ITU IALAH "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM MUHAMMAD". TULISAN "CUFIC ARABIC" SAMA BENTUKNYA DENGAN AL-QURAN TULISAN SAIDINA OMAR AL-KHATAB YANG DIANGGAP AL-OURAN BERTULIS PERTAMA DI DUNIA.TULISAN BENTUK ITU WUJUD SEJAK 1,400 TAHUN LALU. BEBERAPA SAINTIS DAN PAKAR AGAMA SEPENDAPAT BAHAWA AYAT YANG WUJUD PADA KEPING PAPAN LAPIS ITU, MENGKAGUMKAN. PENGUSAHA KILANG ITU, SENER AYKUL TELI BERKATA AYAT-AYAT AL-QURAN ITU DITEMUI OLEH SEORANG PEKERJANYA SEWAKTU MFNGAWASI PROSES PEMOTONGAN PAPAN LAPIS UNTUK DIJADIKAN PERABOT, PERTENGAHAN TAHUN LALU. SALAH SATU DARIPADA BATANG KAYU ITU MENGHASILKAN TULISAN AYAT BERKENAAN. SEWAKTU DIBAWA KE KILANG, PANJANG BALAK ITU IALAH 12 METER, MANAKALA DALAM BENTUK ASALNYA, IA BERUKURAN 35 HINGGA 40 M ETER. TULISAN ITU TIMBUL SELEPAS KAYU ITU DI POTONG SEPANJANG 4 METER DENGAN MESIN OUTOMATIK. ENCIK AYKUL TELI YANG MENJADI ORANG KEDUA MELIHATNYA, BERKATA TULISAN AYAT AL-QURAN ITU BERUKURAN KIRA-KIRA 3.4 METER PANJANG DENGAN LEBAR KIRA-KIRA 0.7 METER. KATANYA, SEKUMPULAN SAINTIS MENGESAHKAN BENTUK PERMUKAAN PAPAN ITU ADALAH ASLI DAN TIDAK MUNGKIN DILAKUKAN OLEH MANUSIA. URAT PADA TULISAN BERKENAAN TIMBUL DI PERMUKAAN PAPAN DAN BOLEH DIRASAI DENGAN TANGAN. ENCIK AYKUL TELI BERKATA, KAJIAN AWAL PADA BATANG KAYU "OKOUME" ITU BERUSIA 60 TAHUN DAN BERASAL DARI GABON, AFRIKA YANG DIEKSPORT UNTUK DIPROSES DI TURKI. TURKI BERHARAP UNTUK MFNDERMA PADA NEGARA-NEGARA ISLAM TERMASUK MALAYSIA UNTUK DIJADIKAN BAHAN PAMERAN.SETAKAT INI ARAB SAUDI, KUWAIT DAN EMIRIYAH ARAB BERSATU SUDAH MENERIMA KEPINGAN PAPAN LAPIS BERKENAAN. SEKEPING LAGI DIPAMERKAN DI MUZEUM TOPKAPI, ISTANBUL.

Hujan

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan? - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. - Alahai, hujan laaagiiii - Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni - Payah nak buat apa2 kalau hujan - Tak boleh balik lagi, hujan! Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57) Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya. 1. Membersihkan udara 2. Menyubur tanaman 3. Membekal air ke empangan Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi. Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan. Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka? "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11) Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18) Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah "Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22) Semoga ada iktibar untuk peringatan kita. "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Chicken Wings

Avoid eating chicken wings frequently - ladies especially a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the cyst. The cyst removed was filled with a dark coloured blood. She thought that she would be recovered after the surgery but she was terribly wrong.

A relapse occurred just a few months later. Distressed, she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her. He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.

You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This need is none other than the need for food.

Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings. Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists. These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth. It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT.....

Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..  PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai. Tipu daya manusia. Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat menggantungkan harapan.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik.

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikan dosa2 terbayang di ruang mata..

AWAS !! Teknik terbaru merompak pemandu kereta

Kebelakangan ini terdapat dua taktik terbaru yang digunakan untuk merompak anda dan kereta anda.
  • Selit kertas/cardboard/akhbar di wiper cermin belakang Satu kejadian telah berlaku dimana seorang pemandu masuk kedalam keretanya; buka gear lock, steering lock, start engine dan bersedia untuk memandu apabila ia melihat melalui back mirror dan ternampak satu keratan akhbar yang diselit di wiper cermin belakang. Beliau keluar dari kereta untuk membuang keratan akhbar itu dan diwaktu itu tiga orang lelaki bersenjatakan pisau menyerbu pemandu tersebut. Pemandu itu dipukul, dirompak dan keretanya dirampas (perhatikan bahawa engine kereta tersebut sedang running). .. Tambahan pula perompak telah merampas wallet dan beg pemandu tersebut (yang mengandungi kunci rumah) dan mereka boleh terus kerumah pemandu malang itu untuk seterusnya merompak rumah beliau pula..!!! Pemandu malang itu pastinya tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia hanya terbaring kesakitan dan tiada handphone untuk membuat panggilan kerana sudah dirampas perompak .
Bayangkan jika ia terjadi kepada pemandu WANITA !!! Kemungkinan untuk dirogol dan dibunuh lebih tinggi...Dari itu, sebelum anda meneruskan pemanduan, pastikan:
  • Anda membuang terlebih dahulu apa-apa kertas/cardboard/ akhbar dsbgnya yang diselit pada wiper cermin depan dan belakang kereta anda
  • Apabila masuk kedalam kereta, perkara pertama yang MESTI dilakukan ialah tutup semua pintu dan tekan Central Lock . Selepas itu barulah hidupkan enjin dan buka cermin sebelah pemandu hanya sekadar dua inci sahaja (untuk pengaliran udara)
  • Pastikan Handphone "on" sentiasa dan ada cukup credit untuk membuat panggilan. Pastikan terdapat nombor panggilan kecemasan dan nombor balai polis didalam handphone anda.
  • Kertas suratkhabar di jalan raya Satu lagi teknik terbaru ialah dengan meletakkan kayu yang telah diletakkan banyak paku tajam ditepi jalanraya yang kemudiannya ditutup dengan suratkhabar/kertas lain. Jika boleh, janganlah anda melanggar kertas tersebut. Apabila ia berlaku, biasanya tayar kereta anda akan pancit dan sebentar sahaja akan sampai satu kereta/trak/van yang menawarkan untuk menolong menggantikan tayar. Biasanya pemandu akan keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar tersebut. Diwaktu itulah mereka akan merompak atau merampas kereta anda atau kedua-duanya sekali. Jika pemandu tersebut adalah wanita ; maka bayangkanlah apa yang boleh terjadi !!!! Oleh itu antara tips penting ialah :
    • Jika anda telah terlanggar kertas tersebut dan tayar pancit, cuba hentikan kereta anda ditempat yang ramai orang contohnya berdekatan dengan bus-stop, kedai, sekolah, tempat hentian (kalau di highway) dll. JANGAN melulu keluar dari kereta . Terlebih dahulu telefon POLIS . Kemudiannya call husband/ wife/ tunang/abang/ adik/ ayah/ ibu/ kawan/jiran/saudara-mara dsbgnya . Beritahu polis dan mereka tentang dimana lokasi anda berada sekarang. Jika terdapat kenderaan yang tiba-tiba datang dan menawarkan pertolongan; berkomunikasilah dengan mereka melalui cermin pemandu sahaja. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda !! Buka cermin sedikit dan minta IC mereka. Kemudian tuliskan nombor plat dan jenis kenderaan mereka. Call polis sekali lagi untuk memberi mereka butiran tersebut (nama dan IC orang itu beserta jenis dan nombr plat kenderaan mereka). Pada setiap masa tersebut pastilkan kereta anda didalam CENTRAL LOCK
    • Tetapi kalau anda bernasib baik dan selepas menunggu seketika tiada sesiapa yang mencurigakan datang untuk "menghulurkan bantuan" maka anda terus call pihak bantuan kenderaan anda (Sahabat EON / AAM / AIM dsbgnya untuk membantu anda). Duduk didalam kereta sambil menunggu mereka sampai. Menelefon mereka sekadar untuk menggantikan tayar mungkin kedengaran seperti remeh namun ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda. Kita perlu berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan nasib kepada Tuhan.
    • Jika pihak yang mencurigakan itu tidak mahu memberikan IC mereka dan mereka mula mengancam anda dan memaksa anda keluar dari kereta, maka tekanlah hon sekuat hati secara berterusan tanpa henti dan naikkan sepenuhnya cermin sebelah pemandu tadi. Mudah-mudahan ia akan menarik perhatian orang ramai.
Ini bukan rekaan atau spekulasi. Kejadian -kejadian ini telah dan akan berlaku lagi. Anda atau keluarga anda mungkin mangsa seterusnya. Berilah peringatan kepada diri sendiri dan orang yang anda kasihi terutamanya kepada isteri, kakak,adik perempuan, tunang, girlfriend,ibu dan rakan/kenalan wanita yang lain. Bersama ini ada disertakan attachment nombor telefon pihak berkuasa untuk rujukan anda. Save nombor-nombor tersebut dalam handphone anda. Kalau boleh, print hard copy dan letak dirumah, pejabat dan satu salinan didalam kereta anda.     Nombor Telefon Pejabat POLIS Cawangan Bandar 03-2072 9044 Cawangan Traffik 03-4293 2763 Bukit Aman 03-2262 6222 Ampang 03-4252 2222 Pandan Indah 03-9274 2222 Cheras 03-9284 2222 Dang Wangi 03-2070 2222 Brickfields 03-2274 2222 Petaling Jaya 03-7956 2222 Klang 03-3371 2222 Shah Alam 03-5510 2222 Gombak 03-6138 5222 JOHOR 07-2254 422 MELAKA 06-2854 222 N. SEMBILAN 06-7635 522 PAHANG 09-5902 222 PERAK 05-2451 500 PENANG 04-2221 522 PERLIS 04-9082 222 KEDAH 04-7741 222 KELANTAN 09-7455 622 TRENGGANU 09-6354 722 SABAH 088-212 222 SARAWAK 082-245 522

Doa untuk kekasih....

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku...Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan...Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah..agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.... Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

Sampaikan! lah walau satu ayat

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" "Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" " Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya" "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU " Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

 

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis

 

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

info yang boleh dikongsi bersama kawan-kawan.

1· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

 

Subject: FW: Rahsia 13

Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...