Kambing

Pak Abdul ingin menjual seekor kambing yang sudah lama dipeliharanya. Ini terpaksa dilakukannya kerana dia sangat memerlukan wang dan hanya kambing itu sajalah yang dia ada... Suatu hari Pak Abdul bertemu dengan seorang pembeli... "Kenapa Pak Abdul ingin menjual kambing ini?" tanya pembeli "Kerana aku sangat perlukan wang." Jawab Pak Abdul "Boleh tak kalau harganya diturunkan sedikit?" Tanya Pembeli.. "Tidak boleh.. kerana saya tahu kambing ini adalah yang baik dan setia." "Bagaimana Pak Abdul tahu yang kambing itu adalah kambing yang setia?" "Iya.. sudah 5 kali aku menjualnya.. tetapi dia selalu kembali kepada aku."

101 menepis penolakan mantap -50- “Ramai orang janji nak tolong, tapi bila dah join mereka buat tak tahu”

Penolakan:

"Ramai orang janji nak tolong, tapi bila dah join mereka buat tak tahu"

Menepis Penolakan:

Itu orang, bukan saya, saya tak akan janji gunung dan intan permata pada you hanya semata mata nak ajak you join, pada saya you tak joinpun tak apa. Saya akui ramai yang macam tu, janji itu janji ini tapi habuk pun tak ada.

Saya tak sanggup gadaikan maruah saya hanya kerana ambil 1000 atau 2000 duit orang. Dunia ni bulat, Malaysia pun bukanlah besar sangat, lambat laun kalau umur panjang kita akan bertemu jugasuatu hari nanti. Kalau saya tipu sudah pasti you akan menyumpah nyumpah saya, nama saya akan jadi buruk sedangkan bisnes ni periuk nasi saya untuk menyara isteri, anak anak dan keluarga saya.

Sebab itulah, saya minta maaf terlebih dahulu kalau kata kata saya ni menyinggung you atau membuat you terasa. Kalau you nak tahu, suatu waktu dulu, saya adalah sebangsat bangsat dan sehina hina manusia di atas mukabumi ini, you nak tahu kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya tidak menunaikan janji yang telah saya buat pada diri sendiri. –saya tipu diri sendiri!

Saya tak mahu jadi manusia bangsat dan hina lagi. Bila saya kata saya janji akan tolong, saya akan pastikan saya tolong dan dalam masa yang sama you juga kena berusaha untuk belajar tentang bisnes ni. you percaya dengan saya atau you yakin dengan saya, yang mana satu? OK, kalau macam tu bertindak sekarang, kita buat sama sama bisnes ni dan jangan tunggu lagi, percayalah bisnes ini tidak merugikan you. You nak pakej yang mana? Boleh bayar sekarang?

(kalau prospek nampak masih susah nak buat keputusan)

Oklah, you bayar sekarang dan mulakan dengan pakej yang kecil dulu, yang penting you buat. Ini borang, you isi, hari ni juga saya daftarkan keahlian you dan you dah boleh mula perkenalkan bisnes ni kepada kawan kawan you.

101 menepis penolakan mantap -49- “Bisnes ni ramai yang dah join, so susahlah saya nak cari orang”

Penolakan:

"Bisnes ni ramai yang dah join, so susahlah saya nak cari orang"

Menepis Penolakan:

Betul, kalau cari memang susah, so jangan cari, you perkenalkan sahaja. Kalau dah susah susah sangat, you cari yang bukan orang. Sebab dalam bisnes ni, orang boleh join dan bukan orangpun boleh join, so apa masalahnya?

You tahu tak, manusia ni terlalu ramai yang sedang cari peluang, tapi kita yang tak pergi cari mereka, sebab kita tak kenal yang mana satu orang yang sedang cari peluang. Syarikat bisnes yang saya buat ni dah 4 tahun, tapi ahli baru 250 ribu... baru 10% daripada jumlah penduduk Kuala Lumpur. Itu jumlah kesemua ahli comloany di 8 buah negara. Makna kata tak ramai lagi yang join company ni di Malaysia.

Kalau ditakdirkan semua rakyat Malaysia dah join itupun bukan masalah, sebab kita boleh perkenalkan kepada orang luar negara kerana bisnes ni adalah bisnes global. Bisnes dunia tanpa sempadan. Buat keputusan untuk bertindak sekarang, jangan fikir yang bukan bukan yang boleh memusnahkan impian kehidupan kita. orang yang banyak fikri tanpa bertindak, lama lama mereka akan jadi fakir. Ok, you nak mula dengan modal besar atau modal kecil?

101 menepis penolakan mantap -48- “Dah ramai yang tahu bisnes ni, so peluang untuk saya dah tipis”

Penolakan:

"Dah ramai yang tahu bisnes ni, so peluang untuk saya dah tipis"

Menepis Penolakan:

Saya setuju ramai yang dah tahu, tapi berapa ramai yang buat? Tahu dan buat dua perkara yang berbeza. Sebenarnya peluang akan menjadi tipis bila kita tidak mahu bertindak. Selagi kita tidak cuba kita tidak akan tahu samada peluang itu tipis ataupun tidak, sebab orang yang kita tidak kenal adalah lebih ramai daripada orang yang kita kenal. Betul ke benar? So, kenapa you nak takut atau risau, yang you perlu takut dan risau ialah bila you tak buat.

Percayalah, bila you buat bisnes ni baru you tahu, eh..... ramai lagi yang tak tahu rupanya. Saya percaya lepas itu you akan rajin berjumpa dnegan kawan kawan, saudara mara atau sesiapa sahaja you perkenalkan bisnes ni. Bukannya susahpun buat bisnes ni, jumpa orang cakap jumpa orang cakap jangan tak cakap, itu sahaja.

Tak tahu cakap you bagi flyers, bila mereka nak jumpa, you buat temujanji dan panggil saya, biar saya yang tolong cakap bagi pihak you, amacam, mudah ke senang?

 

Nak tahu tak?

Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

crite-crite best

Cerita 1 Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya. Cerita 2 Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut." Cerita 3 Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa ******* sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?" Cerita 4 Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu. Cerita 5 Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami." "Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...." Cerita 6 ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala... Cerita 7 Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu tidak membeli dua komputer" sahut temannya. Cerita 8 Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur.. hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah." "Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah. "Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih. "Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis. "Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu... " Cerita 9 Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah2 belaka.. jd,bapanya membanding2kan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah2. dia anak yg cerdik..tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal dibanding2 si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik....." bapa : ?? Cerita 10 Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai, mereka masing2 keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing...