Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab di timpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubungkait dengan kesusahan seseorang:
1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinngan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwudhu’ ditempat buang air besar atau air kecil.
7 Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub ditempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka mengigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin...Si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti pembaca muntah pulak...
Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali termuntah sebab tak tahan...tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan... Satu hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki berkata, " satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar...semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka awak...", si laki cuma sengih jer.
Hari raya korban pun tiba...keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru...maka timbullah idea si bini nak pekena laki dia...Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya...
Dipendekkan cerita...maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk baunya...si bini tunggu dengan penuh khusyuk...Dari dalam bilik tido terdengar suara laki dia terjerit sakan, histeria gitu...sibini tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa...20 minit pastu si laki pun kedapur untuk sarapan...si bini pun buat donno dan control macho..."masin betullah mulut awak...habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap hari tue"....Kata laki dia bersungguh-sungguh... "Habis tue abang buat macam mana?" tanya si bini sambil control suara dan perut yang nak pecah sebab nak ketawa... "nasib baik abang tak panic...abang terus ke bilik air, dan sekarang dah settle..." "abang buat macam mana?" Tanya si bini agak suspend. "Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi...tak payah susah2 pegi hospital untuk operation"... Si bini terdiam kaku...
Najman ditanya gurunya.
"Najman.. kenapa karangan kamu yang bertajuk "Kucingku" sama seperti karangan Misha?" "Sebenarnya Misha tu sepupu saya cikgu " jawab Najman ketakutan. "Kalau ye pun sepupu tetapi kenapa isi dan jalan ceritanya sama 100%?" "Betullah cikgu.. dah karangan yang saya dan Misha tulis adalah berkenaan kucing yang sama mana boleh isi dan jalan ceritanya berlainan...."