101 menepis penolakan mantap -19- “aku bukan tak mahu buat tapi aku tak ada duit......”

Penolakan:

"Aku bukan tak mahu buat tapi aku tak ada duit"

Menepis Penolakan:

aku kenal engkau bukan sehari dua dan engkaupun kenal aku bukan sehari dua, tapi dari dulu itulah alasan engkau asyik tak ada duit. Engkau rasa bila engkau nak ada duit? 2 tahun lagi? 5 tahun lagi? Atau mungkin tak akan ada duit?

Aku ajak buat bisnes ni sebab nak cari duitlah, korban sikit tak boleh? Ikatlah perut sikit bukannya lama mungkin dalam 2 minggu dah dapat balik modal tapi buat betul betul jangan main main. Macam nilah, kalau engkau nak berubah, engkau usahalah cari duit tu, aku bukan nak tipu engkau sebab aku tahu engkaupun susah. Aku ajak engkau ni sebab engkau kawan baik aku dan kita tak boleh buat sama sama.

Kalau engkau tak boleh cari RM3 ribu, engkau vari RM1500 kalau tak boleh jugak engkau cari RM500 yang penting untuk engkau mesti join bisnes ni. Aku bagi engkau 2 hari untuk cari duit tu, mana engkau nak cari engkau punya pasal. Aku tahu lagi dua hari duit sampai kat aku, itupun kalau engkau ingat aku kawan baik engkau.

101 menepis penolakan mantap -18- “Manalah aku tahu internet-internet ni......”

Penolakan:

"Manalah aku tahu internet-internet ni"

Menepis Penolakan:

Alamak... engkau ingat aku tahu ke internet-internet ni, komputer pun aku tak tahu guna. Aku hentam saja buat bisnes ni, pada aku lama lama aku tahu sebab dalam bisnes ni aku tengok makcik pun guna komputer tak kan aku tak boleh?

Kat pejabat tu ramai yang akan tolong dan bantu kita. Engkau bagi je borang dengan duit pandailah mereka akan buat. Aku selalu pergi pejabat dan kadang kadang aku minta tolong orang atas aku.

Engkau tak payahlah nak pening pening atau sakit kepala fikir pasal internet atau komputer tu, yang engkau patut pening ialah kalau engkau lambat buat keputusan dan tindakan untuk join dan ikut aku dalam bisnes ni, tak boleh modal besar engkau mulakanlah dengan modal kecil yang penting engkau buat. Aku bukan apa, kita ni dah lama susah dan sampai bila nak susah manjang. Manalah tahu dengan bisnes ni hidup kita berubah, engkau senang, aku pun senang.

Tak cuba kita tak tahu. Aku yakin kita boleh buatlah....

Kapal Terbang

Kapal terbang sedang membawa sekumpulan pesakit gila bagi tujuan memindahkan mereka daripada hospital bahagia lama ke hospital bahagia baru.

Sedang dalam penerbangan pesakit-pesakit gila tidak duduk satu tempat dan membuat bising sahaja, maklumlah orang gila lah katakan.

So, Pilot memberitahu kepada Co-Pilot " awak pergi kat depan tu dan suruh mereka diam peninglah kepada saya"

So, Co-Pilot pun pergilah kedepan dan mereka semua diam....tetapi mereka tak diam masih buat bising, tiba-tiba datang seorang pesakit ni datang terus memberi tahu "Tuan cuma orang gila sahaja yang boleh bercakap dengan orang gila yang lain, memandangkan saya dah nak baik ni, biar saya sahaja yang beritahu mereka" lalu Co-Pilot pun berundur dan terus pergi kepada Pilot.

Selepas beberapa minit Pilot pun berkata " Aik senyap jer apa yang awak dah buat pada mereka?" dengan perasaan hairan Co-Pilot pun pergi kedepan tetapi kosong cuma tinggal orang gila yang mengaku dah nak baik tu sahaja lalu Co-Pilot pun bertanya mana pergi semua pesakit lalu orang tersebut jawab saya kata kepada mereka "kalau nak buat bising sangat pergi lah main kat luar"

[polldaddy poll=1128418]

Funny phone answering machine

Here are five funny phone answering machine messages :

(a). Hello, you've reached Jim and Sonya. We can't pick up the phone right now, because we're doing something we really enjoy. Sonya likes doing it up and down, and I like doing it left to right...real slowly. So leave a message, and when we're done brushing our teeth we'l! l get back to you.

(b). Hi, this is John. If you are the phone company, I've already sent the money. If you are my parents, please send money. If you are my financial aid institution, you didn't lend me enough money. If you are my friends, you owe me money. If you are a female, don't worry, I have plenty of money.

(c). Hi, I'm probably home, I'm just avoiding someone I don't like. Leave me a message, and if I don't call back, it's you.

(d). Please leave a message. However, you have the right to remain silent. Everything you say will be recorded and will be used by us.

(e). (Sexy female voice with heavy panting).. Hi,you've reached 555-3456. John is in... (sigh) Oh no, he's out... (aah) Yes, he's in again... (ooh) No he's out... (aah) Why don't you just leave your name and number and he'll call you as soon as he...comes

Dinding

Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan tabiat aneh salah seorang pesakitnya. Setiap pagi, si pesakit akan melekapkan telinganya pada sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu. Ini dilakukannya setiap hari dan diperhatikan oleh doktor berkenaan.

Akhirnya pada suatu hari, si-doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari oleh si-pesakit pada dinding berkenaan. Dia pun melekapkan telinganya ke dinding... tetapi tidak dapat mendengar apa-apa. Dia berpaling kepada si-pesakit dan berkata "Tak dengar apa-apa pun".

"Memang, dah sebulan dah. Senyap aje..." kata si pesakit"