Emosi dan Minda.

Kali ini saya berkatan tentang Emosi dan Minda.

Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal bahkan terlalu susah untuk dikawal.

"Ingat senang ke apa kawal emosi ni? eleh si Chepoi ni, dia ingat minda ni ada remote kontrol ke nak dikawal-kawal? Dia ingat ni siaran Astro ke apa? Wahh.. banyak cantik".. hehe. iklan..

Sebenarnya, Anda sendiri yang membiarkan emosi menguasai Anda berhadapan dengan situasi meruncing. Anda tak tahu bagaimana mengawal emosi diri sendiri.

Oleh sebab itu, Anda mudah marah, naik hangin tetiba, kecewa, mudah tersentuh, rasa rendah diri dan mudah jauh hati, patah hati (atau bengkok hati?alamak..) bahkan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu permasalahan yang maha berat menimpa Anda secara tiba-tiba.

Sebenarnya, Anda mampu mengawal emosi. Saya percaya Anda mampu menjadi orang yang bijak mengawal emosi.

macamana? Dengan mula melatih diri mengawal arus minda. Arus minda boleh dikawal dengan bertenang, kawal pernafasan dan kawal tindakan .

Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam pemikiran Anda, tanggapan Anda dan mampu membiarkan emosi energetik meresap ke dalam diri Anda hingga Anda melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik dan luar biasa hebat.

Rasa tertekan takde sebenornye, ia terjadi kerana Anda mencipta rasa tertekan tu dan membiarkan ia menguasai emosi Anda dan membisikkan pada hati Anda bahawa Anda yang Anda adalah seorang yang tertekan.

Lebih banyak fikiran Anda "layan" rasa tertekan, lebih teruk ia akan jadi. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta.

Ia menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda tertekan, tertekan lagi dan lagi tanpa henti. Nak ke camtu?

Kesan dari itu, anda langsung tak bermaya, lembik aja. Selain itu, Anda juga menganggap diri Anda sebagai seorang yang penuh tekanan bukannya orang yang boleh handle rasa tertekan.

Saya ada cara tersendiri bagaimana mahu belajar mengawal emosi dan bagaimana handle tekanan. Baca baik-baik, saya akan kongsikan di sini.

Terlebih dahulu, Anda perlu latih diri untuk jadi seorang yang tenang pada setiap masa, be in control. Luangkan 10 minit dalam sehari untuk melatih minda Anda bertenang melalui meditasi. Zikir, adalah cara paling baik.

Kata lain bagi meditasi ialah tafakur, duduk diam dan menutup mata lalu merehatkan badan untuk bertenang. Ia tidak bercanggah dengan mana-mana agama dan sesuai untuk semua bangsa mahupun semua golongan usia.

Senang saja, cari tempat yang tenang tanpa gangguan, duduk bersila atau menyandar, tutup mata, niatkan dalam hati Anda mahu bertenang, katakan pada diri Anda yang Anda mahu relaks, jadi semakin relaks, relaks dan terus relaks.

Beritahu minda yang Anda mahu berada dalam keadaan santai. Cuba bertenang, setenang yang mungkin, sesantai yang mungkin. Bernafas slow-slow dan jangan buat apa-apa.

Bila Anda sudah selalu mengamalkan meditasi dan selalu berlatih menenangkan diri di tempat sunyi, emosi Anda jadi lebih terkawal. Anda tidak mudah rasa tertekan dan tidak mudah menyalahkan takdir atas masalah yang menimpa.

Seperti yang saya katakan dulu, minda menjadi kuat jika kita selalu berada dalam keadaan tenang, relaks, be in control dan selalu mengamalkan zikir mahupun meditasi. Kebijaksanaan akan hilang jika kita berada dalam kelam kabut, tertekan dan marah.

Bila bertenang setiap masa, takkan mudah bagi emosi buruk menguasai diri Anda. Anda juga secara automatik takkan mahu mendengar kata-kata nista, caci maki, kata-kata kesat dan yang seumpama umpatan.

Mengikut Law Of Attraction, kita adalah apa yang kita fikirkan.

Untuk menjadikan diri Anda seorang yang terkawal emosinya, katakan pada diri rasa tertekan tu takde kena mengena dengan Anda dan ia hanyabersifat sementara saja. Cuba katakan.."

"Hek eleh.. mana pula bila tertekan terus lemah longlai, terus tak bersemangat. Tak de kaitan langsung. Alaaa.. mengada-ngada aje tu"

Selalulah berfikir perkara-perkara yang mendamaikan, yang indah, yang menggembirakan termasuk juga yang membahagiakan. Fikirkan apa yang selalu membuat Anda gembira. Eh, kenapa pulak?

Sebab, apa yang Anda fikir itulah yang akan jadi. Ia mungkin sekarang, lepas ni, mungkin esok atau dua hari akan datang.

Jadi berfikirlah tentang segala apa yang menggembirakan agar fikiran Anda menarik situasi-situasi yang menggembirakan, orang-orang yang boleh membuat Anda gembira dan benda-benda yang membuat anda girang setiap masa.

Jangan fikir rasa tertekan, walaupun sedikit,elak diri Anda dari pemikiran negatif. Be in control.

Bila Anda dalam keadaan tertekan, tukar segera fikiran tu. Terapkan emosi gembira dan energetik.

Cari seseorang untuk bercerita, buat sesuatu ataupun lihat keluar untuk mengambil udara segar. Dengan itu, emosi Anda menjadi lebih terkawal dari asyik memikir masalah dan menjadi lebih positif.

Latih diri Anda untuk mengawal emosi dengan menenangkan diri hari ini juga.

Relaks.

Lastly, Be cool.

See? kan lebih senang camtu?

Perkataan "Akan"

Anda seorang yang hebat, kerana memiliki minda yang amat hebat dan saya percaya Anda mampu mencipta kehebatan selepas ini. Kali ini saya berkata tentang perkataan "AKAN" dalam aspek komunikasi dengan diri sendiri. Bila kita menetapkan matlamat, kita sering menggunakan perkataan "AKAN". Misalnya, jika target, matlamat dan cita-cita kita nak jadi orang cemerlang, kita berkata pada diri sendiri macam ni, "aku akan jadi orang cemerlang".. " aku akan jadi usahawan yang cemerlang" ataupun "aku yakin aku boleh, aku yakin aku akan menjadi pekerja cemerlang". Penggunaan perkataan "AKAN" sebenarnya mengelirukan minda Anda. Seperti yang saya katakan sebelum ini, bila menetapkan matlamat Anda perlu spesifik tentang had masanya, berapa lama masa yang diperuntukkan untuk mencapai matlamat dan bila Anda mahu ia dicapai. Adakah Anda mahu ia dicapai sekarang, dua hari dari sekarang, dalam minggu ini, bulan ini ataupun bulan depan? Bila kita memasukkan kata "AKAN" dalam pernyataan diri, time-frame yang dimahukan kurang pasti dan tiada ukuran masa, bahkan tanpa penghujung. Minda tahu Anda mahu menjadi orang cemerlang, tapi bila? Tukar perkataan AKAN tu, buang ia bila meletak matlamat. Dengan ini, minda tahu dengan spesifik yang Anda mahukannya sekarang, kalau bukan sekarang, secepat yang mungkin. Misalnya.. "Aku yakin, aku cemerlang" bukannya "aku yakin, aku akan cemerlang" "Duit datang dengan senangnya padaku" bukannya .. "Duit akan datang dengan senangnya padaku". "Aku tahu, aku boleh dapatkan gadis tu menjadi buah hatiku, dia jadi milikku".. dan bukannya "Aku tahu, aku akan dapatkan gadis tu menjadi buah hatiku, dia akan jadi milikku" .. Jadi, latih diri Anda pernyataan diri sebegini. Ia memudahkan Law Of Attraction menjalankan peranannya serta merta untuk Anda.

Jika Risau Sebab Duit

Jika Anda berasa risau, bahkan merasa maha risau kerana sesuatu, misalnya tak cukup duit ke, takut duit yang ada makin kurang ke, atau takut apa yang Anda usahakan langsung fulus takde yang maysuk, jangan layan rasa takut tu. Jangan biarkan diri Anda dibelenggu rasa risau dan masalah tak cukup duit. Dalam semua keadaan, kita ada dua pilihan. Jadi, di sini, Anda perlu pilih untuk BUANG rasa risau dan BUANG rasa tertekan sebab takde duit. Sebenarnya rasa risau tu Anda sendiri yang menciptanya. Let go. Buat keputusan untuk bekerja keras mencari duit, tanya diri Anda apa lagi usaha yang Anda boleh buat untuk memperolehi duit. Pilih untuk berfikir tentang idea-idea buat duit, baca artikel-atikel dan panduan buat duit. Dengan bertanya diri sendiri soalan ni banyak kali, ia membuat anda fokus untuk cari duit, bukannya bertangguh dalam usaha cari duit ataupun takut nak cari duit. Saya berikan contoh soalan-soalan yang biasa saya gunakan sejak tahun lalu. Ni dia...   Apa Yang Boleh Aku Buat Untuk Cari Duit? Apa kepakaran aku? Apa kebolehan aku? Apa skill aku? Di Mana Aku Boleh Promosikan Kemahiran Aku? Apa Yang Aku Boleh Gunakan Sekarang Untuk Cari Duit? Apa Lagi Produk Yang Boleh Aku Jual Sekarang? Apa Masalah Orang Yang Boleh Aku Selesaikan? macamana Aku Nak Enjoy Ngan Kerja Yang Aku Buat Ni?   Mungkin, Anda boleh menjadi tutor part time, cuci kete part time, jual produk kat eBay, penulis freelance part time, buat design eBook part time mahupun jadi affiliate. Full time atau part time terpulang pada diri Anda mengikut kesesuaian masa dan kemampuan tenaga Anda. Jangan asyik fikir yang Anda ada masalah kurang duit, jangan asyik mengeluh takde duit mahupun risau sebab makin kurang duit. Mengikut Law Of Attraction, jika kita asyik fikirkan sesuatu, itulah yang akan jadi. Bila Anda asyik risau sebab tak cukup duit, Law Of Attraction anggap anda mahu masalah tak cukup duit tu datang pada Anda tanpa henti, sebab Anda selalu "layan" rasa risau tak cukup duit. Anda adalah apa yang Anda fikirkan. Jadi, fikirlah nak tambah duit, fikir tentang idea banyak duit. Law Of Attraction takkan dapat membeza mahu dan tak mahu, masalah dan yang bukan masalah. Ia juga tak tahu nak membeza baik atau buruknya sesuatu. Asal Anda fikir benda tu, memang dia akan tarik semua situasi, individu mahupun benda-benda lain yang berkaitan dengan apa yang Anda fikirkan. Paling penting, tumpukan pada APA YANG ANDA MAHU. Jika duit yang Anda mahukan, tumpukan fikiran pada duit sepenuhnya, letak matlamat berapa banyak yang Anda mahu, bila Anda mau dan berapa lama tempoh masa yang Anda tetapkan untuk mencapainya, seminggu ke, dua minggu ke, sebulan ke, tiga bulan ke.. terpulang. Contohnya, "aku mahu mencapai untung bersih RM300 dalam masa 7 hari". Selepas itu, bertindak untuk mencapai matlamat Anda setelah Anda menulisnya. Lihat pada matlamat yang ditulis tu beberapa kali dalam sehari, kalau boleh baca berkali-kali. Sabar dalam berusaha dan usah risau ia menjadi ke tidak. Usahakan saja. Beranikan diri Anda untuk gagal. Sebagai penyelesaian, bayangkan duit tu datang pada Anda dan katakan dalam hati ia milik Anda. Katakan juga pada diri sendiri, Anda seorang yang berduit. Bayangkan diri Anda cukup segalanya. Ini satu "trick" untuk menipu minda agar ia dapat "menarik" duit datang pada Anda. Jangan pula meluat dan cemburu tengok orang lain yang banyak duit. Ini bahaya. Buang semua kerisauan, keraguan dah ke"susahatian" yang semakin bersarang dalam minda Anda. Yakin Anda akan bertemu dengan peluang-peluang untuk menjana duit dan peluang untuk menambahkan cash money yang sedia ada. Selepas itu, ucapkan syukur seolah-olah duit yang Anda mahukan tu dah ada sekarang. Bayangkan ia sudah berada di tapak tangan Anda dan Anda pula enjoy gembira bila menerimanya. Hadirkan rupa duit tu dalam minda sedetail yang mungkin, kaler dia, bentuk dia, bau dia, (sudah tentu beserta dengan jumlahnya) dan bayangkan Anda sedang mengocaknya dengan penuh girang. Saya tahu ini semua impossible bagi diri Anda, tetapi tidak bagi diri saya, kerana saya dah pernah guna cara ni dan saya dah melaluinya. Kini, giliran Anda pula. Pesanan saya, buang semua keraguan, susah hati, gusar, gundah gulana dan yang sewaktu dengannya. Relaks dan bertenang, setenang-tenangnya. Peluang akan muncul tiba-tiba di mana jua. Idea juga akan muncul tiba-tiba tidak kira di mana Anda berada. Sediakan pen dan buku nota kecil, kita takkan ingat lagi idea yang muncul tetiba. Mungkin Anda terlihat sesuatu, ia menjadi pencetus idea, sebab itu latih diri untuk membawa pen dan kertas. Jangan yakin sangat Anda akan ingat idea tu. Selepas itu jangan berenti berusaha mengejar matlamat Anda. Bertindak untuk merubah hidup Anda hari ini juga.

Motivasi Penggerak Diri

Kali ini saya akan berkata tentang motivasi sebagai penggerak diri.

Seperti mana yang Anda dah sedia tahu, tubuh kita terdiri dari jasmani (fizikal) dan rohani (minda).

Kedua-duanya memerlukan makanan untuk memberi tenaga dan dari tenaga tu baru dapat bergerak, melakukan pergerakan mahupun tak bergerak-gerak... .

Fizikal kita makanannya adalah hidangan yang biasa, siap ngan kuah-kuahnya, buah-buahan dan segala apa yang boleh dimakan. Ini kita anggap sebagai santapan.

Tapi, apa pula santapan minda kita?

Cemana minda dan "rohani" kita ni nak "makan" ?

Jawapannya, mental kita "makan" dengan kita memberinya bacaan motivasi dan ilmu-ilmu pembangunan diri selain dengan melakukan akitiviti intelektual, apa saja yang intelektual misalnya membaca, berfikir, menulis, menyelesaikan masalah matematik (teringat Adi Putra) mahupun menelaah pelajaran.

Rohani kita pula makan dengan melakukan muhasabah diri, zikir dan munajat pada Yang Maha Esa. Orang puteh kata rohani ni "soul".

Seperti juga fizikal kita, minda dan rohani akan jadi lemah kalau "tak cukup makan"

Minda kita takkan bergerak dan memberikan idea-idea bernas kalau ia takde santapan. Sebab tu tamai orang cepat bingung, cepat rasa tertekan dan kurang yakin mahupun takut nak buat sesuatu.

Lebih baik kalau Anda selalu membaca artikel-artikel motivasi, mendengar ceramah motivasi pendek mahupun kata-kata semangat yang pendek (quotes).

Lebih banyak, lebih bagus kerana Anda menjadi seorang yang berilmu.

Selalunya orang berilmu adalah mereka yang cemerlang.

Mereka tahu mengawal minda dan memacunya ke arah kecemerlangan.

Bahkan mereka menggunakan kuasa minda untuk merealisasikan apa saja yang mereka inginkan. Mereka mengaplikasikan Law Of Attraction walaupun mereka tak sedar ia wujud dan tak tahu pekebendanya Law Of Attraction tu.

Ini kerana mereka tak "layan" pemikiran nengatif yang menghadkan kemajuan diri mereka. Mereka hanya fikir yang baik-baik.

Jadi, itulah pentingnya motivasi.

Motivasi menggerakkan diri saya dan Anda.

Saya sebagai motivatior Anda. Tapi..

Siapa pula yang jadi motivatior saya?

Dr Tuah Iskandar? Dr Fadzillah Kamsah? Dr Fazley Yaakob?

Dr Shukri Abdullah? (erk, sama nama ek?)

atau Dr Irfan Khairi?

Saya akan beritahu kemudiannya.

Siapa?

Tunggu.

Had Dalam Pemikiran

Kali ini saya mahu berkata tentang had dalam pemikiran. Dah ramai orang yang saya tengok meletakkan had pada diri mereka. Had yang macamana tu? Diorang asyik berfikir tak boleh buat itu, tak boleh buat ini, tak pandai, takut nak cuba dan takut apa yang diusahakan gagal. Mahu duit banyak tapi tak nak kerja lebih dan tak nak melakukan apa yang perlu dilakukan. Jika difikirkan tak boleh, maka itulah yang akan jadi, makin tak boleh jadinya. Apa saja yang dilakukan, pasti akan tak menjadi semuanya. Oleh sebab itu, semangat untuk bangkit semula juga tiada. Jika Anda berada dalam keadaan begini, betulkan semula mind setting Anda. Semua Anda boleh lakukan jika Anda berfikir boleh lakukannya. Lihat orang lain terlebih dahulu. Jika mereka boleh, bermakna Anda juga boleh. Caranya cuma "copy" stail mereka, teknik yang mereka gunakan, mind settting mereka dan strategi mereka. Itu saja. Cari seseorang untuk menjadi "model" Anda dan tiru dia. Bukan tiru abis, tapi tiru stail bijak. Tiru caranya dan sesuaikan dengan cara Anda sendiri. Lama-kelamaan, apa yang Anda fikir tak boleh tu, akan jadi boleh.

Cara saya, saya ikut stail mereka yang telah berjaya dan yang jadi "otai" dalam bidang ni.

Tiap hari saya baca buku mereka, baca blog mereka dan meniru model bisnes mereka. Bertanya pada mereka? ada .. tapi takde jawapan. Jadi.. Semuanya saya cari sendiri, buat sendiri dan kaji sendiri. Setelah beberapa lama, saya menemui rentak sendiri dan terus melangkah walaupun saya menemui banyak kegagalan. Kalau nak tulis satu-satu gagal tu kat sini, banyak.. Rahsia saya, jika Anda mahukan pagi yang ceria, usahakan seawal malam menjelang. Set dalam minda esok Anda menjadi seorang yang ceria bahkan Anda perlu bayangkan diri Anda sebagai seorang yang ceria dan maha bertenaga. Jika mahukan kecemerlangan dan kebagusan seawal matahari terbit, setkan minda dan usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayani malam. Diri Anda sebenarnya takde had. You have unlimited power. Itu cuma dalam fikiran Anda. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kuasa minda kita tidak terhad. Anda sendiri yang menggapnya terhad. Betul tak? Apa yang perlu Anda lakukan, cuma lepaskan kuasa ni dan biar ia merubah hidup Anda. Bagaimana ia merubahnya, itu bukan urusan kita. Itu semua kerja Minda. Biar dia melakukan kerjanya, tak payah kita sibuk-sibuk nak tanya. Just LET GO.

Percaya Dan Yakin

Kali ini saya berkata tentang percaya dan yakin.

Tentang semua yang saya perkatakan sebelum ini, adakah Anda mempercayainya?

Adakah Law Of Attraction tu benar-benar terjadi? Atau, saya sekadar merapu?

Adakah Anda percaya dengan keajaiban-keajaiban minda? Terus terang, ia telah banyak menimbulkan keajaiban dalam hidup saya. Bila takde duit, saya tetapkan dalam minda saya mahukan duit.

Bahkan selalu membayangkan duit dalam kepala saya sekerap yang mungkin, wang kertas RM50 saya teliti terlebih dahulu secara detail, gambarnya, warnanya, harumannya bahkan bunyinya bila digenggam dalam tangan saya dan saya menghadirkan perasaan gembira tiap kali ada pelanggan membeli eBook saya.

Semua ini saya bayangkan, saya imaginasikan.

Kemudian, saya mendapat banyak idea penulisan.

Saya tulis dan kembangkan idea tu, kumpulkan menjadi sebuah eBook. Lepas tu, saya jualkan dan dalam masa tak sampai sehari, saya dapat duit.

Perkara ni dah berlaku banyak kali. Adalah ini satu rapuan?

Saya melihat diri saya sebagai seorang yang berduit, bukannya seorang yang asyik dengan masalah tak cukup duit.

Saya tak pernah berfikir yang saya ada masalah kekurangan duit. Saya asyik berfikir tentang duit yang tak pernah putus.

Hanya pasal itu yang saya fikirkan, duit yang tak pernah putus sumbernya, ia sentiasa bermain di fikiran saya.

Kini tiada lagi rahsia. Saya akan beritahu bagaimana saya melakukannya.

Saya selalu bersyukur dengan mengucapkan affirmasi (pernyataan diri) ini sepenuh hati dengan nada berbisik:

"Thank You Allah, For All The Money That I Have And For All The Money That I Received"

Saya selalu berimaginasi eBook saya dapat membantu lebih ramai orang dengan panduan-panduan yang saya berikan di dalamnya. Ini berlaku kerana saya telah menanamkan kepercayaan yang mendalam tentang keajaiban minda. Saya belajar untuk LET GO dan yakin sepenuhnya minda akan merealisasikan matlamat saya. Ia membantu saya dengan memberikan idea-idea untuk ditulis, menemukan saya dengan buku-buku yang berkaitan, website yang berkaitan dan artikel yang berkaitan.

Saya ingatkan pada diri, saya seorang yang bertenang setiap masa, setiap ketika dalam apa jua yang saya lakukan. Oleh sebab itu, idea penulisan sentiasa timbul bagaikan air yang mengalir tanpa henti.

Saya suka sesuatu yang simple, santai dan direct to the point.

Sempoi?

Owh.. itu bukan ciri-ciri saya.

Jadi, point di sini, untuk membolehkan minda Anda melakukan keajaibannya dan merealisasikan matlamat Anda, terlebih dahulu Anda perlu percaya pada keajaiban.

Benda-benda metafizik begini agak sukar untuk difahami di peringkat permulaan tapi Anda boleh memahaminya langkah demi langkah seperti mana yang saya kongsikan di sini.

Ia memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi ia dapat dicipta oleh minda Anda dan dapat dirasa oleh Anda sendiri.

Semua bermula bila Anda percaya sepenuhnya, yakin sepenuhnya dan LET GO.

Biarkan ia berlaku sendiri, tak payah sibuk-sibuk nak fikir cemana ia berlaku dan bolehkah ia berlaku.

Saya juga mahu keajaiban timbul dalam hidup Anda.

Anda berhak untuk semua itu setelah sekian lama.

Anda berhak untuk hidup gembira, bebas tekanan dan merealisasikan apa saja yang Anda mahu.

Ini semua kerja minda.

Memprogram Minda

Kali ini saya berkata tentang memprogram minda.

Sudah tentu ramai di antara kita yang biasa menggunakan komputer. Sudah tentu Anda faham, komputer menggunakan perisian untuk menjadikannya "bernyawa" dan mampu melakukan tugasan yang kita nak, apa saja yang kita nakkan, contohnya macam membuka internet untuk baca blog saya ni..

Apa jua program yang dimasukkan di dalam komputer tu, itulah yang akan dia jadi. Kalau tuan punya komputer nak guna komputer untuk tugasan menaip saja, dia hanya akan masukkan program perisian (software) untu menaip macam Ms Word atau Open Office Word dan jadilah komputer tu sebuah mesin yang hanya tahu mengeluarkan huruf dan nombor.

Kalau dia nak main game saja dan malas nak menaip, dia akan install perisian games, macam Super Mario ke, StarCraft ke atau The Sims.. misal kata tuan punya komputer nak guna komputer untuk menaip dan main games di kala tak menaip mahupun dengar lagu ketika main games, dia akan masukkan kesemua program tu ke komputernya.

Jadi, Anda sudah dapat menangkap apa yang saya maksudkan.

Minda kita juga seperti komputer.

Ia menerima semua yang dimasukkan ke dalamnya, bahkan ia tak pernah menolak langsung walaupun sedikit dan takkan pernah ada "error" ketika Anda sedang memasukkan program.

Apa yang Anda masukkan ke dalam minda Anda, itulah yang akan jadi.

Jika dimasukkan perkara-perkara positif, maka minda akan menjadi positif lalu menjadikan Anda orang positif dengan fikiran yang positif dan baik-baik belaka.

Jika Anda masukkan perkara-perkara negatif maka ia akan jadikan Anda seorang yang negatif, pemikiran negatif dan gelombang yang dikeluarkan oleh minda juga negatif.

Mengikut Law Of Attraction, apa yang Anda fikirkan selalu akan menarik fikiran yang serupa. Semua ni berlaku tanpa Anda sedari.

Jadi, kalau Anda berfikir negatif pasal orang lain, marah pada satu situasi, sesuatu perkara mahupun sesuatu benda, minda akan mengeluarkan arus negatif ke alam semesta (Universe).

Ia akan menarik fikiran serupa (sudah tentu yang negatif juga) dari orang lain, menemukan Anda dengan situasi-situasi negatif (sudah tentu yang buruk dan ia berlaku secara tiba-tiba) dan apa saja yang negatif.

Kenapa ini terjadi? Anda memprogram Minda dengan "program" negatif.

Jadi, ia menjadi negatif, mengeluarkan arus negatif lalu menarik (attract) semua yang negatif. Pernahkah ini berlaku pada Anda?

Ia pernah berlaku pada saya. Dah banyak kali, sehingga saya mempersoalkan kenapa Yang Maha Esa menjadikan hidup saya begitu, penuh dengan masalah bagaikan ada magnet penarik masalah dalam badan saya ni.

Namun, tanpa saya sedari, saya sendiri yang menjadikannya begitu. Saya selalu takde duit, hidup boros, kerja banyak yang salah-salah dan kurang produktiviti.

Dengan azam tinggi mahu merubah hidup sendiri saya mengkaji apa sebabnya dan cemana nak mengubahnya secepat mungkin.

Lalu, disitu saya bertemu dengan buku Dr Tuah Iskandar dan beberapa buku minda yang lain. Ini tak termasuk artikel-artikel yang saya dapat dari internet dan saya print untuk saya baca berkali-kali di mana saja bila-bila masa terutama sebelum tidur dan selepas bangun.

Rupa-rupanya, saya banyak memandang negatif pada kebanyakan orang, tak puas hati pada kebanyakan situasi dan semua perasaan ni tersimpan dalam minda saya.

Saya pun apa lagi, layan rasa tak puas hati tu satu hari bahkan sampai berhari-hari. macam syok sendiri, lebih banyak di "layan" lebih mengasyikkan.

Dalam hati, saya selalu meluat dengan orang lain, kurang senang dengan orang lain bahkan selalu menyalahkan takdir. Ini kisah benar saya.

Saya tak tahu ini adalah pemikiran negatif. Sebab itu banyak yang negatif muncul dalam hidup saya kerana tanggapan(thought) saya asyik "melayan" perasaan negatif. Pernah saya bertanya...

Mengapa tuhan beri masalah pada saya?

Mengapa bukan orang lain?

Mengapa hidup saya selalu bermasalah?

Saya dan Anda memprogram minda melalui perasaan, visual, imaginasi, tanggapan dan memori.

Sedar atau tidak, kita selalu berkomunikasi dengan minda. Minda kita mempengaruhi tubuh dan tubuh juga mempengaruhi minda.

Ia satu hubungan rapat antara minda dan tubuh (mind-body). Ada satu bidang yang mengkhusus dalam bidang ini dipanggil Neuro Linguistik Programming atau singkatannya NLP.

Jadi, untuk memprogram minda agar ia menjalankan kerja-kerja hebat untuk Anda, masukkan perasaan, tanggapan, fikiran dan visual yang baik-baik. Semua ini tersimpan dalam memori Anda.

Oleh kerana itu, selalu baca artikel motivasi, lihat gambar-gambar mereka yang telah berjaya (terapkan rasa kagum), lihat gambar benda-benda yang Anda idamkan (rumah, kereta, handphone, laptop) dan dengar kata-kata yang memotivasikan serta yang baik-baik.

Buat ini semua banyak kali. Jika nasi adalah santapan kita, membaca dan melihat gambar adalah cara untuk memberi santapan buat minda Anda.

Selain itu, berfikir positif pada setiap masa, berfikir positif pada semua orang (seperti yang saya terangkan sebelum ini) dan selalu bersangka baik.

Anda juga boleh memprogram minda dengan afirmasi diri (self-affirmation), imaginasi, kawalan pernafasan dan hipnosis.

Programkan ia dengan semua "program" yang positif, agar minda menarik situasi-situasi positif dan menemukan Anda dengan orang-orang positif sebagai langkah merealisasikan impian Anda.

Ingat, "program" tu adalah fikiran dan perasaan Anda.

Jangan sesekali terapkan fikiran buruk, "menyampah", meluat, sakit hati, geram mahupun "maha benci". Jika Anda selalu begini, Anda tanpa sengaja telah memprogram minda dengan yang buruk.

Lalu, itulah apa yang dibuat oleh minda Anda. Ia tak tahu menilai itu buruk ke baik, dia tahu buat saja ikut apa yang diprogramkan kepadanya.

Jika dilihat pada orang yang selalu mencaci maki, selalu mengumpat, selalu menyoalkan itu ini, selalu tak puas hati, selalu pentingkan diri dan selalu memandang buruk pada semua perkara, dia takkan pernah jadi orang cemerlang.

Jika sebegitu, Anda juga telah meletakkan had untuk menjadi orang cemerlang.

Bahkan, minda tidak dapat menjadikan Anda orang cemerlang kerana Anda tidak pernah berfikir cemana nak cemerlang bahkan menolak untuk jadi orang cemerlang tanpa Anda sedari.

Dengan itu, belajar untuk kawal pemikiran Anda.

Teliti apa yang selalu Anda fikirkan, jangan main lepas cakap (terutama yang dalam hati ) ikut sedap mulut saja.

Itu.. negatif namanya.

Terapkan Fikiran Positif

Kali ini saya berkata lagi tentang Law OF Attraction dan cara menerapkan fikiran positif.

Lebih detail lagi, cara bagaimana mahu menerapkan pemikiran positif dan bagaimana untuk menerapkan perasaan bersangka baik pada semua orang dalam diri Anda. Untuk mula menerapkan fikiran positif, Anda perlu memfokus pada nilai-nilai baik yang ada pada diri seseorang. Misalnya, Anda ada seorang kawan. Kawan Anda ni pula selalu menyindir-nyindir Anda dan selalu memandang rendah pada lalu membuat Anda sakit hati, geram dan maha "menyampah" pada diri kawan Anda tu. Bukan sekali tapi berkali-kali. Semakin hari semakin Anda geram pada dirinya. Lama kelamaan rasa geram tu "bersarang" dalam fikiran Anda tanpa Anda sedari. Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan. Kalau kita geram, maka lebih banyak situasi "geram" yang akan muncul. Cemana nak buang rasa geram tu? Tentu Anda tidak mahu situasi-situasi buruk yang tak diingini muncul tetiba dalam hidup Anda hanya kerana Anda layan rasa geram tu berhari-hari. Tentu juga Anda tak mahu apa yang dimaginasikan selama ini tak menjadi. Cemana nak buang? Saya akan terangkan step by step. Pertama sekali, maafkan kawan Anda tadi tu. Maafkan apa yang dia dah buat pada Anda, terima diri dia dah camtu. Lafazkan kemaafan itu sepenuh hati, seikhlas yang mungkin dan tiada satu pun rasa tak puas hati yang tinggal. Lafazkan dengan nada berbisik. Kemudian, lupakan kesalahan-kesalahan dia yang dia dah pernah buat dengan Anda dulu dan sekarang hingga yang akan datang. Kalau boleh, jangan ingat walaupun sedikit. Kalau masih ada, lupakan cepat-cepat. Selepas itu, lihat pada dirinya. Cari nilai-nilai positif yang ada pada dirinya. Mungkin dia seorang yang kelakar, sentiasa ceria, pandai mengambil hati orang lain, rajin, cekap bekerja, pandai berkomunikasi mahupun pandai menyesuaikan diri. Tumpukan fikiran Anda pada ciri-ciri ini. Secara perlahan-lahan, puji dia kerana sifat dirinya mempunyai ciri-ciri ini. Bandingkan pula dengan diri Anda. Adakah kesemua ciri-ciri ini ada pada diri Anda? Selepas itu, terapkan niat Anda mahu bersaing dengannya. Bersaing dengan dia dalam menerapkan nilai-nilai positif ni, kalau boleh biar Anda kalahkan dia dan menjadi lebih baik daripada dia. Kalau dia sakitkan hati Anda lagi, ulang semula teknik yang dah saya sebutkan di atas tadi. Lama-kelamaan Anda akan jadi "immune" sebab apa yang dia buat tak berkesan pada Anda bahkan Anda merupakan pesaing utamanya dalam diam! Ini juga mencakupi situasi-situasi dan orang lain disekitar Anda. Kadangkala kita tidak berpuas hati, geram dan "menyampah" pada situasi tertentu yang berlaku diluar kawalan kita. Cuba cari nilai positif dalam situasi tu dan belajar untuk lupakan situasi yang anda sakit hati sebelum ini, step by step. Kesan daripada ini, Anda akan menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif dalam semua keadaan, berfikiran positif pada semua orang dan semua benda. Dengan ini,mudah untuk Anda menerapkan Law Of Attraction dalam hidup Anda. Tumpukan yang positif dan semua yang positif akan lebih mudah datang pada Anda. Semua yang Anda mahukan dan semua yang Anda inginkan, mudah untuk minda merealisasikannya. Bahkan, Law Of Attraction lebih senang bekerja dengan orang yang sentiasa berfikiran positif. Bukan hanya setakat "mahu" tetapi bayangkan ia dah ada sekarang, di depan mata Anda. Lihat diri Anda sebagai seorang yang berfikiran positif, ceria dan bersemangat. Gunakan teknik ini untuk menjadikan diri Anda seorang yang positif hari ini juga.

Bagaimana Nak Keluar Dari Masalah

Kali ini saya akan berkata tentang cara untuk keluar dari masalah. Secara ringkasnya, saya akan berkongsi dengan Anda bagaimana mahu mengurangkan masalah langkah-demi-langkah.

Pertama sekali, ia perlu bermula di minda. Tetapkan di dalam minda Anda bahawa takkan ada masalah yang kekal. Katakan pada diri Anda mempunyai hak untuk mengawal masalah bukannya Anda yang dikawal oleh masalah.

Selepas, itu, ambil kertas kosong dan tuliskan masalah Anda. Tulis satu persatu masalah yang Anda hadapi sekarang ini. Letak tajuk kertas tu "Ini Senarai Masalah Aku"

Berlaku jujur dengan diri sendiri.

Misalnya, sekarang ini anda menghadapi masalah kewangan, banyak benda yang nak di bayar, kereta nak diperbaiki, handphone asyik rosak, tak cukup duit nak beli belanja makan mahupun tak puas hati dengan gaji yang diterima dan terpaksa menyebabkan Anda terpaksa berhutang.

Selepas itu, di bahagian belakang kertas tadi, tulisakan tajuk "Penyelesaian". Di sini, Anda perlu relaks dan perlu berada dalam keadaan santai.

Saya tahu Anda tertekan kerana menghadapi masalah, tapi, pada masa ini.. jangan cuba fikirkan pasal masalah. Saya akan membawa Anda fokus pemikiran pada penyelesaian yang mungkin.

Untuk maintain fokus minda pada penyelesaian, tanya diri Anda soalan-soalan di bawah ni. Dengan bertanya banyak kali pada diri sendiri, ia membuat minda Anda terus fokus pada mencari penyelesaian.

Mengikut Law Of Attraction, apa yang kita fikirkan, itulah yang akan fikiran kita tarik (attract) dan oleh yang demikian, itulah yang kita dapat (receive).

Jadi, dengan memfokus perasaan dan tanggapan (thought) pada penyelesaian, Minda akan membawa Anda berjumpa dengan situasi-situasi yang memberikan Anda penyelesaian mahupun menemukan Anda pada orang-orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah.

Whatever Is Going In Your Mind You Are Attracting It To You.

Media_httpbp3bloggerc_zogim

Ia "menarik" (attract) semua penyelesaian pada diri Anda, jika selalu berfikir pada penyelesaian.

Jadi, jangan sesekali asyik berfikir pada masalah, beban masalah mahupun asyik merungut beratnya masalah yang membebankan Anda (kalau tak berhenti fikir masalah sampai bila-bila masalah yang Anda hadapi takkan mengurang).

Soalan-soalan ini mengawal fokus Anda, ia juga cara Anda berfikir dan cara membantu Anda mengawal emosi.

Selain dari bertanya pada diri "Kenapa hidup aku asyik bermasalah?" dan "Kenapa semua yang aku buat tak menjadi?" Anda perlu bertanya soalan yang memberi jawapan berguna.

Untuk menyelesaikan masalah, saya cadangkan Anda tanya diri dengan soalan ini :

Apa yang bagusnya tentang masalah ni?Di mana aku boleh bermula menyelesaikannya?
Apa lagi yang belum sempurna dalam strategi aku menyelesaikan masalah ni?
Apa perangai buruk aku yang orang lain tak suka?
 

 

Untuk contoh soalan yang berkaitan, saya dah keluarkan beberapa contoh soalan kelmarin.

Jangan buang kertas tadi. Kertas itu adalah "peta" Anda dalam usaha menyelesaikan masalah diri Anda step-by-step. Jangan terlalu yakin Anda akan mengingatnya satu persatu jika Anda mahu membuangnya.

Buat semua yang ada di dalam senarai penyelesaian. Lakukan langkah demi langkah dan bertahap.

Selepas itu, nilai semula masalah Anda. Jika masih belum selesai, cuba lagi untuk menyelesaikannya dengan mengikuti senarai penyelesaian yang telah Anda tuliskan.

Lihat tulisan Anda tu berkali-kali dan terapkan azam yang membara, Anda mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang ini. Katakan pada diri, Anda sudah cukup bosan dengan hidup yang asyik bermasalah!

Latih diri untuk kawal emosi, bersabar dan latih diri untuk bertenang. Memang masalah tu berat dan payah nak dilupakan, tapi bertenang adalah lebih baik.

Berterima Kasih, Bersyukur dan LET GO.

Kali ini saya akan berkata teknik berterima kasih, teknik bersyukur dan belajar menjadi seorang pemaaf. Saya juga akan menyentuh sedikit tentang teknik LET GO.

Pertama sekali, untuk mengurangkan beban masalah dan stres yang melanda, latih diri Anda untuk berterima kasih. Maksudnya, berterima kasih pada alam semesta (Universe) kerana memberi Anda idea penyelesaian kepada masalah tu.

Latih minda Anda untuk menumpu fikiran pada penyesaian (solution) dan bukannya asyik memikir masalah + asyik memikir stress. Dalam Law Of Attraction, apa yang kita selalu fikirkan, akan menarik fikiran yang serupa yang situasi-situasi yang serupa dengan yang kita fikirkan.

Jadi, jika kita asyik fikir masalah dan asyik fikir diri kita yang stress, makin banyaklah masalah yang akan timbul dan makin banyak situasi yang membuatkan Anda bertambah stress. Fokus pada penyelesaian dan fokus juga pada cara untuk kurangkan masalah tu step-by-step.

Berita baik, masalah dan stress takkan kekal. Tanya diri Anda, apa yang boleh Anda buat untuk menyelesaikan masalah itu dan bila Anda mahu selesaikannya. Latih diri untuk banyak bertanya,bertanya dan bertanya. Wujudkan pertanyaan itu dalam minda dan minda Akan menemukan Anda dengan situasi-situasi, orang perseorangan mahupun menimbulkan idea secara tiba-tiba untuk Anda menyelesaikan masalah tu.

 

Saya berikan contoh soalannya di sini:

Apa yang aku boleh buat sekarang untuk selesaikan masalah ni?

Dimana aku boleh bermula?

Apa sumber-sumber yang aku ada?

Dengan cara apa aku boleh kurangkan masalah aku ni?

Pada siapa aku boleh minda pendapat dan sokongan?

Apa yang bagusnya tentang masalah ni?

Apa motivasi yang ada dalam masalah ni?

Dalam menyelesaikan masalah aku ni, apa lagi yang belum sempurna?

Kemudian, ucapkan terima kasih pada yang Maha Esa dan alam semesta (Universe) kerana memberikan Anda penyelesaian pada masalah tu. Ucap sebanyak mungkin dalam sehari. Biar rasa syukur dan terima kasih tu meresap sedalam-dalamnya pada diri Anda.

Saya tahu, mungkin penyelesaian tu tidak muncul sekarang, tapi... be consistent kerana ia akan muncul di masa akan datang, mungkin juga selepas itu.

Lebih banyak Anda berterima kasih, lebih banyak penyelesaian yang akan timbul dan lebih banyak bantuan yang akan muncul. Latih diri Anda untuk berterima kasih pada semua orang, semua keadaan dan pada semua situasi bagaikan Anda terhutang nyawa dengan mereka.

Kemudian, latih diri untuk LET GO.

Maksudnya, dengan LET GO, biarkan ia.. dengan ini Anda membenarkan minda bawah sedar menjalankan tugasnya. Bertenang, relaks dan jangan terlalu memaksa minda bawah sedar Anda.

Jangan pula terlalu mengharap penyelesaian untuk cepat timbul, ia menampakkan Anda seorang yang tidak tahu bersabar. Jika Anda terus berkelakuan begini, minda bawah sedar takkan membantu Anda dan segala apa yang Anda usahakan tidak mendatangkan hasil sebab Anda menekannya. Tunggu saja.

Biarkan ia berlaku dengan sendiri. Itulah yang saya maksudkan dengan LET GO. Let it be natural.

Setelah itu, sediakan pen dan buku nota kecil untuk di bawa ke mana-mana. Pergilah berjalan-jalan, ambil angin mahupun melihat-lihat keadaan sekeliling dengan santai. Idea akan timbul di mana-mana, bila-bila masa.

Peluang akan muncul tiba-tiba, itu sebab perlu ada pen dan buku nota kecil. Tuliskan idea penyelesaian yang timbul dari minda Anda.

Lagi satu, latih diri Anda untuk jadi seorang pemaaf. Takde gunanya jadi seorang yang panas baran, pemanas, kuat melenting, egoistik, memandang rendah orang lain, meluat dengan kejayaan orang lain, asyik tak berpuas hati dan tak ambil peduli ngan orang lain. Itu takkan membantu.

Mengapa? Sebab Anda takkan dapat menjadi seorang yang bersyukur.

Jika begitu, lebih banyak masalah yang akan timbul satu persatu dan lebih banyak tekanan yang akan berlaku pada diri Anda, tanpa henti dan takkan pernah berhenti.

Kemudian, Anda takkan jadi orang cemerlang dan takkan dapat mencapai apa saja matlamat yang Anda impikan. Bahkan, ilmu minda bagaikan satu perkara seumpama mimpi siang hari, dirasakan mustahil, merepek dan buang masa.

Simple, tapi ramai orang lupa. Sudah menjadi tugas saya untuk mengingatkan Anda.

Cuba lihat pada orang yang cepat marah dan yang ego. Orang sebegini hidupnya tak pernah lari dari masalah.

Dia susah nak maafkan kesalahan orang lain, dengan itu dia susah untuk menerima hakikat masalah yang menimpa dirinya, bahkan dia menyalahkan alam semesta (Universe) kerana memberikan masalah pada dirinya malahan menganggap masalah tu kekal.

Sebelum Anda tidur, luangkan masa beberapa minit untuk memberi kemaafan buat semua orang.

Tutup mata dan bayangkan wajah-wajah yang menyakitkan hati Anda pada hari ini mahupun yang lepas-lepas.

Maafkan mereka. Maafkan dengan sepenuh hati. Biar rasa kemaafan tu meresap ke dalam jauh ke dalam diri anda, sedalam yang mungkin dan lafazkan kata-kata maaf seikhlas yang mungkin dengan nada berbisik.

Lakukan ini seberapa banyak yang mungkin setiap kali mahu tidur.

Selepas itu Anda akan terasa lebih "ringan".

Tak percaya? Cubalah.. ini apa yang selalu saya lakukan. Ia dapat membantu Anda menjadi lebih cemerlang dalam mengawal emosi.

Ia terasa agak sukar diperingkat permulaan, jangan paksa diri, biarlah ia lahir dari hati Anda bukannya dibuat-buat. Jujurlah pada diri sendiri.

Jika ada terasa perubahan pada diri Anda, beritahu saya tentang perubahan itu, saya amat gembira untuk mendengarnya. Hantarkan ia melalui email ke syafiza.ui2u@gmail.com.

Dengan bijak mengawal emosi, diri Anda akan dipacu oleh minda ke arah kecemerlangan.

Berubahlah menjadi seorang yang selalu berterima kasih, selalu bersyukur dan jadilah seorang yang pemaaf mulai sekarang, kerana ini adalah sifat orang-orang yang cemerlang.