Kali ini saya berkata tentang asas kuasa minda separa sedar, sebab ramai yang keliru dan tak tahu pekebendanya kuasa minda separa sedar ni. Untuk menjawap soalan beberapa orang rakan pembaca blog, saya merujuk kepada buku Kuasa Minda Separa Sedar tulisan M.Rozani Pawan Chek dan saya akan mengupas dulu mengenai minda separa sedar.
Minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semula jadi tanpa kita sedari ataupun merasainya. Aktivitinya melibatkan perasaan, emosi, mood, gambaran mental dan segalanya yang berkaitan dengan gerak hati, naluri dan intuisi. Minda separa sedar juga bertugas secara terlatih, sama ada kita sedari ataupun tidak. Contohnya, memandu kereta, memakai pakaian, memanah, menyuap time makan dan buka blog ini setiap hari. Jika Anda rajin ke sini, maknanya membaca blog "Syafiza i-tribe" dah menjadi sebahagian dari senarai rutin yang ada dalam minda separa sedar Anda, sebab Anda melatih minda separa sedar untuk mengingati blog simple ini. Minda separa sedarlah yang mencetuskan idea-idea baru dan dapat menyembuhkan serta menghalang penyakit. Walaupun kita sedang tidur, minda separa sedar mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi. Saya banyak belajar sendiri mengenai minda separa sedar dan tahu mengawal kuasa minda melalui pembacaan yang meluas, pengkajian dan mengamalkan semua apa yang telah saya baca. Ia bukan setakat teori, tapi lebih kepada praktikal dan hands-on.Kali ini saya berkata tentang cara bagaimana nak melahirkan perasaan dalam komunikasi.
Dalam erti kata lain, cemana nak meluahkan perasaan dalam kata-kata kita. Kita payah nak melahirkan perasaan dalam komunikasi kerana didorong oleh rasa malu, segan dan kekadang ego, maksudnya tak nak sesekali mempamerkan perasaan kita, nak control macho. Ini beberapa tips untuk membantu Anda : 1. Belajar Berterus Terang. Cuba belajar untuk berterus terang dan ikhlaskan hati dalam berkata-kata. Bila berbuat gitu Anda akan jadi terbiasa untuk melahirkan perasaan dalam kata-kata Anda kepada orang yang Anda boleh percayai. Tetapi, tengok keadaan dulu, biar cari timing yang sesuai. 2. Ucap Dengan Relaks Dan Santai. Latih diri Anda untuk bijak mengawal emosi. Jika Anda tidak tahu bagaimana untuk melahirkan perasaan dalam komunikasi lisan (percakapan, perbualan) latih diri Anda dengan meluah sikit-sikit dulu. Pada permulaan, memang rasa kekok untuk meluahkan perasaan dalam nada santai, yang relaks dan yakin. Terus terang saya kata, memang agak gugup. Tapi, bila Anda bijak mengawal emosi dan belajar memberanikan diri, lama-kelamaan Anda akan mampu melakukannya. 3. Ubah Mindset Anda. Jika sekarang ini Anda seorang yang pendiam dan pemalu, ubah mindset Anda. Tekadkan diri mahu menjadi seorang yang peramah dan yang bijak berkata-kata bermula dari hari ini. Latih diri untuk selalu bercakap-cakap dan berbual dengan orang lain secara berdepan, sesiapa sahaja, mungkin abang, kakak, adik atau kawan-kawan Anda. Latih diri untuk bercakap dengan nada suara yang jelas dan kuat, tapi biar yang sedap didengar, tak le kuat sangat. Jika sekarang ini Anda takut atau segan nak meluahkan perassan pada orang lain, ubah mindset Anda dan ubah tabiat Anda tu. Lihat diri Anda sebagai seorang yang peramah, telus berkata-kata, professional dan mempamerkan air muka yang yakin. Katakan pada diri, jika Anda tidak berubah sekarang, sampai bila-bila pun Anda takkan dapat meluahkan perasaan dalam komunikasi. Ia perlu berlaku sekarang!. Its now or NEVER. 4. Kawal Rasa Malu Kita payah nak meluah perasaan sebab rasa malu yang tebal. Sebenarnya rasa malu, gugup dan segan tu boleh dikawal. Sebelum Anda meluahkan perasaan, tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan 4 saat dan hembus perlahan-lahan. Buat dalam 3 atau 4 kali. Ini membantu untuk menambah keyakinan dalam diri dan menjadikan perbualan Anda santai. Ia juga dapat mengelakkan Anda menjadi gopoh, panik, tergagap dan jadi tak keruan secara tiba-tiba. Believe me, orang lain suka melihat gaya percakapan yang lancar, santai dan nampak yakin. Mana-mana gadis mudah tertawan dengan gaya komunikasi seorang lelaki yang sopan, lancar serta yang berterus terang dalam berkata-kata. Tapi, mereka tak suka gaya percakapan lelaki yang menunjuk-nunjuk, bercakap besar, pemarah, ego, kasar, takde tolak ansur, mendesak, memperkecilkan orang lain dan yang asyik bercerita tentang dirinya saja. Jadi, untuk melahirkan perasaan dalam komunikasi, paling penting beranikan diri, kawal rasa malu dan luahkan dengan santai! Moga tips ini membantu Anda yang pendiam, pemalu dan yang 'penyegan' untuk berubah menjadi seorang yang bijak meluah perasaan dalam komunikasi.Live Strong. Itulah kata-kata dari Lance Armstrong.
Dia seorang atlit lumba basikal yang telah disahkan menghidapi kanser otak, testis dan paru-paru. Bahkan lebih teruk lagi, disahkan hanya mempunyai 45.99% peluang untuk hidup. Huh, ngeri tu ..
Tapi, Lance Armstrong tak mahu mengalah. Dia berjuang sehabis daya untuk hidup dan mencari kekuatan dalam dirinya bagi melawan kanser tu. Setelah sembuh, dia menyertai semula Tour De France dan menjadi juara. Dia membuktikan pada dunia, dia boleh sembuh dari kanser yang sememangnya membawa maut dan tak membiarkan kanser tersebut mengawal hidupnya.
Bukan menang secara kebetulan dan bukan menang sekali, tapi 7 kali! Semua itu hasil dari mindset, fighting spirit, terus berjuang, fokus, usaha konsisten dan berlatih dengan ekstreme, maksudnya lebih dari latihan atlit biasa. Saya pernah mendengar dia berkata knowledge is power. Lance Armstrong mengaplikasikan apa yang dia tahu dan yang dipelajarinya tentang minda serta kaitannya dengan tubuh (body) dan jiwa (soul).
Lance Armstrong tak kisah apa yang orang lain kata tentang dirinya yang dianggap ganjil itu, dia hanya ada 2 fokus dalam hidupnya selepas sembuh dari kanser. Pertama, isteri dan anak-anaknya. Kedua, misi peribadinya untuk memenangi Le Tour De France.
Sebelum di diagnosis sah menghidapi kanser, dari apa yang saya baca Lance Armstrong merupakan seorang atlit yang sombong, kuat marah, bongkak dan pentingkan diri. Selepas kanser, dia berubah menjadi seorang lelaki yang bertoleransi, baik hati, berfikiran psoitif, optimis dan mengerti apa makna cinta.
Berbanding dengan sukan lumba basikal yang lain, untuk menang dalam Le Tour De France 100% memerlukan team work. Dalam peringkat awal 'come back' Lance Armstrong, dia sanggup kalah dalam beberapa perlawanan awal hanya kerana ada rakan ahli pasukannya terkandas. Kalau orang lain dah naik marah tapi Lance Armstrong memberi kata-kata peransang semangat kepada ahli-ahli pasukannya. Kesan daripada itu, dia berjaya memimpin pasukannya mencapai kejayaan.
Bagi saya, Lance Armstrong merupakan pencetus inspirasi dan motivasi sebenar bahawa tak kira berapa besar macam mana pun susahnya masalah yang melanda diri Anda, pasti ada jalan keluar jika Anda fokuskan minda pada penyelesaian dan percaya dengan mendalam Anda boleh mengatasi masalah tu bila Anda konsisten dalam berusaha .
Sebagai seorang atlit, saya bersetuju dengan Lance Armstrong. Jangan ambil kisah kata-kata orang lain.
Ini hidup Anda, tubuh badan Anda dan diri Anda, dengan itu Anda boleh buat apa yang Anda mahu dan biarkan orang lain kata apa yang mereka mahu kata, they will keep talking, talking and talking but still DO NOTHING !
Tumpukan pada memajukan diri Anda sendiri, seperti yang dilakukan oleh Lance Armstrong. Dia sanggup berlatih 6 jam sehari dan sanggup melakukan apa yang perlu semata-mata untuk memenangi perlawanan lumba basikal Tour De France yang faymes dan berprestij tu. Sehingga ke hari ini tiada siapa yang boleh menandingi rekod kemenangannya sebanyak 7 kali dalam Le Tour De France.
He is not human, but super human! Lance ada apa yang dimaksudkan oleh Dr Tuah Iskandar, Extra Mind, Extra Mild, Extra Mile. Ambil semangat juang Lance Armstrong dan serap menjadi sebahagian dari diri Anda. Lihat video di bawah ni, moga ia memberi inspirasi dan dapat menaikkan semangat Anda.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=BLuQa6R-xCc]
(tips untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - Selepas klik Play, klik Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung, selepas itu klik butang Play semula, streaming video akan jadi lancar selepas itu).
Terasa semangat saya naik mendadak tiap kali selesai menontonnya dan saya sungguh bersyukur, sesyukur yang mungkin, saya bebas dari sebarang penyakit dan dikelilingi oleh insan-insan yang menaikkan semangat, walaupun saya ada beberapa masalah satu ketika dulu.
Ingat! Apa yang berlaku di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang berlaku di masa sekarang dan di masa hadapan. Jangan selalu jadikannya ukuran, biarkan, lepaskan ia berlalu dan bina hidup baru azam baru, semangat baru.
Saya ambil kata-kata Lance Armstrong : "Pain is temporary, it may last a minute, or an hour, or a day, if i quit, however, it lasts forever."
Tips Motivasi : Kuatkan semangat, bina kekuatan minda dan mantapkan jiwa. Be strong in heart, mind and soul, kerana dengan tekad berbuat begitu, kejayaan menanti di depan Anda. Lance Armstrong adalah buktinya.
Sebenarnya keyakinan diri bila berkomunikasi boleh dipelajari dan dilatih. Anda akan jadi semakin mahir bila Anda rajin berlatih dan terus berlatih.
Caranya, mula berkomunikasi dan berucap di hadapan 5 orang dulu, kemudian 10 orang, selepas itu 15 orang. Beberapa hari kemudian, beranikan diri untuk berucap di hadapan 25 orang, kemudian 35 orang hingga akhir sekali Anda menjadi sungguh yakin berucap di hadapan 100 orang! Bulan depan, beranikan diri sekali lagi, kali ini berdiri dan berucap dihadapan 200 orang. Lama-kelamaan, tak kira 1,000 orang yang menonton Anda berucap, ia bagaikan 10 orang saja pada Anda, sebab Anda dah menjadi cukup yakin kesan terbiasa memberi ucapan pada ramai orang.Kali ini saya akan berkata tentang cara bagaimana nak meningkatkan keyakinan diri. Ada banyak cara sebenarnya tapi saya akan kongsikan 3 cara saya dalam meningkatkan keyakinan diri.
1. Lihat Keyakinan Orang Lain Dan Tiru. Dalam artikel lalu saya ada menulis tentang konsep modelling, maksudnya Anda meniru dan 'mengkopi' gaya orang lain, memahirkan diri dengannya, serap lalu menjadikannya tabiat diri Anda. Untuk meningkatkan keyakinan diri, cari orang pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemudian kaji gaya mereka bercakap. Lihat gaya orang-orang yang Anda rasa keyakinan dirinya tinggi, perhatikan gayanya berjalan, bercakap, stailnya, gaya badannya bila berbual dan ketika makan. Kemudian, tiru! Lama-kelamaan keyakinan diri Anda akan meningkat, langkah demi langkah. 2. Latih Diri Untuk Sentiasa Bercakap. Saya dulu seorang yang pendiam. Namun, sejak saya memegang jawatan sebagai Supervisor dan dalam masa yang sama terlibat dalam Direct Selling, saya tak tahu cemana nak tingkatkan keyakinan diri. Tapi, bila saya tengok kawan-kawan yang rajin bercakap, mereka mempunyai self confidence yang sangat tinggi. Lalu, saya melatih diri untuk melakukan perkara yang sama. Saya berbual apa saja topik dengan sesiapa saja, adik beradik, kawan serumah, rakan sekerja sehingga bos saya. Saya berbual tentang banyak topik dari bola sepak, fitness, renang, isu semasa, hal-hal time kerja, tentang komputer, handphone, bahkan sehingga part-part yang agak personal.Bila Anda di landa masalah, jangan sesekali menumpu fikiran pada masalah tu, sebab lebih banyak masalah yang akan timbul kerana ia akan ditarik oleh gelombang minda Anda. Walau macam mana beratnya masalah yang melanda, ketahuilah ada lagi orang lain yang lebih berat masalahnya dari Anda.
Ini beberapa tips yang Anda boleh aplikasikan: 1. Tumpukan Pada Penyelesaian Masalah Tanya diri Anda apa cara yang Anda boleh gunakan untuk mengurangkan masalah dan tanya diri Anda apa yang Anda boleh buat sekarang untuk menyelesaikannya langkah demi langkah. Ingat! Fokus pada penyelesaian sahaja.Yang dulu-dulu tu it doesn't matter, fokus pada masa sekarang, hari ini dan hari-hari seterusnya. 2. Strategi Di Atas Kertas. Cara lebih baik, ambil kertas dan pen lalu tuliskan strategi Anda. Letak bila Anda mahu mula bertindak untuk menyelesaikannya. Sebab, kalau hanya bermain di dalam minda, Anda akan lupa dan ini membuatkan fikiran Anda semakin fokus pada masalah tu, bukannya penyelesaian masalah. 3. Bertenang, Relaks Cuba tenangkan diri dan jangan rasa terlalu tertekan. Sebab, bila ada tertekan dan rasa geram sebab diri Anda di landa masalah, minda takkan dapat memberikan idea-idea yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah Anda, tak kira masalah kewangan, perhubungan, kerjaya atau perancangan yang gagal. Jangan selalu blame diri sendiri, jika Anda berbuat begitu Anda dalam masa yang sama memandang rendah pada diri sendiri, keupayaan kuasa minda Anda dan daya getaran spiritual Anda. Kesannya, keupayaan Anda terhad! Cara terbaik, ibaratkan minda dan diri Anda sendiri sebagai sahabat karib dan berkawanlah serapat mungkin dengannya. Puji dia dan ibaratkan sebagai seorang yang sudi membantu, bila Anda selalu buat begini, banyak idea yang akan timbul, seperti yang terjadi pada saya. 4. Bertindak Dari merangka strategi tadi, sekarang Anda perlu bertindak dengan aktif, bukan tak buat apa-apa. Terapkan mindset seorang juara, di mana Anda tekad takkan mudah mengalah. Be a warrior! Untuk mencipta perubahan, Anda perlu merubah tindakan dan mindset Anda yang ada sekarang ini. Jadi, untuk keluar dari kongkongan masalah, Anda perlu cipta perubahan, sebab ia perlu untuk dijadikan pencetus tindakan Anda melepaskan diri Anda dari masalah. Untuk mencipta perubahan, Anda perlu berubah dari segi mental, perasaan, pemikiran dan tindakan. 5. Konsisten, Fleksibel dan Sabar. Sabar sikap paling penting dalam usaha penyelesaian masalah. Kalau tak sabar, jalan mudah adalah terperap dalam masalah tu dan membiarkan diri Anda terus dirundum masalah. Nak ke? Saya pasti takde siapa yang nak. Seterusnya, usaha dengan konsisten. Misalnya, jika masalah kewangan Anda belum selesai dan Anda cuba menyelesaikannya dengan menjual eBook lalu eBook Anda pula tak mendapat sambutan, kaji di mana silapnya dan cuba lagi dengan cara yang baru, teknik baru, strategi baru. Itulah yang dimaksudkan dengan fleksibel, maksudnya Anda merubah strategi mengikut keadaan dan Anda perlu pandai membaca peluang. Paling penting, usaha banyak kali dan bertawakkal sepenuhnya (LET GO) selepas itu.
Kali ini saya akan berkongsi tips bagaimana untuk mengubah persepsi negatif yang bersarang di dalam minda ke persepsi positif dan bagaimana untuk melatih diri Anda supaya sentiasa melihat pada nilai-nilai positif bermula hari ini.
"Untuk merubah persepsi dari terus terdorong untuk memikirkan yang negatif supaya sentiasa menjadi positif…erm mcm mana tu?” dari soalan ini, timbul idea saya untuk menjawapnya, lalu saya kongsikan di sini bersama Anda. Ada banyak cara, tapi saya akan kongsikan 5 tips cara saya. 1. Bila bangun pagi, puji 3 orang yang kita kagumi setiap hari. Ambil idola yang menjadi pujaan hati kita, sesiapa sahaja janji Anda kagum ngan pencapaian dia. Puji dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin. Biar rasa kagum tu meresap ke dalam hati. Pada peringkat permulaan, agak payah sikit, bila buat tiap hari, ia akan jadi kebiasaan dan membuat kita bersemangat di awal pagi. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian hembus perlahan-lahan dan kiraan tujuh saat. Buat 3 atau 4 kali. 2. Time mandi, sewaktu air tu menyiram badan, panjatkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan ke dalam hidup kita, yang nampak dan yang tak nampak. Ucapkan syukur time sarapan pagi dan ketika mula buat kerja hingga sebelum nak tidur, atas segala nikmat lalu dan yang akan datang. Misalnya, sebut “Thank you Allah, for all that i have and for all that i’ve received”. Sebab, semakin kita bersyukur dengan ikhlas, semakin ditambahkan nikmat dalam hidup kita, lalu semakin positif kita jadinya dan segala urusan dipermudahkan, masalah diringankan. 3. Bila melihat orang lain, mendengar berita, atau terlihat situasi-situasi lain, kawal kata-kata dalam hati dan yang terlintas di dalam minda. Latih diri untuk memandang pada aspek-apek positif yang wujud. ‘Paksa’ minda untuk melihat pada nilai yang baik-baik. Latih diri dan latih minda, di samping mengawal setiap kata-kata yang ada di dalam hati. Seperti latihan lain, ia perlukan disiplin. Bila selalu lakukannya, ia akan jadi kebiasaan. Bila dah jadi kebiasaan, Anda akan dapat menjana fikiran positif dan terdorong memandang yang positif saja. Tak percaya? Cubalah! 4. Buat keputusan muktamad untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata umpatan, caci maki, geram, marah, tak puas hati, menyampah, menghina dan yang serupa, sebab bila layan semua ni, ia akan masuk ke dalam minda. Caranya nak elak ia masuk, beristighfar sebanyak mungkin sehingga rasa insaf tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Bila rasa Anda tak bersemangat, fikirkan orang lain yang lebih susah dari Anda serta yang lebih parah hidupnya dari Anda, serta merta akan terbit rasa syukur kerana hidup Anda sekarang lebih baik daripada mereka. Kesannya, Anda akan bermotivasi. 5. Selalu bersangka baik pada semua orang, semua keadaan situasi, perkara, benda dan apa saja. Bersangka baik, akan dibalas baik dan saya percaya, Anda akan ditemukan dengn situasi yang baik-baik, orang yang baik-baik dan benda yang baik-baik kesan daripada itu. Kalau asyik bersangka buruk dan memberi respon buruk di hati Anda, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi yang buruk juga. Tak ada siapa yang nak dirinya asyik ditimpa situasi buruk. Ubah mindset dan kemudian Anda boleh ubah hidup Anda. Saya ibaratkan seperti menanam benih dalam minda, sirami dengan fikiran yang baik-baik dan hasilnya, sudah tentu hati yang baik, attitude yang baik.Kali ini saya berkata tentang usaha Anda yang diperlekeh, maksudnya dipandang rendah. Saya juga turut mengalami keadaan ini. Seringkali apa yang kita lakukan nampak macam tak ngam di mata orang lain dan dari situ, mereka mula berkata-kata, mengata dan asyik memperkatakan tentang usaha kita yang lari dari kebiasaan di mata mereka.
Jika Anda berada dalam situasi ini, teruskan dengan usaha Anda, janji Anda masih buat sesuatu yang tak bertentangan dengan syariah Islam dan Anda tak kacau sesiapa. Lama-kelamaan orang yang asyik memperlekeh usaha Anda tu sejuk juga nanti. Be consistent. Tetap dengan matlamat Anda dan jangan asyik ubah hanya kerana mereka memandang rendah. Anda mesti ada blueprint dan strategi berperancangan. Sebelum Anda membuat sesuatu kerana di cadangkan oleh orang lain, ambil masa untuk memikirkannya terlebih dahulu. Biar Anda yang mengawal destinasi hala tuju usaha Anda, bukan asyik membiarkan orang lain yang 100% memandu hala tuju kerja keras Anda. Selepas itu, maafkan orang-orang yang memandang rendah pada Anda ni, maafkan seikhlas hati, lupakan mereka dan GO ON. Jangan pandang belakang dan jangan main-main. Dalam diam, mereka sebenarnya cemburu dengan kemajuan diri dan kerajinan Anda yang nampak oleh mereka. Eh, sebab apa pula nak maafkan? Sebab kalau dalam hati kita timbul rasa tak puas hati dan tertekan oleh kata-kata mereka, ketahuilah Anda sebenarnya sudah membenarkan gelombang fikiran negatif meresap masuk jauh ke dalam minda Anda. Bila Anda sudah bergelumang dengan fikiran negatif, maka akan banyak lagi pemikiran negatif yang datang lalu masuk ke dalam fikiran Anda sebab ia ditarik oleh gelombang minda Anda. Kesannya, Anda jadi tak bermotivasi, Anda tak leh nak buat apa dan Anda tak ada kemajuan. Bahkan, Anda makin tertekan. Rentetan daripada itu, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi negatif dan ada saja masalah yang melanda hidup Anda. Inilah bahayanya fikiran-fikiran negatif, jadi Anda kena berhati-hati. Sebab itu kena maafkan diorang yang memandang rendah pada Anda ni. Bila kemaafan lahir dari hati yang ikhlas, kesemua fikiran-fikiran negatif tu akan hilang. Lama-kelamaan bila Anda latih diri untuk memberi kemaafan, ia akan jadi kebiasaan pada diri Anda dan Anda menjadi immmune pada fikiran-fikiran negatif ni. Seterusnya, teliti kurniaan Tuhan yang Anda ada dan panjatkan kesyukuran, sebab Anda akan jadi lebih bermotivasi dan terus bersemangat untuk berusaha lagi mencapai matlamat Anda. Rasa bersyukur dan kemaafan mendalam merupakan senjata hebat untuk membuang pemikiran negatif seperti geram, marah, cemburu, jeles tahap dewa, dendam dan benci. Jadi, bila ada orang memandang rendah pada apa jua yang Anda kerjakan, apa jua yang Anda usahakan sekarang ini, katakan dalam hati, itu semua NOTHING. Tips paling akhir, suburkan minda Anda dengan kata-kata semangat yang positif, latih diri Anda untuk melihat pada aspek-aspek positif dan sirami hati Anda dengan kesyukuran dan rasa kekitaan. Kita semua ada melalui masa lalu yang sukar, sehingga kita merasa semuanya tidak berpihak kepada kita. Sebab itu, bila ada orang memandang rendah pada Anda, tukarkan ia kepada sesuatu yang positif dan jadikan kata-kata mereka sebagai pembakar semangat Anda. Curahkan 'kemarahan' Anda itu kepada sesuatu yang positif dan buktikan kepada mereka yang Anda sebenarnya lebih hebat daripada mereka yang asyik mengata tu!Moga dengan tips ini, Anda cemerlang hendaknya. Jumpa di artikel akan datang!
Kali ini saya berkata tentang sebuah buku, tajuknya Jangan Main-main tulisan Dr HM Tuah Iskandar, salah seorang motivator terkenal di Malaysia. Apa yang paling saya kagum dengan Dr Tuah, dalam ramai-ramai pakar motivasi, dia yang paling banyak keluarkan buku!
Tak percaya? Saya juga tak percaya, tapi bila saya teliti sendiri, memang saya kagum dengan pencapaiannya, outstanding dan amat luar biasa. Buku ni saya dah baca lebih dari sekali, sebab minat sangat dengan gaya penulisannya. Kalau baca, membuat saya santai dan ayat yang digunakan oleh Dr Tuah adalah seperti percakapan seharian, rasa macam Dr Tuah ada kat depan saya berkata-kata 'sebijik' macam yang ada kat dalam tulisan buku tu. Walaupun agak tebal dalam 326 muka surat, ia bukan sekadar buku motivasi dan peransang semangat tapi lebih kepada pengajaran positif dari kisah-kisah benar yang dikongsikan oleh Dr Tuah. Berbanding dengan Dr Fadzillah Kamsah (ramai yang kata Dr Tuah ni anak murid Dr Fadzillah Kamsah, ye ke? Tak tau lak saya) pendekatan Dr Tuah lebih santai, tegas dalam berlembut dan straight forward. Ada seorang kawan saya yang kata Dr Tuah ni, dia kalau menulis 'bunga' aje yang lebih, tapi pada saya itulah stail Dr Tuah dalam mendekati masyarakat, dia ada trademark tersendiri dan ada approach tersendiri. Buku ini ditulis dalam bahasa yang tidak formal, supaya ia lebih meresap ke dalam hati pembacanya seterusnya ke dalam minda sesiapa jua yang membayangkan mesej yang disampaikan oleh Dr Tuah. Dia mengajak pembaca supaya berfikir extra mind, lebih extra dari biasa dan menganjurkan kita agar mengambil iktibar dan melihat pada nilai-nilai positif dalam apa jua yang berlaku di sekeliling. Berbeza dengan buku motivasi yang lain, buku ini disertakan sekali dengan glosari yang mengandungi takrif kepada perkataaa-perkataan yang sedikit akademik, jadi ini memudahkan lagi pembaca untuk memahami isi-isi ayat dalam tulisan Dr Tuah. Buku ini juga memecah tradisi buku-buku motivasi dengan menyertakan ilustrasi kartun hampir di setiap helaian yang pada saya melucukan dan menghiburkan. Berbanding dengan buku Amar, ilustrasi kartun dalam buku ini lebih 'funny'.. tak percaya? Cuba try baca. Semuanya ada 121 sketsa, yang rasanya ibarat respon Dr Tuah dan ulasannya pada situasi-situasi, perkara, benda dan orang perseorangan yang dilihatnya depanm mata dan yang dibaca olehnya. Imaginasi Dr Tuah sungguh tinggi, sehingga mampu melihat apa yang kita selalunya 'tak nampak' walaupun dah jelas di depan mata. Saya mengakui yang Dr Tuah melihat secara spesifik dan bukan secara rambang. Saya 100% mencadangkan Anda untuk membaca buku ini. Bukan sebab saya peminat fanatik Dr Tuah, tapi kerana mesej motivasi yang disampaikan dalam buku tu amat berguna, banyak mengandungi tips pembangunan diri yang terlihat, dikaitkan sekali dengan realiti kehidupan sebenar, jadi Anda mendapat fakta, huraian dan contohnya sekali. Konpom tak rugi punya. Saya jamin! Ada Bagus? Baguss merupakan buku yang diterbitkan selepas buku Jangan Main-main. Wow, baru aje saya beli buku ni beberapa bulan lepas, ada lagi buku baru? Oh ya, kaler buku baru tu warna Oren, ada sesetengah orang kata tu warna kuning terang, hmm, tak pasti saya. Tapi, pada saya tu warna kuning, ceria saya jadinya bila melihat warna buku tu. Saya bagi 5 star pada buku Jangan Main-main, ia mengandungi mesej motivasi santai. Pada, saya , bab yang paling saya suka baca ialah pada Sketsa 35, Sketsa 75 dan pada muka surat 199, sesetengahnya ada saya selitkan dalam artikel-artikel di blog ni. Dapatkan buku Jangan Main-main hari ini juga! Moga ia bermanfaat untuk Anda.