Fikiran Positif dan Fikiran Negatif.

Kali ini saya akan berkata tentang fikiran positif dan negatif. Ramai orang bertanya pekebendanya berfikiran positif ni dan apa pula yang dimaksudkan dengan fikiran negatif.

Saya akan mengupasnya di sini satu persatu.

Baca baik-baik apa yang saya perkatakan ini. Kalau boleh baca berkali-kali.

Fikiran positif adalah pemikiran dan tanggapan yang baik-baik. Ia merupakan rasa kagum, gembira, optimis, bertenaga, ceria, sayang, cinta bahkan rasa berani bila melakukan sesuatu.

Bila Anda terapkan sifat ni dalam diri Anda akan mampu menempuh sebarang cabaran dan mampu bangkit dari kegagalan yang dilihat mustahil. Selain perasaan di atas, fikiran positif juga dikaitkan dengan perasaan berani gagal, sangup bekerja keras dan mahir mengawal emosi.

Minda bawah sedar senang untuk merealisasikan impian orang yang berfikiran positif.

Kenapa pula? Saya akan terangkannya di bahagian bawah.

Fikiran negatif pula adalah pemikiran, perasaan dan tanggapan yang buruk. Ia adalah tanggapan buruk atau reaksi buruk Anda terhadap seseorang, sesuatu perkara, situasi mahupun sesuatu cita-cita.

Jangan terkejut kalau saya katakan TAKUT juga merupakan salah satu fikiran negatif.

Apa? Takut hantu? Aii.. bukan camtu .. saya pun takut hantu!! hehe..

Ok, takut yang saya maksudkan ialah Anda takut mencuba, takut gagal dan takut perkara yang Anda lakukan tak menjadi atau tak seperti yang dimahukan.

Tidakkah Anda lihat di sini, Anda telah meletakkan HAD untuk diri sendiri?

Mengapa? sebab takut ia tak menjadi dan takut impian tu menemui kegagalan. Perasaan takut ini menghadkan keupayaan dan kebolehan Anda. Ia akan membuat Anda tak berusaha bahkan berhenti berusaha menuju kecemerlangan.

Anda dan saya seorang yang cemerlang, kita berdua sememangnya berbakat untuk jadi orang cemerlang tapi pemikiran negatif kita dan rasa takut yang mendalam membuatkan kita tak cemerlang bahkan meletakkan diri sebagai orang yang tak cemerlang.

Fikiran negatif adalah rasa cemburu, benci, dendam, tamak, percaya benda tahyul dan cepat marah. Ia juga termasuk cepat naik darah, selalu mengatakan perkara buruk orang lain, selalu asyik menyalahkan orang lain dan memandang rendah pada orang lain.

   

Selain itu, perasaan meluat, tak senang, tak percaya dengan kebolehan diri dan cepat putus asa adalah perasaan negatif. Jika Anda ada sifat-sifat ni, ketahuilah ia adalah sifat negatif dan jika "dilayan" akan membuatkan Anda tidak cemerlang.

Ia juga membuatkan Minda bawah sedar tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Malahan, keajaiban minda juga takkan berlaku.

Jadi, jangan heran kalau apa saja yang Anda visualisasikan tak menjadi.

Nilai dulu diri Anda, sama Anda pernah berkata ayat yang serupa dengan yang di bawah ni :

"Apa kebendanya minda bawah sedar nih, aku dah cuba banyak kali, bayangkan banyak kali, tak menjadi satu apa pun!"

"Huh.. buang masa aje amal minda bawah sedar ni, takde hasil. Haprak!"

"Aku dah berfikiran positif tapi apesal semua yang aku bayangkan tu macam tak menjadi?"

"Apa la ko ni ChEpOi, nama aje usahawan internet, tapi takde fulus! Minda bawah sedar la konon, untuk apa la tu?"

"ah! si ChEpOi tu.. budak hingusan! apa yang dia tau? depan komputer je satu hari!!

Ah.. ha.. Dont you see?

Sedarkan Anda, anda sedang "melayan" fikiran negatif?

   

Minda kita mengeluarkan energi. Kita fikiran kita positif, maka energi yang dikeluarkan juga positif, lalu ia menarik situasi-situasi positif dan orang-orang yang positif.

Jika Anda rasa bersemangat , bertenaga dan bermatlamat jangan heran jika tetiba Anda berjumpa dengan orang yang berfikiran serupa dan berjumpa dengan situasi-situasi yang menggembirakan Anda serta menyemarakkan lagi semangat Anda.

Ini Law Of Attraction. Kita adalah apa yang kita selalu fikirkan.

 

 

   
Fikiran Kita Menarik Fikiran Orang Lain Yang Serupa.

Jika Anda rasa meluat, cemburu mahupun "menyampah" minda Akan akan mengeluarkan energi negatif lalu menarik situasi-situasi negtif, orang-orang yang negatif dan masalah-masalah yang sememangnya negatif.

Jika Anda ada matlamat, sudah menulisanya dan melatih diri untuk befikiran positif perlu disedari bahawa jika Anda "layan" fikiran negatif walaupun sedikit, ia akan "meneutralkan" energi positif yang terbit dari minda Anda.

Maksudnya, kalau kita dah optimis (fikiran positif) nak mencapai matlamat kita tapi takut benor ia tak menjadi, perasaan takut tu (fikiran negatif) akan meneutralkan energi positif tadi, lalu apa yang Anda bayangkan dalam minda tak menjadi.

Ataupun, kita rasa meluat bila melihat orang lain, ia juga akan meneutralkan fikiran positif dalam diri kita.

Jadi, kawal pemikiran Anda. Kawal kata-kata dalam hati bahkan be aware (berhati-hati) bila berkata dengan diri sendiri. Kalau ada fikiran negatif dan yang buruk, tukar cepat-cepat.

Untuk membolehkan minda kita mengeluarkan energi positif, terapkan perasaan positif sebanyak mungkin. Ambil kertas dan tuliskan sifat-sifat positif yang Anda tahu satu persatu. Ia seperti apa yang saya senaraikan di atas tadi.

Selepas itu, letak tajuk di atas besar-besar, tuliskan "Ini Apa Yang Aku Mahu Terapkan Dalam Diriku".

Baca tiap hari, bahkan berkali-kali dalam sehari.

Paling bagus, tulis dalam kertas kecil, laminate kan dan bawa ke mana-mana.

   
Anda Berani Mencuba?

Fikiran negatif juga ada cara untuk mengurangkannya. Ia tak dapat dibuang, cuma dapat dikurangkan.

Ambil kertas dan pen, selepas itu tuliskan perasaan negatif yang wujud dalam diri Anda. Berlaku jujur pada diri sendiri.

Tuliskan semuanya satu persatu. Tulis dengan relaks dan santai.

Tuliskan sifat-sifat negatif yang Anda ada dan yang Anda mahu kurangkan, misalnya kuat tidur, pemalas, bangun lambat tiap hari, kuat mengata orang, pelupa, lambat buat kerja, kurang pintar, selalu "menyampah" lihat orang yang bepakaian kemas, kuat cemburu mahupun kuat sakit hati dengan orang lain.

Letak tajuk "Ini Perasaan Negatif Yang Aku Mahu Kurangkan Dalam Diriku"

Mengenai sakit hati, untuk membuangnya kita perlu memaafkan orang tu dalam hati, lupakan kesalahannya dan kemudian GO ON.

Kalau di layan ia akan menghadkan diri Anda dari menjadi orang cemerlang.

   

Mengapa? sebab sakit hati merupakan perasaan negatif. Ia membuat Anda kurang fokus, tak boleh buat satu benda apa sebab sakit hati betul.

Usah dilayan kerana ia akan membuat Anda tidak produktif.

"Waa.. apa ko cakap ni ChEpOi, orang sakitkan hati kita, senang-senang ja kita maafkan dia ya.. eche che.. ewah, banyak cantik! "

Ya, inilah hakikatnya. Cuba layan sakit hati tu selama sebulan, maka akan bertambah la sakit hati Anda dan masalah peribadi Anda (dengan cepat) pada bulan depan. Ini Law Of Attraction.

Tak percaya? Cubalah.. kalau timbul masalah jangan salahkan saya. Ia dari pemikiran Anda sendiri! Lebih baik, belajarla jadi seorang pemaaf.

Well..Itulah tadi, saya dah terangkan maksud fikiran positif dan fikiran negatif dan konsepnya dalam Law Of Attraction.

Ini cara yang sama yang telah saya gunakan untuk mengurangkan fikiran negatif dalam diri saya.

Jika teknik ini berguna untuk saya, ia juga berguna untuk diri Anda.

Cemerlangkan diri Anda dengan mengambil keputusan muktamad untuk jadi orang berfikiran positif hari ini juga.

   

Duit, Minda dan Teknik Bertanya

Pada tulisan lepas saya telah menyentuh tentang kapal,kapten kapal dan anak-anak kapal, sebagai perumpamaan kepada kuasa minda. Ia ada di bahagian bawah artikel ini dengan tajuk Minda Bawah Sedar - Definasi.

Apa saja matlamat Anda dan kemahuan Anda, ia boleh dicapai dengan Kuasa Minda. Saya mahu kongsikan rahsia saya...

Katakanlah Anda mahukan duit dalam minggu ni. Anda tetapkan matlamat dalam minda bahawa Anda mahu mencapai RM200 dalam minggu ni. Lalu, Anda bertanya pada diri apa yang boleh Anda lakukan untuk mendapat RM200 tu.

Bila minda bawah sedar tahu matlamat Anda ni, dia akan mencari-cari dalam memori Anda maklumat-maklumat yang berkaitan dengan hal-hal lepas, bagaimana Anda mampu mencapai wang sebegitu banyak.

Minda bawah sedar akan terus mencari dan mencari.

Tuliskan ia, supaya Anda nampak dan minda bawah sedar cepat "menangkap" tulisan Anda itu. Lagipun, kita menggunakan tangan untuk menulis, jadi ia membantu minda kita untuk tahu apa yang kita tuliskan tu, kita akan ingat apa yang kita tulis tadi. Timbulkan rasa excited bila menulis matlamat Anda ini.

Minda peka kepada visual. Apa saja yang Anda nampak, ia akan "tangkap" secara automatik. Sebab itu dalam beberapa artikel minda, mereka menyarankan Anda supaya membayangkan matlamat Anda seolah-olah ia berlaku sekarang. Bayangkan sedetail yang mungkin seperti ia sedang berada di depan mata Anda.

Kuncinya adalah relaks. Jangan fikir pasal ia menjadi atau tidak.

Jika Anda risau, gusar, susah hati bahkan tak percaya dengan hal ini, maka apa yang anda mahu takkan berlaku.

Mengapa? sebab Anda sangsi dengan kuasa minda bawah sedar Anda sendiri. Jika Anda risau walaupun sedikit, ia takan berkesan. Tukar fikiran Anda cepat-cepat. Buangkan semua keraguan Anda.

Belajar untuk LET IT GO. Apa saja kemahuan Anda, nyatakan ia dalam hati. Cukup sekali saja.

Kalau berani menghadapi komen yang "menyampah", nyatakan pada orang lain dengan cukup yakin dan cukup kuat tentang kemahuan Anda itu, jadikan cakapan "menyampah" dari mereka sebagai satu cabaran buat Anda.

Selepas itu, LET IT GO. Relaks dan sentiasa bertenang. Bagaimana minda merealisasikannya, serahkan ia pada alam semesta (Universe).Biar ia berlaku dengan sendirinya. Biarkan ia berlaku secara natural.

Cara saya,saya tanya diri dengan soalan ini :

  • Apa yang boleh aku buat untuk dapat untung RM200?
  • Bila aku mahukannya?
  • Apa strategi yang boleh aku gunakan untuk mendapat untung RM200?
  • Di mana aku boleh bermula?
  • Cemana aku boleh enjoy dengan cara ni?

Jawapan yang paling baik adalah dengan bertanya, bertanya dan bertanya. Sentiasa timbulkan pertanyaan ini dalam minda.

Saya selalu gunakan cara ini. Ia secara tidak langsung akan menggerakkan diri saya dan Anda untuk bertindak dan berusaha untuk mendapat RM200 itu.

Selepas itu, anda perlu berwaspada dengan peluang-peluang yang muncul. Ia mungkin dalam bentuk idea penulisan, inspirasi mahupun situasi. Bercakap pasal situasi, ia akan berlaku secara kebetulan.

Semua ini kerja Minda.

Anda akan bertemu dengan orang-orang yang anda kenali secara tiba-tiba, berjumpa dengan artikel yang memberi Anda idea atau Anda tiba-tiba ternampak satu website yang menimbulkan minat Anda.

Ia bukan kebetulan. Itu kerja minda Anda. Nampak tak?

Inilah keajaiban minda yang saya maksudkan. Selain memberi idea, "anak-anak kapal" membawa Anda berjumpa dengan apa saja yang boleh membantu merealisasikan matlamat Anda.

Anda Kapten mereka dan Anda telah memberikan "arahan" pada mereka untuk mendapat RM200 dalam minggu ini. Mereka cukup setia, bahkan mengikut apa saja kata Anda, perasaan Anda mahupun kata hati Anda.

Selepas itu, bersyukur pada yang Maha Esa. Ucapkan terima kasih dalam hati Anda. Ucap terima kasih pada alam semesta (Universe) kerana menemukan Anda dengan peluang ini.

Biar rasa terima kasih dan rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri Anda, meresap sedalam yang mungkin dan sejauh yang mungkin. Lafazkan dalam hati . Kalau boleh, ucap dengan nada berbisik.

Lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak yang Anda terima.

Unbelieveable? Believe IT.

Ia berlaku pada saya. Ia juga BOLEH berlaku pada Anda.

Minda Bawah Sedar - Definasi

Kali ni saya berkata tentang Minda, lebih detail lagi tentang bahagian Minda. Pada tulisan saya yang lepas saya dah berkongsi dengan Anda 4 jenis gelombang Minda. Setengah pengamal Minda panggil arus minda. Kalau Anda nak baca tulisan lepas, ada kat bawah artikel ni.

Well, saya akan beritahu Anda, minda kita sebenarnya ada dua bahagian iaitu minda sedar dan minda separuh sedar. Minda sedar adalah minda yang "zahir" dan ia membolehkan kita mengawal bahagian luar badan kita. Minda separuh sedar pula adalah minda yang "batin" dan mengawal bahagian badan yang lain tidak dapat disedari kita.

Minda sedar menggunakan logik dan penaakulan deduktif. Ia bergantung kepada 5 deria kita iaitu penglihatan, hidu, bunyi, sentuhan dan rasa. Kita memperolehi pengetahuan-pengetahuan kita melalui 5 deria ni.

Minda sedar belajar mengenai sesatu perkara melalui pemerhatian, pengalaman dan pendidikan. Ia berfungsi dengan mengambil kira logik dan segala apa yang terbit dari 5 deria kita tadi tu. Minda separuh sedar pula, belajar melalui perasaan kita dan tanggapan kita. Ia lebih kepada kreatif dan tahap perasaan.

Sama ada Anda sedar atau tidak, kedua-dua bahagian minda ni saling berhubung. Anda saling berhubung dengan minda sedar. Semua perasaan Anda, tanggapan Anda, pemikiran mahupun tindakan Anda lahir dari minda sedar dan di simpan dalam minda separuh sedar.

macamana dengan minda separuh sedar berhubung? Ia berhubung automatik dengan minda sedar. Ia akan mengikut apa yang minda sedar rasa. Ia melakukan semua untuk Anda. Minda sedar hanya sebagai penghubung Anda kepada minda separuh sedar ni. Konsepnya secara ringkas, what you want is what you get.

Perumpamaannya, saya ibaratkan sebagai sebuah kapal. Anda adalah kapten kapal, minda sedar sebagai ketua anak kapal dan minda separuh sedar pula adalah anak-anak kapal yang bertugas di bawah sana. Oleh kerana mereka di bahagian bawah kapal yang ada enjin, diorang tak nampak apa yang berlaku di atas mahupun ke mana arah mahu dituju, hanya mengikut arahan kapten kapal saja.

Katakanlah, sedang belayar, anda terlihat sebuah pulau dan Anda mahu segera sampai ke sana. Lalu Anda beritahu pada ketua anak kapal tentang pulau tu dan matlamat Anda mahu ke sana.

Selepas itu, ketua anak kapal (minda sedar) pula memberitahu anak-anak kapal (minda bawah sedar) tentang perubahan itu dan membuat mereka semua maklum bahawa ada haluan baru dan bukan lagi bergerak menghala ke haluan sebelum ini. Dengan itu, setelah memahami arahan tersebut anak-anak kapal sedaya upaya menggerakkan kapal dengan menambahkan tenaga kepada enjin supaya kapal bergerak dengan laju.

Diorang tak nampak pulau tu macamana rupanya, macamana jauhnya, jauh lagi ke atau dah nak dekat dah. Kapal itu, saya umpamakan sebagai tubuh Anda. Pulau itu pula adalah matlamat Anda. Anak-anak kapal hanya tahu menggerakkan kapal ke pulau tu selaju yang mungkin.

Saya rasa Anda dah faham macamana. Beginilah prosesnya bila anda menetapkan matlamat di dalam minda Anda. Anda dah faham bagaimana minda bawah sedar bertindak.

Minda separuh sedar merealisasikan apa saja matlamat Anda. Dia akan menggerakkan Anda dengan memberi idea-idea supaya Anda boleh merangka strategi daridea-idea tu. Anda cuma perlu waspada, sediakan kertas dan pen setiap masa sebab idea ni akan muncul di mana jua, bila-bila masa.

Misalnya, seorang Anda penulis lagu. Anda mahu menulis lagu baru bertemakan cinta lalu asyik memikirkan apa tema cinta yang sesuai untuk ditulis (secara tidak langsung Anda telah menetapkan matlamat dalam minda - menghasikan lagu). Bila minda sedar tahu, ia akan menyampaikannya kepada minda separuh sedar.

Proses ini berlaku dengan sekelip mata. Setelah itu, minda separuh sedar akan mencari-cari memori Anda dan kemudian memberi hasilnya dalam bentuk idea. Kalau tak jumpa, ia akan "lepaskan" kemahuan Anda tu ke alam semesta (Universe) dan selepas itu Anda akan berjumpa dengan situasi-situasi yang memberikan idea secara kebetulan.

Kekadang, idea lahir dari kemahiran Anda, cuma timbul idea untuk membuat kelainan. Tiba-tiba Anda teringat lagu sebelum ini lalu terfikir untuk mengubahnya sedikit setelah Anda terdengar lagu penyanyi lain secara kebetulan.

Selepas itu, tercapailah matlamat Anda mahu menghasilkan lagu. Minda separa sedar juga akan merealisasikan apa jua yang selalu Anda fikirkan. Bila anda memikirkan atau "melayan" sesuatu, dia akan "menangkapnya" dan merealisasikannya kerana itu sudah menjadi tugasnya.

Untuk menjadi cemerlang, Anda perlu belajar untuk mahir mengawal minda. Dengan memiliki kemahiran mengawal minda Anda sendiri, Anda menjadi seorang yang matang, bijak, tahu mengawal emosi dan tahu memanfaatkan kuasa minda untuk mencapai apa saja matlamat Anda, terumata untuk mencapai kecemerlangan.

Lihat tokoh-tokoh cemerlang, mereka semua bijak mengawakl minda dan tahu memanfaatkannya. Badan kita jadi lebih kuat, bertenaga dan berketul-ketul ototnya jika kita rajin bersenam atau rajin berlatih di gym.

Begitu juga minda. Ia akan lebih kuat jika Anda "melatihnya" dengan aktiviti intelektual, seintelektual yang mungkin, seperti membaca, bermain teka silang kata, menyelesaikan masalah matematik, menulis dan mencipta sesuatu. Dengan ini, ia akan memberikan lebih banyak idea bernas, kreatif dan cemerlang.

Mulalah melatih minda Anda hari ini juga. Ia anugerah tuhan yang amat berharga.

4 Gelombang Minda

Kali ini saya akan berkata tentang Minda. Tak ramai orang tahu pasal minda dan keajaibannya.Saya bagitau awal-awal, ia sesuatu yang amat sukar untuk difahami dan amat mencabar untuk dilaksanakan. Mengapa?

Media_httpbp3bloggerc_etujs

Mengawal minda adalah satu kemahiran. Seperti kemahiran lain, ia boleh dipelajari langkah demi langkah. Bila Anda dah pandai mengawal minda, maka mudahlah untuk berfikiran positif dan kekal menjadi orang yang berfikiran positif. Ramai penulis motivasi menekankan pentingnya berfikiran positif, optimis dan bersangka baik. Tapi, cara untuk berfikiran positif dan kekal berfikiran positif tak berapa di beritahu. Jadi, saya akan kongsikannya di sini, satu persatu. Dalam diri saya dan Anda, amat mudah untuk kita melayan perasaan negatif ( cemburu, marah, menyampah, sakit hati, geram, meluat) daripada perasaan positif (gembira, suka, kagum, bersemangat, energetik, fantastik dan berani). Ok, diperingkat permulaan ni, saya akan memperkenalkan Anda dengan 4 arus minda. Kita sebenarnya adalah kosong, dalam diri kita ni kosong. Tetapi, apa yang mengisi badan kita adalah tenaga. Saya sebutkan di sini tenaga tu sebagai energi. Energi lah yang membuatkan kita hidup. Sel-sel halus dalam setiap inci tubuh kita hidup dan berfungsi disebabkan oleh energi. Semua energi mempunyai getaran. Walaupun kita tak nampak, tapi ia memang ada, dapat diukur dalam bentuk frekuensi gelombang. Sama juga dengan gelombang radio, tv, Astro, handphone anda mahupun gelombang WiFI. Kita memang tak nampak, tapi kita yakin ia ada sebab kita selalu gunakannya, begitu juga dengan getaran energi tubuh badan kita. Cuma.. Getaran energi yang dipancar dari tubuh kita dipengaruhi oleh perasaan dan pemikiran kita (toughts anda feelings) selain bersumber dari makanan yang kita ambil. Jika positif pemikiran ita, maka gelombang engergi yang dipancarkan dari tubuh kita adalah positif. Ia sentiasa berubah-ubah dengan kemahuan kita, tanpa kita sedari. Ia akan sampai ke alam semesta (Universe) dan alam semesta akan menemukan Anda dengan situasi-situasi positif. Bagaimana ia menemukannya, saya dan ramai lagi pengamal kuasa minda tidak dapat mempastikan hal ini. Dari pengalaman peribadi saya, ia berlaku secara semulajadi (natural). Ini dia 4 gelombang minda :

1. Beta

Kita berada dalam gelombang Beta ketika sedang melakukan sesuatu dengan penuh serius, penuh waspada, penuh konsentrasi, seperti meneliti sesuatu, berfikir dengan mendalam mahupun ketikan menghadapi kertas soalan peperiksaan. Pada ketikan ini, Gelombang minda dalam getaran 13- 30Hz, sangat tinggi. Hz adalah singkatan bagi Heartz, iaitu ukuran frekuensi getaran.

2. Alpha

Kita berada dalam arus Alpha ketika sedang melakukan sesuatu dengan santai (tanpa perlu konsentrasi yang penuh) seperti berjalan-jalan, memandu, membaca surat khabar, menonton tv mahupun berbual-bual. Dalam arus Alpha, minda bergetar dalam gelombang 8~12Hz.

3. Theta

Mengenai arus Theta pula, kita berada di dalam arus Theta ketika sedang mahu tidur, atau ketika sangat mengantuk. Pada ketika ini, gelombang minda adalah dalam getaran 4~7Hz.

4. Delta

Saya dan Anda berada di dalam arus Delta ketika sedang tidur lena. Pada ketika ini, gelombang minda adalah di dalam 0.5~3.5Hz sahaja. Gelombangnya rendah kerana kita tidak buat apa-apa dan kita tidak berfikir apa-apa.

Kuasa Terpendam Dalam Diri Anda

Sebuah kartun simple untuk tatapan kita kali ini...

Media_httpbp3bloggerc_uojcu
Unlimited Power. Maksudnya, Kuasa Tanpa Batasan. Tanpa batasan, maknanya, anda mempunyai kuasa yang tidak terhad.memang ada dalam diri saya dan Anda. Apa dia kuasa ni? Ya, kita semua ada kuasa yang tidak terhad. Kuasa ini Saya menulis di blog ini, supaya Anda tahu ada orang yang prihatin terhadap diri Anda...boleh diubah. Bahkan, Anda ada pilihan untuk mengubah semuanya sekaligus. Saya mahu anda tahu, biar apa pun yang melanda diri Anda, biar apa pun masalah Anda dan biar apa pun yang mengecewakan Anda, semua ini Anda juga boleh mencapai semua matlamat Anda, impian, cita-cita, azam mahupun apa saja target Anda. Cemana? Dengan menggunakan kuasa terpendam yang ada di dalam diri Anda tu, sewaktu Anda sedang membaca blog saya ni. Kuasa ni boleh merubah diri anda dan merealisasikan apa saja kemahuan Anda. Ia bagaikan Jin yang akan menuruti apa saja yang Anda niatkan, cuma ia dah tidur di lama sangat di dalam sana. Apa yang perlu Anda lakukan, bangunkan ia. Manipulasikan kuasanya untuk mencipta kehebatan diri sendiri. Ia adalah kuasa Minda. Tak percaya? Saya ni merepek? Memanglah merepek dan mustahil, sebab tak ramai orang tahu dan tak ramai orang yang "percaya kesannya", termasuk Anda. Sebab tu, tak ramai orang cemerlang. Sebab, hanya orang cemerlang yang tahu menggunakan dan membangunkan Kuasa Minda. Ia satu kemahiran yang boleh dipelajari. Seperti kemahiran ia, Anda perlu rajin berlatih untuk menguasainya. Jika Anda mahu cemerlang, mulai hari ini, terlebih dahulu Anda perlu percaya pada keajaiban. . You need to believe in miracles Langkah selepas itu, saya akan kongsikan kemudiannya di blog ini. Tunggu.

Bersedia Untuk Berdepan Yang Terburuk Dan Yang Gagal

Dalam apa jua yang anda lakukan, bersedialah untuk berdepan dengan yang terburuk. Kita memang patut membuat kerja yang baik dan set minda pada benda yang baik-baik tapi bersedialah untuk menerima yang terburuk dan menghadapi yang gagal.

Apabila Anda terlalu mengharap kebaikan dan kecemerlangan, bukan setakat mengharap kebaikan tetapi terlalu mengharap kebaikan, Anda akan terkejut dengan kegagalan yang menimpa. Mengapa? Sebab...

Anda Tidak Bersedia Untuk Menerima Keburukan Dan Kegagalan.
 
Apabila Anda terlalu yakin, percayalah...Anda akan patah semangat, kecewa dan tak percaya apabila bertemu kegagalan. Bahkan, Anda tidak terfikir untuk menyediakan pelan susulan (backup plan)
jika apa yang Anda usahakan gagal. Kita boleh berubah ke arah kecemerlangan, tetapi kita juga pelu berubah untuk bersedia menghadapi kegagalan. Walaupun Anda dah berusaha sedaya upaya, jangan lupa untuk bersedia untuk menghadapi kegagalan kerana ia boleh timbul di mana-mana jua, bila-bila masa. Jangan letak harapan terlalu tinggi. Kalau Anda mempunyai impian besar, biarlah berperancangan dan lakukannya step-by-step mengikut tempoh masa yang realistik dan jangan kelam-kabut. Tetapkan matlamat bersesuaian dengan ilmu dan kemahiran Anda sekarang ini. Kemudian, pelajari lebih banyak ilmu dan kuasai lebih banyak kemahiran, tambahkan network Anda. Ukur pencapaian setiap minggu, setiap 2 minggu atau setiap bulan mahupun setiap 3 bulan. Cadangan saya, tulis dan rekodkan apa yang telah anda kuasai, berapa banyak buku yang dah Anda baca dan berapa ramai orang yang jadi tempat rujukan Anda. Jika Anda gagal, maknanya Anda belum berapa bagus. Peluang masih ada untuk Anda mencuba lagi. Saya ulang semula kata-kata saya sebelum ini untuk menaikkan semangat Anda... "Ingat! Walau apapun rintangan yang melanda, apa jua halangan, cubaan dan permasalahan, Anda dan Saya sentiasa ada DUA PILIHAN. Beranikan Diri Anda Untuk Gagal. Sama ada, kita memilih untuk BERHENTI mencuba lagi atau, kita memilih untuk JALAN TERUS menuju matlamat kita yang sedang menunggu di hujung sana.hanya sementara.

GAGAL

Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah

Jika kejayaan yang anda mahukan, gunakan 5 langkah ini :

1. Set Matlamat Ambil satu kertas kosong dan tuliskan matlamat Anda di sana. Tetapkan berapa lama tempoh masanya dan fikirkan untuk apa Anda mahu mencapai matlamat tu, adakah semata-mata mahu kan duit untuk diri sendiri, untuk bantu keluarga atau didorong oleh minat. Selepas tu, fikirkan bila matlamat itu tercapai, tanya diri apa lagi matlamat Anda yang seterusnya. Kejayaan bukan satu titik, tetapi ia adalah perjalanan yang tak berpenghujung. Fokus pada matlamat yang pertama dulu.

 

 

 

2. Mulakan Langkah Pertama Masih lagi di kertas tadi. Tuliskan di sana bagaimana anda mahu mencapai matlamat tu, apa yang perlu dibuat, di mana nak mula dan apa lagi strategi yang anda boleh buat untuk mencapainya.Lepas tu, laksanakan strategi satu persatu. Letakkan prioriti, mana satu yang lebih penting untuk dibuat terlebih dulu.   3. Komitmen Tulis satu persatu strategi Anda. Cari ilmu yang berkaitan dengan cara membaca dan bertanya. Ambil cermin, atau dapatkan cermin. Kalau boleh, yang agak besar. Berdiri mengadap wajah anda selama 10 minit. Tatap wajah Anda. Kemudian, katakan.."Mulai saat ini, aku komited untuk mencapai matlamatku, walau dengan apa cara halal sekalipun!" atau.. tunjuk wajah Anda tu sambil menatapnya lama-lama.. katakan "Kau, hei kau! Kau boleh mencapai apa saja yang kau mahukan! Apa saja!" Ucapkan dengan semangat berkobar-kobar bagaikan Anda bercakap dengan seseorang. Ucap dengan bersemangat. Genggam tangan yang sebelah lagi dan kalau boleh ulangkan kata-kata tadi semula dengan kuat. Pastikan ia tidak menggangu orang lain. Lakukan cara ini untuk menaikkan semangat Anda bila Anda dah takde semangat langsung.  

4. Konsisten Bila Anda sudah bermula, jangan putus asa selagi matlamat itu tak tercapai. Dont quit dan jangan cepat mengalah.

Jika Anda GAGAL, fahamilah anda belum gagal, cuma telah menemui cara yang salah. Anda telah diberi pilihan untuk mencuba lagi. Cuba lagi, lagi dan lagi ( aik, Chepoi... dah macam iklan bateri Eveready je bunyinya tu ) Teruskan berusaha mencuba untuk cari cara yang betul. Ubah strategi jika strategi yang sekarang ini tidak memberikan kesan. Orang-orang yang cemerlang, tidak berputus asa, tetapi mereka terus merubah strategi jika halangan melanda. Anda adalah kapten kapal, dan Minda adalah ibarat anak-anak buah kapal Anda dibawah sana. Mereka amat setia dan setia yang ada pada mereka tak berbelah bagi. Kemana anda mahu berjalan, mereka akan mengikut arahan Anda. Bahkan mereka bekerja keras untuk sampai ke sana. Oleh sebab mereka dibaahgian bawah kapal, mereka tak nampak ke mana mahu dituju. Tapi sebagai anak kapal, mereka tetap berdayung, berdayung dan terus berdayung untuk menggerakkan kapal itu. Kapal, diumpamakan sebagai DIRI Anda.   5. Beri Hadiah Hidup perlu seimbang. Kita ini manusia yang ada hati dan perasaan dan bersifat biologis. Jika Anda telah sedaya upaya mencapai matlamat yang dimahukan dan ia telah berjaya direalisasikan,seharusnya Anda beri hadiah pada diri sendiri. Hadiah tu mungkin tidur yang lena, Pizza yang enak, Ayam Goreng yang rangup atau senyuman manis kekasih hati Anda. Anda berhak untuk mendapat hadiah ni semua setelah penat bekerja keras. Beri hadiah pada diri sendiri. Baca dua perenggan akhir ini betul-betul.. kalau boleh, ulang baca.. Ingat! Walau apapun rintangan yang melanda, apa jua halangan, cubaan dan permasalahan, Anda dan Saya sentiasa ada DUA PILIHAN.

Sama ada, kita memilih untuk berhenti mencuba lagi atau, kita memilih untuk jalan terus menuju matlamat kita yang sedang menuggu di hujung sana.

 

10 Rules To Live By

Count You Blessings

Today and Every Day, Deliver More Than You Are Getting Paid To Do

Whenever You Make A Mistake Or Get Knocked Down By Life, Dont Look At It Too Long

Always Reward Your Long Hours Of Labour And Toil In The Very Best Surrounded By Your Family.

Build This Day On Foundation Of Pleasant Thoughts

Live This Day As If It Will Be Your Last

Laugh At Yourself And At Life

Never Neglect The Little Thigs

Welcome Every Morning With A Smile

Search For The Seed Of Good In Every Adversity.

Media_httpbp2bloggerc_mbpdf
 

Ada Apa Dengan GAGAL

Ganjil, ada apa dengan GAGAL?

 

Kenapa Anda dan Saya sering GAGAL? Apa sebabnya? Mengapa mesti Anda dan Saya, bukan orang lain?   Walau apa pun ia, GAGAL menjadikan kita semakin kuat. Dengan kegagalan, kita dah tahu di mana silapnya kita dan kita tahu kelemahan diri kita, sebab kita dah buat perkara yang menggagalkan. Itu tandanya Saya dan Anda sebenarnya tidak sempurna.. tetapi, kita mencuba untuk menjadi sempurna, bila GAGAL, kita tak dapat menerimanya kerana kita mahukan ia menjadi sempurna seperti yang kita jangkakan. Kita tidak memilih untuk gagal, tapi GAGAL memilih saya dan Anda. Tiada orang lain yang percaya dengan kebolehan Anda, hanya saya seorang. Jika orang lain tidak mahu mendegar keluhan hati Anda, saya sedia mendengarnya.Seperti Orang Lain, Saya dan Anda Juga Mempunyai Peluang Sama Rata Untuk Menggenggam Kejayaan.
Meski pun tujuan kita berbeza dan matlamat kita berbeza, tapi Saya dan Anda sama, kita pernah gagal.
 
Apa jua matlamat Anda, saya percaya Anda boleh mencapainya.
 

 

 
Biarpun anda pernah GAGAL dalam apa jua yang anda kerjakan, apa jua yang anda perjuangkan atau apa jua matlamat yang anda mahu realisasikan, terima hakikat anda telah GAGAL, lupakan ia, bangkit semula dan GO ON.

Jadikan ia sebahagian dari sejarah hidup dan satu penyuntik semangat untuk diri Anda. Nilai diri sedalam-dalamnya, apa kelebihan diri Anda. Kenal pasti di mana silapnya dan kemudian perbetulkan. Kalau tak menjadi juga, maknanya strategi yang digunakan salah, gunakan cara lain. Ada apa dengan GAGAL? Ia menemui Anda kerana jalan kejayaan telah berada di depan Anda.Ia akan beredar selagi anda terus berjalan menuju titik kejayaan di depan Anda itu. Yang penting, Anda perlu tahu ke mana mahu berjalan.

 

Media_httpbp0bloggerc_ofigz
Cuma dengan beberapa langkah, Anda sudah berada di titik papan tanda kejayaan. GAGAL cemburu sebab tidak lama lagi anda akan berjaya. Sebab itu ia muncul di perjalanan menuju puncak kejayaan.

 

 

 

Jika Gagal, Bangkit!

Kali ini saya berkata tentang kegagalan.

Pernahkah Anda gagal? Apa yang anda buat apabila gagal?

Kegagalan timbul dalam pelbagai aspek. Gagal becinta, gagal dalam pelajaran, gagal dalam bisnes atau gagal untuk menjadi seorang pelajar cemerlang mahupun anak muda yang cemerlang.

Bagi saya, kegagalan sudah menjadi lumrah. Ia sebahagian dari diri saya. Saya dah GAGAL banyak kali. Bahkan berkali-kali.

Saya pernah gagal bercinta dan pernah gagal dalam pertandingan. Ia dah sinonim dengan diri saya.

Sewaktu mula-mula menceburi bisnes, saya gagal dalam MLM pertama yang saya join. Kegagalan itu bagaikan "membunuh" dan melunturkan semangat saya. Sewaktu belajar di ITM dulu, saya juga pernah gagal, sehingga saya kena repeat subjek sekali lagi.

Sewaktu pertama kali menjual eBook di internet, saya GAGAL. Saya juga pernah GAGAL ketika melakukan promosi. Tak semua email yang saya hantar pada prospek saya menghasilkan pulangan seperti yang saya harapkan. Saya telah GAGAL, dah banyak kali GAGAL.

Tapi, saya tak takut gagal. Anda bagaimana?

 

Dengan kegagalan, saya tahu email yang saya hantar tadi tu adalah stail penulisan email yang salah. Jadi, saya tulis email baru untuk menarik perhatian pelanggan saya.

Saya Beranikan Diri Untuk Gagal. Biarlah ia gagal, supaya saya tahu apa yang betul.

Bila saya gagal, saya telah menemui jalan yang salah, jadi saya kena cuba cari jalan yang betu dengan menggunakan strategi baru. Anda juga patut buat perkara yang sama.

 Jika Anda Gagal, Bangkit !

Jangan kalah pada kegagalan. Gagal sekali tak semestinya Anda akan GAGAL seumur hidup. Berita baik, gagal hanya sementara. Masalah juga hanya sementara.

Apa jua yang anda hadapi dan anda GAGAL, usah risau kerana ia hanya sekejap saja. Simpan dalam MINDA Anda kata-kata saya ini.

Maksudnya, encik GAGAL ia menyuruh anda ubah strategi supaya bertemu dengan encik KEJAYAAN di hujung sana.

Jangan berhenti mencuba dan jangan berhenti mengatur strategi. Buat apa saja cara yang halal untuk mencapai matlamat Anda.

Jika anda mahu menjadi pencinta yang setia, buatlah apa saja untuk mencintai kekasih anda, buat dia sentiasa tersenyum dan buat dia sentiasa ceria bila di samping Anda. Jika anda usahawan, bila promosi yang anda jalankan tidak membuahkan hasil, jangan berhenti.

Cuba lagi, lagi dan lagi.

Jangan berhenti mencuba dan jangan berhenti mengatur strategi. Buat apa saja cara yang halal untuk mencapai matlamat Anda.

Jika anda mahu menjadi pencinta yang setia, buatlah apa saja untuk mencintai kekasih anda, buat dia sentiasa tersenyum dan buat dia sentiasa ceria bila di samping Anda. Jika anda usahawan, bila promosi yang anda jalankan tidak membuahkan hasil, jangan berhenti.

Cuba lagi, lagi dan lagi.

Kejayaan Bukan Satu Matlamat, Tetapi Ia adalah Destinasi Yang Tak Berpenghujung.

Saya dan Anda mengejar kejayaan untuk menjadi yang lebih baik, lebih baik lagi dan terus baik. Kemudian, mengajak orang lain supaya menjadi lebih baik dan lebih cemerlang dari yang sebelumnya.

Fahami bahawa kegagalan yang terjadi bukan utuk memusnahkan Anda, tetapi ia mendidik anda dan menyatakan pada Anda percubaan yang dilakukan tadi tu salah, sebab tu ia GAGAL.

Jika saya mampu untuk bangkit semula, Anda juga boleh jika Anda katakan pada diri, Anda mampu bangkit. Saya boleh, Anda juga boleh bangkit dari kegagalan.

Saya dan Anda lalui kegagalan untuk menjadikan diri kita tahu erti hidup dan mencuba melawan kegagalan yang melumpuhkan dan "membunuh" semangat saya dan Anda.

Lihat orang-orang yang pernah gagal. Tanya mereka, baca mengenai profail mereka dan kalau boleh berjumpa dengan mereka untuk mendengar sendiri bagaimana mereka bangkit dari kegagalan.

Jika semangat yang mereka wujudkan berkesan untuk diri mereka, ia juga berkesan untuk Anda. Cari seorang tokoh, sesiapa saja yang telah berjaya untuk Anda jadikan model kejayaan.

Ubah persepsi Anda hari ini juga. Kegagalan bukan sesuatu yang buruk dan yang baiknya, ia takkan kekal selagi anda tahu ke mana mahu berjalan.