Penolakan:
"Kalau dah ramai join macam mana syarikat bayar?"
Menepis Penolakan:
Sebenarnya lagi ramai join lagi seronok syarikat nak bayar. Inilah masalahnya bila kita tak faham tentang bisnes ni. Kalau you buat bisnes dan bisnes you maju, you ada masalah ke nak bayar gaji pekerja? Kalau you ada bisnes dan ada diantara pekerja you yang malas buat kerja, you nak simpan atau you nak buang dia? Kalau pekerja you rajin dan bawa jualan dan bawa jualan yang banyak kepada syarikat you, you ralat ke nak bayar gaji yang tinggi pada dia?
Bisnes nipun macam tu, siapa yang rajin dan ikut sistem maka dia berhak mendapat pendapatan tapi kalau dia duduk diam tak buat apa apa, syarikat tak anak bayar pendapatan (bonus).
Senang cakap, ada kerja ada gaji, tak kdrja tak ada gaji!
Penolakan:
"Selalunya bisnes macam ini tak tahan lama"
Menepis Penolakan:
You dah pernah buat bisnes macam ni ke? Kalau boleh saya nak tahu syarikat apa? Saya memang tak nafikan ada syarikat yang tak bertahan lama, sebab itu kita kena pilih syarikat yang betul, jujur dan ikhlas dalam menjalankan perniagaannya.
Syarikat yang saya nak memperkenalkan ni dah berusia lebih 3 tahun dan telah menerima banyak anugerah dan pernah diiktiraf sebagai syarikat nombor 1 dibawah usia 3 tahun oleh kerajaan dan satu lagi pernah dianugerahkan sebagai syarikat paling pantas berkembang dan dah ada lebih 7 cawangan di luar negara. Ahlipun dah melebihi 200K orang.
Baru baru ni dah beli bangunan sendiri, you fikir syarikat ni main main ke buat bisnes? Dan yang paling seronok, syarikat ni masih belum gagal bayar bonus sejak hari pertama sehinggalah ke hari ini walaupun lebih 50 orang dah bergelar jutawan!
Pada saya, kalau you buat bisnes dan bisnes itu menguntungkan, you rasa you nak tutup bisnes atau you malas nak teruskan bisnes? Pada saya kita buat je kerja kita dan syarikat buat kerja dia. Sebab ramai yang kata, kalaulah aku tahu, dulu lagi aku dah join!
Mungkin kata kata saya negatif bagi you, tapi you fikirlah, kalau you gagalpun berapa you rugi, kalau syarikat rugi agak agak you berapa banyak? Itu kalau you rugi, kalau bisnes you berjaya macamana?
Bisnes ni sebenarnya, kita dah tahu berapa banyak nak rugi dan untungnya pula tiada had dan batasan jadi janganlah fikir tak tahan lama, fikirlah berapa cepat dan berapa banyak kita boleh buat duit. Semuakan kuasa Tuhan... kita usaha je lah...........
Penolakan:
"Saya ni tak pandai cakap macam awak"
Menepis Penolakan:
You ingat saya ni pandai cakap sangat ke? Saya hentam je, pada saya tak cuba bercakap tentang bisnes ni sampai bilapun saya masih tak tahu yang saya boleh bercakap tentang bisnes ni.
Pada saya, you ada kebolehan dan kehebatan Cuma you kurang pengetahuan saja dalam bisnes ni. Kalau you ada pengetahuan saya rasa you lebih hebat bercakap daripada saya. Saya lihat you ada skill komunikasi yang baik dan idea serta pandangan you memang bagus. Cuma you kena buat sedikit kerja, join bisnes ni dan belajar tentang bisnes ni.
Saya yakin you boleh lakukan, percayalah.........!