Pembaikan Diri Berterusan

Kali ini saya berkata tentang pembaikan diri berterusan. Dalam kata lain, continious self improvement.

Untuk apa? Untuk membolehkan diri Anda terus cemerlang dan jadi cemerlang sampai bila-bila. Ia juga untuk membolehkan Anda menjadi maju setapak dari pesaing-pesaing Anda. Bila kejayaan dah dicapai, ia merupakan satu kenangan yang sangat manis. Orang-orang yang cemerlang dan mereka yang berjaya tak pernah berhenti dari memperperbaiki pencapaian peribadi dan mempelajari benda baru setiap hari, setiap masa dan di mana jua. Mereka tak mudah puas hati dengan pencapaian sedia ada dan mahu mencapai sesuatu yang lebih tinggi dari yang sebelumnya. Michael Jordan, sebelum bersara dari arena sukan basketball, setiap hari berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki permainannya sejak dari remaja lagi, walaupun pada ketika itu dia sudah berada di peringkat tertinggi sukan tersebut. Tiada pemain bola keranjang lain yang setanding dengan pencapaian Michael Jordan hari ini. David Beckham, berlatih memperbaiki sepakan percumanya setiap hari, pagi dan petang di setiap sesi latihan walaupun dia sudah dikenali sebagai pemain bola sepak ternama dan berada di kemuncak karier melebihi pemain-pemain lain, bahkan digeruni tiap kali mengambil sepakan percuma di atas padang. Tiada lagi pemain lain yang serupa skill permainannya dengan Beckham dan tiada yang sepakan percumanya setepat tendangan Beckham.
Beckham mengambil sepakan percuma

Media_httpbp0bloggerc_dhbzp

Adam Khoo, walaupun sudah bergelar jutawan muda dan merupakan pakar pembangunan diri yang terkenal di Asia Tenggara, sentiasa belajar memperbaiki pencapaiannya dan mempelajari benda baru, walaupun dia sudah boleh bersara dari kerja dan dah boleh cuma duduk di rumah dengan kebebasan kewangan yang sedia ada.
Apa yang mendorong mereka buat ini semua? Mereka set target dan berusaha mencapainya dan menganggap target itu sebagai cabaran. Ini bukan sikap tamak, tapi mereka cuma mahu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Mereka tak mudah berpuas hati. Irfan Khairi, walaupun sudah bergelar jutawan Internet, tapi masih bekerja keras untuk mencapai matlamat seterusnya. Kalau orang lain, bila dah jadi jutawan, dah tak nak bekerja lagi dan cuma berehat saja. Anthony Robbins, walaupun sudah dikenali sebagai pakar motivasi terulung (dan yang mendapat bayaran paling tinggi di dunia) masih lagi bekerja sehingga ke hari ini dan terus memberi motivasi tanpa kenal erti penat, rehat ataupun bersara. Jika Anda lihat orang-orang yang cemerlang ni, mereka tak pernah berhenti bekerja dan jarang mengambil cuti panjang. Mereka sentiasa ada matlamat yang hendak dicapai dan untuk ke arah itu, mereka sentiasa belajar memperbaiki diri, menilai prestasi dan buat lebih baik dari yang sebelumnya. Jadi, untuk Anda, cari seorang idola dan jadikan dia sebagai penyuntik semangat Anda. Kalau ada, siapa idola Anda? Kongsikan di ruang komen. Kaji pencapaiannya dan nilai-nilai positif dalam diri dia kemudian serap ia untuk menjadi tabiat Anda. Kemudian, jangan berhenti memperbaiki prestasi. Set satu target dan kejar terus ! Senaraikan pada yang Anda boleh buat untuk mencapainya dan tuliskan apa yang Anda sanggup buat untuk ke arah itu. Jujur dengan diri sendiri. Untuk jadi sentiasa bermotivasi, panjatkan kesyukuran pada segalanya yang Anda miliki sekarang. Dengan berbuat begitu, rahmat dalam hidup Anda akan ditambahkan lagi. Sediakan "Thank You List" Anda hari ini juga !

Pemikiran Negatif Punca Masalah.

Saya berfikir apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemikiran negatif dan mengapa ia menghalang kejayaan dari datang kepada orang yang selalu berfikiran negatif. Selepas tu, saya mencari-cari cemana untuk menghalang pemikiran negatif ni.

Bagi saya, sangkaan buruk pada orang lain, situasi, perkara, benda dan apa saja adalah pemikiran negatif. Ini termasuk bila Anda mentertawakan, memperlekeh, benci, meluat, memandang rendah dan menyampah pada orang lain. Bila Anda benci pada orang lain dalam diam, secara automatik Anda akan menarik rasa benci orang tu pada diri Anda tanpa Anda sedari. Kemudian, dalam masa yang sama, Anda juga akan menarik situasi-situasi yang menjadikan Anda lebih benci kepada orang tu dan menjadikan Anda semakin benci pada apa jua benda, orang perseorangan, perkara dan pada sesiapa sahaja. Kenapa? Sebab Anda asyik layan rasa benci dan selalu memikirkan perkara-perkara yang membuat Anda semakin benci, bahkan macam syok pula layan rasa benci. Minda separa sedar sensitif pada sukma rasa yang ada dalam hati Anda. Minda separa sedar juga sensitif pada apa yang ada di fikiran Anda. Seandainya Anda sering bersangka buruk, maka segala yang datang pada Anda juga yang buruk-buruk sebab minda menarik apa yang serupa di fikiran Anda. Ini saya panggil 'faktor penarik' atau dalam kata Inggerisnya Attractor Factor. Ini semua mainan minda. Minda separa sedar hanya ikut apa yang ada di dalam hati dan apa yang sering Anda fikirkan. Oleh itu, kawal hati, emosi dan perasaan, Anda sudah boleh mengawal minda. Di sini pentingnya kecerdasan emosi, Anda perlu bijak mengawal emosi. Anakin Skywalker menjadi pahlawan jahat kerana dia membenarkan emosi negatif menguasai 100% dirnya, rasa marah, dendam kesumat dan rasa di khianati memenuhi hatinya lalu menjadikan dia seorang lelaki yang tak kenal erti peri kemanusiaan dan hanya tahu membunuh. Jika Anda lihat orang yang sedang marah, emosi buruk menguasai dirinya dan dia akan buat apa saja untuk melepas rasa marahnya tu, akibatnya dia terjerumus dalam situasi yang buruk dan yang tak keruan, kerana logik akal sudah hilang, diganti dengan emosi negatif (marah) yang menjadikan dia tak tahu nak buat apa hanya nak lepas rasa marah saja. Bila dia dah ok, selalunya orang yang marah tak tentu pasal ni menyesal berpanjangan, kawan menjauh, kekasih hati merajuk, adik-beradik jadi dah tak ngam dan ada saja yang tak kena, last-last jadi tak cemerlang. Ok, Anda dah tahu pemikiran negatif dan kesan buruknya. Kalau asyik di layan Anda takkan jadi cemerlang dalam apa jua yang Anda usahakan. Orang yang cerdik dan pintar dalam akademik, tak semestinya cerdik dan pintar dalam kerjaya, keluarga dan kewangan. IQ takkan sama dengan EQ. Maksudnya, kecerdasan logik akal takkan pernah sama dengan kecerdasan emosi. Jadi, apa yang perlu dibuat untuk mengawal dan mengurangkan pemikiran negatif dalam diri Anda? Pertama sekali, ibarat sebuah gelas kaca yang berisi air berwarna hitam, apa yang Anda boleh buat untuk membuang kehitaman pada air tu? Buang air hitam dan gantikan dengan air baru yang berwarna jernih. Begitu juga dengan minda Anda, saya umpamakan ia sebagai gelas kaca tersebut. Buang segala pemikiran negatif dan yang buruk-buruk ni dan jangan benarkan diri Anda dari memikir yang negatif. Sebab, jika ia berada dalam fikiran Anda (walaupun sedikit), minda separa sedar akan 'menangkapnya' dan menarik situasi-situasi yang serupa dengan fikiran Anda itu. Ini memerlukan latihan konsisten. Bayangkan pemikiran negatif tu seperti seketul batu yang keras, Anda lihat ia berada di dalam genggaman Anda. Kemudian, Anda lempar batu tu jauh-jauh, sejauh yang mungkin dan lama-kelamaan semakin menghilang dan terus lenyap. Anda akan rasa lebih 'ringan' selepas itu. Cubalah .. Kedua, dekatkan diri Anda dengan segala pemikiran yang positif dan yang baik-baik. Latih diri Anda untuk bersangka baik dengan sesiapa saja, dengan apa jua situasi, keadaan, benda, perkara dan segalanya. Masukkan segala yang positif dalam diri Anda, sebanyak yang mungkin sehingga tak ada ruang untuk yang negatif menyelit walau seinci. Bila Anda melihat orang lain, latih diri Anda dan fikiran Anda untuk melihat nilai-nilai positif yang ada di dalam diri orang lain, walaupun pada mulanya Anda cukup benci. Maafkan dia dan lupakan kesalahan lalu yang dia dah buat pada Anda. Saya tahu ia sukar untuk dilakukan. Tapi, dari pengalaman saya, seandainya kita sering mengungkit perkara-perkara yang lalu, kita takkan jadi maju dan ini membuatkan pencapaian kita jadi statik, kaku dan tak bergerak-gerak. Kalau simpan rasa benci ni ia takkan berguna dan akan menghalang kemajuan diri dari mencapai kejayaan. Sebab itu, jika Anda lihat orang yang selalu mengkritik orang lain dan asyik tak puas hati dengan orang lain, menyimpan rasa tak puas hati pada apa jua situasi dan apa jua perkara, hidupnya asyik bermasalah dan takkan pernah surut dari masalah. Kenapa pula? Sebab fikirannya menumpu pada aspek negatif sahaja, lalu minda separa sedarnya menarik semua yang negatif datang pada dia bila-bila masa. Jadi, ubah mindset Anda dari dalam. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata cacian, kritikan negatif, umpatan dan komen-komen negatif serta yang melahirkan rasa tak puas hati. Boleh tu memang boleh, tapi, berjaga-jaga. Satu lagi, jangan selalu ketawakan kekurangan orang lain, kerana bila Anda berbuat begitu, Anda sedang menumpu kepada fikiran negatif dalam lama-kelamaan Anda akan bermasalah jadinya. Terima kekurangan orang tu seadanya dan kalau boleh, cari nilai-nilai positif yang ada pada dia. Anda selalu ketawakan orang lain? Huhu, berhenti dari melakukan sedemikian. Jika sikap ini ada pada Anda, mesti Anda tertanya-tanya kenapa Anda asyik bermasalah ..

6 Lagi Tips Untuk Menjadikan Diri Anda Bermotivasi

Kali ini saya berikan 6 lagi tips untuk membuat Anda bermotivasi setiap hari. Ini dia:

1. Sertai Seminar Pembangunan diri. Kebanyakan seminar pembangunan diri ni berlangsung lebih dari 2 hari. Sebelum join, kenal pasti area dalam diri Anda yang mahu diperbaiki, misalnya mengurus tekanan perasaan, cemana nak handle stress, pengurusan emosi dan pengurusan kendiri. 2. Join Forum atau Group Motivasi. Jumpa dan berinteraksi dengan orang-orang yang serupa dengan Anda, iaitu mahu memperbaiki diri sendiri dan yang berminat pada motivasi / pengayaan diri (self enrchment). Cuba kerap berhubung dengan mereka (email, SMS, group's post) dan ini mampu membina motivasi dalam diri Anda. Ataupun, masuk ke blog-blog motivasi dan berinteraksi dengan pembaca-pembaca di ruang komen. Tanya apa saja dan mereka boleh membantu. Contoh, blog LinnComel, DikMal, Ktom, Raymond, Zul, eTuah dan Taqiyuddin. 3. Bersukan Luangkan masa untuk sukan rekreasi dalam paling kurang 3 hari seminggu. Paling senang, berjoging atau speed walking, sebab ia memerlukan alatan yang paling minima cukup dengan sekadar memiliki sepasang kasut sukan. Kalau nak pergi berenang, ia memerlukan banyak alat, swim goggle, pakaian renang, tuala dan segala bahan-bahan toileteries. Bersukan dapat membuang segala kerisauan yang berserabut dalam kepada Anda. Kalau boleh, lakukannya dengan ahli keluarga, sahabat atau kekasih hati. Ini membuatkan diri Anda menjadi lebih positif dan lebih bermotivasi. 4. Baca Atau Dengar Bahan-bahan Motivasi. Kebanyakan orang suka membaca suratkhabar di waktu pagi. Apa kata Anda tukarkan tabiat itu dengan membaca paling kurang satu artikel motivasi untuk mendapat suntikan inspirasi dan satu artikel di waktu tengahari untuk maintain motivasi. Sesetengah orang kurang berminat membaca, jadi apa kata dengar klip ceramah motivasi pendek yang terdapat dalam format MP3, dalam bentuk CD mahupun DVD. Ada beberapa pembaca blog Shueqry Berkata yang print artikel-artikel motivasi di sini dan membacanya setiap hari berkali-kali, WOW, terima kasih yang tak terhingga dari saya! 5. Puji 3 Orang Setiap Kali Bangun Pagi. Bila bangun pagi ucapkan terima kasih dan syukur kepada Yang Maha Esa, kerana Anda diberi peluang untuk memulakan hari baru. Ucapkan seihlas mungkin terima kasih tu sehingga rasa bersyukur meresap jauh ke dalam diri Anda. Tarik nafas dalam kiraan tujuh saat, tahan nafas dalam kiraan tujuh saat dan kemudian hembus dalam kiraan 7 saat. Buat dalam 3 set. Ini membuat Anda merasa bersemangat. Selepas itu, bayangkan wajah 3 orang yang Anda cukup kagumi dan fikirkan tentang pencapaian mereka. Dalam hati dan di dalam minda, puji pencapaian mereka ni dengan ikhlas. Dengan berbuat begini, ia meningkatkan gelombang tenaga positif yang ada pada diri Anda. Bagi saya, saya memikirkan tentang Irfan Khairi, Steve Pavlina dan Anthony Robbins. Mereka bertiga ni banyak memberi inpsirasi pada diri saya. Saya selalu membayangkan yang mereka ni ada depan mata saya dan berkata-kata untuk memberi semangat pada diri saya tiap hari walaupun yang sebenarnya mereka tak kenal siapa saya!.

6. Mindset.

Untuk jadi bermotivasi pada keesokan pagi, set dalam minda pada petang yang sebelumnya. Beritahu minda Anda yang Anda mahu jadi bermotivasi pada keesokan hari dan bayangkan Anda melihat diri Anda jadi begitu ceria, bersemangat dan enegetik, lepas tu barulah tidur.

Tips nombor 3,4,5 dan 6 selalu saya amalkan dan ia amat berkesan, membuat tahap motivasi saya 'maintain' tiap hari. Kini giliran Anda pula untuk mencuba.

 

Bila Yang Diingini Tak Menjadi

Dalam kehidupan seharian, kekadang apa yang kita nak terjadi, tak menjadi.

Apa yang perlu dilakukan? Quit and stop? Oh tidak .. Dalam bisnes, walaupun kita sudah usaha 100%, tapi kekadang masih lagi tak tercapai matlamat. Dalam kerjaya, walaupun kita sudah beri komitmen 100% tapi performance masih lagi di takuk lama. Jika Anda berada di dalam situasi sebegini, jangan mudah putus asa dan jangan mudah mengalah. Walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Lain orang lain ketahanannya. Orang-orang cemerlang takkan pernah berhenti dan berehat selagi matlamat mereka tak tercapai. Terapkan sikap 'goal oriented' dalam diri Anda, sebabnya, ia akan memacu diri Anda ke arah kecemerlangan. Usaha dari luar dan dari dalam, gunakan sepenuhnya ilmu-ilmu kuasa minda untuk menjadikan Anda mampu merealisasikan matlamat Anda. Akhir sekali, be PERSISTENT. Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah menempuh banyak dugaan, cabaran dan tentangan, tapi oleh kerana persistence dan usaha konsisten dalam menyebarkan dakwah, Islam mampu tersebar dengan meluas. Apa akan jadi jika Nabi Muhammad s.a.w. berputus asa sebab cabaran super hebat yang diterimanya? Sudah tentu agama Islam tak berjaya di sebarkan dan usaha dakwah baginda berhenti di tengah jalan. Walau apa jua yang Anda usahakan sekarang ini .. Walau apa jua yang Ada kerjakan sekarang ini .. Hanya ada 3 perkataan dari saya untuk Anda, Mindset, Tindakan dan Konsistensi.

Bahaya Fikiran Negatif

Di artikel yang lalu saya telah berkongsi dengan Anda kisah kawan saya yang asyik bermasalah, berpunca dari pemikirannya sendiri. Jika dia membaca artikel lalu, saya menulisnya kerana mahu dia berubah serta merta.

Saya hanya boleh menjadi pencetus perubahan tapi yang perlu berubah adalah dirinya sendiri. Saya amat bersyukur jika dia membaca tulisan tersebut, kerana saya tak sanggup nak meluahkan di depannya, cara ini adalah yang terbaik. Dalam kehidupan seharian, kita kadangkala menghadkan keupayaan diri kita sendiri, kekadang kita juga menghadkan keupayaan orang lain dengan memandang rendah apa yang dibuat olehnya dan hasil tangannya dan idea-ideanya. Fikiran kita adalah interpretasi kepada apa yang berlaku di sekeliling. Respon kita pada situasi, perkara, orang perseorangan dan benda menentukan gelombang yang terbit dari minda kita sama ada negatif atau positif. Untuk merealisasikan apa saja matlamat Anda, Anda perlu 100% positif. Nak letak 200% atau 300% positif itu tak realistik, kena capai 100% dulu baru set ke matlamat seterusnya iaitu 200% positif. Bila kita sudah selalu berfikiran positif, terlalu banyak 'cobaan' yang datang, sama ada dalam bentuk perasaan dan peristiwa-pertistiwa lalu yang bermain di fikiran kita. Ramai yang bersetuju lebih senang untuk melayan fikiran negatif seperti rasa sakit hati, tertekan, malas, cemburu, tak puas hati dan geram, tapi dalam kita melayan rasa geram tu sebenarnya kita telah membuka pintu kepada fikiran negatif untuk meracuni hati kita dan perasaan kita, seterusnya minda kita. Justeru, bila hati dan perasaan sudah menjadi negatif, apa saja yang keluar dari minda dan percakapan kita adalah yang negatif belaka. Kita tak mampu lagi melihat nilai positif dalam segenap aspek, setiap ruang, setiap orang, setiap benda dan setiap usaha yang kita lakukan. Kesan daripada itu, minda (melalui Law Of Attraction) menarik semua yang negatif datang pada kita. Misalnya, kita nak promosikan blog, tapi timbul keraguan seperti .. "Eh, boleh jalan ke teknik promosi ni?" atau .. "Kalau aku promosikan pun, ada ke orang yang nak klik ke blog aku?" .. contoh lain.. "Huh, dia tu.. asyik rajin nulis kat blog. takde lain, blog, blog, blog! Hek elleh, pe gunanya? Setakat pakai blogspot free tu, pigi daaa!" atau ini .. "Aku nak jual ebook, tapi, boleh laku ke aa?", "Nak jadi usahawan Internet full time, tapi boleh dapat duit ke?" Bila minda sudah dipenuhi oleh gelombang negatif dan hati ditutupi oleh peraasaan negatif (takut gagal dan sangsi) maka lebih banyak situasi-situasi negatif akan datang kepada kita. Minda kita ibarat magnet, apa yang selalu kita fikirkan, baik atau buruk itulah yang akan jadi pada kita, step by step dan bertahap mengikut peredaran masa mengikut sekerap mana kita membayangkannya di dalam 'mental picture'. Hentikan cakapan-cakapan buruk pada orang lain yang ada dalam diri Anda, kerana bila Anda berbuat begitu apa yang Anda cakapkan dalam hati akan 'ditangkap' oleh minda dan ia menganggap itulah apa yang Anda mahukan terjadi, lalu minda bertindak menarik situasi serupa, menemukan ia dengan Anda secara kebetulan. Bila Anda nampak seorang gadis memandu kereta Lotus Elise berwarna perak, jangan pula kata yang dia dapat kereta tu dengan menipu ke, jadi 'sugar babe' ke, menyalahgunakan duit orang lain ke atau apa saja cakapan-cakapan buruk, kerana jika Anda berkata begitu, Anda sudah memasukkan sangkaan buruk ke dalam hati Anda. Lalu, turut masuk ke minda Anda.
Media_httpbp2bloggerc_haojd
Lotus Elise
Bila sudah masuk ke minda, Law Of Attraction bertindak serta merta menarik apa yang Anda fikirkan tanpa Anda sedari.
Berhati-hati bila Anda selalu bercakap sendiri, berfikir dan melihat-lihat orang lain di sekeliling Anda. Kawal kata-kata hati Anda. Adalah lebih baik untuk memilih menjadi orang yang bersangka baik, takkan ada ruginya. Lihat dan tumpukan pada nilai-nilai positif yang ada di setiap orang, setiap benda, setiap perkara dan setiap situasi. Misalnya, contoh tadi tu, bila Anda nampak seorang gadis memandu kereta Lotus Elise berwarna perak, katakan misalnya: "Wow! Cantiknya kereta dia, mesti dia ni seorang eksekutif atau pegawai besar." "Fullamak! Cantiknya kereta tu! Hmm.. awek tu pun cantik jugak.. kagum aku ngan dia, cemana dia boleh dapat lereta camtu? Aku nak mahu bekerja lebih rajin supaya aku juga dapat bergaya dengan kereta gitu!" Itulah contoh kata-kata dalaman yang positif. Pendek kata, pujilah setiap orang seikhlas yang mungkin dan kagumilah setiap orang sekagum yang mungkin, kerana dengan berbuat begitu Anda sebenarnya memberi peransang semangat untuk diri sendiri tanpa Anda sendiri sedari. Berani mencuba? Cubalah! Bila dah cuba, Anda akan rasa kesannya. Iaitu, takde lagi cakapan-cakapan diri seperti rasa takut, sangsi, was-was, tak yakin, tak dapat buat, bingung dan segala cakapan/fikiran negatif yang lain. Buat banyak kali, Anda akan dapat mengurangkan (bahkan mengecilkan) peluang diri Anda untuk berfikiran negatif. Lama kelamaan Anda mampu bebas dari bahaya fikiran negatif.

Tips Menjadikan Diri Anda Bermotivasi

Kali ini saya berkata tentang bagaimana nak menarik motivasi supaya wujud dalam diri Anda. Saya akan berkata bagaimana untuk menjadikan diri Anda bermotivasi.

Oh.. Anda dah tahu macamana nak motivasikan diri?

So, apa gunanya saya menulis tentang hal ini? Walaupun Anda dah tahu, tapi, Anda jarang buat. Tugas saya adalah untuk mengingatkan Anda dan memperingatkan dir saya juga.

Artikel kali ni agak panjang, saya tak copy dari mana-mana artikel atau dari mana-mana buku, saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri. Lain orang lain faktor motivasinya. Jika Anda ada faktor motivasi (motivator factor) yang lain, boleh kongsikannya di ruang komen.

Dah sedia? Kita mula sekarang.

Untuk menjadikan diri Anda bermotivasi, pertama sekali, jauhkan diri dari kata-kata negatif, artikel-artikel yang berunsur negatif, yang menyatakan rasa tak puas hati pada isu-isu semasa dan jauhkan dari menonton video-video negatif yang ada unsur penentangan, kemarahan dan keganasan.

Mengapa pula? Sebab bila Anda mendengar kata-kata negatif dari percakapan orang lain, membaca artikel-artikel negatif (seperti yang menyatakan ketidakpuashatian) dan Anda pula bersetuju dengan segala apa yang Anda dengar, baca atau lihat, ia akan mencambahkan benih pemikiran negatif dalam hati Anda serta di dalam fikiran Anda.

Ia makin bercambah bila Anda tidak puas hati, geram dan marah pada situasi-situasi tersebut. Selain itu Anda pula menulis rasa tidak puas hati untuk dikongsi dengan orang lain.

Apa yang kita selalu fikir, itulah yang akan ditarik oleh minda kita, ahirnya itulah yang akan kita jadi. Law Of Attraction menarik apa saja yang bermain di fikiran kita sama ada kita sedar atau tidak, nampak atau tidak.

Bila Anda berbuat begitu (selalu tak puas hati pada situasi-situasi tertentu, orang tertentu dan dan apa saja isu semasa), Anda berfikir tentang sesuatu yang negatif. Seterusnya, minda menarik situasi-situasi negatif datang pada Anda tanpa henti bahkan makin bertambah!

Sebab, Anda asyik berfikir pada sesuatu yang serba negatif.

Jangan suka dengar lagu yang sedih-sedih, yang putus cinta, yang ditinggalkan, yang tak puas hati atau yang merasa Tuhan tak adil. Bila Anda suka mendengar lagu-lagu yang berirama sebegitu, Anda juga akan turut menjadi sedih, tak bersemangat dan tak bermotivasi.

Apa yang Ada dengar dan apa yang ada 'feel' di dalam hati akan diserap oleh minda dan direalisasikan serta merta.

Selagi dalam minda Anda masih terbayang-bayang alunan irama lagu tersebut, lebih banyak situasi sedih akan ditarik oleh minda supaya jadi pada Anda tanpa di duga. Kesannya, Anda langsung tak jadi bermotivasi dan tak bersemangat untuk jangka masa panjang.

Jadi, latih diri Anda supaya membuang fikiran-fikiran negatif, sangkaan buruk, jauhkan diri dari membaca artikel-artikel negatif dan bayangkan Anda menahan gelombang negatif itu dari memasuki minda Anda.

Kedua, dekatkan diri dengan suasana yang gembira, yang ceria dan penuh kebahagiaan. Kalau boleh dengar lagu yang rancak, energetik dan yang membuat Anda gembira atau buat apa yang menjadi hobi Anda, passion Anda.

Cuba ingat semula wajah-wajah yang Anda sayangi, mungkin ibu bapa Anda, adik beradik Anda atau kekasih Anda. Hadirkan situasi di mana Anda pernah tertawa sekali bersama mereka.

Kemudian, bayangkan bagaimana mereka membuatkan Anda gembira, mungkin dari senyuman mereka, hilai tawa mereka, suara mereka, keayuaan wajah ataupun ungkapan kata cinta yang membuat Anda rasa bahagia.

Hadirkan ia dalam gambaran mental Anda dan biar rasa bahagia tu meresap masuk ke dalam sanubari Anda, sedalam yang mungkin, sejauh yang mungkin. Kesan daripada itu, Anda jadi sedikit 'ringan' dan ceria tanpa apa-apa tekanan, stress, susah hati, sangsi atau apa jua fikiran negatif.

Selepas itu, Anda akan jadi lebih bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Kasih sayang, cinta dan emosi bahagia adalah pencetus semangat motivasi yang paling kuat.

Jika Anda mengulangkaji pelajaran, Anda akan lebih bersemangat belajar. Jika Anda seorang pekerja, Anda jadi lebih rajin ketika bekerja. Jika Anda seorang usahawan Internet, Anda akan menjadi lebih produktif dan lebih gigih dari yang sebelumnya.

Anda lebih mudah menjadi bermotivasi dalam keadaan ceria, gembira dan tenang. Saya mudah naik semangat bila membaca artikel-artikel kejayaan orang lain, berfikir tentang pencapaian orang lain dan melihat hasil pencapaian mereka, seperti rumah besar, kereta mewah dan keluarga bahagia, kerana dengan melihat itu saya bersemangat jadinya.

Untuk membuatkan Anda mudah untuk jadi bersemangat, ikut dua langkah yang saya tulis di sini sebentar tadi, iaitu :

1. Jauhkan diri Anda dari fikiran-fikiran negatif, kalau ada, buang cepat-cepat. 2. Dekatkan diri Anda dengan fikiran-fikiran positif, sedekat yang mungkin dan kawal minda Anda untuk memikiran hanya fikiran yang positif sahaja.

Anda boleh menyatakan rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan sebagainya tapi biar yang terkawal, jangan sampai ia yang mengawal Anda. Tapi, dari apa yang saya perhatikan pada ramai orang yang selalu tak puas hati, dia tak pernah jadi tak puas hati lalu kesan dari pada itu, hidup selalu saja bermasalah.

Saya ada seorang kawan yang asyik mengomplen pada apa saja yang didengar dan yang dilihat olehnya. Dari isu semasa, isu bola sepak, gaji yang rendah, overtime yang tak lambat dibayar, elaun yang lambat keluar, jodoh dia yang tak sampai-sampai dan kawan-kawan lain yang bergaji besar, semua dia komplen dan asyik rasa tak puas hati, bahkan mencemuh untuk menyatakan rasa tak puas hatinya.

Dah lama saya berkawan dengannya, sejak dari tahun 2000 lagi. Dia sering tak puas hati dengan apa yang kurang dan asyik memikirkan tentang kekurangan dirinya.

Bila dia nampak orang lain yang lebih ok dari dia, mulutnya mula keluar perkataan-perkataan yang tak sedap didengar, caci maki dan kata-kata nista.

Kesan daripada fikirannya yang sebegitu, hidupnya sering bermasalah dari segi kewangan dan kerjaya. Ada saja benda yang menimbulkan masalah pada dirinya.

Semua apa yang diusahakannya juga langsung tak menjadi, dari jual Insurans, buat personal loan, buat bisnes offline, buat program Adsense dan buat proposal paper untuk apply loan nak buka bisnes. Semua takde hasil ...

Dari apa yang saya analisa, pemikirannya dalam dirinya telah menjadikan dia sedemikian. Walaupun dia bermotivasi untuk bekerja, tapi jauh di dalam hati dia masih rasa tak puas hati dan terlalu geram pada situasi dirinya sendiri, dia langsung tak membuang perasaan negatif itu dan langsung tak bersyukur bahkan selalu menumpu fikiran pada benda yang dia rasa kurang.

Bila fikiran sudah menumpu pada kekurangan maka lebih banyak kekurangan yang akan timbul, bahkan berganda-ganda lagi .. sepatutnya ubah pemikiran agar minda, jiwa dan tubuh bebas dari gelombang negatif yang menghalang kemajuan diri dan kecemerlangan peribadi.

Jadi, jika Anda ada serupa sikit dengan perangai kawan saya ni, buang cepat-cepat tabiat tu, kerana tak lama lagi banyak masalah yang akan datang pada Anda. Contohnya, hutang tak pernah habis, perbelanjaan makin naik dan pendapatan makin menyusut.

Ia semua berpunca dari fikiran kita, dari dalaman kita yang iarat magnet ni. Tips yang saya kongsikan hari ini mampu merubah diri Anda, membebaskan fikiran Anda dari segala yang negatif lalu menarik situasi-situasi positif dalam hidup Anda.

Untuk menjadikan diri Anda lebih bermotivasi, pilih untuk menjadi orang yang positif setiap masa dan jangan sesekali tukar pilihan Anda tu !

Peranan Fikiran Positif Dalam Kerjaya dan Bisnes

Kali ini saya berkata tentang pentingnya pemikiran positif dalam kerjaya dan bisnes. Apa gunanya berfikiran positif? Ianya memandu Anda ke arah kecemerlangan yang luar biasa dari yang sebelumnya.

Kenapa mesti kita berfikiran positif? Sebab ia pemangkin kepada kemajuan diri Anda khususnya dan organisasi Anda amnya.

Saya berpendapat kecemerlangan sesebuah organisasi bermula dari kecemerlangan individu, sama seperti sebuah pasukan bola sepak di mana kekuatannya bergantung pada kemantapan skill setiap pemainnya, barulah ada teamwork.

Kecemerlangan individu tu pula bermula dari hati dan pemikirannya. Oleh sebab itu, untuk mencipta kecemerlangan, ia perlu dimulakan oleh perubahan mindset dan mempositifkan pemikiran dari dalam hatinya terlebih dahulu.

Untuk mencipta perubahan apa yang kita mahu, ia bermula di dalam gambaran mental kita dulu. Selepas itu akan timbul idea yang dijana oleh minda.

Dengan idea-idea tu kita perlu melakar strategi. Dari strategi itu kita bertindak menuju matlamat dan mengukur sejauh mana pencapaian kita.

Saya tak percaya dengan hanya sekadar berfikir positif kita mampu menjadi cemerlang, Anda mesti bertindak positif, super aktif dan mengambil langkah mengikut 'peta' strategi Anda. Perjalanan menuju kecemerlangan ibarat belayar di tengah lautan, Anda perlu ada kompas dan peta untuk mengemudi kapal Anda.

Memang pemikiran positif pencetus segala perubahan, tapi ia perlu ada perlaksanaan dengan bertindak melaksanakan apa yang telah dirancang mengikut strategi. Itulah sebabnya mengapa saya berkata berfikir positif saja tak berapa mencukupi untuk mencipta kecemerlangan diri dalam pembelajaran, pekerjaan dan bisnes.

Saya ditanya dalam beberapa email mengapa orang yang bekerja dipejabat seringkali tidak bersemangat tiap kali nak turun kerja. Jawapan saya,

"kerana Anda membenarkan diri Ada jadi tidak bersemangat dan seringkali mengomplen atau tidak puas hati dengan apa jua yang berlaku di sekelilng, lalu sentiasa pula fokus pada perasaan tak puas hati tu."

Jawapan saya ini membuatkan mereka terlopong. Sebabnya, saya lebih suka menjawap dengan melihat dari aspek asas dalaman iaitu hati, minda dan tubuh badan. Dalam bahasa Inggerisnya di panggil Mind, Body And Soul.

Ketiga-tiganya berkait rapat. Kita jadi tak bersemangat mungkin sebab badan kita lemah, fikiran kita buntu atau jiwa kita yang tak tenang dek gelombang negatif yang bersarang di dalam tubuh kita. Bila kita fikir yang kita ni tak bersemangat, melihat diri kita tak bersemangat dalam gambaran mental kita, maka itulah yang akan jadi!

Untuk jadi bersemangat, ubah diri Anda jadi super positif dan sangat ceria dengan mengubah gambaran mental Anda terhadap diri Anda sendiri.

Dalam gambaran mental tu lihat diri Anda sebagai seorang yang ceria, sentiasa tertawa dan bersemangat jadinya setiap kali turun kerja atau tiap kali memulakan rutin harian bisnes Anda.

Buang jauh-jauh segala sakit hati, tak puas hati, geram, dendam mahupun jeles-menjeles, kerana ini menjadi racun pada pembangunan diri Anda termasuk pencapaian Anda. Maafkan orang yang bersalah pada Anda dan lupakan saja kesalahannya, sebab kalau ingat selalu ia akan menarik banyak, lebih banyak, laagi banyak gelombang negatif menetap di hati, minda dan tubuh Anda. Kesannya, Anda susah nak berjaay dalam apa jua bidang.

Law Of Attraction menarik apa saja yang Anda fikirkan. Kalau Anda asyik fikir yang kita tak bersemangat, sampai bila-bila Anda tak akan bersemangat. Melainkan, ubah mindset Anda cari apa yang membuatkan Anda bersemangat.

Kemudian, wujudkan suasana yang pernah membuat kita gembira satu ketika dulu. Ingat sesuatu peristiwa lucu yang pernah terjadi dan akan jadi tertawa selepas itu.

Tak percaya? Cubalah.

Ia bagus untuk menjadikan Anda lebih ceria.

Bila Anda dah ceria, memudahkan Anda untuk mencapai apa saja matlamat yang Anda letak.

Kesimpulannya, lihat diri Anda sebagai seorang yang positif, sentiasa bersangka baik dan berbuat baik kepada semua orang. Bila Anda sudah berbuat begitu, Anda akan menarik lebih banyak situasi-situasi baik yang dapat mencemerlangkan diri Anda secemerlang yang mungkin, sehebat yang mungkin.

Berani mencuba?

Positifkan diri Anda, minda Anda dan jiwa Anda hari ini juga!

Emosi Dan Law Of Attraction

Kali ini saya berkata mengenai kaitan emosi dengan Law Of Attraction. Jika Anda gagal mengawal emosi, maka Anda gagal mengawal minda dan seterusnya memanfaatkan LOA (saya singkatkan dari Law Of Attraction) ke jalan yang salah.

Jika Anda bermasalah dan selalu layan masalah tu, lebih banyak masalah yang akan timbul. Kerana, apa yang tergambar di dalam minda Anda hanyalah diri Anda dan bermasalah dan apa yang tersimpan dalam sukma rasa hati Anda hanyalah perasaan tak puas hati kerana Anda sering bermasalah.
Tak lain tak bukan, masalah, masalah dan masalah.
Ada juga yang sampai ke tahap lebih ekstreme, menyalahkan Yang Maha Esa dan menyalahkan takdir kerana memberikan mereka masalah. Selain itu, ada juga yang berkata Tuhan tak memakbulkan doa mereka walaupun dah berdoa sebanyak yang mungkin.
Selagi Anda masih berada di dalam emosi negatif dan sentiasa memikirkan masalah, Anda takkan pernah keluar dari masalah. Mengapa? sebab Anda memilih untuk tidak mencari jalan penyelesaiannya. Untuk mula berlatih mengawal emosi, ada banyak cara. Jika Anda ada cara tersendiri, kongsikan di ruang komen. Bagi diri saya, untuk mengawal emosi kita perlu mengawal hati terlebih dahulu. Dulu saya juga seorang yang cepat marah, cepat tak puas hati dan cepat rasa tertekan bila masalah melanda. Tapi, saya tundukkan amarah hati dengan menuliskan kesemua sikap yang saya nak kurangkan tu di atas kertas dan saya tengok tiap hari. Selain tu, saya amalkan zikir untuk mendidik hati. Sebagai tambahan, saya melakukan meditasi pendek dua kali sehari untuk mendapat ketenangan. Bila hati di latih untuk tenang, Anda akan bebas dari sikap negatif dan pemikiran negatif dan anda dapat mengawal emosi dengan lebih baik. Anda akan mampu mengawal rasa nak marah dan mampu bertenang walau macam mana tertekannya Anda dalam situasi meruncing. Sebab itu ramai pakar pembangunan diri mencadangkan supaya Anda sentiasa bertenang setiap masa kerana minda lebih senang bekerja bila Anda sudah berada di dalam emosi yang tenang. Apa pula kena mengenai emosi dengan LOA? Emosi dan imaginasi merupakan elemen utama LOA untuk mempercepatkan apa yang Anda mahukan. Bahkan, LOA mudah menarik apa yang Anda inginkan bila Anda berada di dalam emosi gembira, ceria dan bertenaga. Imaginasi Anda lebih power jika digabungkan dengan elemen perasaan yang lahir dari emosi dalam hati Anda (apa jua emosi). Saya ambil contoh di atas tadi, iaitu diri Anda yang di landa masalah. Selalunya, ramai orang bila di landa masalah akan cenderung untuk memikirkan masalah tu saja. Selain tu ditambah lagi dengan rasa tertekan, tak puas hati, geram dan sakit hati kerana masalah tu tak lagi selesai. LOA bertindak serta merta dan takkan pernah 'lari timing' seperti juga hukum graviti. Jadi, bila Anda sudah selalu memikirkan masalah, LOA akan menarik lebih banyak masalah kepada diri Anda. Kesannya, Anda akan berjumpa dengan situasi-situasi buruk, orang-orang yang berperangai buruk dan benda-benda yang menyebabkan Anda lebih bermasalah jadinya. Jadi, jangan pernah membiarkan diri Anda di kawal oleh masalah. Anda boleh mengakhiri masalah yang melanda jika Anda mencari jalan penyelesaian dan membayangkan yang masalah Anda itu sudah berakhir. Lihat diri Anda di dalam gambaran mental sebagai orang yang bebas dari masalah dan hadirkan kegembiraan kerana masalah yang membebankan Anda sudah berakhir. Tidak kira cemana besarnya masalah Anda, ia tetap boleh di selesaikan jika Anda menumpui pada jalan penyelesaian. Ada hikmah di sebalik setiap masalah yang melanda sebenarnya, jika Anda mengkaji dengan cukup mendalam dan mencari elemen-elemen positif di dalam masalah tu. Bila Anda bermasalah ada lagi orang yang lebih bermasalah dari Anda, cuma Anda saja yang tak tahu. Tapi, bila Anda sudah bebas dari masalah, bersyukur dan panjatkan pujii-pujian kepada Yang Maha Esa kerana memberi Anda petunjuk (melalui idea, gerak hati dan cetusan ilham). Kita diberi masalah kerana Allah s.w.t. mahu mendengar suara kita memuji-muji namanya. Akhir kata, emosi dan imaginasi boleh dipergunakan untuk apa saja tujuan. Ia bergantung pada Anda, mind setting Anda, attitude, skill dan pengetahuan Anda. Minda dan imaginasi adalah kurniaaan Yang Maha Esa dan mempunyai kuasa tak terhingga. Ia boleh digunakan sama ada untuk mencipta kecemerlangan atau untuk memusnahkan kecemerlangan sedia ada. Masukkan apa yang Anda mahu dalam imaginasi dan apa sematkan yang Anda nak jadi dalam hati, bayangkan selalu dan kemudian bersedia kerana ia boleh berlaku bila-bila masa. Satu lagi, Anda perlu konsisten melakukannya. Lebih jelas Anda imaginasikannya, lebih senang untuk LOA menarik apa yang Anda mahukan.

Abu Dan Milah

Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah... Di depan pintu... gurunya sudah menunggu dengan muka garang...

guru : "Abu!! kenapa kamu selalu terlambat?"

Abu : "Err..err.. err.. tadi saya dah bangun awal.. pukul lima.. tapi tertidur semula... akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai... "

guru : "Sudah..sudah.. kamu pulak Milah... kenapa terlambat juga?"

Milah : "saya tumpang abu naik motor tadi."

Law Of Attraction - Bagaimana Mengaplikasikannya

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan Anda tips untuk mengaplikasikan Law Of Attraction. Saya anggap Anda sudah memahami maksud Law Of Attraction dan tahu definasinya.

Jika Anda masih keliru dan mahukan penerangan lanjut, letakkan diruang komen. Saya dan kawan-kawan lain bersedia membantu Anda. Law Of Attraction sentiasa bersama Anda bila-bila masa, di mana jua Anda berada. Ia ibarat orang suruhan yang patuh pada setiap kata-kata berupa arahan yang terucap dari mulut Anda. Ia juga peka kepada segala perbuatan Anda, percakapan dan pemikiran Anda walaupun hanya di dalam hati. Orang suruhan Anda ni mengandaikan apa yang Anda sentiasa fikirkan, itulah yang Anda mahu walaupun tak terkata oleh mulut Anda. Apa yang Anda katakan pada diri sendiri dalam hati, dia anggap itu adalah kemahuan Anda dan apa yang Anda imaginasikan itu yang Anda inginkan sebenarnya. Dia tak pernah mempersoalkan apa yang Anda mahu dia buat dan terus saja menunaikan kemahuan Anda tanpa Anda sendiri sedari. Bagaimana ia menunaikannya, Law of Attraction akan menemukan Anda dengan situasi-situasi, orang perseorangan dan benda-benda yang berkaitan dengan apa yang Anda mahu tu secara kebetulan. Inilah cara Law of Attraction menarik semua ini. Jadi, berhati-hati, kawal apa yang ada di minda Anda dan jenis perasaan Anda dalam apa jua situasi. Law Of Attraciton menangkap segala apa yang bermain di fikiran lalu merealisasikannya tanpa banyak soal. Law Of Attraction takkan tahu gambaran mental Anda baik atau buruk, asal dia dah 'tangkap' gambaran mental Anda, itu bagaikan satu arahan buatnya. Saya pasti Anda tahu cerita si Aladin dan lampu ajaibnya. Bila Aladin gosok lampu tu, akan keluar gumpalan asap yang membentuk tubuh badan seekor Jin tanpa kaki.

Media_httpbp1bloggerc_ouygm
Bila Jin dah keluar, dia akan menunaikan apa saja permintaan si Aladin. Saya umpamakan Aladin adalah diri Anda dan jin itu adalah Law Of Attraction. Itu caranya bagaimana kita nak mengaplikasikan Law Of Attraction. Minta apa saja yang Anda mahu, imaginasikan apa yang Anda mahu dan Law Of Attraction akan membuatkan ia datang pada Anda. Cepat atau lambat bergantung pada sistem kepercayaan Anda dan sejauh mana Anda yakin pada benda-benda ghaib dan yang serba halus (unseen). Sehingga ke hari ini, hanya getaran gelombang minda dan warna gelombang aura saja yang dapat dibuktikan melalui sains. Tetapi, Law Of Attraction dibuktikan oleh sesiapa yang pernah merasai keajaibannya dan dari pengamal kuasa minda yang menggunakan Law Of Attraction untuk mendapat apa yang mereka mahukan dalam hidup, termasuk saya sendiri. Ada di antara kita yang mengaplikasikan Law Of Attraction tanpa di sedari. Bila Anda set matlamat mahu cemerlang, menuliskannya dan bertekad mencapai kecemerlangan walau dengan apa cara sekali pun, Anda sudah mengaplikasikan Law Of Attraction. Ia dah tahu matlamat Anda, iaitu mahu cemerlang. Lalu, ia memberikan idea-idea pada Anda sebagai strategi yang boleh Anda gunakan untuk menjadikan matlamat Anda satu realiti. Tapi jangan pula Anda hanya tahu memasang matlamat tapi duduk diam tak buat satu apa. Napolen Hill telah lama mengetahui Law Of Attraction, begitu juga Wallace Wales yang menulis buku The Science Of Getting Rich. Kekayaan perlu bermula di minda. Irfan Khairi mula berimaginasi tentang kekayaan pada mumur 18 tahun. Adakah ini mustahil? Buktinya dia menjadi jutawan pada umur 25 tahun! Dia berkongsi rahsianya di sini. Law Of Attraction tak mustahil bila Anda mengaplikasikan kena pada caranya. Di sini peranan utama ilmu. Think and grow rich! Pelajari ilmu, agar ia memandu Anda dalam usaha mengejar kecemerlangan. Dengan ilmu, kita tahu kemana mahu berjalan dan jalan mana satu yang ngam untuk kita tempuhi. Ramai orang mencemuh pencapaian Irfan Khairi sebagai jutawan Internet muda, tapi mereka tidak sedar cemuhan yang dilemparkan itu terjadi sendiri pada mereka. Mengapa pula? Sebab, ia bersarang di dalam hati mereka lalu Law Of Attraction menjadikan mereka sedemikian. Nasihat saya, bila Anda melihat jutawan atau sesiapa jua orang yang dah berjaya, jangan kata mereka ni penipu, penyangak, jadi jutawan dengan cara tak halal atau yang seangkatan dengannya, kerana bila Anda berkata begitu, serta merta akan timbul perasaan negatif di hati Anda tanpa Anda sedari. Bila ia sudah timbul di hati, Law Of Attraction serta merta merealisasikannya lalu itulah jadinya Anda. Kesannya, takde kemajuan dan tak cemerlang, asyik mencemuh orang lain sedangkan orang yang Anda cemuh tu sudah semakin maju meninggalkan Anda jauh di belakang. Selain itu, apa yang Anda tak mahu jadi itu pula yang jadi pada Anda, sebab Anda tak berhenti mencemuh orang lain. Untuk cemerlangkan diri, terapkan kekaguman pada sesiapa sahaja, tumpukan pada sikap-sikap positif yang di miliki olehnya dan puji usahanya dalam mengejar pencapaian yang sedia ada. Kalau boleh, doakan dia supaya lebih cemerlang! Sebab, jika Anda kagum dengan pencapaian orang lain, akan timbul perasaan positif di dalam hati Anda secara automatik lalu 'ditangkap' oleh Law Of Attraction dan menjadikan Anda positif seperti orang yang Anda kagumi tadi. Ini hukum alam yang agak simpel, tapi ramai orang biasa tak menyedari.