Surat Maaf, Datang Lewat

Kepada Boss...... Saya mohon maaf kerana hari nie saya terlambat lagi datang ke pejabat. Saya tau, termasuk hari nie, saya dah 10 kali lewat ke pejabat.

Sorry Boss....!!! Saya tau sepatutnya saya masuk pejabat pukul 8:30 pagi. Tapi oleh kerana lewat, saaya terpaksa sampai di pejabat pukul 9:00 atau 10:00 pagi. Tapi percayalah Boss, saya bukan sengaja. Keadaan yang buat saya begini. Saya bangun awal Boss... Pukul 6:00 saya dah siap mandi dan pakai baju. Saya turun dari rumah saya pun awal jugak. Boss pun tahu saya just duduk Kuala belait , dekat jer.....

Tapi Boss, bila sampai di pertengahan jalan...saya jadi pening Boss. saya percaya kalau Boss sendiri berada ditempat saya, Boss pun mesti sampai lewat jugak ke pejabat. Percaayalah Boss, saya tak bohong. Kalau Boss nak tahu kenapa saya selalu lewat ke pejabat, meh sini, biar saya tunjukkan.......

Yang Benar, Pekerjamu yang disayangi.......

p/s : harap Boss.....maafkan lah saya....yer....

Rahsia Pemakanan Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.CARA MAKAN : i) Menghadap Kiblat ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii) Baca doa penerang hati iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM : i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya

DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan

kahwin

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi. Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin. Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. Suzy: Tapi mengapa? Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya. Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert. Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin. Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya. Suzy: Ha!!??!!

101 menepis penolakan mantap -52- “Saya ni tak sabar, bisnes macam ni kena sabar”

Penolakan:

"Saya ni tak sabar, bisnes macam ni kena sabar"

Menepis Penolakan:

Kalau you ada sikap tak sabar, bisnes ni memang sesuai untuk you, sebab you akan lakukan dengan bersungguh sungguh dan you akan buat dengan pantas, sebab you tak sabar. Orang relax-relax, you buat kerja, orang dok sembang-sembang, you buat bisnes – itu yang saya kata, baguslah kalau you ada sikap tak sabar itu.

You jangan lihat daripada sudut negatif, you kena lihat sikap tak sabar you tu daripada sudut positif. You tukarkan daripada asid kepada alkali (negatif kepada positif). Youpun sedia maklum, untuk berjaya banyak dugaan dan halangan, jadi you lawan dengan sikap ak sabar you tu, contoh, you kata, "aku tak sabar-sabar nak hapuskan dugaan dan halangan yang datang untuk memusnahkan impian aku".

Kalau you berjaya positifkan sikap tak sabar you tu, you seorang manusia hebat dan saya yakin you mampu melakukannya.

101 menepis penolakan mantap -51- “Saya ni mudah kesian kat orang, bisnes macam ni orang yang macam saya susah nak buat”

Penolakan:

"Saya ni mudah kesian kat orang, bisnes macam ni orang yang macam saya susah nak buat"

Menepis Penolakan:

Kalau you tak buat lagi susah, sebab you dah tahu potensi bisnes ni serta pulangan yang lumayan menanti you dengan melakukan kerja yang mudah. Masalah kesian ni tak timbul kalau kita benar benar ikhlas ingin tolong orang untuk mengubah kehidupan mereka.

Apakah kerana kita kesiankan kat orang maka kita lepaskan satu peluang yang baik? Ingat, bila kita susah ada orang yang datang ambil tahu? ada orang datang bantu? Tapi saya percaya bila kita senang ramai yang datang minta tolong, betul ke betul? Dalam bisnes "NO" kesian kesian.

Jangan korbankan impian kita kerana orang lain tidak akan korbankan impian mereka kerana kita!

Pegawai

Seorang Pegawai di Syarikat A mengunjungi rakannya di rumah rakannya. Lalu dia berkata.. "Engkau kan pegawai aje.. tapi kerata ada 5 buah?" Rakannya hanya tersenyum dan membawa Pegawai tari menghampiri jendela untuk menunjuk keluar. "Engkau lihat itu... jambatan besar di sebelah sana?" tanyanya. Pegawai tadi mengangguk. "Nah, itu sepuluh Peratus" kata rakannya..

Pegawai tadi mengerti yang 10% dana pembangunan jambatan lari ke poket rakannya. Minggu depan rakannya pula mengunjungi rumah pegawai tadi di rumahnya. dan juga berkata.. "Engkau juga pegawai seperti aku.. tapi lebih hebat ye... Rumah macam istana... kereta 15 buah..." kata rakannya.

Pegawai membawa rakanya menghampiri jendela. Ia menunjuk keluar sambil berkata.. "Engkau lihat empangan di sebelah sana?"

Rakannya tercari-cari ke arah yang ditunjukkan, tapi tidak melihat adanya empangan... "Mana, tak ada pun..." tanya rakannya..

Pegawai tadi menepuk dada sambil berkata.. "Nah, itu seratus peratus... "

Baik hati

Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang kerumahnya.. Kerana bas itu sudah penuh.. wanita tua itu terpaksa berdiri.. tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata...

"Silakan duduk makcik..."

"Oh, tidak perlu.. adik duduk la!" Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula..

Pemuda itu duduk semula... Tapi beberapa minit kemudian.. pemudu itu berdiri dan berkata lagi...

"Makcik duduk la..." kata pemuda dengan sopan...

"Tak payah susah-susah... Terima kasih saje. adik duduk sajalah!" Kata Wanita tua itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk.....

Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...

"Tak pe la.. makcik duduk la..." kata pemuda masih bersopan santun..

Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata.. "Adik tak payah risaukan makcik.. Adik duduk ajalah. lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi..!" jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk..

Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan berkata... "Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh!? Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!"

Hadiah

Suatu hari ketika Mohamad baru pulang dari pelayarannya.. ia membawakan hadiah untuk Normi.. kekasihnya..iaitu seekor burung kakaktua yang pandai bercakap. Tak lama kemudian Mohamad kembali meneruskan pelayarannya... Seminggu kemudian ia menghantar email kepada Normi untuk bertanyakan keadaan Normi dan burung kakaktua hadiah pemberianya itu.. Normi membalas.. "Saya sihat macam biasa... dan burung kakaktua itu rasanya jauh lebih sedap dari ayam".