Perangkap Mental

Kali ini saya berkata tentang perangkap mental. Anda berada di dalamnya kini, tiap hari tanpa Anda sedari.

Bila Anda melihat orang-orang yang telah berjaya, apa respon yang timbul dalam kepala Anda?

Adakah Anda bangga melihat mereka? Adakah Anda menganggap mereka tu bertuah?

Ramai orang yang saya lihat menganggap orang yang berjaya ni bertuah. Mereka kata dia bertuah sebab nasib menyebelahi dia dan menganggap bahawa orang yang berjaya ni ada bakat tersendiri.

Sebenarnya, jika kita teliti dengan lebih dekat, bakat yang ada pada mereka tu adalah kebolehan untuk menggerakkan diri mereka sendiri dalam mengambil tindakan. Orang-orang yang berjaya ni tak perlu dipaksa-paksa dan tak perlu di suruh-suruh untuk melakukan apa yang sepatutnya. Diorang cari sendiri apa yang perlu dilakukan.

Mereka bukan hanya berfikiran postif, tapi bertindak positif. Mereka berani mengorak langkah, gagal dan takut gagal, diletak kat tepi. Anda bagaimana?

Takde bezanya Anda dan saya dengan orang-orang yang berjaya ni dari segi biologi. Jumlah neuron yang ada dalam otak dia sama dengan yang ada dalam otak kita. Dia sama juga, makan nasik macam kita, tidur macam kita bahkan orang Melayu seperti kita.

Bakat yang ada pada mereka boleh dikembangkan oleh sesiapa sahaja di antara kita. Semua kita ada bakat, ada peluang yang sama untuk menjadi cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, tak kira usahawan ke, pelajar ke, pekerja ke, CEO ke mahupun atlit.

Kita semua ada potensi bakat yang sama, ilmu pengetahuan yang sama. Heran juga, kebanyakan daripada kita meletakkan standard sendiri dalam mengejar kejayaan seperti mereka yang dah berjaya ni, merasakan kita tak seberapa bagus seperti mereka.

Banyak alasan yang pernah saya dengar, antaranya takde kelulusan, tak tahu komputer, tak tahu pekebendanya Internet tu, tak tahu Bahasa Inggeris, malas, selesa ngan gaji yang sedia ada, takut usaha menemui kegagalan dan seribu satu lagi alasan yang lain.

Inilah dia "mental trap" atau perangkap mental yang saya maksudkan.

Kita sendiri yang meletakkan had untuk diri kita. Kita terperangkap dalam pemikiran yang kecil.

Kita terperangkap dalam dunia yang kita sendiri. Kita sendiri yang menganggap diri kita ni tak ada kebolehan dan tak setanding dengan mereka yang dah berjaya. Kita menghina-hina diri sendiri dan merasa tak layak menjadi seperti mereka.

Jangan berfikiran begitu. Memang mereka ni telah berjaya... tapi..

Why not jadikan mereka idola Anda? Kenapa tidak contohi attitude dan semangat juang mereka? Mengapa tidak Anda kaji bagaimana mereka boleh berjaya?

Dari apa yang saya teliti, orang-orang yang berjaya ni ada "pattern" atau corak kejayaan yang hampir sama. Walaupun mereka berbeza dalam bidang masing-masing, tapi mereka sama dari segi semangat, mind setting, penerimaaan diri sendiri, kebolehan mengenal pasti peluang dan kreativiti.

Apa yang Anda perlu lakukan, cari "pattern" ni dan tiru, pelajari ia dan aplikasikan untuk kegunaan diri Anda sendiri. Cari seseorang yang Anda anggap telah berjaya dan ikut caranya, stailnya dan disiplin dirinya.

Mereka yang dah berjaya ni sudah tentu menggunakan mind setting tertentu, strategi tertentu dan teknik tertentu untuk mencapai matlamat mereka. Anda hanya perlu menjadi seperti diri mereka dalam mengejar matlamat Anda pula.

Jika idola Anda Irfan Khairi, cari sebanyak mungkin maklumat mengenai Irfan Khairi, selidiki, lalu tuliskan satu persatu. Kalau boleh lekat di mana saja yang Anda boleh nampak tiap hari.

Laaaagi bagus, cari gambar Irfan Khairi dan letak di mana saja yang Anda boleh nampak bila-bila masa tiap hari, time kerja, time lepas bangun, time surf Internet, time menaip bahkan time makan!

Kemudian, serap ciri-ciri yang ada pada dirinya langkah demi langkah untuk menjadi "habit" Anda, perangai Anda, tabiat Anda, pe'el Anda.

Kita manusia ni memang makhluk yang berperangai, yang ada tabiat (behaviour), jika kita buat sesuatu berulang kali, ia akan jadi tabiat kita, perangai kita, pe'el kita.

Kalau kita rajin mengikut ciri-ciri ni semua, ia dalam masa yang singkat menjadi tabiat diri kita walaupun kita tak pernah jumpa orang tu.

Unsur-unsur luar boleh digunakan untuk memprogram minda anda dan diri Anda. Anda boleh menjadi apa saja, jika Anda beritahu minda Anda apa yang Anda mahu jadi. Lihat saja pelakon, mereka boleh jadi apa saja yang mereka mahukan.

Caranya, pelakon-pelakon ni cari, selidiki dan kaji watak yang diberikan pada mereka, mencari "feel" watak tu, mood yang diperlukan, pergerakan, teknik pernafasan, mind setting watak dan tabiat perilaku watak tu yang dilakokankan oleh mereka.

Selepas itu, bila dah jumpa semuanya, mereka Akan memprogram diri mereka serta minda mereka untuk menjadi seperti watak dalam skrip tu sepenuhnya.

Bahkan, mereka rajin berlatih, supaya ia diserap menjadi tabiat diri mereka secara semulajadi bukan yang nampak "keras" dan dibuat-buat. Yang peliknya, diorang tak pernah jumpa orang yang ada watak sebegitu, tapi mereka wujudkan ia dalam minda mereka.

Jika wataknya seorang pencuri, maka pelakon tu akan jadi seperti seorang pencuri, mukanya bertukar jadi yang ganas, suaranya jadi keras, mind settingnya bertukar jadi jahat, perangainya yang suka mencuri, pemikirannya yang sentiasa memikirkan apa lagi benda yang mahu di curi dan dia jadi segalanya yang berkaitan dengan karier seorang pencuri.

Dia meniru corak pemikiran dan corak kejayaan (success patteran) bagi seorang pencuri. Bila dia tak nak jadi pencuri dan time berlakon dah habis, dia berhenti berlakon jadi seorang pencuri. Bila nak berlakon semula, dia jadi "pencuri" lagi.

Mereka, pelakon-pelakon ni melakukan hal ini dah banyak kali, dah bertahun-tahun. Untuk melakukan itu, mereka terlebih dahulu menguasai kemahiran mengawal emosi, mimik muka, pergerakan badan, kadar pernafasan, suara, tanggapan dan pemikiran.

Sebab itu, kebanyakan pelakon pandai mengawal emosi dalam kehidupan mereka.

Begitu juga halnya dengan usahawan, student, pekerja, CEO dan golongan marhaen. Anda boleh jadi sesiapa sahaja, dengan membayangkan watak yang mahu ditiru seakan-akan Anda melihatnya sedang berada di depan Anda bagaikan sebuah kaca tv. Kemudian, ikut segala apa yang dia buat.

Point di sini, tak perlulah kita rasakan mustahil untuk mengecap kecemerlangan. Dalam apa jua bidang, Anda boleh menjadi cemerlang jika Anda sanggup melakukan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang cemerlang sebelum Anda.

Tahap kecemerlangan yang mahu dicapai tu, Anda sendiri yang tentukan. Model yang Anda mahu, terpulang pada Anda.

Selain Irfan Khairi, mungkin Anda mahu jadi seperti Azizi Ali, Gobala Krishnan, Liew CF, Dr Tuah Iskandar, Dr Fadzillah Kamsah atau mahu jadi seperti ayah Anda sendiri. Bagi saya, Rasulullah s.a.w. serta bapa dan mak kita adalah idola yang paling utama.

Jadi, Anda perlu keluar dari perangkap mental.

Bak kata slogan Adidas, "Impossible Is Nothing".. tiada apa yang mustahil. Ia mustahil kerana kita dah anggap ia mustahil.

Bahkan, rasa mustahil tu wujud dalam kepala kita. Buat apa yang kita rasa mustahil tu? sudah tentu belum.

Adakah pencapaian Irfan Khairi menjadi jutawan Internet pada umur semuda 25 tahun tu mustahil? Dari apa yang saya baca, dia dah mula set mindanya ke arah menjadi jutawan pada umur 18 tahun lagi dan dia mendalami psikologi kejayaan selama 8 tahun.

Dia ada banyak ilmu-ilmu kejayaan. Dia tahu segalanya tentang minda dan dia telah menggunakan keajaiban minda untuk mencipta kejayaan untuk dirinya sendiri, sebab itu dia jadi jutawan Internet dalam umur muda, sebab dia meniru profail dan mind setting jutawan-jutawan sebelumnya melalui pembacaan, penelitian dan pengkajian.

Tak ramai di antara kita yang sanggup menjadi seperti Irfan Khairi.

Tak ramai yang mampu bangkit dari kegagalan yang asyik menimpa, bermula dari bawah dan bekerja keras mencapai matlamat, tak kira lah nak jadi jutawan Internet ke, jutawan hartanah ke mahupun apa-apa "wan" lagi. Minda mereka "terperangkap" dalam rangka pemikiran mereka sendiri, sebab itu mereke menganggp ia mustahil.

Untuk Anda, saya tahu Anda ada matlamat sendiri. Anda ada sesuatu yang mahu dicapai.

Jika kita melakukan apa yang orang-orang berjaya tu lakukan, kita juga mampu mencapai tahap yang sama. Ada satu rahsia saya.. baca baik-baik..

 

Saya tak percaya pada fikiran positif ! Terkejut?

Saya hanya percaya pada kecerdikan minda yang tak terhad dan kesan dari tindakan positif.

Saya lebih menumpu pada tindakan positif, kerana berfikiran positif sahaja tak seberapa cukup buat saya.

Saya tak percaya pada Law Of Attraction, tapi saya percaya pada kesan bila mengaplikasikan Law Of Attraction.

Saya tahu ia Law Of Attraction tu wujud, tapi, setakat tahu dan percaya tak berapa berkesan buat diri saya, untuk membuktikan kepercayaan saya, tindakan segera perlu saya buat.

Saya percaya bila melatih fikiran untuk fokus pada sesuatu, saya boleh membuat ia muncul untuk diri saya. Kemudian, saya berserah pada Yang Maha Esa setelah berusaha sehabis baik.

Bila, itu terserah pada alam semesta. Tugas saya hanya berusaha, buat apa yang dirasakan perlu dan yang dirasakan betul.

Anda boleh melakukan perkara yang sama. Ia berkesan untuk saya dan orang-orang sebelum saya, jadi, ia boleh memberi kesan yang sama pada Anda.

Mula hari ini juga !

Mengawal Emosi

Ramai orang tidak tahu mengawal emosi. Emosi, merupakan sesuatu yang boleh dikawal dan ia sebenarnya berkait rapat dengan minda serta fizikal kita.

Sebenarnya, dalam semua keadaan, kita sentiasa ada dua pilihan.

Pilihan pertama, pilih untuk menjadi gembira. Pilihan kedua, pilih untuk menjadi yang sebaliknya, berduka dan tertekan.

Kita seringkali ada dua pilihan, pilihan yang positif dan pilihan yang negatif.

Kita seringkali gagal mengawal emosi, kerana kita gagal memilih untuk menjadi seorang yang tahu mengawal emosi danbertindak positif dalam semua keadaan. Semua emosi ini kita yang menciptanya.

Ia dipengaruhi oleh komunikasi kita pada diri kita dan respon minda kita terhadap semua apa yang berlaku di sekeliling kita. Untuk mengawal emosi Anda, pilih untuk menjadi seorang yang bertindak secara positif, berfikir positif, fikir sebelum buat dan bertenang setiap masa.

Latih diri untuk mengawal emosi dengan berlaku tegas pada diri sendiri. Beritahu minda Anda seorang yang pandai mengawal emosi.

Bila Anda buat begini, Anda memberi arahan pada neuron di dalam otak Anda untuk mencipta sistem kepercayaan yang Anda mampu mengawal emosi diri sendiri.

Jangan biarkan Anda dikawal emosi, sepatutnya Anda yang mengawal emosi.

Tulis Matlamat Anda

Kali ini saya berkata tentang menulis matlamat. Jika Anda ada matlamat, jangan hanya biarkan ia tersimpan di dalam kepala, tuliskannya.

Mengapa pulak nak tulis?

Minda kita peka kepada visual dan "feel" kita, ia peka pada perasaan kita terhadap sesuatu benda, perkara mahupun situasi. Sebab itu, ramai motivator menyarankan Anda supaya membayangkan apa yang Anda mahukan benar-benar berlaku sekarang.

Untuk menjadikan minda Anda peka kepada matlamat Anda, tuliskan ia di atas kertas supaya senang dibaca dan senang di "tangkap" oleh minda, terutama pada waktu malam. Kalau boleh tulis pada buku nota kecil sebesar saiz kad pengenalan dan bawa ke mana-mana sahaja.

Baca berkali-kali dalam sehari dan fikirkan cara apa yang boleh Anda gunakan untuk mencapai matlamat itu.

Selepas itu, banyak idea akan muncul, inspirasi akan timbul dan Anda bertemu dengan orang-orang yang boleh memberi bantuan tanpa Anda minta dalam usaha mencapai matlamat Anda. Minda anda "menarik" situasi-situasi ini kerana ia berada dalam fikiran Anda.

Inilah Law Of Attraction. Fokus fikiran pada matlamat Anda, dan ia akan ditarik oleh minda.

Untuk "menarik" ia dengan cepat dan agar minda mampu merealisasikan matlamat Anda dalam masa singkat, wujudkan "feel" pada matlamat tu, misalnya, Anda gembira mendapat laptop baru, sangat girang dapat beli kereta baru mahupun sangat teruja dapat awek baru! huhu..

Jika Anda seorang lelaki yang inginkan cinta, hadirkan rasa bahagia dalam hati Anda sekarang, biar ia meresap sedalam-dalamnya hingga Anda bagaikan "mabuk" cinta, bayangkan kekasih Anda hadir di depan mata, wajahnya, bibirnya, keningnya, warna matanya, bayangkan dia senyum pada Anda, merenung Anda dengan penuh kasih dan anda lihat bibirnya bergerakdan berkata betapa sayangnya dia pada Anda.

Bayangkan sekerap yang mungkin dalam sehari selain menulis matlamat Anda itu. Saya tahu Anda belum lagi dapat sekarang, tapi Anda akan dapat di masa akan datang, sebab itu saya meminta Anda membayangkan sekarang, hadirkan perasaan sayang dalam bayangan Anda. Kalau boleh, sedekahkan bacaan Al Fatihah padanya dan hadirkan gelombang sayang padanya, amalkan setiap hari.

Jangan lupa bersyukur atas semua ini sebelum Anda mahu tidur.

Jika Anda fokus pada apa jua matlamat, Law Of Attraction akan bertindak serta merta. Dalam kes cinta ni, jangan heran kalau Anda asyik berjumpa ramai gadis yang cantik-cantik dan yang hampir sama dengan apa yang Anda bayangkan.

macamana saya tahu banyak pasal perkara ni? Sebab saya dah mencubanya.

Saya mahu Anda sedar, Anda juga mempunyai potensi yang sama seperti saya. Anda mempunyai jumlah neuron yang sama dengan saya dalam otak kita, tak lebih, tak kurang.

Perasaan kita dibentuk oleh kita sendiri. Dunia kita hari ini adalah apa yang kita fikirkan lama dulu.

Semua yang terjadi pada kita, terjadi hari ini kerana kita telah memikirkannya pada minggu lepas, bulan lepas mahupun tahun lepas.

Kita menarik semua yang kita fikirkan. Masalah? Kita juga yang menarikanya datang pada kita kerana kita sendiri yang menciptanya dengan mewujudkan ia di dalam fikiran kita, lalu Law Of Attraction bertindak menarik apa yang Anda fikirkan tu datang pada kita.

Walaupun Law Of Attraction ni kita tak nampak, tapi ia memang ada. Arus letrik juga kita tak nampak, gelombang Astro kita tak nampak, gelombang handphone juga kita tak nampak, tapi..

Anda masih gembira memetik suis kipas, suis komputer, menonton siaran Astro dan menggunakan handphone. Semua ini Anda gunakan tanpa perlu melihat dan mengambil kira macamana ia menjalankan fungsinya dalam bentuk gelombang, tapi Anda meyakini ia wujud kerana Anda menggunakannya.

Begitu juga halnya dengan kuasa minda dan Law Of Attraction. Inilah keajaiban minda.

Tulis apa jua matlamat Anda dan fokuskan fikiran padanya.

Mula hari ini juga!

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin

Petikan dari Rencana Pena Mufti (oleh Mufti Perlis), Utusan Malaysia 8 Jun 2008

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol.Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan' , "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?" Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An- Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperoleh ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (http://drmaza. com/)

Mengapa Tak Bersemangat Bekerja

Kali ini saya masih lagi berkata tentang komunikasi minda. Saya mahu bertanya pada Anda, pernah tak Anda buat sesuatu, tapi rasa macam tak berminat tiba-tiba, macam ada yang tak kena dan macam ada yang tak ngam di hati?

Pernah tak, Anda melakukan sesuatu, selepas itu mempersoalkannya, bahkan melihatnya sebagai sesuatu yang jengkel dan merimaskan Anda, tapi Anda tak tau kenapa?. Misalnya, Anda sudah bangun penuh bersemangat mahu pergi ke tempat kerja, mahu mengalahkan prestasi rakan sekerja Anda hari ini, bila sampai kat sana mood tiba-tiba berubah?

Pernah tak Anda berfikir kenapa?

Saya juga pernah mengalami situasi ini. Ia merupakan masalah, kerana kita tidak mengawal "emosi" dalaman dan tidak mengawal komunikasi dengan minda kita. Kita gagal beritahu minda dari hari sebelumnya, bahawa kita yang seorang yang bersemangat hari ini.

Jika Anda mengalami situasi ini, ambil sekeping kertas dan tuliskan soalan, "Mengapa aku tidak ada semangat hari ini?" ataupun "mengapa aku tidak bermotivasi hari ini?"

Selepas itu, fikirkan jawapannya. Tulis apa saja yang terlintas di minda Anda ketika itu.

Jangan nilai dulu, tulis saja. Relaks, bertenang dan tarik nafas perlahan-lahan dan hembuskan perlahan lahan. Tulis lagi, sebanyak yang mungkin.

Anda akan temui, jauh di dalam hati Anda, timbul rasa takut, tidak yakin, malas dan asyik "melayan" kata-kata negatif, rasa meluat, cemburu, memandang rendah dan menganggap diri sendiri lebih daripada orang lain, ini semua tanggapan negatif yang timbul secara spontan di dalam hati Anda mahupun yang terbit dari minda Anda tanpa Anda sedari.

Sebab itulah, saya menyarankan sungguh-sungguh untuk bersangka baik pada semua keadaan, fokuskan pada ciri-ciri positif yang ada pada semua situasi, semua orang dan semua benda.

Dengan ini, minda akan memberi Anda mood yang baik, semangat kerja yang tinggi, keceriaan di awal pagi dan kesannya, meningkatkan produktiviti Anda hingga ke petang hari.

Dalam kes tadi, sebelum sampai di tempat kerja, cuba fikir semula, sekiranya jika Anda pernah :

  1. Rasa meluat dengan macik yang jual nasi lemak kat tepi jalan
  2. Sakit hati, maha bengang dan merengus tahap dewa sebab bas lambat sampai
  3. Geram sebab lif lambat turun
  4. Menyampah kerana ada orang cuba mengurat Anda dengan senyumannya!
  5. Malas nak bangun pagi, rasa enak kalau tidur lagi.
  6. Membayangkan wajah-wajah kengkawan kat ofis yang penuh dengan politik.
  7. Tak selesa bila Anda tahu ada meeting hari itu.
  8. Cemburu dengan kawan sekerja yang tergedik-gedik gayanya.

Inilah sebabnya mengapa fikiran positif Anda di awal pagi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja TAK BERKESAN. Anda telah melihat lalu menilai orang lain, situasi dan perkara-perkata tadi dari sudut pandangan negatif.

Perasaan meluat, sakit hati, bengang, merengus, malas, menyampah dan geram (dan yang sewaktu dengannya) merupakan perasaan negatif, justeru ia membentuk pemikiran negatif, lalu kemudiannya menarik situasi-situasi negatif.

Minda Anda juga akan mengeluarkan gelombang negatif, kerana respon Anda negatif.

Ia akan meneutralkan fikiran positif, tanggapan positif dan rasa bersemangat di awal tadi sebelum Anda keluar dari rumah. Jadi, bersangka baik pada semua orang, semua keadaan, situasi mahupun benda-benda yang Anda lihat.

Anda adalah apa yang Anda fikirkan.

Untuk menjadi lebih baik, fikirlah yang baik, pandang semuanya dengan fikiran yang baik-baik dan berkomunkasi dengan minda cakapan yang baik-baik.

Mulakan hari ini juga.

Kenapa saya Lakukan Ini Semua?

Ada orang bertanya pada saya, kenapa saya lakukan ini semua?

Untuk apa?

Sebab apa?

Mengapa saya sanggup melakukannya?

Kenapa saya sanggup menulis tanpa mendapat apa-apa?

Sebabnya hanya ada satu. Saya akan beritahu di sini.

Dalam beberapa kali sehari, saya asyik bertanya, bertanya dan terus bertanya..

 "Dengan cara apa aku boleh membantu orang lain?"

"How can i uplift their feelings?"

"How can i add something of value to other people's lives?"

 Matlamat utama saya, membantu orang lain mengawal dan menambah kualiti kehidupan mereka. Perasaan gembira, terharu dan bersyukur bila diberi peluang memberi pertolongan menimbulkan kepuasan tak terhingga bagi saya.

Inilah kepuasan dalam diri yang saya cari-cari sebenarnya.

Bahkan, saya amat gembira bila mengetahui apa yang saya tulis di sini merubah hidup Anda !

Walau saya tak pernah berjumpa dengan Anda, tak tahu nama Anda dan tak pernah tahu di mana Anda membaca blog ini, saya mahu Anda tahu ada seseorang yang ambil berat perasaan anda, emosi Anda dan segalanya tentang diri Anda.

Kalau tiada orang yang mahu mendengar keluhan hati Anda, saya selalu di sini dan bersedia untuk mendengarnya. Saya seseorang yang simple, duit tak penting bagi saya, kerana saya melakukan ini semua kerana minat teramat sangat membantu orang lain.

Helping others, is my true passion.

Saya akan terus menulis apa saja yang saya rasakan dapat membantu orang lain.

Saya akan tulis apa saja untuk membuat Anda bersemangat, saya akan katakan apa saja untuk membuatkan Anda bangkit semula dari kegagalan.

Tiada orang lain yang akan melakukannya untuk Anda, hanya saya seorang.

Saya akan bantu Anda dengan segala apa yang saya ada, dengan kudrat saya dan dengan segala ilmu yang saya pelajari.

I will share everything that i know.

Kecemerlangan diri Anda bermula di sini.

Membina Kuasa Minda

Kali ini saya berkata tentang rahsia saya. Ia mengenai diri saya juga. Saya akan dedahkan rahsia macamana saya boleh membina kuasa minda dan memahami Law Of Attraction. Ok, kat bawah ni saya list satu persatu buku-buku mengenai minda yang telah saya beli dan telah saya baca lebih sekali.. 90% daripada senarai buku-buku ni berbahasa Inggeris, cuma ada 2 penulis saja dalam bahasa melayu. Oh, ini bukan eBook. Saya buat senarai ni sebagai panduan bagi Anda jika berminat untuk membeli buku-buku mengenai Minda, Kuasa Minda, Law Of Attraction, The Science Of Personal Achievement dan Neuro Lingusitic Programming (NLP). Saya amat mencadangkan Anda cari salah satu daripada buku ni dan baca. Buku-buku ni yang menjadikan saya seperti yang ada pada hari ini. Bukan setakat baca, fahami, amalkan dan bangunkan Kuasa Minda Anda dengan panduan-panduan yang ada di dalam setiap buku ni. Saya mulakan senarai buku ni dengan : Membina Imaginasi Cemerlang - Dr Tuah Iskandar Kuasa Minda Separa Sedar - M. Rozani The Power Of Your Subconcious Mind - Dr Joseph Brown Unlimited Power - Anthony Robbins Awaken The Giant Within - Anthony Robbins Notes From A Friend - Anthony Robbins The Attractor Factor - Dr Joe Vitale The Power Of Positive Thingking In Business - Scott W. Ventrella Learn To Be An Optimist - Lucy MacDonald How To Make Our Mental Pictures Come True - George Schubel The Master Key To Riches - Napoleon Hill Think And Grow Rich - Napoleon Hill The Success System That Will Never Fails - W. Clement Stone Believe Anda Achieve - W.Clement Stone Secrets OF The Millionaire Mind - T. Harv Eker The Ultimate Gift - Stoval Diamond Under Pressure - Barry Farber The Secret - Rhonda Byrne How To Turn Dreams Into Reality - Christian D. Larson Saya menerima email daripada seseorang yang tidak mahu namanya disebutkan di sini dan meminta saya menyenaraikan buku-buku yang telah saya baca, supaya dia tahu buku yang mana diperlukan untuk membantunya membina kuasa minda dan mendapat kefahaman yang lebih mengenai penggunaan kuasa Minda dalam mengejar kecemerlangan. Terkejut saya pada mulanya bila baca email tu lalu saya ambil keputusan menyenaraikannya saja, untuk kebaikan kita bersama. Ilmu yang baik, apa salahnya dikongsikan. Jadi, itulah semua buku-buku yang telah saya baca dan ada diantaranya yang saya ulang lebih dua kali semata-mata nak mendalami apa yang disampaikan dalam buku tu, terutama buku tulisan Anthony Robbins dan The Secret. Dah minat. Berbeza dengan penulis lain, saya lebih menumpu pada Law Of Attraction dan Science Of Personal Achievement, dalam masa ini saya masih mendalami Neuro Lingistik Programming dan mengkaji skop modelling sebegai pencetus perubahan ke arah kecemerlangan. Insya allah, saya bertekad mahu menjadi NLP Practitioner satu hari nanti untuk membantu merawat mereka yang ramai mengidap sakit "saikologi" di luar sana. Well, inilah rahsia yang saya mahu beritahu kali ini, ada lagi buku-buku yang lain, mengenai bisnes, selling dan marketing. Tapi, untuk Anda saya khususkan mengenai minda sahaja. Blog ini saya khususkan mengenai penerapan minda dan untuk memberi suntikan semangat pada Anda, inilah satu-satunya bidang yang saya benar-benar kuasai berbanding dengan bisnes, Internet marketing ataupun teknikal blog. Tak kira Anda seorang student, pekerja bawahan, golongan marhaen, wanita bekerjaya, eksekutif mahupun seorang Cikgu, blog ini tetap menjadi milik Anda, dibina khusus untuk memberi info pada Anda dan membetulkan fokus Anda dalam mengejar kejayaan di hujung sana. Seperti yang saya katakan sebelumnya..dengan menjadi pengunjung blog "simple" ini, Anda telah melantik saya sebagai motivator peribadi Anda. Biarkan kata-kata saya menjadi peneman setia Anda dan pemacu perubahan diri Anda. Cabaran 40 Hari telah berjaya saya tamatkan pada artikel kali ini. Memang ia satu cabaran, kerana ia membuatkan komitmen saya pada tugas-tugas sebelumnya sedikit terganggu dan lari 'allignment'. Tapi, berkat dari Cabaran 40 Hari, ada banyak perubahan pada blog ini. Saya akan ceritakan apa perubahan tu dan apa yang saya dapat selama menjadi peserta Cabaran 40 Hari menulis di blog.

Cerita tentang katak kecil

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, ...... yang berlumba-lumba

Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...

Perlumbaan pun dimulakan...

Secara jujur:

Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!

Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!" Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...

Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

?

?

?

?

Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

?

Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

……

……

 

 

Nasihat dari cerita ini adalah:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...... kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada.

Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:

 

Selalulah tetap....

POSITIVE!

 

Dan yang terpenting:

Bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!

Selalulah berfikir:

I can do this!

Bagaimana Melupakan Masalah

Kali ini saya berkata tentang melupakan bagaimana melupakan masalah.

Sebenarnya, memang kita tak pernah lari dari masalah. Orang lain juga tidak pernah lari dari masalah, tak kira apa latar belakang mereka, masalah akan tetap wujud dan tetap menyesakkan kepala yang memikirnya.

Bila Anda di landa masalah dan mahu melupakannya buat seketika, terlebih dahulu buka minda Anda, terima hakikat, masalah sebenarnya boleh dikawal.

Ia tak dapat dikawal kerana mental Anda telah lama menganggap ia tak boleh dikawal. Kita hanya perlu perlu ubah tanggapan tu. Semua bermula di minda.

Katakan pada minda Anda boleh mengawalnya, katakan pada diri sendiri, Anda ada hak untuk mengawal masalah (bukan masalah tu yang mengawal Anda).

Biasanya kalau kita asyik fikir pasal masalah, fikiran kita fokus pada masalah tu, minda kita "layan" rasa bermasalah, geram sebab di landa masalah dan merasa tertekan sebab diri Anda mempunyai masalah.

Bangun pagi, asyik fikir masalah. Nak tidur, fikir masalah.

Law of Attraction memainkan peranannya setiap masa, bila Anda asyik fikir masalah, lebih banyak masalah yang akan timbul satu persatu kerana ia "ditarik" oleh tanggapan (thought) Anda yang asyik memikir masalah. See?

Jadi, fokus fikiran Anda kepada benda lain, perkara lain dan kerja lain.

Tumpukan fikiran kepada sesuatu yang Anda boleh lakukan, sesuatu yang Anda minat dan apa jua pekerjaan yang Anda boleh lakukan.

Sibukkan diri dengan kerja dan berlakon sebagai orang yang gembira, ceria dan asyik tertawa. Biarkan rasa tertawa, gembira dan maha excited tu meresap ke dalam diri Anda.

Saya tahu ini mengada-ngada, tapi ia dapat merubah diri Anda. Cubalah.

Buat apa saja, tolong orang lain buat kerja, tolong mak kat dapur, hantar email ngan kawan, bercerita tentang kisah "dulu-dulu", berjalan-jalan kat luar, duduk kat Waterfront atau mandi lama-lama kat dalam bilik air.

Sedar atau tidak, air boleh menenangkan minda Anda yang berserabut sebab masalah.

Tanya diri Anda apa lagi yang belum Anda buat. Bila ini berlaku, minda Anda akan fokus pada apa saja yang Anda lakukan (bukan lagi fokus pada masalah Anda) dan seterusnya membantu meringankan beban kepala Anda. Beritahu minda, Anda serius mahu melupakan masalah.

Bila Anda bercakap-cakap dengan diri sendiri, Anda sebenarnya berkomunikasi dengan minda. Minda mendengar semua kata hati Anda, faham perasaan Anda bahklan merealisasikan apa saja keinginan Anda.

Law Of Attraction merupakan salah satu keajaiban minda.

Tanya diri Anda mengapa Anda mahu melupakan masalah, untuk apa Anda mahu melupakannya dan sebab apa. Untuk memfokus minda Anda kepada penyelesaian masalah, saya syorkan Anda tanya diri Anda soalan-soalan.

Ini adalah beberapa soalan yang telah saya keluarkan sebelum ni, dan saya akan tuliskan sekali lagi di sini untuk membantu membetulkan fokus Anda.

Tulis soalan ni di atas kertas, jangan yakin sesangat Anda boleh ingat kesemuanya. Ni dia:

 

Apa yang baiknya tentang masalah ni?

Apa lagi yang belum aku buat dalam usaha menyelesaikan masalah aku?

Apa yang sanggup aku lakukan untuk selesaikan masalah ni?

macamana aku selesaikannya dengan caraku sendiri?

Apa lagi yang boleh aku buat untuk melupakannya seketika?

Apa sumber-sumber yang aku ada? Siapa yang aku boleh harap?

 

Tanya diri Anda soalan-soalan ni banyak kali. Ia menjadikan Anda be in control, dan untuk memunculkan jawapannya, bertenang setiap masa.

Buang rasa risau, rasa takut, rasa tertekan dan rasa diri asyik bermasalah. Kita tertekan sebab kita pegang kejap perasaan ni dan kita tak lepaskan.

Let go, bayangkan masalah tu terlepas keluar seperti gelombang halus yang terbit dari kepala Anda, perlahan-lahan ia keluar dengan sendirinya, katakan pada minda Anda lepaskan segalanya.Semua rasa risau, takut dan rasa tertekan ikut sekali.

Bayangkan dalam minda yang Anda melepaskannya.

Let go..anda melihat ia keluar sendirinya, ia terus keluar, makin banyak yang keluar, semakin banyak lagi yang keluar, terus keluar dan takde satu pun yang tertinggal.

Bayangkan ini banyak kali. Beranikan diri.

Bila Anda menumpu pada penyelesaian masalah, Law Of Attraction akan menarik lebih banyak penyelesaian pada Anda..

... membawa diri Anda berjumpa dengan orang-orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah Anda, menemukan Anda dengan situasi-situasi yang boleh menyelesaikan masalah Anda dan menemukan Anda dengan apa saja idea yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah.

Itulah sebabnya mengapa saya pinta Anda untuk FOKUS pada penyelesaian.

Kita ada dua pilihan, setiap masa kita sentiasa ada dua pilihan.

Pilihlah untuk menjadi orang yang gembira, bukannya yang bersedih saja. Anda ada hak untuk hidup gembira.

Saya percaya Anda seorang yang hebat, kerana Anda memiliki yang minda yang sangat hebat.