Hari ini buat sejarah & dalam sejarah : Final Malaysia Cup 2008 Kedah vs Selangor

Kedah sukar digugat

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH shahril@kosmo.com.my

Media_httpwwwkosmocom_vqgxs
PENYERANG Kedah, Badrol Bakhtiar (kiri) cuba melepasi halangan pertahanan Selangor, Amri Yahyah. KENARI terbang tinggi, Red Giant tersungkur lagi.  Gelaran treble sekali lagi dimiliki Kedah. Itulah yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, gelanggang yang menjadi sejarah menyaksikan juara bertahan, Kedah menjulang Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menewaskan musuh tradisi, Selangor 3-2 pada perlawanan akhir. Kedah yang dibimbing jurulatih Mohd. Azraai Khor Abdullah turut melakar sejarah baru dalam bola sepak negara apabila muncul satu-satunya pasukan yang berjaya mengekalkan kejuaraan treble buat musim kedua berturut-turut setelah melakukannya pada musim lepas. Malam tadi, hajat Selangor untuk menebus kekalahan mereka dalam Piala FA awal bulan ini tidak kesampaian apabila mereka sekali lagi gagal menyekat kemaraan skuad Hijau Kuning itu yang meneruskan kehebatan mereka musim ini. Bagi Azraai, kejayaan menjulang trofi paling berprestij itu menjadi bukti bahawa skuad mudanya ini memiliki kualiti tersendiri. “Saya gembira dan bersyukur dengan kejayaan yang dilakar pada malam ini (malam tadi),” jelas Azraai selepas perlawanan akhir itu. “Saya sangat terharu kerana komitmen yang ditunjukkan oleh para di atas padang telah dibayar dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia ini. “Pujian juga perlu diberikan kepada anak buah Dollah Salleh yang tidak berputus asa memberi tentangan biarpun ketinggalan 1-3 sebaik babak kedua bermula. “Kami bermula dengan agak baik dan berjaya menguasai permainan pada 20 minit pertama,” kata Dollah. “Tapi pemain mula selesa selepas mendahului 1-0 dan mereka semakin hilang fokus, kesilapan di benteng pertahanan pula menjadi punca Kedah bangkit menguasai permainan.” Pada perlawanan yang disaksikan lebih 40,000 penonton di stadium itu, Selangor dilihat bermula dengan garang apabila penyerang import dari Liberia, Frank Seator memberi harapan buat peminat Red Giant itu dengan jaringan pembukaan pada minit ke-18. Begitupun, tiga gol dalam masa 15 minit daripada Marlon Alex James (minit ke-31), Nelson Sam Martin (32) dan Mohd. Fadly Baharom berjaya mendiamkan seketika peminat Selangor pada babak pertama. Jaringan penyerang kebangsaan, Safee Sali pada minit ke-77 memberi sedikit harapan buat peminat Red Giant, namun Kedah berjaya menghalang setiap gerakan Selangor sehingga tamat perlawanan. -kosmo-

Buletin Utama:

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=61FDuRFYBpQ]  

Kedah julang Piala Malaysia

Oleh Ahmad Khawari Isa dan Mohd Fadzrie Hazis bhsukan@bharian.com.my Tewaskan Selangor 3-2 RENTAK tari Kedah cuba diikuti, tetapi Selangor akhirnya dipaksa menggigit jari apabila gemilang jadi milik Sang Kenari yang terus bermegah dengan kemenangan 3-2 pada pertentangan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Percaturan untuk cuba menyaingi rentak pantas Kedah dijelmakan Merah Kuning dan biarpun diakui usaha itu lebih baik berbanding ketika kecundang di final Piala FA Jun lalu, ia tidak cukup buat menghalang Kedah melengkapkan rangkulan tiga kejuaraan musim ini. Cuma ancaman awal jadi milik Selangor apabila pada minit ketujuh, rembatan percuma Indra Putra Mahayuddin berjaya menggegar tiang kiri gol Kedah. Penantian mereka tidak lama apabila 11 minit kemudian, berpunca daripada sepakan percuma Indra yang sekadar ditampan penjaga gol, Helmi Eliza Elias, Frank Seator paling awal meluru untuk menyepak masuk bola lantunan itu. Tetapi Kedah bukan mudah mengalah. Selepas beberapa ancaman, termasuk dua aksi hebat Suffian Rahman mempertahankan gawang Selangor pada minit ke-29, Hijau Kuning mengikat kedudukan dua minit selepas itu apabila penyerang Kedah, Marlon Alex James lolos meninggalkan seluruh benteng lawan sebelum menolak masuk gol penyamaan. Tidak cukup dengan jaringan itu, ledakan Nelson San Martin hasil umpanan ke belakang Khyrill Muhymeen Zambri, menyinggahi palang atas sebelum melantun turun menggegar jaring untuk Kedah di depan 2-0 seminit kemudian. Kesilapan Mohd Razman Roslan yang cuba menggelecek di depan gawang sendiri dihukum apabila Fadly Baharom cantik menyudahkan gol ketiga Kedah pada minit ke-37. Tandukan Seator yang terkena palang pada minit ke-60 menjelmakan petanda Selangor mahu bangkit melawan di babak kedua tetapi realitinya berbeza ketika Kedah terus menguasai untuk hampir 30 minit berikutnya bagi memaksa benteng Selangor terus bekerja keras. Kesungguhan itu bagaimanapun dibalas apabila Safee Sali yang hampir tenggelam pada majoriti aksi sebelumnya, memilih membuat ledak lencong di luar kawasan penalti yang melepasi jangkauan Helmi Eliza dan menerjah jaring buat gol kedua Selangor pada minit ke-77. Sayangnya, baki 13 minit permainan dan masa tambahan selepas itu agak terlambat ketika Kedah memastikan lakaran sejarah menjadi milik mereka semusim lagi apabila muncul pasukan pertama mengulangi pencapaian menakjubkan - memenangi ketiga-tiga piala utama buat musim kedua berturut-turut. -berita harian-    

First half:

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=61FDuRFYBpQ]  

Second half:

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=YMDWlKr2tV4]  

Highlight

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=SOl8nsiiI4w] LANGIT cerah seolah-olah berubah warna malam tadi. Tidak salah jika pencinta bola sepak ternampak jalur-jalur berwarna hijau kuning memayungi 37,000 penonton di Stadium Nasional di Bukit Jalil. Apa tidaknya, Kedah melengkapkan musim gemilang dengan menjulang Piala Malaysia, trofi kebanggaan rakyat Malaysia dan masyarakat bola sepak tempatan. Sang Kenari terbang tinggi, membunuh ego Gergasi Merah Kuning yang membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi Frank Seator. Sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin menuju gawang dan penjaga gol Helmi Eliza Elias, yang beberapa jam terdahulu diisytihar Pemain Paling Popular dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, sekadar menampan bola ke kaki Seator yang menyambar peluang itu dengan senang hati. Namun Kedah bukan calang-calang pasukan. Dengan Nelson San Martin menjadi kemudi tengah membekalkan peluang kepada Marlon James dan Khyril Muhymeen Zambri, hantaran dan pergerakan Hijau Kuning lebih kemas. Menerusi satu umpanan tepat Nelson, Marlon meloloskan diri sebelum menyepak jaringan penyamaan dengan tenang pada minit ke-32. Belum sempat Selangor bangkit bernafas semula, Kedah menghukum kealpaan benteng pertahan Merah Kuning seminit kemudian. Percubaan Khyril Muhymeen Zambri ditampan Evans Chisulo dan bola yang berlegar sekitar luar petak penalti itu pantas disambar oleh Nelson yang melihat tendangannya mencecah jaring Suffian Abdul Rahman. Lima minit kemudian gol Selangor bocor lagi. Tertekan, bek Selangor Razman Roslan tersilap umpan kepada Fadly Baharom, Pemain Muda Paling Popular 2008, yang terus menyepak tinggi menewaskan Suffian. Dengan kedudukan 3-1 kepada Kedah pada separuh masa pertama, sudah tentu Selangor sukar untuk mengheret Kedah ke masa tambahan. Bagaimanapun, Safee Sali memberi sekelumit harapan kepada penyokong setia Selangor apabila dia merapatkan kedudukan pada minit ke-78 menerusi percubaan cantik dari luar kotak penalti. Kesudahannya, bagaimanapun, tidak berubah. Kedah mengekalkan kejuaraan, manakala Nelson dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan. Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, meraikan kemenangan itu dengan perasaan bercampur baur. “Anak buah saya berjaya mencipta sejarah yang tidak mudah untuk diulangi. Kedah menjuarai tiga gelaran sekali gus buat dua musim berturut-turut, iaitu enam piala dalam masa dua tahun. Pada masa yang sama saya menujukan kemenangan ini kepada sifu saya, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil yang meninggal dunia bulan lalu. “Kemenangan ini juga cukup bermakna kerana ia hadir pada ulangtahun ke-50 pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,” kata Azraai yang dipilih Jurulatih Paling Popular. Dollah Salleh yang muram akibat kekalahan itu menyifatkan barisan Kedah lebih pantas, lebih baik dan berhak muncul juara edisi ke-82 piala itu. “Saya mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan saya, Azraai. Pencapaiannya agak luar biasa, kerana jarang kita dengar satu pasukan muncul juara berganda atau treble dua musim berturut-turut di tempat lain. Nelson pula menganggap kemenangan itu berpunca daripada semangat setiakawan pemain Kedah yang diterapkan oleh Azraai. “Secara peribadi, ini kemenangan yang cukup menyenangkan hati saya. Saya tujukan kejayaan ini kepada ibu. Saya kehilangan ibu tercinta akibat kanser awal tahun ini dan langsung tidak berpeluang menjenguknya di Santiago, Chile.” .:: www.fam.org.my ::.   Pencapaian Kedah:
Media_httpimg142image_spnfi

Cerita Terbaik! Semua bermula dari huruf K !

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, "Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih.. Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar ke*****an kau ketara keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kata, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat. "kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok. Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok. P/S: Kalau kiranya korang kerja, kembali KERJA!

cerita yang bermula dari huruf "C"

Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite- cite came copot cambil cari cengkerik. cipu t cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cak cikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.cah aye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat- cepat cembunyi.ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot.ciput cakap came copot, " chuuu..chuuu... cenyap...cenyap copot..." .copot cambung cakap, "copot cudah cenyap..c iput cenyap camelah. ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. cipu t came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot.".ciput cenyum cambil chow came copot..Caja cuka cuka..

Cekian. .cimecaceh

Cara bersalam dengan betul !!!

Cara-cara dia : 1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah. bow at 90 degrees 2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam. clutch hand of the person you are greeting with both hands 3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih. tilt head to slightly the right for maximum "feel" 4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci. purse lips to kiss approx 1 inch Contoh dibawah: see example below...
Media_httpimg53images_rccgc

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 10

Salam, apa khabar Anda hari ini? Tips kejayaan dari Donald Trump yang terakhir adalah : “I Accept Critics. I Listen To The Bad And I Hear The Good. Whatever People Put A Bad Critic On Me, My Business or My Job, I Just Ignore Them”. Apa jua yang kita lakukan dan bila ia dilihat oleh orang lain, mereka cenderung untuk mengkritik. Secara default (automatik) kritikan yang keluar adalah negatif, Jarang Anda jumpa orang yang berfikiran positif yang selalu bersangka baik. Memang jarang. Perkara ini saya lalui sendiri. Bila Anda dikritik teruk, seperti kata Donald Trump, biarkan saja mereka. Respon Anda? Senyum. Senyum dan terus tersenyum. They always talking, talking and talking. Mereka hanya sekadar bercakap, cakap dan terus bercakap mengikut ukuran mereka dan pengamatan mereka sendiri. Sometimes, mereka memaki “bodoh.” Bila Anda mengalami situasi sebegini dan semangat Anda turun, biarkan saja mereka. Teruskan dengan kerja Anda dan teruskan dengan semangat usaha Anda memburu kejayaan, mahu mencapai apa yang Anda targetkan. Pengkritik negatif sebegini sebenarnya tidak menghormati orang lain dan hanya tahu mengkritik mengikut persepsi mereka saja. Cara terbaik berdepan dengan kritkan mereka, buat tak kisah atau kata lainnya, buat “donno”. Kesannya, mereka akan diam juga. Paling ketara, mereka semakin ketinggalan dari segi pencapaian akademik, kerjaya, kewangan dan intelektual manakala Anda pula semakin maju ke depan meninggalkan mereka. Orang yang kuat mengkritik sebenarnya malas berusaha. Orang yang rajin berusaha, mereka lebih suka diam-diam. Jangan patah semangat bila mendengar kritikan negatif. Tukar ia sebagai pembakar semangat untuk Anda buat yang lebih baik. Be strong! Saya masih ingat kata-kata Donald Trump dalam buku We Want You To Be Rich..“We’re made to make mistakes. But, we can learn from mistakes. I even fail once!” (oh, saya dah jual buku tu sebab takde duit !) Menjadi billionaire dan orang faymes seperti Donald Trump amat sukar dan memerlukan ketahanan mental kerana Anda berdepan dengan beribu kritkan negatif dari orang sekeliling yang hanya tahu menuding jari kesilapan kecil yang Anda pernah lakukan, walaupun ia sebesar kaki semut. Hanya Anda yang tahu apa yang terbaik untuk diri Anda sendiri. Oleh itu, bila dikritik, tukar kritikan tersebut menjadi api yang membara, membakar semangat Anda, hangat memacu usaha Anda untuk terus mencapai kejayaan dalam kerjaya, pelajaran mahupun bisnes. Moga berjaya!

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 9

Dalam apa jua yang Anda lakukan, buat dengan konsisten.

Maksudnya, melakukan sesuatu dengan penuh sabar, berterusan, konsisten, takde lompat-lompat dan takde main-main sehingga apa yang dihajatkan tercapai.

Konsistensi akan terhasil dari momentum. Momentum pula terhasil bila kita sudah fokus melakukan sesuatu.

Bak kata Dr Tuah, buat sampai jadi. Kekadang kita buat lebih dari satu perkara dalam satu masa. Buat biar betul-betul dan sampai nampak hasil walau cemana susahnya apa yang kita lakukan sekarang ni.

Donald Trump terjun dalam bidang hartanah dari zaman muda sampai ke tua.

Dalam waktu itu, dia tak pernah tukar bidang bisnesnya kepada bidang yang lain dan hanya menumpu kepada satu bidang saja, iaitu hartanah sedangkan level kewangan beliau membolehkannya untuk beralih arah ke bidang perniagaan lain yang lebih luas.

Tapi, dia mengambil keputusan untuk konsisten dalam hartanah sahaja.. Walaupun dia pernah rugi, di isytihar hampir bankrup dan gagal, dia bangkit semula!

Kita takkan boleh kuasai banyak perkara dalam satu masa dan kita juga tak mampu menguasai banyak kemahiran dalam satu masa, tapi kita boleh belajar apa jua kemahiran step by step, belajar langkah demi langkah.

Kata orang puteh, one thing at a time.

Kesannya, kita akan menjadi pakar. Bila dah menjadi pakar, banyak peluang-peluang akan muncul.

Di situ, muncul jalan untuk Anda berjaya mendahului orang lain di sekeliling Anda.

Ambil contoh Donald Trump, dia pakar dalam perniagaan real estate (pembangunan hartanah). Apa jua yang Anda usahakan, be persistent.

Pesanan Tun hari ini : Rasuah membunuh UMNO

“ Hari ini UMNO belum hancur lagi tetapi ia jelas sudah lemah. Dengan tahap kelemahan ini sahaja pun orang Melayu sudah berada dalam keadaan kelam kelibut, berpecah dan terdedah pada macam-macam serangan terhadap maruah bangsa dan agama yang mereka tidak berupaya mempertahankan." "Percayalah, apabila orang Melayu begitu mudah menjual hak mengundi mereka, ahkhirnya mereka akan terima padahnya; mereka akan hilang apa juga kuasa yang sedikit yang ada pada mereka untuk menyelamatkan kaum bangsa mereka. Mereka akan kembali menjadi hamba orang, mempertahankan orang. Mereka akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang sudah jadi kaum minoriti yang termiskin di pulau yang sebenarnya sebahagian dari Tanah Melayu dahulu. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu." YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad 19hb. Ogos 2008