Selesai makan malam, seorang ayah membacakan beberapa peribahasa dari sebuah buku kepada anak-anaknya. Apabila tiba di peribahasa ke 10... si ayah pun terdiam... Semua yang mendengar di situ menjadi hairan. Mereka saling berpandangan.
"Apa yang terjadi, Ayah? Mengapa berhenti tiba-tiba?" tanya salah seorang anaknya.
Si Ayah menghembus nafas. Ia segera mengambil sehelai kertas, lalu menulis : "Diam adalah emas"... itulah peribahasa kita yang ke sepuluh..
Seorang isteri amat mencemburui suaminya kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan keretanya.. bahkan juga banyak wang yang dibelanjakan untuk keretanya berbanding untuk isterinya. Hingga untuk kesekian kalinya si isteri membebel kepada suaminya.
Isteri : "Apa hebat sangat kereta tu? sampai abang lebih suka memandangnya dari saya?"
Suami : "Setiap kali abang melihat kereta ini abang merasa tenang dan bahagia.. kerana bentuk dari luar dan dalam nya sangat cantik"
Isteri : "Saya pun boleh kelihatan cantik!"
Suami : "Kereta ini selalu memenuhi kehendak abang kemana saja abang nak pergi"
Isteri : "Saya juga selalu melayan dan meneman ke mana saja abang nak pergi"
Suami : "Masa abang bermasalah... abang bersiar-siar dengan kereta ini.. maka hilanglah segala masalah tadi"
Isteri : "Saya rasa saya boleh berusaha menjadi isteri yang seperti itu."
Suami : "Ya mungkin awak boleh melakukan semua itu, tapi ada satu benda yang tidak pernah dilakukan oleh kereta ini.. tapi selalu dilakukan oleh awak"
Isteri : "Apa dia?"
Suami : "Kereta ini tidak pernah membebel"
Suatu hari Pak Pandir pulang ke rumah dengan dahi yang benjol dan bibir berdarah. Mak Andeh kehairanan, lalu bertanya:
Mak Andeh: Kenapa dengan awak ni Pak Pandirnya oooi?
Pak Pandir: Saya jatuh kuda.
Mak Andeh: Jatuh kuda?
Pak Pandir: Ya, Mak Andehnya. Mula-mula kuda tu perlahan saja. Lepas tu dia laju sikit. Kemudian laju lagi. Lama-lama punyalah laju, saya tak boleh nak pegang lagi, terus jatuh. Ni yang benjol ni.
Mak Andeh: Habis tu apa jadi.
Pak Pandir: Kaki saya sangkut pulak kat kuda tu. Sayapun jerit lah, "Tolong! Tolong! Tolong!". Mujurlah ada orang datang selamatkan.
Mak Andeh: Siapa yang selamatkan awak Pak Pandir?
Pak Pandir: Siapa lagi. Towkey supermarket tu lah. Mujur dia cepat tutup suis, kalau tidak, teruk lagi le muka saya ni.
Mak Andeh: Laa... kat mana awak naik kuda ni Pak Pandirnya ooi? ( kat mana ye? :) )