Penolakan:
"Saya tak ada kawan"
Menepis Penolakan:
Pada saya you bukan tak ada kawan, Cuma dah lama you tak hubungi
Kawan kawan you tu. Cuba you duduk sorang sorang dan fikir serta tanya diri you sendiri, betul ke you tak ada kawan? Oklah, katakan you tak ada kawan, adik beradik ada tak? Saudara mara ada tak? Jiran ada tak? Saya pasti jawapannya ada, jika jawapannya ada, apa you tunggu lagi, buatlah keputusan sekarang. Saya akan bantu malah you akan seronok untuk hubungi semula kawan kawan you.
Penolakan:
"kawan kawan saya semuanya golongan elit, inilah masalah saya"
Menepis Penolakan:
Baguslah tu, susah nak dapat orang yang macam kawan kawan you tu. Golongan elit ni kebanyakkannya berebut rebut cari peluang dan mereka ni banyak contact. Jadi jika you buat keputusan untuk join bisnes ni lagi mudahlah you sebab golongan macam kawan kawan you ni tak ada masalah untuk sediakan modal.
Apa yang penting yang perlu you buat ialah, perkenalkan sahaja bisnes pada mereka, mungkin bila mereka nampak, mereka akan buat atau kalau mereka malu konon nak jaga "standard" mungkin mereka suruh adik beradik mereka buat ataupun mereka suruh kawan kawan mereka yang tak berapa elit macam mereka untuk buat bisnes ni.
Kalau saya dapat kawan kawan macam tu, saya pasti tak akan lepaskan peluang ni. you tak cuba you tak tahu. saya akan bantu you, you hanya aturkan temujanji sahaja dengan kawan kawan you tu, amacam... ok ke tak ok?
Penolakan:
"kenapa bangsa asing kurang, terutama cina?"
Menepis Penolakan:
Betul, bangsa cina kurang dalam company ni, tapi masih ada yang berjaya Cuma mereka jarang kelihatan di HQ. Mereka bergerak di luar sebab itu you tak nampak mereka.
Orang cinakan otak mereka otak bisnes, jadi mereka ada strategi dalam bisnes seperti ini. Mereka tidak akan bawa prospek atau pelanggan mereka ke HQ jika mereka rasa tindakan itu boleh menjejaskan bisnes mereka sebab orang cina pada kebiasaannya mempunyai semangat bangsa yang kuat. Jika mereka lihat ramai bangsa lain, mereka akan cuba mengelak untuk ikut serta walaupun mereka tahu bisnes tu bagus. Mereka kan suka duduk atas jadi orang nombor satu.
Dalam company ni sahaja yang you boleh lihat bangsa kita terlalu menyerlah kejayaan mereka. Pada saya bila kita buat bisnes kita jangan beza bezakan bangsa sebab semua bangsa mencari peluang yang sama macam kita. Semua orang tak kira apa bangsa sekalipun mempunyai impian dan matlamat dalam kehidupan mereka. Cara berfikir kita perlu berubah jika kita betul betul ingin berjaya dalam kehidupan.
Jom ikut saya, kita sama sama buat bisnes ini, saya akan toong dan bantu you sekurang kurangnya untuk you dapatkan modal yang baik.