F1: Raikkonen sets the pace at Valencia

Valencia - Friday - Testing  

Impressive performance by Raikkonen

Kimi Raikkonen set an impressive fastest lap at Valencia today, the McLaren driver going under the 1’10 barrier with a time of 1’09”976, the quickest lap of the week at the Spanish track.
Renault, Red Bull and MF1 were also in action. Coulthard was the only Red Bull driver on the track while Renault counted on Giancarlo Fisichella and Heikki Kovalainen for their final day of work at Valencia. MF1 Racing was the only team with three drivers on hand. Tiago Monteiro continued the development work and the new M16, while Christijan Albers and Adrian Sutil settled for last year’s EJ15B. Valencia - 17/02/06 1. K. Raikkonen - McLaren Mercedes MP4/21 - 1'09"976 (+0"000) - 80 laps 2. G. Fisichella - Renault R26 - 1'10"918 (+0"942) - 83 laps 3. D. Coulthard - Red Bull Ferrari RB2 - 1'11"068 (+1"092) - 34 laps 4. H. Kovalainen - Renault R26 - 1'11"074 (+1"098) - 161 laps 5. P. de la Rosa - McLaren Mercedes MP4/21 - 1'11"262 (+1"286) - 113 laps 6. C. Albers – MF1 Racing EJ15B - 1'13"062 (+3"086) - 52 laps 7. A. Sutil – MF1 Racing EJ15B - 1'13"513 (+3"537) - 58 laps 8. T. Monteiro – MF1 Racing M16 - 1'13"812 (+3"836) - 55 laps

Apa itu Pokok Gharqad

Media_httpphotos1blog_otwez

Hanya menyampaikan.....kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada di tanam di Malaysia nie....harap-harap dapat panggil majlis suroh tebang ok.... Nama lain African boxthorn."Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat)...
Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di samping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak-puak yahudi ini tinggal. jnf.org ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain.
wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam."

 

 
 
 
   

Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak-puak yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini.

Entah kenapa, hati aku teramat tertarik dengan hadith ini. selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith tersebut. Banyak artikel yang terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn.

Dalam banyak-banyak halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel. Halaman ini ialah Jewish National Fund.( http://www.jnf.org/dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!

Tipah tertipu!

Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk!
Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran. Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,Tipah sensorang ajer. Takut gak tau! Tunggu punyer tunggu? dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu. Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler? Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu ?laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya. Dlam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah kondukturnya To?.? Adakah?adakah?Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye ! "Tt? Ttt.... tolong? toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada. "Hoh! Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas. Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa? rosak enjin dia. Patut la slow aje?patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu. Hee hee heehhhhh malu Tipah tau!

Ulat (sebabak drama swasta)

Drama : Boboiku Sayang III Babak : Ulat (Bahagian 1) Lokasi : Sebuah rumah teres di pinggir kota Adegan : Makan nasi (malam)
(Biasalah, drama Melayu mesti ada adegan makan nasi ni. Kalau tak ada, tak sah sebab masa ni lah segala maklumat-maklumat penting dipaparkan) Arahan : Baca dengan gaya dialog dalam drama Melayu kat TV tu ! Action ! Anak: Ayah, ulat sedap tak? Ayah: Boboi... berapa kali ayah dah cakap, jangan tanya soalan yang bukan-bukan. Dah tu, makan nasi tu. Emak: Isy abang ni, budak tu nak tahu, kan bagus kalau digalakkan. Ayah: Ye lah, ye lah. Awak layan lah budak tu. (Ayah terus makan) Emak: (Menjeling ke arah Ayah dan kemudian senyum ke arah Anak) Er.. kenapa Boboi tanya macam tu, sayang...? Anak: Tadi Boboi ada nampak ulat kat celah sayur ayah tu. Ni, dah tak ada pulak. (Muzik: kwang kwang kwang kwang...) ! Cut !

Woman raped and left naked

Media_httpphotos1blog_jphpt

pls be extra careful for your outing especially at nite. Guys pls pass this msg to ur girlfriends.... AND KEEP forward to all your friend........................ thanks for your co-operation PETALING JAYA: Police are looking for a suspected rapist who left his 23-year-old victim without clothes at PJS 5, Old Klang Road, on Saturday.Petaling Jaya Utara CID chief Supt Ahmad Radzil Yaacob said the man, in his 20s, is about 1.63m tall with a dark complexion. He said the suspect and an accomplice, also in his 20s, were said to have abducted the woman while she was sleeping in her car parked along the road at about 4am. "The woman, who was on the way home from a pub in Sunway, was sleepy, so she pulled over to the roadside after passing the New Pantai Expressway Highway toll near Old Klang Road. "Minutes later, two men abducted her and took her to an unknown location where she was raped by them," he said, adding that they left the woman at PJS 5 without any clothes. Supt Ahmad Radzil said the men took the woman's mobile phone and cash before driving off in her gold-coloured Perodua Kelisa car. He said the woman, who is married with three children, could only identify one suspect. It is learnt that the woman managed to find a plastic bag to cover herself before seeking help from two motorists, who were waiting near a restaurant for the rain to stop. They took her to the University Malaya Medical Centre for treatment. Those with information on the incident are urged to contact the nearest police station.

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji.
Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.
Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh...? Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal."

 

Kiriman : Jebatfz / Amir

 

 

Penderhaka?? Antara pejuang kemerdekaan yang dilupakan..

Media_httpphotos1blog_hmtom

Media_httpphotos1blog_wesog

ini ada satu penemuan yang menarik. saya dapat satu email dari member kata imej yang tuan/puan tengok dalam email yang saya forward ni tidak pernah dipertontonkan kepada umum selama ini hinggalah ada pengkaji sejarah dari ukm ka entah mana, pi selak pi selak mai kat library university oxford kat england sana nu, dan jumpalah gambar ni. katanya, ni lah gambar "si penderhaka" yang dibunuh oleh orang putih tahun 1919 dulu di kota baru kelantan, kerana berani melawan pemerintah....
nama dia hj hasan ke apa, orang panggil "tok janggut"... hah, inilah akibatnya kalau menderhaka kepada pemerintah, tak sabar-sabar nak memerdekan tanah melayu ni dari pemerintahan orang putih... selepas baca ni, sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham tok janggut yang telah berjuang atas kesedaran berjihad untuk mempertahankan agama dan tanah air dari belenggu Inggeris. orang-orang seperti tok janggut nilah yang berani bagi amaran kat orang putih, "kalau hampa nak balik england tengok anak bini, hampa tok sah dok kacau adat resam dan agama kami..." (sorry la, dia speaking kelate, bukan kedah). Sebab tu lah inggeris tak berani berdakwah pada orang melayu, walaupun depa jajah negara kita lebih seratus tahun lamanya. alhamdulillah, dengan nikmat allah, hari ni cucu cicit orang melayu zaman inggeris dulu masih kekal islam. Tanpa orang-orang seperti beliau, siapalah kita pada hari ini. ntah-ntah apalah agama kita hari ni. nau'zubillah. al-fatihah!

Molekul Air Zam-Zam

Pada 10/10/02 (Khamis) , Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah: Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".