Usaha Dengan Konsisten
Kali ini saya berkata mengenai usaha dengan konsisten.
Kelmarin saya berperang dengan talian Internet yang lambat PC saya yang asyik 'jem' tak menentu.
Mungkin juga disebabkan oleh cuaca di Kuala Lumpur yang asyik hujan menyebabkan talian Internet agak slow. Bukan sahaja bagi pelanggan persendirian tetapi juga di kebanyakan cyber cafe.
Dalam minggu ini saya berhadapan dengan cabaran yang sungguh getir. Walau apapun yang melanda, saya fokus pada apa yang saya boleh buat untuk kurangkan cabaran tu.
Salah satunya, fokus minda dan usaha pada cara promosi.
Segala jenis promosi yang saya lakukan 80% menemui kegagalan, tetapi dari kegagalan tu saya telah menemui teknik-teknik baru dalam mempromosi berkat usaha yang konsisten.
Saya telah bereksperimen dengan banyak stail tulisan, grafik, banner dan ayat.
Oh ya, promosi utama saya melalui email. Saya akan dedahkan caranya bagaimana nanti.
Saya telah mencuba dari yang asas sehingga ke 'advance' antaranya:
- skema warna huruf dan garisan - area di mana warna digunakan pada huruf - jenis huruf, saiz dan format - jenis tajuk, subtitle dan pelbagai headline - banner - ruang iklan percuma dan - kepanjangan ayat - forum dan di mana saja tempat orang berkumpul di Internet.
Bagi kawan-kawan yang cuba mengiklan di portal pengiklanan percuma, jangan letakkan email dan iklan di sana dengan kerap kerana selepas itu akan banyak email SPAM yang dikirim ke email Anda.
Ini dah berlaku pada saya.
Jadi, walau apa jua matlamat Anda, apa jua impian Anda, kena usaha dengan konsisten. Jangan mudah putus asa dan jangan berusaha sekerat jalan.
Dari apa yang saya kaji dan dari pengalaman saya, begitu ramai orang kita yang 'give up' bila usaha promosi website mereka tak mendatangkan hasil.
Bila satu teknik tak berhasil, mereka terus berhenti tanpa memikirkan yang mereka sebenarnya hanya perlu merubah strategi, cuba lagi dan GO ON.
Jika Anda seorang pelajar yang mahu cemerlang, terapkan dalam minda Anda akan mencapai matlamat Anda dengan apa jua cara yang halal dan takkan berhenti berusaha memperbaiki prestasi pembelajaran sehingga Anda mendapat keputusan yang cemerlang.
Dalam artikel lalu saya ada menulis kisah Najmi yang sungguh cemerlang keputusannya.
Jika Anda seorang blogger, terapkan dalam minda Anda mahu menjadi seorang blogger yang cemerlang yang mendapat 1,000 pengunjung sehari ke blog Anda. Tak rugi nak jadi blogger cemerlang macam Liew CF dan John Chow.
Tapi untuk ke arah itu tak ramai yang sanggup melakukan apa yang sepatutnya dilakukan orang yang cemerlang. Dalam skop blogger tadi, untuk menjadi blogger yang cemerlang tuliskan artikel-artikel yang bagus, yang menghiburkan dan tips-tips yang berinformasi untuk pembaca blog Anda.
Lagi syok kalau blog Anda diupdate lebih 2 kali sehari!
Jika Anda berusaha merealisasikan satu matlamat dan banyak menemui kegagalan, usaha lagi.
Ubah strategi, ubah approach dan cuba try test. Lihat keputusannya selepas itu.
Corey Rudl, pada zaman awalnya berbisnes di Internet, tak berhenti mencuba approach yang baru dan mencuba cara promosi online yang baru sehingga dia puas hati. Gambar dia kat sebelah kiri ni.Dari apa yang saya baca, dia bermotivasi mencuba kerana dia mahu tahu kesan dari satu-satu cara prmosi yang dilakukannya.
Dia banyak membaca mengenai direct marketing dari Jay Abraham dan mengubah strategi offline ke online lalu mencubanya.
Walaupun 91% menemui kegagalan tetapi Corey Rudl berjaya menjadikan eBook yang berharga $27 memberi untung $500,00 setahun dan menjadi 'the best car book' di Kanada dan US selain berjaya menarik 1 juta pengunjung setahun ke websitenya.
Selain Irfan Khairi, Corey Rudl menjadi sumber inspirasi saya untuk terus mencuba dan terus berusaha mempromosi.Rahsia dari Irfan dan Corey, usaha dengan konsisten. Dia cari idea baru dan cuba terus. Bila gagal dia cuba lagi.
Bagi saya, kegagalan adalah guru yang paling ampuh ilmunya. Cari apa yang memotivasikan Anda dan jadikan ia pembakar semangat setiap kali usaha Anda gagal.
Saya tak kira dah beberapa kali saya gagal. Dulu memang rasa nak give up, nak cari kerja semula, pergi interview dan kerja kat dalam ofis balik.
Pada saya, biar gagal sekarang, tapi bila saya dah berjaya ia merupakan kejayaan yang sungguh manis dan kekal dalam memori.
Life is a daring adventure, or Nothing. Kata Azizi Ali, hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa.
Jadilah orang yang LUAR BIASA hari ini juga. Orang yang LUAR BIASA tak berhenti berusaha.
Moga Anda cemerlang hendaknya.

