10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 8

Petua kejayaan Donald Trump yang ke 8…

“Money Was Never A Big Motivation For Me, Except As A Way To Keep Score. The Real Excitement Is Playing The Game”.

Wang bukan pencetus motivasi bagi Donald Trump. Itu juga apa yang saya tahu dari kebanyakan orang-orang berjaya melalui buku mereka, tulisan mereka dan ucapan mereka.

Wang menjadi perkara kedua.

Ayat itu juga yang saya jumpa. Ingat baik-baik ayat tu..ni dia : “wang akan datang sendiri bila Anda melakukan apa yang Anda minat dan Anda bijak memasarkan kemahiran Anda dalam bidang yang menjadi minat Anda”.

Katanya lagi.. “the thrill of the game is where you will learn everything you need to know about becoming successfull”. Bila sudah ada gabungan di antara ilmu, kemahiran dan pengalaman, mudah untuk Anda mencapai kejayaan dalam apa jua yang Anda lakukan, khususnya bidang yang Anda minati.

Mengapa minat menjadi perkara utama bagi Donald Trump? Kerana minat tu yang mendorong dia untuk belajar banyak perkara baru dalam hartanah, jadi berani dan berniaga dengan penuh dedikasi sejak dia bekerja dengan bapanya dari zaman muda lagi.

Bekerja bagaikan berseronok baginya dan bagai tiada istilah ‘kerja’ dalam diri Donald Trump. Bila rasa seronok, Anda akan rasa gembira dan muncul kepuasan dalam diri Anda.

Bila satu perkara tu menjadi minat, kita akan terdorong untuk tahu lebih banyak dan dahagakan ilmu. Contohnya, lihat orang yang minat main bola.. dia semestinya akan berabis nak tahu banyak pasal bola, teknik menyepak bola, menanduk, meng’kona’ bola dan semua yang berkaitan dengan bola.

Bak kata Coca-Cola, makan bola, tidur bola, mimpi bola!.

Jika Anda minat games, sudah semestinya Anda berabis nak tahu bagaimana nak menang dalam games yang Anda suka dan bagaimana Anda boleh kalahkan orang lain. Dalam proses itu, skill Anda terbina dan kehebatan Anda mula terbentuk.

Oleh kerana minat, Anda juga tak kisah main games berjam-jam lamanya dan tak kisah membayar harga mahal untuk Anda menikmati keseronokannya. Betul tak?

Nak tahu bagaimana pula Anda boleh dapat baaanyak duit dari minat Anda tu? Jawapannya, jualkan apa yang Anda tahu. Tulis kemahiran Anda dalam eBook lalu jualkan untuk mendapat untung.

Cara lain, buat video tentang bagaimana nak menang games lalu jualkan, selepas tu sudah tentu duit akan datang dengan sendirinya tanpa henti.. secara automatik, kredibiliti Anda akan terbina sebagai gamers yang hebat.

Apa saja yang Anda mahir, boleh dijual untuk menjadi panduan pada gamers yang lain. Selagi Anda masih menjual, selagi itu Anda dapat duit.

Mulai hari ini, kaji apa yang menjadi minat Anda. Minat di tempat pertama, duit di tempat kedua.

Jika duit di tempat pertama dan minat di tempat kedua , bermasalah nanti jadinya.

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 7

Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera. Dalam tips kali ini, kita berkongsi tips kejayaan Donald Trump yang ke 7, iaitu…

“I Wasnt Satisfied Just To Earn A Good Living. I Was Looking To Make A Statement”.

Orang yang seronok dengan kerjayanya akan sentiasa membuat kelainan. Selain tu, bila mereka berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama, mereka akan cuba menjadi unik, supaya mereka mudah dikenali dan senang diingati.

Bila mereka tiada atau tidak lagi bergiat cergas, nama mereka diingati kerana keunikan mereka, kelainan yang ditonjolkan dan perbezaan mereka dengan orang lain. Selain tu, dalam kerjaya mereka tak mudah berpuas hati dengan apa yang ada bahkan berusaha sekuat mungkin untuk mendapat yang lebih baik dari sebelumnya.

Hasil yang lebih baik ni akan muncul bila kelainan dan keunikan yang ditonjolkan oleh mereka dikenalpasti oleh orang lain. Saya ambil contoh dalam bidang muzik.

Lihat saja kelainan yang ditonjolkan oleh Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan rakan-rakannya yang lain seperti Aziz Sattar (klik video dibawah - lawaknya masih power!). Dalam beribu seniman, penyanyi, pelawak, penggubah lagu, penulis lirik, pelakon dan pengarah, tiada yang serupa dengan stail yang ditonjolkan olehnya sehingga ke hari ini.

Dalam bidang blogging, lihat perbezaan di antara LiewCF, Amit Agarwal, John Chow, ShoeMoney dan TechCrunch. Mereka semua minat IT, teknologi dan Internet. Memang ketara mereka mempunyai minat yang sama kerana mereka menulis artikel blog dalam bidang yang sama (komputer, teknologi, internet).

Tetapi, setiap daripada mereka mencari-cari apa yang membuat mereka berbeza antara satu sama lain. Akhirnya, kelainan mula muncul dari segi latar belakang, pendidikan, stail penulisan blog dan motto masing-masing. Itulah yang menjadi kelainan mereka dan pencetus kejayaan mereka sebagai blogger professional.

Kata Donald Trump, “the point is this - if you have an inescapable drive and passion for something, there is no way you can fail at it. Maksudnya, jika Anda sudah ada minat mendalam pada satu perkara, agak payah untuk Anda gagal di dalamnya.

Buktinya? Minat Donald Trump adalah dalam bidang hartanah dan pembinaan. Namanya gah sebagai billionaire hartanah, bahkan menjadi ikon dalam bidang tersebut di seluruh dunia. Dia berjaya dalam banyak rundingan bisnes dan dengan kepintrannya, dia berjaya bangkit dari kerugian yang hampir menjatuhkan perniagaannya beberapa tahun lalu.

Jadi seperti Donald Trump.

Ada kelainan, berani, bijak, berkarisma dan rajin bekerja. Walaupun dah jadi billionaire, dia masih turun bekerja!

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 6

Dalam tips motivasi kali ini, saya teruskan dengan petua kejayaan Donald Trump yang ke-6. Petua tersebut adalah..

“I Try To Learn From The Past, But I Plan For The Future By Focusing Exclusively On The Present”.

Boleh jadikan masa lalu sebagai panduan, pengajaran dan pengalaman tetapi jangan asyik menjadikan pencapaian di masa lepas sebagai kayu pengukur pencapaian masa sekarang dan di masa akan datang. Apa yang berlaku di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang berlaku di masa kini dan masa hadapan.

Jadi, kenapa perlu samakan masa kini dengan masa lalu? Yang dulu tu dulu, yang sekarang, sekarang.

Kata Donald Trump lagi, “by focusing on what you can do today to change your life, you are ensuring that you will reach your goals sooner rather than ’someday’ “. Fokus pada apa yang Anda boleh lakukan hari ini untuk mengubah masa depan Anda.

Bila melakukannya step by step, sudah pasti apa matlamat yang Anda mahu capai lebih cepat datang pada Anda, berbanding jika asyik menyamakan masa kini dengan masa lalu. Jika asyik memandang ke belakang, takkan ada kemajuan.

Pendek kata, fokus biar ke masa depan, bukannya asyik memandang ke belakang. Perkara yang lepas, usah di kenang lagi, biarkan berlalu begitu saja kerana ada perkara lain di masa hadapan yang lebih penting, lebih cemerlang dan yang lebih berjaya.

Walaupun Donald Trump pernah diisytihar muflis gara-gara hutang dan hampir bankrup di masa lalu, dia tak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang atau sebagai sebab untuk dia berhenti, bahkan menukar kegagalan di masa lalu sebagai pembakar semangat untuk dia bangkit semula dari kesilapannya. Akhirnya, dia berjaya menjadikan namanya gah di seluruh dunia.

Anda bagaimana pula?

Apa yang Anda mahu capai dalam hidup ini?

bile budak sains bercintan.........

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?? Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku. Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian. Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan. Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar! Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih. Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan. Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak. Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan. Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan? Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu. Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia? Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya. Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya. Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya. Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye? Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim. Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam. Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman. Kau: Tapi, imanku adalah infiniti! Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23. Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis. Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis. Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 5

Tips kejayaan yang kelima dari Donald Trump kali ini adalah :

“Sometimes Your Best Investments Are The Ones You Dont Make”

Donald Trump kata, tak semua pelaburan yang kita buat adalah pelaburan yang baik, tak kira sama ada pelaburan tu dalam bentuk wang, masa dan tenaga atau ketiga-tiganya sekali.

Masa Anda untuk membaca blog motivasi ini adalah salah satu bentuk pelaburan juga.

Tak semua pelaburan bagus tu bagus dan tak semua pelaburan buruk tu buruk.

Triknya, kena belajari pro dan kontra dalam setiap aspek, kaji dan selidiki serta bersedia untuk berdepan yang terburuk di kala Anda bersedia untuk mendapat yang terbaik.

Walaupun sesuatu tu bunyinya baik untuk Anda, tak semestinya ia 100% baik untuk Anda. Anda perlu bersedia berdepan dengan keburukan yang tersembunyi di sebaliknya.

Bukan nak menyuruh Anda berfikiran negatif, cuma meminta Anda perlu bersedia saja berdepan yang buruk dan yang baik.

Walaupun sesuatu tu bunyinya buruk untuk Anda, gali dan cari part mana yang baik untuk Anda.

Tak semestinya semua di dalam buruk tu buruk jadinya, mesti ada yang baik, jadi Anda perlu bersedia untuk menemuinya.

Kunci utama di sini adalah bersedia. Be prepared.

Pesanan Tun hari ini : Jangan bincang isu sensitif secara terbuka

"Selepas rusuhan kaum tahun 1969, pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum di Malaysia telah bersetuju bahawa perkara-perkara sensitif seperti kedudukan Raja-Raja, bahasa rasmi, hak kaum-kaum, agama Islam sebagai agama rasmi, tidak akan dibincang atau dibahas secara terbuka. Sebabnya ialah kemungkinan perbincangan akan membakar hati pihak-pihak yang tersentuh yang boleh membawa kepada kestabilan negara terancam dan rusuhan kaum berlaku. Semua kaum dan pemimpin-pemimpin mereka menghormati persefahaman ini semasa Tun Razak, Tun Hussein dan semasa saya menjadi Perdana Menteri. Ada juga cabaran-cabaran terhadap persefahaman ini tetapi tidak serius dan dapat ditangani. Mungkin persefahaman ini menidakkan hak dalam demokrasi tetapi demokrasi adalah untuk kebaikan kita bukan kebaikan bagi diri kita harus dikorban untuk demokrasi. Kita tidak harus berasa malu kerana demokrasi kita kurang liberal dari demokrasi sesetengah negara maju. Apa yang baik bagi mereka tidak semestinya baik bagi kita. Yang utama dalam demokrasi ialah hak mengundi bagi rakyat bagi menentukan siapa membentuk Kerajaan. Di Malaysia memang rakyat memiliki hak ini dan sehingga kini boleh menggunanya untuk tentukan siapa menjadi Kerajaan." YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad 13hb. Ogos 2008

10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 4

Salam pembaca blog, anda sihat sejahtera. Untuk tips motivasi kali ini saya berkongsi petua kejayaan yang keempat dari Donald Trump.

Siapa yang tak kenal Donald Trump? Seorang billionaire dalam bidang hartanah yang terkenal dan menjadi inspirasi pada jutaan orang di seluruh dunia. Kekuatannya adalah pada negotiation skill (kemahiran berunding) dan kepintarannya dalam mewujudkan win-win situation.

Tips keempat dari Trump adalah : “You’re Generally Better Off Sticking With What You Know”.

Maksudnya, lebih baik Anda menguasai bidang kemahiran yang banyak Anda ketahui dan yang Anda sukai lebih dari orang lain.

Tambahkan kemahiran Anda dengan banyak membaca, mengkaji dan melatih diri supaya Anda menjadi semakin mahir dari sehari ke sehari lalu maju setapak dari orang lain dalam bidang tersebut. Akhirnya, tiada siapa yang akan menandingi Anda.

Anda akan dianggap pakar dalam bidang itu. Peluang-peluang kejayaan sentiasa muncul bila Anda sudah menjadi pakar dalam sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam bidang kerjaya yang menjadi minat Anda, passion Anda.

Duit yang banyak akan datang dengan sendirinya bila Anda melakukan apa yang Anda minat. Ayat ni bukan saya yang kata, tapi Azizi Ali yang kata.

Tak percaya? Beli buku Jutawan Ekstreme dan buka muka surat 77.

Di dalam halaman tersebut, Azizi Ali memberitahu, “Lakukan apa yang Anda ingin lakukan dan apa yang menggembirakan Anda”. Kesannya, Anda akan dapat melalui banyak perkara indah dan yang tak disangka.

Azizi Ali juga memberi beberapa contoh, antaranya Anda akan…

hidup bahagia menjadi pakar dalam bidang tertentu membangunkan kemahiran gembira dengan pekerjaan Anda gembira dengan kehidupan Anda membuat wanga yang banyak (dan semakin banyak!) berasa puas kerana wang itu datangnya dari kerja yang Anda cintai menjadi lebih sihat