Tanda tanda awal kanser

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan. (2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada. (3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. (4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan. (5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit. (6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. (7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. (8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti. (9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan. (10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection). (11) Kanser tekak - suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher. 10 PENYEBAB UTAMA KANSER 1) Makanan 2) Alkohol 3) Sinaran cahaya matahari 4) Pengambilan ubat 5) Perokok yang tidak aktif 6) Tembakau 7) Radiasi 8) Pekerjaan 9) Pencemaran air dan udara 10) Keturunan DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA 1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng 2) Hindari makanan ringan yang masam 3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas 4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin 5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser 1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen. 2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. 3. "Bah Kut Teh" (daging babi) Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ". 4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa. 5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb) 6. Bawang Goreng segera . Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an

  Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran: DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali HIDUP - 145 kali MATI - 145 kali FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali UMMAH - 50 kali PENYAMPAI - 50 kali IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali BALA/MUSIBAH - 75 kali BERSYUKUR - 75 kali BERSEDEKAH - 73 kali BERPUAS HATI - 73 kali ORANG YANG SESAT - 17 kali ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali MUSLIMIN - 41 kali JIHAD - 41 kali EMAS - 8 kali KEMURAHAN HIDUP - 8 kali KEAJAIBAN - 60 kali FITNAH - 60 kali ZAKAT - 32 kali BERKAT - 32 kali MINDA - 49 kali NUR - 49 kali LIDAH - 25 kali SUMPAH - 25 kali NAFSU - 8 kali KETAKUTAN - 8 kali BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali BERDAKWAH - 18 kali KESUSAHAN - 114 kali KESABARAN - 114 kali MUHAMMAD - 4 kali SYARIAT - 4 kali LELAKI - 24 kali PEREMPUAN - 24 kali SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali BULAN - 12 kali HARI - 365 kali LAUTAN - 32 kali DARATAN - 13 kali LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Japanese VS Malaysian

Japanese man was in a hurry to go to the KLIA airport, so he took a Proton taxi. The taxi driver took his sweet time driving within the speed limit but the Jap was getting impatient. The following is their conversation on the way to the airport . A Toyota Camry overtook t he taxis.....zoom.... Jap: Look ...look ... Toyota !! ...very fast!!!.... made in Japan ! Proton...no good.... made in Malaysia . Driver: yah.... After a few minutes a Nissan overtook the taxi....zoom. Jap: Look.... look.... Nissan!!!..... very good!! very fast! Made in Japan ! Proton.... no good.... made in Malaysia Driver: yah....yah... After a few minutes a Honda overtook the taxi...zooom. ! Jap: look.... look... Honda!!.... very GOOD!!....very fast!!....made in Japan ! Proton...no good...made in Malaysia Driver: yah...yah...yah....! Arriving at the airport, the Jap is about to pay the taxi driver. Jap: How much? Driver: RM150/- Jap: Oh... very expensive..... you overcharge ! ! Driver: Noooo.... look.... look.... Sony meter!!....very good!!....Very fast!.... Made in Japan !

101 menepis penolakan mantap -53- “Dulu saya dah buat bisnes macam ni, tapi sekerat jalan saja, saya cepat putus asa bila saya rasa susah dan orang tak nak join”

Penolakan:

"Dulu saya dah buat bisnes macam ni, tapi sekerat jalan saja, saya cepat putus asa bila saya rasa susah dan orang tak nak join"

Menepis Penolakan:

Janagn macam tu, takkan you tak nak menzahirkan walaupun satu impian semasa hayat hidup you? Tak dapat semua impian, dapat satupun alhamdulillah. Sekurang kurangnya you sudah berjaya dan tidaklah sia sia kehidupan you di dunia ini.

Kalau you sudah ada keluarga, ada isteri dan anak anak, tidakkah you terfikir apa akan jadi kepada mereka setelah you tiada? Maaf, isteri you, you tak perlu risau, ramai yang akan jaga, tetapi anak anak you belum tentu ada yang sanggup nak jaga. So, you jangan putus asa demi masa depan anak anak you.

Sayapun dulu macam you, cepat sangat kecewa dan putus asa, tetapi bila kawan saya yang perkenalkan bisnes ini pada saya cakap perkara yang sama seperti apa yang saya cakap kat you, saya tersedar – dalam hati saya berkata, "betul juga cakap dia". Lalu saya tidak berfikir panjang untuk buat keputusan join bisnes ni. saya rasa you masih belum terlambat untuk buat bisnes ni, saya akan bantu you.

6 panduan hadapi tekanan ekonomi

Oleh Lokman Ismail Isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan sudah menjadi perkara biasa dan sebagai pengguna kita terpaksa menerima hakikat itu. Islam menyediakan garis panduan yang sesuai untuk menghadapi situasi ini dan antara yang diberi penekanan ialah: 1. Berjimat cermat atau teliti dalam mengurus perbelanjaan. Kita perlu mengutamakan nilai tambah dalam setiap perbelanjaan. Barang yang dibeli mungkin boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. - Meningkatkan hayat penggunaan atau memberi kesan maksimum bagi setiap perbelanjaan kerana sikap berjimat memperlihatkan unsur kebijaksanaan iaitu berbelanja mengikut keperluan, bukannya nafsu. 2. Berhemah bermakna mengawal perbelanjaan dan penggunaan mengikut keperluan bagi mengelakkan membeli perkara tidak perlu. - Perbelanjaan tanpa kawalan menyebabkan sumber kewangan tidak dapat menampung keperluan semasa. Rezeki diperoleh perlu dihargai dengan cara memaksimumkan manfaatnya. 3. Bersederhana adalah langkah bijak bagi kesejahteraan berterusan. Kita tidak perlu berbelanja lebih semata-mata untuk memaksimumkan kepuasan kerana kepuasan sebenarnya bergantung kepada cara kita menghargai apa yang dimiliki dan dirasai. - Syaitan sentiasa membisikkan perasaan melampau, sama ada boros atau kedekut. - Sikap itu ditegah sebagaimana firman Allah bermaksud: “Syaitan menakut-nakutkan kamu, kalau-kalau kamu akan menjadi miskin, dan menyuruh kamu melakukan kejahatan.” (Surah al-Baqarah, ayat 219) 4. Elakkan pembaziran kerana Islam melarang pembaziran yang dikaitkan dengan amalan syaitan. - Perbelanjaan itu secara dasarnya memang mendatangkan kebaikan, tetapi disebabkan terlalu banyak ia menyebabkan pembaziran. Oleh itu, bijak membuat anggaran bagi mengelak pemnaziran. 5. Elak perbelanjaan tidak perlu. Islam menegah umatnya berbelanja secara sia-sia, lebih-lebih lagi jika wang digunakan kepada perkara mendatangkan keburukan. - Individu yang dikuasai syaitan membelanjakan wang untuk membunuh diri sendiri seperti minum arak, ketagih dadah dan perbuatan yang jelas membahayakan. 6. Islam sememangnya amat mementingkan soal meningkatkan produktiviti agar memperoleh sesuatu yang lebih baik. - Melipatgandakan usaha dan memaksimumkan pengguna sumber tenaga, fikiran dan kemahiran dapat meningkatkan produktiviti. - Sesiapa yang melakukan seperti apa dianjurkan dan menjauhkan apa yang dilarang agama, pasti mampu menghadapi cabaran hidup dengan lebih tenang dan setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya.

Tiga golongan perosak muslim

Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak pengajaran daripada kisah-kisah yang telah diceritakan dan terdapat cerita yang diulang-ulang. Pengulangan kisah ini bukan bermaksud Allah kekurangan `modal`. Akan tetapi pengulangannya itu mengandungi pengajaran untuk kita semua menghayatinya. Seperti ayat 13 surah Ali Imran yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam kisah-kisah itu terdapat ibrah, pengajaran bagi orang-orang yang berfikir"

Melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Al Quran, Allah ingin menunjukkan tiga sifat perosak kepada manusia ataupun jin.

Pertama ialah sikap sombong seperti kisah penciptaan Nabi Adam a.s yang mana Iblis tidak mahu menyembah Adam lalu berkata:

''Aku lebih baik daripada dia, aku diciptakan daripada api, sedangkan dia diciptakan daripada tanah."

Sifat sombong adalah kerana menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orng lain. Dosa sifat ini tidak akan diampunkan oleh Allah sehngga kita bertaubat. Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan''

Sebagai contoh, negara akan kacau jika penguasanya merasa lebih terhormat dan mulia berbanding dengan rakyat yang dipimpinnya. Jika penguasa berasa diri mereka hebat sehingga merasakan tidak perlu saranan apa lagi kritikan maka perasaan inilah yang membinasakan Firaun dan Namrud seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran. Penguasa yang bengis dan sombong, di telunjuknya adalah hukuman dan di mulutnya pula adalah undang-undang. Ertinya tanpa ada pilihan lain, rakyat terpaksa tunduk dan patuh kepada penguasa yang zalim. Sehinggalah penguasa yang tidak melaksanakan perintah Allah ini akan dihancurkan oleh kerana perbuatan diri sendiri.

Di dalam surah Al Nahl ayat 23 pula:"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong."

Sifat perosak kedua pula adalah serakah. Sifat ini menjadikan manusia sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada pada dirinya. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan kisah Nabi Adam dan Hawa yang mana Allah telah memberikan pelbagai kemudahan, kesenangan dan kenikmatan yang tiada tandingan di syurga kecuali janganlah mereka memakan buah kuldi. Larangan ini dilanggar yang akhirnya mendatangkan kemurkaan Allah. Apa yang hendak disampaikan di sini bukanlah keburukan Adam akan tetapi adalah sifat serakah yang mengheret Adam dan Hawa dari singahsana syurga.

Sifat ketiga adalah hasad. Di dalam quran, diceritakan kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana hasad dengkinya terhadap Habil yang mempunyai seorang isteri yang lebih cantik. Sifat hasad menyebabkan seseorang memandang apa yang dimiliki orang lain sentiasa lebih menarik daripada yang dimilikinya.Sebagai contoh, ketika jirannya memiliki sebuah kereta baru, maka tergelegaklah hatinya. Pertama-tamanya ia akan mengembangkan sifat su'uzannya,dengan penuh selidik ia menyangka bahawa ianya dari usaha yang tidak halal. Seterusnya orang yang bersifat hasad merasakan tidak suka orang lain mendapat nikmat dan rezeki, sehinggakan ada yang sanggup untuk memusnahkan nikmat itu.

Rasulullah bersabda,: "Waspadalah terhadap hasad, sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala seperti api memakan kayu".

Penyakit hati amat berbahaya. apabila hati sentiasa gelisah jika orang lain mendapat kebahagian. Orang yang bersifat hasad juga amat berbahaya kerana dia akan melakukan apa-apa jenayah untuk melenyapkan nikmat yang diberikan Allah kepada orang lain. Setiap negara dan bangsa mengandungi tiga golongan terbabit,iaitu penguasa,pengusaha dan rakyat jelata. Jika penguasanya sombong, pengusahanya serakah, dan rakyatnya iri hati maka hancurlah negara tersebut.

Jangan putus asa

SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan- Nya. Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul. Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan Allah telah berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)

Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (riwayat Tirmidzi)

Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa mengotakan janji-janji- Nya. Namun hamba-hamba- Nya adakalanya gagal untuk memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang insan.

Ada ketikanya apabila Allah tidak memperkenankan sesuatu permintaan hamba-Nya disebabkan kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipinta.

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”. (riwayat Imam Ahmad)

Begitulah resam seorang insan yang selalu lupa tentang apa yang telah dikurniakan Allah yang hakikatnya lebih banyak berbanding permintaannya yang dianggapnya tidak dimakbulkan itu. Malah menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa ada waktunya Allah menggantikan apa yang dipinta oleh hamba-hamba- Nya itu dengan menghindarkan diri mereka dari ditimpa kemalangan ataupun apa-apa jua bentuk musibah.

Ada ketikanya Allah menangguhkan untuk memperkenankan sesuatu permintaan dan dikurniakan sebagai ganti berupa ganjaran pahala di akhirat yang tentu sekali akan lebih memberi manfaat yang besar kepada hamba-hamba- Nya.

Insan tetap insan yang sebagaimana telah kita semua sedia maklum terbelenggu dengan pelbagai kelemahan. Kenapa tatkala merasakan Allah seperti tidak memperkenankan doa-doanya, seseorang insan itu tidak terlebih dahulu melihat kekurangan yang ada pada dirinya sendiri.

Bagaimana mungkin Allah ingin menjawab permintaannya itu sekiranya seseorang itu sentiasa bergelumang dengan perbuatan maksiat serta meninggalkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu harus mengerjakan segala yang baik (makruf) dan meninggalkan segala yang keji (mungkar), atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan seksa ke atas kalian, nanti bila kalian berdoa tidak akan dimakbulkan”. (riwayat Tirmidzi)

Tidak dapat dinafikan kelalaian seseorang dalam menurut perintah Allah dan juga tewasnya seseorang dengan godaan hawa nafsu merupakan penyebab utama terhalangnya kurniaan kebaikan (seperti mudah termakbulnya doa) daripada Allah terhadap hamba-hamba- Nya. Firman-Nya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya. (al-Ra’du: 11)

Mana mungkin Allah SWT akan memperkenankan sesuatu permohonan jika hamba-hamba- Nya tidak mempedulikan perkara halal dan haram dari segi sumber rezeki, pemakanan dan pakaian-pakaiannya dalam kehidupan seharian. Firman Allah: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun: 51). Dan Dia berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (al-Baqarah: 172).

Kemudian Baginda menyebutkan tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (riwayat Imam Muslim)

Sikap terburu-buru sesetengah insan dalam meminta doanya agar dimakbulkan segera sehinggakan wujud perasaan putus asa apabila permintaan tersebut tidak tercapai merupakan antara faktor yang menyebabkan terhalangnya doa itu diterima oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari)

Sewajarnya setiap insan tidak putus harapan dalam berdoa dan tetap memperbanyakkan amalan berdoa. Keyakinan bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa hamba-hamba- Nya juga merupakan faktor yang dapat mempermudahkan termakbulnya doa.

Sekiranya doa itu diyakini sebagai ibadah maka hendaklah kita menghadapkan doa itu ikhlas hanya kepada Allah SWT tanpa sebarang perantaraan yang bertentangan dengan syarak dan tatacara berdoa itu juga hendaklah bersesuaian dengan sunah Rasulullah agar ia diterima oleh Allah SWT. Doa itu hendaklah dibaca dengan perasaan penuh rendah diri di hadapan Allah dan dengan suara yang perlahan. Firman-Nya: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (al-A’raaf: 55)

Justeru, hendaklah setiap insan melazimkan diri mereka dengan berdoa. Pada masa yang sama hendaklah setiap insan itu juga berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri dalam menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan