Tips Kejutkan Org Bersahur

kalau nak kejutkan org bangun tidur especially sahur..camni antara caranya.. 1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.. 2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia... 3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia... 4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia... 5. tutup kipas/air cond tapi kalau still tak effect 1. jerit nama dia kuat kuat... 2. gigit ibu jari kaki dia..cam hantu toyol gigit 3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju korang 4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam 5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami! 6. jerit api! api! api! 7. letak kfc ke Mc D ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit tapi kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir 1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali... 2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe

sapu

Di sebuah sekolah rendah Kg Melaka seorang guru sedang mengajar mata pelajaran matematik. Tiap kali dia mengajar, dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah dekat tapak tangan kemudian Gosok dekat kepala. Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia tanya.

Guru: Atan! datang depan sini. Atan: saya datang cikgu. Guru: tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu dekat kepala awak, mengapa awak buat macam tu? Atan: saya tak faham matematik cikgu !! saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya. Guru: siapa yang ajar Atan macam tu? Atan: emak saya, cikgu. Guru: apa yang emak cakap? Atan: cikgu, bila malam saya tidor dengan ayah dan emak saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan Ayah saya...... "KALAU SUSAH-SUSAH NAK MASUK, SAPU AJER AIR LUDAH TANG KEPALA TU...BARULAH SENANG MASUK!!!" Guru: ????????????

 

Surat cinta hangat untuk Janna Syariza(tunang saiful)

Assalamualaikum Cik Janna Syariza,
Diharapkan agar kehadiran surat ini tidak mengganggu hidup saudari.Saya hanyalah seorang insan hina pada pandangan Khairy Jamaluddin yang mengumpamakan saya seperti seekor beruk.Oh,harap maaf.Terlupa pula saya bertanya khabar saudari.Apa khabar?Harap berada dalam keadaan sihat selalu. Akibat daripada tragedi yang telah menimpa saudari dewasa ini,saya amat berharap agar saudari dapat bertenang dan dapat membuat pertimbangan waras mengenai masa depan saudari.Tujuan saya menulis warkah hina ini hanyalah untuk meyakinkan saudari supaya saudari tidak menyesal kemudian hari kerana tidak memilih saya sebagai teman hidup. Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang berumur 27 tahun.Saya mempunyai kerja tetap (saudari perlu ingat,wujud kes2 dimana isteri menanggung suami) dan ini menunjukkan saya adalah seorang yang stabil dan mempunyai masa depan yang boleh dikatakan agak cemerlang,gemilang dan terbilang. Saya dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di merata-rata tempat.Kata ibu saya,saya juga pernah dibesarkan di Rembau tapi semenjak Khairy Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rembau,saya agak malu mengaku saya mempunyai kampung di Rembau.Seperti kata peribahasa,kerana najis mughallazah setitik habis semua najis mukhaffafah jadi najis berat. Saya telah selamat menamatkan pengajian saya pada tahun 2004 dan kini sudah hampir 4 tahun bekerja.Walaupun pekerjaan saya sebelum ini agak tidak menentu tapi alhamdulillah kini saya mampu untuk sekurang-kurangnya membelanja saudari makan (kalau Cik Janna sudi) Cik Janna, Kisah hitam yang berlaku haruslah Cik lupakan.Buang yang keruh ambil yang jernih.Saya dengan ini mengakui yang saya tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun,itu adalah kelebihan saya.Sudah pasti Cik Janna juga inginkan seorang suami yang tidak pernah diliwat oleh mana2 lelaki mahupun sebatang timun?Tidak pernah pun saya membenarkan seorang lelaki yang sudah berumur menyentuh tubuh saya.Jikalau ada pun lelaki yang cuba memperkosa saya sudah pastilah saya mampu menentangnya kerana come on la,saya 27 tahun lawan dengan lelaki tua umur 60 tahun yang ada sakit tulang belakang,mestilah saya menang kan?Dari segi kekuatan fizikal saya adalah pilihan terbaik Cik Janna. Sebelum saya terlupa,di sini saya sertakan sedikit butir2 peribadi saya dengan harapan agar dapatlah Cik Janna pertimbangkan untuk dijadikan pilihan hidup Cik. Nama : Man Umur : 27 tahun Alamat : Kuala Lumpur Makanan Kegemaran : Nasi Ayam Minuman Kegemaran : Teh Ais Hobi : Mengumpul setem dan menulis Cita-Cita : Menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri selama-lamanya Impian Hidup : Mendapat tempat dihati saudari Saya mempunyai impian ingin berkeluarga dan saya sudahpun memilih nama anak-anak saya nanti (jika saudari tak keberatan menerima permintaan saya ini) Jikalau anak lelaki saya ingin namakan dia Najib.Jika anak perempuan saya ingin benar nama anak kita nanti Rosmah.Mungkin kalau rezeki kita murah nanti,anak yang ketiga (harap2 lelaki seorang lagi,saya ingin benar anak lelaki 2 orang) akan diberi nama Sharibuu.Diharap saudari dapat menggambarkan betapa bahagianya kita berdua keluar bersama-sama 3 anak kita nanti,Najib,Rosmah dan Sharibuu berkelah di Kolam Suria KLCC. Dengan ini saya amat berharap agar saya tidak bertepuk sebelah tangan.Petimbangkan permintaan saya ini,Insya Allah saudari tidak akan berputih mata. Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas. Ikhlas, Mantot  

Tak pakai seluar dalam

Ani merupakan seorang dara yang cantik lagi rupawan. Kira dalam kampung, dialah Miss Kampung. Tapi sayangnya sewaktu dia kecik, Ani telah jatuh dari katil tidur lalu otaknya sekarang tak seimbang. (otak senget) Satu hari Ani telah disuruh oleh emaknya untuk membeli kelapa. Lalu dia pun pergi ke kedai Pak Mat. Pat Mat walaupun usianya dah lanjut tapi masih "gagah dan kuat".(viagra+tongkat ali) Setibanya di kedai Pak Mat, terdapat beberapa lagi pemuda-pemuda kampung yang tengah lepak kat situ. Ani : Kelapa satu biji...parut buang kulit. Pak Mat : nak buat ape dengan kelapa ni Ani : tak tahu mak suruh beli Pak Mat : hari ni Pak Mat rasa murah hati...kalau Ani dapat panjat pokok kelapa dan ambik kelapa tu...pak mat kasi free. Ani dengan ghairah memanjat pokok kelapa tu. Pak Mat dan pemuda-pemuda kampung yang lepak kat situ pun mengerumuni di bawah pokok kelapa tu. Mereka pandang ke atas dengan penuh berahi. Oleh kerana syiok sangat, Pak Mat suruh Ani turun naik pokok kelapa tu beberapa kali untuk ambil beberapa biji dia nak.Ani pun pulang ke rumah dengan senang hati membawa kelapa parutnya dan beberapa biji lagi. Tiba di rumah, emak Ani terperanjat kenapa banyak sangat kelapa. Mak Ani : Ani..apasal banyak sangat kelapa Ani : ni hari pak mat kasi percuma kalau Ani sendiri yang panjat pokok dan ambil kelapa-kelapa tu. Pandai kan Ani mak. Mak Ani : ANNNIIIIII maknya menjerit...diorang tu semua nak tengok seluar dalam kau...sebab tu dia kasi free Ani : Yeke mak....eh ...eh...nasib baik ani tak pakai seluar dalam.

Permatang Pauh: Petua Menghindari Pengundi Hantu

Media_httpsyafizaword_spnhi
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos -- PERINGATAN ... Sebahagian daripada kain rentang yang dipasang oleh jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu Selasa ini. Antara yang menarik perhatian ialah kain rentang yang dinaikkan oleh Pemuda Reformasi Kampung Permatang Pasir mengenai pengundi hantu serta "petua" untuk menghadapinya.   -- foto BERNAMA

Ucapan dari player Kedah setelah menang Double Treble!

Juara Piala Malaysia dirai

ALOR STAR 24 Ogos - Kepulangan juara Piala Malaysia, Kedah ke negeri ini pagi ini disambut bagaikan wira oleh ribuan penyokong hijau kuning dalam meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka itu.

Skuad kendalian Mohd. Azrai Khor Abdullah itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim , Kepala Batas di sini kira-kira pukul 9 pagi dengan disambut oleh para penyokong yang begitu teruja dengan kejayaan Kedah mempertahankan Piala Malaysia.

Para pemain bersama piala yang dimenangi kemudian diarak dengan menaiki kenderaan khas berwarna hijau kuning yang tertera tulisan "Tiga Juara Dalam Dua Musim" sejauh lebih 10 kilometer dari lapangan terbang ke Stadium Darulaman.

Perarakan tersebut turut melalui bandar raya Alor Star sambil diiringi oleh kira-kira 1,500 peminat pasukan hijau kuning itu.

Pasukan Kedah kemudian diraikan dalam satu majlis khas di Stadium Darulaman.

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi, Kedah muncul juara musim kedua berturut-turut selepas menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=BcrpZP_Jc-Y]