101 menepis penolakan mantap -57- “Berpuluh-puluh company MLM saya join, tapi saya masih tak berjaya, mungkin MLM bukan rezeki saya”

Penolakan:

"Berpuluh-puluh company MLM saya join, tapi saya masih tak berjaya, mungkin MLM bukan rezeki saya"

Menepis Penolakan:

Rezeki ni ada di mana mana, kita tak akan tahu yang mana satu bidang yang akan mendatangkan rezeki bagi kita. samalah juga dengan bisnes MLM, sayapun dah banyak join sebelum ni, macam macam company saya join, asal kawan kawan cakpa bagus, saya join, bersusun susun 'starter kit' tunggu nak hempap kepala saya dan berkotak kotak produk bawah katil, tapi masih menemui kegagalan. Walau macam manapun saya masih tak menyesal atau putus asa untuk mencuba lagi.

Bila kawan saya perkenalkan bisnes ni, saya lihat ianya berbeza dnegan bisnes MLM lain yang pernah saya buat. Kawan yang perkenalkan kepada saya bisnes ni setahu saya memang negatif gila bila dengar MLM, tapi bila dia perkenalkan kepada saya, saya jadi tanda tanya macam mana dia boleh terima bisnes MLM yang dia tolak selama ini. Pada saya tentu ada sesuatu, betul tekaan saya, bila saya ikut dia pergi HQ dengar EOM (Entrepreneur Opportunity Meeting) saya dapati bisnes ni lain daripada MLM lain. saya terus buat keputusan dan malam itu juga saya join. Pada saya kalau tak jadipun saya akan terus mencari dan mencuba, itu kalau tak jadi, KALAU JADI?????

Alhamdulillah keputusan saya tepat, saya dah nampak hasilnya, walaupun tak banyak lagi, tapi bisnes ni terlalau mudah dan tak seperti yang saya buatsebelum ini. Kalau you tak percaya cakap saya, you ikut saya pergi HQ atau centre dan dengar sendiri atau isi borang dan buat bayaran dulu, lepas tu kita pergi dengar EOM ataupun kita pergi ke HQ atau centre€ sekarang. You tak akan rugi, percayalah.

Pakcik dan motor

Di sebuah bengkel membaiki motosikal milik Ah Seng.

Pak Cik : Ah Seng, hang tolong tengok motor aku. Aku baru beli bulan lepas, dah mula rosak.
Ah Seng : Aiyaa...Ini balu punya motosikal, sudah kasi losak ka.
Pak Cik : Ya la, Ah Seng. Talak guna punya tawkeh kedai jual motor. Dia bikin tipu la Ah Seng.
Ah Seng : Kenapa lu kata itu macam?
Pak Cik : Ini motor ada EMPAT gear, baru satu bulan aku guna GEAR SATU dan rosak.
Ah Seng : Kenapa lu guna satu gear sahaja.
Pak Cik : Hang pun nak tipu aku jugak ke... Kalau guna semua gear nanti semua gear akan rosak. Jadi aku guna satu je gear sebulan ...
Ah Seng : Guna satu gear saja satu bulan ka ...
Pak Cik : Ya la ... pergi baiki gear satu dulu. Gear dua aku nak guna tahun depan..

Cabut gigi

Pada satu hari, seorang pemuda pergi berjumpa doktor gigi. Nama dia Syakirin. Syakirin: "Selamat pagi doktor". Doktor : "Selamat pagi, ha duduk!" Syakirin: "Doktor, berapa harga nak cabut sebatang gigi". Doktor : "Sebatang RM120 sahaja!" Syakirin: "Tak der yang murah lagi ker doktor?" Doktor : "Kalau nak murah, cabut guna playa RM50 saja! nak ker?" Syakirin : "Masih mahal lagi doktor! ada tak yang paling murah?" Doktor : "Ada! Apa kata saya suruh anak buah saya yang cabut, cuma RM20 saja!". Syakirin : "Cantik doktor!! terima kasih! okey bubuh nama bos saya untuk rawatan esok!."

Ujian

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan.. sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.. Ujian kali ini susah susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah... Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!" Melihat keadaan itu... pensyarah di dalam dewan marah dengan berkata.. "Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!" Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya e pintu sambil berkata... "Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"

101 menepis penolakan mantap -56- “Saya cari bisnes yang mudah, MLM ni saya rasa susah”

Penolakan:

"Saya cari bisnes yang mudah, MLM ni saya rasa susah"

Menepis Penolakan:

Mana ada bisnes yang mudah, semuanya perlu bermula daripada susah baru datang kesenangan. Bukan you sahaja cakap MLM ni susah, ramai orangpun cakap macam you, tapi bila saya terangkan tentang bisnes MLM, baru mereka sedar apa yang mereka fikir selama ini salah dan kebanyakkan mereka yang dah pernah buat MLM mengakui bahawa kegagalan mereka adalah disebabkan diri mereka sendiri.

Kalau sesiapa yang nak join bisnes MLM ni, tak kiralah apa syarikat sekalipun, jika mereka nak "duduk diam dapat duuit (4D)" lebih baik lupakan sahaja dan jangan join. Nanti bila gagal akan salahkan orang lain. saya nak tanya satu soalan dekat you, you rasa, kalau bisnes ni susah, macam mana ramia jutawan lahir daripada bisnes ni? you mungkin rasa susah sebab selama ini bila you buat you tak dapat bimbingan yang betul daripada pemimpin you atau syarikat kurang menyediakan kelas kelas bimbingan, kursus, kursus dan seminar, sebab itu you rasa susah. Susah datang bila kita kurang ilmu dan ilmu yang paling baik datang daripada pengalaman kita melakukan sesuatu dengan tekun dan bersungguh sungguh tanpa kenal erti kekecewaan dan putus asa.

Saya akan bantu dan sokong you dalam bisnes ini. Saya nak you lupakan pengalaman pahit you yang lalu, jom join saya dan kita bina impian kita bersama sama. You cuba bisnes ni dan you try dulu. You nak buat sekarang atau you nak bertindak sekarang?

Perangai

Seorang WANITA TUA bertemu dengan pakar kaunseling.. "Tuan... saya sangat risau dengan sikap anak saya. Sepanjang hari kerjanya hanya main bola... kemudian balik dengan pakaian berlumpur dan dengan selambanya berjalan di atas karpet dan duduk di Sofa..." cerita wanita tua tersebut.. "Saya rasa makcik tak perlu risau... sudah menjadi kebiasaan seorang anak berperangai seperti itu," nasihat kaunselor. "Saya tahu. Tapi bukan saya seorang saja yang risau. Isterinya juga bimbang!"

Ya boss!

Razak seorang pekerja baru disebuah syarikat... suatu hari dia mendapat panggilan telefon daripada bosnya... "Ya, Bos.." kata Razak dengan hormat dan sopannya. "Ya, Bos... Ya, tentu saja Bos.. ya.. ya.. ya.. ya, Boleh Bos.. Ya.. ya.. ya.. TIDAK.. Bos!" Tiba-tiba.. pekerja lain yang mendengar perbualan itu... terkejut dan berkata "Berani awak mengatakan TIDAK pada Bos. Disini tiada sorang pun yang berani mengata tidak tau.. Apa sebenarnya yang Bos nak?" "Bos tak minta apa-apa," jawab Razak "Dia hanya bertanya apakah saya tidak letih terus-menerus berkata "YA"."Baju panas utk anjing Seorang amoi sedang berada di sebuah kedai kelengkapan binatang. Amoi : "Aku ingin membeli baju panas untuk anjingku." Peniaga: "Oh, ada... . boleh saya tahu saiz apa?" Amoi : "Emm.. tak pasti plak...." Peniaga: "Okeylah, kalau macan tu.. apa kata u bawa anjing tu kesini?" Amoi : Ehhh, mana boleh! Saya sengaja tak bawa anjing saya, sebab nak buat suprise."

Takut jarum suntikan

Suatu malam.. seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya yang rosak. Badannya besar tapi sangat takut dengan jarum suntikan. Waktu si doktor mahu menyuntik.. lelaki tadi berkata.." Doktor.. tolong jangan suntik, saya takut!". Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat untuk diminum agar rasa takutnya berkurang. Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?". Lelaki menjawab.. "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."