101 menepis penolakan mantap -37- “saya masih belajar, macam mana saya nak fokus bisnes ni?”

Penolakan:

"saya masih belajar, macam mana saya nak fokus bisnes ni?"

Menepis Penolakan:

sebab you masih belajarlah saya ajak you sertai bisnes ni. betul, nak berjaya kena fokus, tapi jika kita tahu gunakan masa itu bukan satu masalah besar sebab kita yang tentukan masa kita, jangan biarkan masa yang tentukan kita, ramai orang silap kat sini.

Bisnes ni tak tuntut masa yang lamapun, sehari 1 atau 2 jam takkan tak boleh? Daripada you dok lepak lepak baik buat bisnes ni, you ada advantage sebenarnya, 1 sebab you pandai komputer, ke 2 you ramai kawan dan ke 3 you masih muda. Pada saya bila ketiga tiga elemen ini you gunakan pada landasan yang betul, pasti you boleh mencapai kejayaan.

Satu lagi saya mahu you buat persediaan awal setelah you habis belajar nanti. Youpun tahu tahap pengangguran di Malaysia berada pada tahap merunsingkan. Ramai lepasan universiti masih tidak dpat kerja, so bila you buat bisnes ini sekurang kurangnya you tak risau lepas habis belajar nanti dan dalam pada buat bisnes ni you bolehlah cari kerja yang bersesuaian dengan kelulusan you.

Dalam bisnes ni ramai pelajar yang melibatkan diri dan ada di antara mereka yang sudah berjaya, bukan berjaya sikit sikit malah ada yang dah mampu beli rumah dan berkereta mewah contoh antaranya Ahmad Shazwan. Pada saya mereka sama macam you. –masih belajar.

Saya akan bantu dan tolong you menjalankan bisnes ni.

101 menepis penolakan mantap -36- “Gaji saya RM 3000, tapi komitmen banyak so modal tak ada, bukan tak nak buat bisnes ini”

Penolakan:

"Gaji saya RM 3000, tapi komitmen banyak so modal tak ada, bukan tak nak buat bisnes ini"

Menepis Penolakan:

Tak apa, you dah tahu komitmen you banyak so sebab itulah you kena rebut peluang dan bisnes ni. Saya hanya berikan you cadangan sahaja bagaimana nak dapatkan modal. You dah akui bahawa bisnes ni bagus, so yang menjadi masalah sekarang ialah you tak ada modal untuk buat bisnes ni.

Saya selalu tanamkan dalam diri saya. "tanpa keberanian, Impian tidak akan menjadi kenyataan" saya dulupun waktu nak buat bisnes ni, saya tak cukup modal, saya tahu bisnes ni bagus kalau saya tak rebut dan cuba buat saya dah kehilangan satu peluang untuk merealisasikan impian kehidupan saya. Apa yang saya buat ialah, saya tangguhkan dulu bayaran ansuran bulanan kereta dan bayaran ansuran bulanan rumah saya. Duit tu saya jadikan modal untuk buat bisnes ni. Bila saya sanggup berbuat demikian saya buat bisnes ni bersungguh sungguh, alhamdulillah dalam masa sebulan saya dah dapat balik modal dan saya bayar ansuran kereta dan rumah yang bertangguh dulu.

Itu saya dan ada juga yang gadai barang kemas isteri, sandar geran motor, jual perabot rumah, pinjam pada adik beradik, pinjam pada kawan, pinjam bank dan macam macam lagi mereka lakukan untuk buat bisnes ni, sebab mereka nampak peluang dan potensi bisnes ni. Sebab itu saya kata, kita kena berani bertindak jika kita ada impiandalam kehidupan kita. you jangan risau, jika you berikan 10% komitmen terhadap bisnes ini, saya akan berikan pada you 10 X ganda komitmen terhadap bisnes ini, saya akan berikan pada you 10 X ganda komitmen saya sebab you adalah business partner saya.

101 menepis penolakan mantap -35- “bisnes ini bagus, tapi saya was-was dari segi hukum agama”

Penolakan:

"bisnes ini bagus, tapi saya was-was dari segi hukum agama"

Menepis Penolakan:

saya hormati perasaan you, sebab bila melibatkan soal soal agama ni kita perlu berhati hati. Sayapun ada perasaan yang sama macam you. Bila kawan saya bawa saya pergi preview bisnes ni saya lihat ramai yang berjubah dan berstatus haji hadir dan ada yang menyertai bisnes ini. Malahan ada penceramahnya terdiri daripada mereka yang berkelulusan dalam jurusan syariah baik daripada dalam negeri mahupun luar negeri. Saya juga bertambah yakin bila diberitahu bahawa ada juga dikalangan isteri dan anak anak mufti sebuah negeri menyertai bisnes ini.

Saya rasa itu sudah cukup menyakinkan saya malahan saya bertambah yakin bilamana lebih 30 tahun bisnes seperti ini berada di Malaysia, tiada satu fatwapun yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa umat Islam tidak boleh menyertai bisnes seperti ini kerana ia bertentangan dengan hukum agama.

Kalau ada saya adalah orang pertama yang tak akan melibatkan diri dalam bisnes ini. Jika you nak penerangan lanjut, saya boleh bawa you ke pejabat dan you boleh tanya kepada mereka yang lebih arif.

101 menepis penolakan mantap -34- “saya bersyukur dengan apa yang ada”

Penolakan:

"saya bersyukur dengan apa yang ada"

Menepis Penolakan:

Betul, sayapun bersyukur dengan apa yang ada, tapi apa salahnya kita tambahkan atau pertingkatkan lagi apa yang kita ada hari ini. Islam sendiri menyeru umatnya untuk terus berusaha mempertingkatkan serta memajukan diri. Sebab itu dalam azan dilaungkan, "hai Ya Alal Falah..." (marilah menuju kejayaan) kenapa tak dilaungkan, "hai ya ala falah....?"

Mungkin you dah tunaikan tanggungjawab you pada diri dan keluarga, tapi apa salahnya you buat bisnes ini untuk membantu orang orang lain yang masih belum berjaya dalam kehidupan mereka, itukan salah satu bentuk fardhu kifayah yang boleh kita lakukan. Saya bukanlah pandai sangat nak bercakap bab-bab agama ini. Apa yang penting saya tahu apa yang saya buat sekarang ni boleh membantu diri saya dan disamping itu saya boleh bantu orang lain.

Kita sama warna kulit dan sama pegangan agama, jom kita buat sama sama untuk mempertingkatkan ekonomi ummah bangsa dan agama kita. Saya akan bantu dan tolong you untuk buat bisnes ini.

Kanak Kanak

Seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya yg baru berusia sepuluh tahun bermain di ruang tengah. Si ibu mendengar anaknya berkata begini..."Para penumpang.. Encik encik dan Puan puan keparat sekalian.. dipersilakan naik ke pesawat dan duduk dikerusi masing2.."

Si ibu terkejut, bergegas mendatangi anaknya dan berkata : "Nak ooo Nak.. kan ibu dah kata.. jangan gunakan kata-kata kotor seperti itu. Sekarang.. engkau kena hukum... berdiri diam di dapur selama 2 jam!"

Dua jam kemudian hukuman pun berakhir. Si anak terus saja meneruskan permainannya. Si Ibu di dapur kembali mendengar anaknya berkata-kata dalam permainannya itu... "Para Penumpang.. Encik-encik dan Puan-puan yg dihormati. Sebentar lagi pesawat kami akan terbang. Silakan Naik dan duduk ditempat masing-masing... Selamat menikmati penerbangan kepada Encik-encik dan Puan-puan yang terhormat" Ibu yg di dapur tersenyum puas.. tetapi kemudian didengarnya lagi anaknya meneruskan ucapannya,

"Bagi yg ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM... Sila protes kepada wanita jahanam yang kini berada di dapur!"