Asas Law Of Attraction

Kali ini saya berkata mengenai asas Law Or Attraction atau singkatan komersilnya LOA. Law Of Attraction adalah sebahagian dari kuasa minda separa sedar.

Jika Anda terkeliru antara Law Of Attraction dan kuasa minda separa sedar, keduanya sama saja. Kuasa minda separa sedar lebih umum, LOA lebih mengkhusus. Jika Anda ada apa-apa pendapat mengenai hal ini, kongsikan di ruang komen. Kuasa minda separa sedar adalah abang dan LOA adalah adiknya. Cuma, Law Of Attraction adalah perkataan yang lebih moden bagi kuasa minda separa sedar dan mudah di fahami. Bila disebut kuasa minda separa sedar, orang awam akan terbayang kita boleh gerakkan objek, membengkokkan sudu, baca fikiran orang, mengubati orang mahupun mempengaruhi fikiran orang dalam diam. Tapi, bila sebut pasal Law Of Attraction, orang akan tanya. "apa tu?" Saya menjadikan buku Membina Imaginasi Cemerlang sebagai rujukan asas. Dr Tuah Iskandar telah lama menyedari hal ini tapi tidak memanggilnya dengan nama Law Of Attraction, tapi Imaginasi Cemerlang. Imaginasi adalah asas pada Law Of Attraction. Imaginasi merupakan gambaran mental yang bermain di fikiran kita. Ia ibarat sebuah klip video yang dimainkan pada skrin depan mata Anda.

Sesetengah orang memanggil imaginasi dengan nama visualisasi, saya berharap dengan penerangan saya Anda tidak keliru antara imaginasi dan visualisasi kerana keduanya sama. Saya lebih suka guna perkataan imaginasi.

Untuk memanipulasi Law Of Attraction, Anda perlu tahu mengawal imaginasi. Apa yang Anda gambarkan dalam minda dan apa yang Anda mainkan dalam fikiran, minda separa sedar Anda akan 'mengangkapnya' (sepertimana sebuah kamera menangkap gambar) lalu merealisikannya dengan menarik situasi-situasi yang berkaitan dengan apa yang ada di dalam fikiran Anda tu. Minda separa takkan pernah tahu apa yang Anda imaginasikan itu baik atau buruk, positif atau negatif. Bila dia nampak gambar yang ada di dalam fikiran Anda, dia akan 'tangkap' terus lalu bertindak merealisasikannya. Bagaimana minda merealisasikannya? Allah lebih mengetahui caranya. Inilah sebab mengapa minda merupakan salah satu kurniaan Tuhan yang tak terhingga nilainya. Jadi, apa saja yang ada di dalam fikiran Anda dan apa saja yang selalu bermain di fikiran Anda, minda separa sedar akan merealisasikannya. Tindakan automatik minda separa sedar merealisasikan apa yang ada di dalam fikiran kita itulah yang dipanggil Law Of Attraction. Attraction bermaksud 'penarikan' dalam Bahasa Melayu. Erti kata yang lebih detail, Hukum Penarikan. Ia sama juga dengan hukum-hukum yang lain , seperti hukum graviti. Ia takkan pernah tersilap dan takkan pernah hilang, malah sentiasa ada dan berlaku secara automatik. Jika kita lempar sebiji buah epal ke atas, epal tu tetap akan jatuh semula ke bawah tanpa berlaku kesilapan sedikit pun atau terhenti sedikit pun kerana Hukum Graviti tak ada buat sementara waktu dalam sejam dua. Sama juga dengan Law Of Attraction, kalau kita fikir sesuatu, itu yang akan jadi. Jika kita imaginasikan sesuatu, itu juga yang akan jadi, hanya masa yang menentukan. LOA bertindak serta merta, cuma ia boleh diubah. Bagaimana nak mengubahnya? Ubah apa yang ada di dalam fikiran kita dan ubah apa yang ada di dalam imaginasi kita. Kawal imaginasi dan Anda boleh kawal kecemerlangan prestasi diri Anda dengan Law Of Attraction. Dalam banyak kes, orang mengubah imaginasi mereka tanpa mereka sedari, lalu dengan serta merta mereka mengubah Law Of Attraction yang menarik apa yang mereka fikirkan. Saya akan sambung lagi di artikel seterusnya.. Sebelum itu, sebagai rujukan asas Anda, saya cadangkan Anda membaca buku Membina Imaginasi Cemerlang dan buku The Secret kerana pemahaman saya mengenai Law Of Attraction adalah dari dua buah buku ini.

Thank You List

Dahulu saya ada berkata mengenai menulis matlamat Anda. Kali ini, saya akan berkata mengenai Thank You List atau maknanya senarai terima kasih dalam Bahasa Melayu.

Ambil satu kertas dan tuliskan satu persatu semua benda, semua perkara yang Anda sangat bersyukur kerana Anda memilikinya dan sebab ia ada pada Anda sekarang ini. Letakkan tajuknya 'Thank You List'. Di bawah tajuk itu, tuliskan "Ini semua yang saya sangat bersyukur". Tanya hati Anda apa yang paling Anda bersyukur, jawapan akan timbul selepas itu dalam bentuk cetusan idea. Mungkin ia kesihatan Anda, keluarga Anda, adik beradik Anda ataupun kekasih Anda yang Anda sayangi. Bila Anda dah siap, baca semula senarai tadi. Kemudian tutupkan mata dan bayangkan satu persatu semua yang Anda syukuri dalam senarai 'Thank You List". Setelah itu, ucapakan "thank you" dengan seikhlas hati. Ingat, jangan paksa-paksa, biar lahir dari hati Anda sendiri. Kalau masih tak timbul rasa bersyukur dan seakan susah untuk Anda melakukannya, tarik nafas, hembuskan perlahan dan kemudian cuba lagi. Lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat normal bagi Anda. Ucapkan apa saja perkataan yang sesuai dengan Ada, sama ada "Thank You", "Terima Kasih" atau "Syukur pada Yang Maha Esa".. Lafazkan dalam hati atau dengan nada berbisik, ucap sejujur-jujurnya dan biar rasa bersyukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Kesannya, ia akan dapat mendidik hati Anda dan membebaskan fikiran Anda dari cas-cas negatif, pemikiran negatif, sangkaan-sangkaan buruk dan rasa tertekan. Ia juga dapat memfokuskan diri Anda pada benda-benda positif, lalu dengan itu menarik situasi-situasi positif datang pada Anda. Law Of Attraction bertindak serta merta. Saya selalu mengucapkan kata-kata ini : "Thank you Allah, for all the love that i have and for the love that i have received". Selepas mengucapkannya dalam hati sambil menutup mata, saya rasa bersemangat dan banyak idea-idea penulisan yang timbul ! Saya selalu ucapkannya, di kala saya rasa macam dah takde idea nak tulis kat blog. Selain daripada itu, di kala saya tertekan sebab tak cukup duit, saya ucapakan kata-kata ini dengan nada berbisik : "Thank you Allah, for all the money i have and for all the money i've received". Kesannya, duit tak pernah kering dan segala keperluan saya cukup jadinya. Saya tak tahu cemana nak terangkan dengan lebih lanjut, terus terang , ia terjadi begitu saja. Saya langsung tak terfikir ia takkan menjadi ke atau ia setakat perbuatan 'buang masa'. Saya lafazkan dengan hati yang sungguh-sungguh bersyukur kerana saya tahu apa yang akan saya dapat bila saya rajin bersyukur dengan sepenuh hati. Hadirkan perasaan berterima kasih setiap kali Anda melafazkannya, kerana dengan itu ia dapat meningkatkan getaran tenaga positif dalam diri Anda. Kesannya, Anda jadi lebih ceria, lebih bersemangat dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua yang melanda. Jika Anda seorang pelajar IPT, lafazkan terima kasih kerana Anda ada peluang belajar di IPT di kala beribu-beribu pemohon lain gagal mendapat tempat untuk menjadi pelajar seperti Anda. Jika Anda seorang pekerja, lafazkan terima kasih kerana Anda mempunyai kerjaya yang ngam dengan Anda, bergaji tetap, mampu membayar bil-bil Anda, dapat makan lebih 3 kali sehari, dapat membeli keperluan-keperluan rumah dengan duit gaji Anda dan Anda diberi peluang untuk mendapat kerja di kala beribu insan lain takde kerja, dibuang kerja mahupun belum dapat kerja bersesuaian. Jika Anda seorang usahawan, blogger sepenuh masa atau bekerja melalui Intenet dari rumah, lafazkan kesyukuran, sesyukur yang mungkin kerana Anda diberi peluang mampu bekerja dari rumah, ada line Internet di rumah, terselamat dari kesesakan jalan raya, dapat menjimatkan minyak petrol kereta Anda, mampu bercuti bila-bila masa, boleh buat apa yang Anda suka time kerja dan boleh mengawal sepenuhnya masa kerja Anda tanpa sebarang boss, supervisor dan Pak Guard yang merepot jika Anda tertidur di tempat kerja!. Hehe .. Sampai di sini saja kali ini. Jadi, sediakan 'Thank You List Anda" hari ini juga. Moga dengan tips ini, Anda semakin berfikiran positif jadinya.

Mindset Seorang Pencari Kerja - Bhg. 2

Dalam artikel lalu saya berkata mengenai bahagian pertama dalam Mindset Seorang Pencari Kerja dan panduan untuk mendidik hati Anda dalam usaha memprogram minda untuk mencari kerja. Semua bermula dari minda, kuasa minda dan segala yang berkaitan dengan minda pula mudah dipengaruh oleh hati juga perasaan yang berada di dalam hati.

Saya menulis di sini dari apa yang saya lalui sendiri. Saya sungguh berharap saya dapat letakkan gambar-gambar saya di masa lalu, ketika nak masuk bilik interview (yang berpeluh sakan satu badan sebab gemuruh) dan sewaktu saya bersama kawan-kawan bertungkus-lumus mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan dalam bidang Perbankkan. Sayangnya, saya takde gambar tu semua. Di waktu itu pula kebanyakan bank komersil (commercial bank) lebih suka bergabung dan bila ia dah berlaku, sudah tentu berlaku pengurangan pekerja dalam sektor perbankkan. Ia bagaikan mimpi ngeri bagi kami semua. Tambahan pula saya juga dah pass exam FMUTM lepas study dan berkira-kira nak masuk jadi agen Unit Trust. Kalau nak di kira kelulusan, memang patut jadi Pegawai Bank dah tu, tapi peluang makin sempit dan desakan sebab takde kerja semakin menghimpit. Dah puas hantar resume, tunggu jawapan interview tapi takde apa-apa yang berlaku, langsung satu apa pun takde! Jadi, apa yang kami buat? Kami berbincang sesama sendiri dan kata sepakat telah diambil. Kami akan menjadi ibarat air dan asap. Hah? takkan dan bertukar jadi angin dan asap? ke jadi masuk angin keluar asap? Ishh, bukan! Kami cuma menjadi seperti air dan asap yang 'fleksibel'. Cuba tengok air, isi saja ke dalam apa jua bentuk bekas, ia akan mengikut bentuk bekas tu. Kalau bekas yang diisinya tu bulat, maka jadi bulat bentuknya. Kalau leper, leper juga bentuknya .. Walaupun kelulusan dalam bidang perbankkan, saya tekad untuk mencuba perkara baru yang berlainan dari pengkhususan saya. Selepas setahun menjadi supervisor di sebuah gedung pakaian lelaki, saya bekerja di dalam arena direct selling, di sebuah syarikat kad kredit 'faymes' di Malaysia ni, logo dia kaler hijau dan biru gelap. Di sana bermulanya perjalanan saya dalam kerja 'jumpa orang' dan bidang direct marketing selepas setahun dalam bidang retailing. Ketika itu saya banyak membaca buku mengenai skill komunikasi, skill presentation dan skill 'jual diri'. Tambahan pula kami diberi latihan dan tips menjual tiap minggu oleh pegawai atasan, lalu ini memberi peluang pada saya untuk mempraktikkan apa yang saya fahami dari buku yang telah saya baca. Itu sekelumit dari kisah diri saya, terus terang saya tak pernah kerja kat Bank! Sebenarnya, apa yang nak saya perkatakan hari ini adalah mengenai persediaan diri Anda. Pada artikel lepas, saya berkata tentang mindset. Kali ini, saya berkata tentang persediaan diri. Sesudah Anda membayangkan kerjaya idaman Anda dan percaya Anda akan dapat pekerjaan, Anda perlu bersedia dan 'be flexible'. Fleksibel di sini maksudnya sentiasa berubah sehingglah matlamat Anda untuk mendapat pekerjaan tercapai. Dalam usaha Anda mencari kerja, sediakan dua strategi yang saya namakan Pelan A dan Pelan B. Sebab, mana tahu satu tak menjadi, Anda ada satu lagi peluang kerja. Jadi, ini menjimatkan masa Anda dan tenaga Anda. Selain tu, bersedia untuk menghadapi suasana yang berlainan dengan apa yang anda dah biasa atau yang berlainan dari latar belakang Anda. Jika Anda seorang fresh graduate, mungkin kelulusan Anda di dalam bidang perbankkan tetapi tiba-tiba ditawarkan kerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah pusat latihan komputer sedangkan Anda takde kelulusan langsung dalam bidang komputer dan pemasaran!. Itulah sebabnya saya berkata mengapa Anda perlu jadi fleksibel dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaaan semasa. Kemahiran sesuatu yang boleh dipelajari, termasuk juga kemahiran komputer, mekanikal kereta dan kemahiran matematik. Sebab, ia adalah logik dan yang itu-itu juga cuma Anda perlu tahu satu persatu, langkah demi langkah dan biasakan diri dengannya. Katakan pada penemuduga yang Anda sanggup bermula dari bawah dan sanggup belajar apa saja yang perlu dilakukan untuk memahirkan diri Anda dalam organisasi tersebut. Katakan dengan bersemangat dan yakin. Jika Anda berbuat demikian, sudah tentu Anda akan diambil bekerja !. Lepas diterima, Anda perlu gigih. Melalui pengalaman saya, ramai BOSS sukakan pekerja baru yang tekun bekerja, tahan mental dan sanggup bermula dari bawah. Ah ha! Letak point ini di dalam resume Anda. Ini tak termasuk skill komunikasi dan skill PR (Public Relation), anda kena pandai bawa diri dan sanggup berdepan dengan segala yang baru Anda temui. Di sini cabaran bermula kerana ia akan menguji hati Anda yang sudah ditanam dengan benih-benih pemikiran positif. Bila baru masuk bekerja, Anda kena tahan dengan gelombang-gelombang negatif yang lahir dari minda senior-senior Anda sebab mereka mudah cemburu dengan orang baru yang berkelulusan dan yang tunjuk rajin bekerja. Ok, selain tu, dalam usaha Anda mencari kerja Anda perlu bijak kawal emosi, jangan mudah mengalah selagi Anda tak mendapat kerja. Peluang kerja takkan pernah habis, cuma yang habis adalah semangat dan ketekunan orang kita dalam menyesuaikan diri. Industri kita takkan pernah kehabisan peluang. Ia bergantung pada kebijakan graduan kita membaca peluang dan sejauh mana keberanian mereka mencipta peluang. Bila saya membaca post di blog SKOR Career, saya cukup terkejut bila dapat tahu dua beradik jadi usahanita berjaya dengan menjual Cup Cake. Kisah mereka sungguh menarik dan membuat saya bersemangat selepas membacanya. Jika Anda berminat nak baca, klik di sini.Kat bawah ni saya letak petikan gambar dari artikel di blog tersebut.
Media_httpbp2bloggerc_iegtf
petikan dari blog SKOR Career
   Bila kita mencuba benda baru minda kita akan lebih terbuka dan Anda pula akan dilihat sebagai satu aset berharga sebab tak ramai orang yang sanggup belajar benda baru dan sanggup bersusah payah memajukan diri. Bila Anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental, Anda mampu menyesuaikan diri dengan apa jua kerja baru dan apa jua kemahiran baru.   Jangan benarkan diri Anda di selubungi pemikiran negatif. Jangan kata cari kerja ni susah, kerja susah nak dapat, kerja ni payah nak datang pada Anda. Jika Anda berfikir begitu dan membayangkan susahnya cari kerja maka itulah yang akan jadi pada Anda. Minda kita merealisasikan apa jua yang Anda di dalam hati kita dan di dalam fikiran kita. Minda takkan tahu apa yang kita fikirkan tu baik atau buruk. Sebab itu kena hati-hati bila Anda bercakap dengan diri sendiri di dalam hati. Untuk mendapat kerja, bayangkan yang Anda sudah ada kerja sekarang ini walaupun sebenarnya tidak. Apa yang minda Anda tangkap melalui gambaran visual Anda, ia percaya itu betul dan akan merealisasikannya. Bagaimana minda merealisasikannya, itu di luar kemampuan intelektual saya, termasuk juga pakar minda dari seluruh dunia. Takde sesiapa tahu bagaimana minda merealisasikannya. Ia terjadi begitu saja dan tak ternampak oleh mata kasar. Apa yang paling penting, Anda tumpukan pada usaha dan jangan ambik kisah bagaimana minda merealisasikan matlamat Anda. Seperti yang saya katakan sebelum ini, yang penting Anda perlu berusaha dari dalam dan dari luar kerana minda akan tahu juga apa yang Anda usahakan. Jika Anda masih belum faham apa dia usaha dari dalam dan usaha dari luar ni, baca artikel yang lepas terlebih dahulu. Sama ada terjadi atau tidak, Anda dapat kerja atau tidak, itu terpulang pada ketentuan Yang Maha Esa. Kita merancang tuhan menentukan, tapi dalam merancang kita perlu bertindak mengikut perancangan kita tu bukannya duduk tak buat satu apa. Moga dengan tips ini, anda cemerlang hendaknya dalam usaha mencari kerja.

Mindset Seorang Pencari Kerja - Bhg 1

Kali ini saya berkata tentang mind setting ketika dalam proses Anda mencari kerja. Ramai orang tak tahu bagaimana nak menerapkan mind set yang membolehkan Anda mendapat kerjaya idaman.

Pertama sekali, saya akan beri panduan dari yang paling asas. Oleh kerana kuasa minda dan spiritual ini semua perlu bermula dari hati, maka Anda perlu mendidik hati Anda terlebih dahulu. Kita akan bermula dari pengurusan hati. Tubuh badan dan minda kita sentiasa mengeluarkan getaran tenaga dalam bentuk gelombang. Jenis getaran tenaga yang dikeluarkan bergantung pada jenis pemikiran kita dan perasaan cemana yang ada di hati kita. Jika kita mengeluarkan pemikiran negatif dan perasaan-perasaan negatif (walaupun sedikit) maka gelombang yang keluar dari minda kita adalah gelombang negatif. Bila dah keluar, ia akan melilau mencari-cari gelombang yang serupa dengannya, bila dah jumpa, ia akan bawa kembali semula kepada Anda, sumber gelombang tu. Inilah asas Law Of Attraction. Makin kerap Anda berfikiran negatif, makin banyak jugalah gelombang negatif ditarik melekat pada diri Anda, sebab itu berlaku situasi-situasi negatif yang yang berada di luar kemahuan Anda serta di luar kawalan Anda. Untuk mengubah gelombang energi, ubah pemikiran Anda. Tumpukan pada nilai-nilai positif yang ada pada semua orang, semua situasi, semua keadaan dan semua benda kerana bila kita sudah menumpu pada nilai positif, minda kita akan mengeluarkan gelombang energi positif. Latih diri Anda untuk bersangka baik pada semua orang, disiplinkan diri supaya sentiasa mengagumi kejayaan orang-orang yang cemerlang serta jutawan-jutawan yang berjaya kerana dengan berbuat begitu semangat Anda akan naik dan ini dapat mempositifkan minda Anda. Puji mereka dengan seikhlas hati, sebab dengan berbuat begitu dalam hati Anda akan timbul perasaan kagum yang amat sangat lalu mendorong diri Anda untuk bekerja dengan lebih gigih, segigih yang mungkin sampai matlamat Anda tercapai. Jangan pula bila nampak jutawan-jutawan dan orang-orang yang cemerlang, anda selalu mencemuh dan mengatakan mereka ni jadi jutawan kerana menipu. Bila Anda berkata demikian (walau sedikit saja dalam hati) minda Anda mengeluarkan gelombang negatif kerana hati Anda timbul perasaan (feel) negatif. Kesannya, Anda takkan jadi cemerlang. Berhati-hati, kawal apa yang Anda fikirkan dan kawal kata-kata hati Anda, kerana ia akan masuk ke dalam minda tanpa Anda sedari. Jika Anda selalu berbuat begini, ia akan jadi satu tabiat dan lama-kelamaan akan terbiasa dengannya. Lama-kelamaan Anda takkan dapat apa yang idamkan walau sudah berimaginasi sekerap mungkin dan walau Anda telah belajar menggukana kuasa minda semaksimum yang mungkin. Rasanya Anda dah faham asasnya bagaimana. Untuk menarik situasi positif, kita perlu imaginasi positif, berfikiran positif dan fikir positif, yang baik-baik saja pada semua orang, semua benda dan semua situasi. Minda kita ni ibarat magnet. Kalau kita benci pada seseorang (walaupun sedikit) maka secara automatik orang yang kita benci tu akan benci juga pada kita. Gelombang energi minda yang berisi kebencian yang lahir dari minda Anda menarik gelombang yang sama dari dalam minda orang tu. Inilah sebabnya mengapa Anda susah nak bekerjasama dengan sesetengah orang. Buangkan rasa benci tu kerana ia akan menyebabkan Anda tak cemerlang dan tak mendapat apa yang Anda mahukan. Ok, berbalik kepada kupasan utama kita dalam mencari kerja. Dalam apa jua yang kita usahakan, kita disarankan supaya mengiringi usaha kita dengan doa dan tawakkal. Asas utama pada kekuatan minda separa sedar adalah sistem kepercayaan. Kita perlu percaya dengan keajaiban dan percaya yang doa kita akan dimakbulkan. Janji, kita berusaha sehabis mungkin. Jadi, jika Anda sedang berusaha mencari kerja, berdoa dulu. Minta pada yang Maha Esa apa jenis kerja yang Anda mahukan. Sesudah itu, Anda perlu percaya yang Anda akan mendapat kerjaya idaman Anda, janji Anda bertindak dan berusaha. Kita merancang, Tuhan menentukan. Jika Anda masih takde kerja, terapkan kepercayan dalam hati yang Anda akan mendapat kerja juga bila Anda mula berusaha mencari kerja. Kalau tak berusaha memang tak dapat dan doa Anda akan jadi sia-sia. Sentiasa imaginasikan diri Anda sudah mencapat kerja tersebut seolah-olah ia sudah terjadi sekarang. Sentiasa bayangkan dalam minda yang Anda sudah mempunyai kerjaya, bayangkan seperti Anda sedang melihat sebuah klip video di depan mata Anda. Anda dapat lihat diri Anda bangun pagi untuk bersiap pergi kerja, memakai pakaian kerja dan melangkah dengan girang ke tempat kerja Anda. Bayangkan sekerap mungkin dan berdoa sekerap mungkin, seberapa banyak yang mungkin. Saya panggil teknik ini dengan nama 'usaha dari dalam dan dari luar'. Usaha dari dalam maksudnya kita berusaha dengan berimaginasi, berdoa dan optimis kita akan dapat apa yang kita mahukan bermula dari hati. Usaha dari luar pula maksudnya kita bertindak dengan strategi yang telah kita rancang sebelumnya. Sediakan blueprint dan rancang dulu strategi Anda dalam usaha mencari kerja. Kalau takde perancangan, Anda takkan ada FOKUS dan takkan tahu apa yang Anda buat sebenarnya. Dalam pada itu, latih dan latih lagi hati Anda untuk bersangka baik pada semua orang, semua situasi dan semua benda. Kawal apa yang bermain di fikiran dan kata-kata apa yang ada di dalam hati. Jangan benarkan diri Anda untuk melahirkan perasaan negatif (menyampah, meluat, sakit hati, geram, benci, memaki, tak senang) kerana ia akan meneutralkan pemikiran positif yang Anda bina. Perasan negatif ni walaupun sedikit saja yang timbul, akan 'memusnahkan' segala perasaan positif yang ada. Dalam semua keadaan, kita sentiasa ada dua pilihan. Ia sama ada hitam atau putih, baik dan buruk, positif atau negatif. Saranan saya, pilih yang positif, kerana untuk mencapai apa jua matlamat Anda, hanya yang positif saja yang akan membantu Anda. Jangan pilih yang negatif, kerana ia akan 'menghancurkan' semua apa yang Anda bina dan Anda takkan dapat memotivasikan diri sendiri bila Anda memilih yang negatif. Bersambung di artikel seterusnya ..

Lawak 3B

Saya mahu berkongsi satu jenakan dengan Anda. Here it goes..

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'.. . apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang.. . saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

7 Tips Pekerja Cemerlang

Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang bagaimana hendak menjadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin dan sehebat yang mungkin tak kira apa jua bidang kerja yang menjadi kerjaya Anda.

Bila Anda memasang matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini beberapa tips asas. 1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja. Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali? Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk. Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai 'booster' motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya. 2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu. Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu. 3. Komited. Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan. 4. Bijak Menyelit. Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

Media_httpwwwlovewell_iifeb
Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

5. Belajar Tanpa Henti. Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat. Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step. 6. Hormat Semua Orang. Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya. Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda. Takde gunanya Anda jadi 'bising' maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja. 7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur. Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan 'first impression' orang lain amat penting dalam suasana kerja. Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja. Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu. Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang ! Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang. Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep 'memberi', tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya. Lebih banyak Anda memberi, lebih banyak juga Anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tips ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang dengan sendirinya pada Anda. Dijamin !

Watermelon Bombe

Media_httpsyafizaword_icpra

Ingredients

Serves 12

  • 2 pints pistachio ice cream
  • 1 pint Vanilla Ice Cream
  • 1 quart Watermelon Sorbet
  • 4 Nabisco Famous Chocolate Wafers, broken into 1/4-inch pieces
  • 1 six-inch-round layer Vanilla Sponge Cake
 

Directions

  1. Line a 3-quart metal mixing bowl with plastic wrap, and leave the edges overhanging. Place lined bowl in freezer for 10 minutes; this will be the mold. Chill the bowl of an electric mixer as well.
  2. Place pistachio ice cream in the chilled mixer bowl. Using the paddle attachment of the mixer, beat on low speed until ice cream is spreadable, about 30 seconds. Remove chilled mold from freezer. Using a rubber spatula, coat inside of mold with all the pistachio ice cream, making a 1/2-inch-thick layer. Return mold and clean mixer bowl to the freezer for 30 minutes.
  3. Place vanilla ice cream in chilled mixer bowl. Beat on low speed until spreadable, about 30 seconds. Remove mold from freezer. Using the rubber spatula, coat pistachio layer with the vanilla ice cream, making a 1/4-inch-thick layer. Return mold and clean mixer bowl to freezer for 30 minutes.
  4. Place sorbet in chilled mixer bowl. Beat on low speed until sorbet has softened, about 1 minute. Fold in wafer pieces. Remove mold from freezer. Pack sorbet into center, making an even layer that comes to 1/3 inch below the top of the ice cream layer. Cover sorbet portion with sponge cake; trim cake if necessary. Return mold to freezer until completely hardened.
  5. To serve, place a serving plate upside down on top of the mold. Holding plate against mold, invert both. Place a hot wet kitchen towel over the mold. Remove the metal bowl. Immediately before serving, remove the plastic wrap.  

Tip Membina Matlamat

Dalam artikel lepas saya berkongsi dengan Anda tip berkomunikasi dengan Minda dan panduan membina matlamat (goal setting) dari asas, iaitu tanya diri sendiri apa yang Anda mahukan sebenarnya.

Dalam artikel kali ini saya berkongsi langkah seterusnya dalam membina matlamat Anda. Saya akan berkata tentang membina matlamat yang spesifik. Selepas tahu apa sebenarnya yang Anda inginkan, Anda perlu jadikan ia spesifik. Misalnya, kita letak matlamat Anda mahu menjadi jutawan. Tapi, adalah Anda tahu jutawan yang bagaimana? Adakah dengan menjadi Jutawan Internet? Jutawan Hartanah? Jutawan MLM? Mahupun Jutawan Tani? Contoh lain, anda mahu menjadi kaya, tapi kaya yang macam mana dan berapa banyak kekayaan yang Anda nak? RM100,00? RM200,000? Jika Anda berkata Anda mahu menjadi kaya, ia hanyalah angan-angan dan dan terlalu umum. Minda separa sedar takkan tahu kaya yang berapa banyak yang Anda nakkan lalu tak bertindak merealisasikannya kerana Anda tidak tahu dan tidak mempelajari cara-cara untuk menjadi kaya, bertanya pada orang-orang kaya bagaimana mereka menjadi kaya dan tak pernah membaca dengan mendalam bagaimana cara nak jadi kaya. Jadi, jika Anda benar-benar serius nak jadi kaya, Anda perlu tetapkan sebanyak mana kekayaan yang Anda mahu. Adakah ia :
  • bernilai untung bersih satu juta ringgit dalam tempoh setahun
  • simpanan dalam Bank yang berjumlah satu juta ringgit dalam setahun
  • asset dengan nilai bersih satu juta ringgit dalam setahun?
  • ataupun , sekadar RM500,000 setahun?
Walau apapun jumlahnya, tetapkan dan sebut dengan nyata lalu simpan di dalam hati. Cara lebih baik, tuliskan di dalam buku nota kecil, baca sekerap mungkin dan biar Anda saja yang tahu! Jangan bising-bising. Selepas itu, biar Anda tetap pendirian dengan matlamat tersebut dan percaya dengan mendalam Anda boleh mencapainya. Fikirkan apa cara yang Anda boleh gunakan untuk mencapai matlamat tersebut. Jangan melakukannya dengan sambil lewa. Jika Anda berbuat demikian, idea yang timbul dari minda Anda sambil lewa juga. Relaks dan take your time. Minda kita tak boleh dipaksa-paksa. Biarkan ia memberi jawapan dalam bentuk idea pada Anda. Ok, saya berikan lagi contoh lain. Mungkin matlamat Anda adalah ingin menjadi blogger kaya, sekaya John Chow dan Amit Aggarwal dari India tu yang bekerja hanya menggunakan "otot" di antara kedua telinganya.
Media_httpbp3bloggerc_micgi
Amit Aggarwal
Tapi, seberapa banyak kekayaan dari blog yang Anda mahu? Adakah ia sebanyak $12,000 US Dollar sebulan atau $50, 000 US Dollar sahaja sebulan? Walau berapa jua jumlah wang yang Anda impikan, tetapkan ia di dalam hati dan katakan pada diri sendiri yang Anda akan buat apa saja cara halal untuk mendapat 12,000 Dollar US sebulan dari blog Anda. Kalau boleh lafazkan ia dengan nada berbisik dengan mata tertutup dan rasakan seolah-olah ia sudah berlaku sekarang, bayangkan yang Anda sudah menerima cek bernilai 12,000 US Dollar ! Ini lebih baik kerana minda separa sedar peka kepada bayangan visual yang Anda di dalam fikiran Anda. Masih tak cukup? Saya berikan contoh lain. Mungkin Anda mahu mendapat seorang isteri yang cukup cantik, baik dan beriman. Tetapkan target dan tanya diri Anda cantik macam mana yang Anda mahukan, cemana bentuk wajahnya, bentuk bibirnya, bentuk keningnya atau adakah dia mirip dengan wajah Heliza? mungkin Bienda? Tetapkan sedetail yang mungkin, sejelas yang mungkin .. Saya kongsikan dengan Anda matlamat 'rahsia' saya. Matlamat utama saya untuk blog 'Shueqry Berkata" ini adalah untuk mendapat lebih 1,777 pengunjung setiap hari dan tersenarai di antara 40 blog berpengaruh di Malaysia. Saya mahu jadikannya blog motivasi dan kecemerlangan peribadi yang sungguh popular dan berpengaruh. Bila ini dah tercapai, ia akan memudahkan saya untuk berkongsi lebih banyak tip-tip motivasi (juga tip-tip minda) dengan lebih ramai pengguna Internet di Malaysia. Dalam menetapkan matlamat, set satu yang besar. Jangan takut untuk DREAM BIG ! Dari apa yang saya lihat, 93% orang tidak mahu memasang matlamat besar kerana mereka tidak sanggup berdepan dengan kegagalan dan tidak sanggup menanggung peritnya kegagalan yang akan ditempuhi mereka bila semua yang dirancang tak menjadi. Hanya 7% yang sanggup memasang impian besar, kerana impian sebegitu membuat mereka excited, teruja dan sanggup buat apa saja untuk mencapainya. Oh, tidak lupa juga mereka ini sanggup untuk menelan peritanya kegagalan yang bakal menimpa dan bersedia untuknya. Bila matlamat sudah dicapai, ia satu kejayaan yang sungguh manis! DREAM BIG juga adalah salah satu ciri-ciri orang cemerlang. Ini termasuk mereka yang berusaha dengan konsisten, tak kenal putus asa, rajin dan ada blueprint. Saya set matlamat sebegitu sebagai cabaran untuk diri saya supaya lebih berdaya saing dengan bloggers lain di Malaysia. Bahkan, dalam minda saya, saya dah set awal-awal yang saya nak bersaing dengan bloggers yang turut menulis dalam Bahasa Melayu. Walaupun sekarang saya masih baru dan masih menggunakan blog percuma, saya akan lakukan apa saja cara halal untuk menulis lebih banyak tip-tip pembangunan diri dan berkongsi lebih banyak tip-tip minda pada Anda yang menjadi pembaca setia (juga pemberi komen setia) blog ini. Seikhlasnya saya berkata dulu saya tak minat langsung berblog. Tapi selepas cabaran 40 hari yang dianjurkan oleh Ramzan Raja Blog saya dah menemui rentak. Menulis di blog memberi satu kepuasan yang tersendiri dan keseronokannya lain dari yang lain, ia memberi kebebasan pada saya. Bahkan, saya berani berkata yang saya mahu menukar kerjaya pada penulis blog motivasi pula! Bila jari-jemari saya sudah mula menari-nari di atas keyboard agak sukar untuk saya berhenti. Tambahan pula saya cukup enjoy bila mempromosikan blog ini dan saya menjadi sungguh excited bila melihat jumlah pembaca email yang semakin bertambah. Terima kasih pada Anda kerana melanggan artikel-artikel motivasi saya terus ke email Anda. Walaupun saya tak tahu Anda di mana dan tak pernah jumpa dengan Anda, saya akan terus berkongsi lebih banyak tip-tip pembangunan diri sekali ngan artikel motivasi di blog ini. Sokongan Anda satu penghargaan yang tak terbalas bagi saya. Terima kasih :) Tujuan asal blog ini adalah untuk melatih skill penulisan saya dan untuk suka-suka saja. Tapi, suka-suka tu yang memberi saya momentum untuk menulis berkali-kali di blog walaupun saya masih baru dalam arena "blogging for business".. Ok, di artikel akan datang saya akan berkongsi langkah seterusnya dalam membina matlamat, iaitu sesuatu matlamat perlu dalam ukuran masa tertentu. Setakat ini, kita sudah tahu 2 kriteria utama. Pertama, tahu apa yang menjadi target Anda, matlamat Anda dan azam Anda. Kedua, kita sudah tahu sesuatu matlamat yang mahu dicapai perlu spesifik, kena terperinci, jelas serta tertulis di atas sekeping kertas, bukannya yang terlalu umum dan hanya bermain di minda sahaja. Moga dengan tip ini, Anda cemerlang hendaknya.

Total Happiness - Shall We Stop Our Quest and Just Be…

Featured motivation article from Zubli Zainordin The quest for happiness, is a pursuit to obtain a part only, yet an individual’s birth right is to enjoy the entirety, the whole enjoyment that total happiness is readily available. In addition, any quest for happiness is a clear indication that these individuals’ saying or writing this statement is not at a level or in a dimension of total happiness. For example, observe the difference between, “A” saying, “I am searching for a book”, “B” is saying, “I am reading a book”, and “C” is saying, “I am benefiting a great deal by applying the lessons I have learned from reading this book”. Similarly, there is a significant difference between, “I am in a quest for happiness or total happiness”, with “I am now totally happy, and in total happiness”. Do you really need to strive for total happiness. That shall be, “Oh what a struggle!” Actually attaining total happiness does not require any individual to strive, just be, and you are. It is this simple and easy. You can achieve it instantly and immediately now, and here, just intent it or will it. You already are. Next, when an individual says, “this, made me more happier” or “that, brings me more happiness”, or similar, much can we learn from her or his saying. The learning is that the individual’s happiness is not dependent on “this”, or “that”. Imagine what will happen when “this” or “that” is subjectively affected or is not present temporarily, or is no longer in existence? The wisdom of total happiness, is that, total happiness is not dependent on, yet independent of, a subject or an individual; an object or a possession; a context that include conditions, circumstances, events, or situations. Imagine an individual who expresses gratitude to attain happiness, or a person who is in love with a young girl and become happy. Then, witness, should you prefer, individuals who are totally happy and in total happiness, expressing gratitude and another who begins to be in love. See the difference? In addition, the individual has not attained “total happiness”. She or he is just in a position toward being happy or facing to be in happiness. The wisdom of total happiness, is an invitation for individuals to move from other feeling of an emotion, and, from just being happy, to the ultimate total happiness and being totally happy in this life. How many ways an individual can attain, obtain, contain, gain, remain, retain, maintain, and sustain total happiness? Is there a new way, and are there new ways to total happiness? The fact remains that there is no way to total happiness, and total happiness is the only way. When you are totally happy, and you are in total happiness, first, only then you may expand into other areas in your life to include the attainment of health and wealth, productivity, hit goals, other benefits and advantageous, and more. While there are steps, and the need for learning to be confident, and having a sense of purpose in life, yet total happiness does not have a preset steps, or any conceivable steps, and an individual does not have to learn this. Why? Because, since our birth into this world, each of us is already given the gift of total happiness by our Creator. This special gift is within not without; internal and not external; an inner feeling and not an outer state. Truly metaphysical and not really physical. Please observe, to which school does a baby goes to, in order to enjoy the joy of an enjoyment that is known to us as total happiness? Total happiness is a natural feeling to the original us. Should there be moments when total happiness is staring us right in the face, why then we turn away, toward else where, every where, and any where to contain it in our life? Helping others to be totally happy and being in total happiness is plausible when we are, and share with them the truth belonging to the God, so as to enable them to discern between the facts, the figures, the fictions, the flaws, and the falsehoods. Sincerity is not helping others with the intent of individual gain. When the help has been extended, the guaranteed is rewards to the extender in many folds from the Creator.

Motivasi Dari Hati

Kali ini saya ingin berkata tentang motivasi diri. Kebanyakan dari kita tak tahu cemana nak memotivasikan diri sendiri.

Ramai yang bertanya pada saya, mengapa mereka menjadi tak bermotivasi walaupun dah banyak membaca buku-buku motivasi, hadir ke seminar motivasi, berjumpa kaunselor mativasi face-to-face dan akhir sekali datang setiap hari ke blog Motivasi Kejayaan, blog Linn Comel dan berkata ini untuk mencari suntikan motivasi, tapi akhirnya masih juga jadi tak bermotivasi.

Sebagai permulaaan, saya terlebih dahulu membuat analisa pada pemikiran Anda dan cara Anda berfikir. Dari apa yang saya lihat, sesetengah orang tidak bermotivasi (walaupun sudah banyak membaca artikel motivasi) kerana suntikan semangat dan pencetus api motivasi itu tidak lahir dari dalam diri mereka sendiri.

Secara spesifik, dalam hati dan minda Anda tidak ada kemahuan yang meluap-luap untuk memajukan diri. Selain tu Anda tidak ada teknik untuk membuatkan diri Anda sentiasa bermotivasi setiap hari dan jadi orang berfikiran positif, sepositif yang mungkin setiap hari.

Ataupun, tiada yang menjadi pembakar semangat Anda yang membuatkan diri Anda mengambil keputusan untuk melakukan apa saja untuk jadi cemerlang dan lebih maju dari pencapaian sebelumnya. Setiap orang yang cemerlang menjadikan sesuatu peristiwa, sesuatu perkara atau sesuatu benda sebagai "booster" motivasi mereka.

Bila teringat peristiwa, perkara atau benda itu, mereka menjadi semakin bermotivasi dan sanggup bangkit dari kegagalan semata-mata mahu merealisasikan matlamat mereka.

Kebanyakan dari kita menjadikan situasi dan cakapan-cakapan "menyampah" orang di sekeliling sebagai pencetus motivasi.

Seperti mana seorang penggubah lagu popular, ilham untuk mencipta lagu perlu datang dari hatinya sendiri. Sebab, bila ia lahir dari hati iramanya sungguh mengasyikkan dan sedap didengar sampai bila-bila.

Hmmm... apa pula kaitannya lagu dengan motivasi?

Bagi diri saya, irama dan lagu juga salah satu pencetus motivasi. Sebab lagu mengandungi getaran EMOSI. Motivasi berkait rapat dengan emosi. Keduanya tidak dapat dipisahkan.

Misalnya, bila kita marah dan geram sungguh pada seseorang, kita jadi bermotivasi untuk memaki dan menengking !##%%^ pada orang yang kita marah tu. Apa yang menjadi penyebab untuk jadi kita begitu bermotivasi memarahi orang tu?

Sebab kita tak puas hati, geram dan sakit hati tadi. Perasaan ni semua lahir dari hati kita tanpa kita sedari, sebab ia dah jadi tabiat kita.

Bentuk motivasi dalam diri berlainan bagi setiap orang. Ia tak statik dan sesuatu relatiserta berubah-ubah, maksudnya Anda boleh pilih apa saja untuk menjadi menjadi pencetus motivasi.

Ia mungkin wajah kekasih Anda yang Anda cintai.

Ia mungkin wajah kedua orang tua Anda yang Anda sayangi.

Ia mungkin wajah orang yang Anda kagumi.

Ia mungkin wajah adik-beradik Anda yang Anda kasihi.

atau.. ia mungkin kata-kata nista orang sekeliling yang Anda tak senangi.

Anda menjadi tak bermotivasi kerana Anda tak ada 'booster" yang menjadi pencetus motivasi. Ini saya ibaratkan sebagai mancis yang tak ada pemetiknya untuk mengeluarkan api. Bila nak dipetik, api tak keluar sebab pemetik tu takde, tak wujud dan tak dipasang.

Ia juga ibarat sebuah kereta yang takde minyak untuk bergerak. Minyak tu takde, sama ada sebab ia tak di isikan atau dibiarkan kosong begitu saja.

Untuk mencetuskan motivasi, Anda perlu masukkan motivasi. Langkah Anda di awal tadi tu sudah betul.

Saya bersetuju Anda sudah melakukan perkara yang ngam seperti membaca banyak buku motivasi, membaca blog motivasi, melanggan artikel-artikel motivasi.

Tapi, Anda tak kaitkannya dengan EMOSI. Selain itu, Anda tidak mempraktikkan apa yang Anda baca.

Emosi satu elemen sanubari yang sangat berkuasa. Law Of Attraction juga sangat berkuasa jika digabung dengan imaginasi dan emosi.

Banyak contoh yang boleh saya berikan di sini. Misalnya, jiran sebelah rumah cemburu dengan pencapaian Anda lalu selalu mengata tentang Anda dan menunjukkan rasa tak puas hatinya dengan Anda di depan ramai orang.

Di sini sudah terbit emosi dalam diri Anda, iaitu rasa diperkecilkan. Ini membuat Anda bersemangat untuk memajukan diri semaju yang mungkin, sejauh yang mungkin secemerlang yang mungkin. Kesannya, Anda menjadi fokus dan sanggup berdepan dengan kegagalan untuk jadi cemerlang.

Jika Anda berdepan dengan situasi demikian, tak salah jika Anda fokus pada rasa diperkecilkan tu kerana ia membuat Anda bersemangat dan bermotivasi. Inilah apa yang saya maksudkan dengan motivasi dari hati.

Ia membuatkan Anda berfikiran positif dan sanggup berdepan dengan kegagalan walau apa jua bentuk kegagalan tu sebab Anda nak buktikan pada mereka yang Anda bukan orang sembarangan! Tunjukkan pada mereka yang Anda boleh menjadi cemerlang.

Contoh lain, mungkin Anda di lamun cinta dengan seseorang. Jika sekarang Anda seorang pelajar, rasanya Anda akan berusaha menjadi cemerlang dalam pelajaran secemerlang yang mungkin semata-mata sebagai 'hadiah' untuk kekasih Anda tu, atau kerana Anda rasa bersemangat belajar tiap kali mata Anda memandang wajahnya.

Perasaan cinta dan sayang yang amat mendalam merupakan pencetus motivasi emosi yang kuat. Ramai motivator antarabangsa turut bersetuju dengan pernyataan ini.

Anthony Robbins kata, "the greatest gift of life is love and the greatest joy is sharing it."

Jadi, mulai hari ini, cari apa yang memotivasikan Anda, mungkin juga cinta atau rasa bahagia. Tanya diri Anda apa yang dapat memotivasikan diri Anda dan apa yang membuat Anda rasa bersemangat tiba-tiba.

Cari ia sampai dapat dan pastikan Anda jujur pada diri sendiri. Tapi, biar hanya Anda saja yang tahu siapa idola Anda dan apa yang mejadi pencetus semangat Anda, jangan hebohkan kerana Anda akan diketawakan dan orang sekeliling akan memperlekehkan Anda, lalu ini menurunkan motivasi Anda. Saya tak mahu Anda menjadi sedemikian.

Akhir kata, biarlah motivasi lahir dari dalam diri Anda sendiri. Orang dulu-dulu tak ada banyak buku-buku motivasi seperti sekarang, tapi mereka menjadikan EMOSI sebagai booster motivasi dalam mencemerlangkan pencapaian peribadi mereka.

Mula cari apa yang memotivasikan diri Anda hari ini juga !