9 Wanita Idaman Lelaki

Hari ini saya akan menggariskan 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.. kita mulakan ciri-ciri ini dengan : 1. Berpegang Kepada Agama Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak cerewet. Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..

8. Memahami Lelaki Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :

  • Bersopan satun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain.

Ok, tu lah dia 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat pada Anda dan menjadi pengukur dalam peribadi Anda dan pasangan. Satu lagi tips..sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan diri step-by-step dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan!

Menjadi Orang Cemerlang

Tahu tak, 75% - 80% pemikiran manusia adalah negatif. Kita lebih senang melayan perasaan negatif daripada yang positif.geram, sakit hati, marah, dendam dan tak puas hati pada orang lain? Setuju tak?

Selain tu, pemikiran negatif telah berakar umbi dalam di minda Anda. Contohnya, nampak saja orang tu, terus rasa menyampah, geram, sakit hati, tak senang dan mahu menjauh dari orang tu. Perasaan ni timbul secara automatik. Ini semua telah tertanam di minda melalui perasaan Anda.Minda mengarahkan saraf-saraf di dalam badan anda supaya mewujudkan perasaan tak senang hati lalu mewujudkan tindakan.

Semua yang dirasa oleh Minda, akan diingat dan di simpan dalam memori, ni bukan pakai memori macam "memory card" kat dalam Hanphone tu, tapi ini memori kekal.

Betul tak jika saya katakan, lebih senang layan rasa Tapi kalau kita sematkan rasa kagum, gembira dan mahu ceria sepanjang hari, amatlah payah sekali. Mengapa ini terjadi? Kerana Anda telah lama membiasakan diri Anda untuk "melayan" sifat-sifat negatif macam yang saya sebut tadi. Semua rasa kagum, gembira dan ceria tu tenggelam jadinya bahkan hampir tak wujud langsung. Apa yang anda letak di minda, itulah yang akan Minda ikut. Minda kita tak tahu benda tu baik ke buruk, dia hanya buat apa yang kita suruh dia buat, tanpa kita sedari. Jika anda rasa menyampah dengan seseorang tu, maka sampai bila-bila pun situasi "menyampah" terus wujud dalam hidup Anda. Jika kita asyik rasa meluat ngan orang tu, sampai bila-bila pun situasi meluat akan muncul tanpa henti, walaupun Anda tak mahu! Ini akan membantutkan cita-cita Anda untuk mahu menjadi orang cemerlang.
Media_httpbp0bloggerc_jembj
Bagaimana Minda meralisasikannya, itu perkara kedua. Letakkan sifat-sifat baik dalam minda, supaya ia mewujudkan situasi-situasi baik dan cemerlang dalam hidup Anda. Apa yang kita tanam, itulah yang akan kita tuai. Tanam benih yang baik, siram dengan air yang baik, maka hasilnya akan jadi buah baik, cemerlang dan luar biasa hebat. Kerana, anda memegang kunci kepada diri Anda.Saya sarankan Anda wujudkan dalam diri sifat-sifat orang cemerlang di bawah ni, step-by-step : Sebab itu, Anda perlu berjaga-jaga dalam pemikiran, perasaan, tindakan dan keputusan. Minda akan merealisasikan apa saja keinginan Anda, perasaan Anda, matlamat Anda dan kemahuan anda. Kalau buruk, buruklah. Kalau matlamat baik, baik jadinya.  Jadi, untuk nak jadi orang yang cemerlang, nak jadi orang yang bermotivasi dan nak jadi orang yang tak pernah putus asa, Anda kena belajar untuk tanamkan sifat-sifat positif dalam diri Anda. Manipulasikan kehebatan Minda sepenuhnya.  Takde siapa yang akan melakukannya, cuma Anda seorang. Semua password, setting dan segala customization, anda yang pegang, kerana itu diri Anda.
  • Minda yang cerdas.
  • Jiwa yang tenang.
  • Kawan yang ramai.
  • Rumah tangga yang bahagia.
  • Badan yang sihat.
  • Jiwa yang kental.
  • Kewangan yang kukuh.
Selain tu, tak lupa juga pada kegiatan yang berkualiti dan kehidupan yang seimbang. Maksudanya kehidupan seimbang ni, bila kita dah bekerja kuat, kita kenalah beri "hadiah" pada diri kita, barulah seimbang.. Kalau kerja kuat tapi rehat sikit atau takde rehat langsung, itu tak seimbang namanya.. ia akan memberi kesan buruk pada diri Anda. Badan perlukan rehat dan minda perlukan ketenangan agar dia dapat berehat dan bekerja semula dengan lebih baik dari sebelumnya. Kalau kita dah lari 100 meter, mestilah penat, mestilah nak rehat, baru kita boleh lari semula. Inilah contoh bagi maksud seimbang. 10 kali ganda lebih cepat jika anda bertindak dengan lebih ceria dan lebih bersemangat. Percaya tak? cubalah.. Anda dapat mencapai matlamat anda

Senyum dan Penyenyum

Kali ini saya berkata tentang senyum. Senyum adalah sedekah. Senyum juga membawa bahagia dan membawa seribu makna.

Senyum kepada sesiapa sahaja. Sedar atau tidak, ia baik untuk diri anda. Ia juga memotivasikan diri anda secara tak langsung. Dari segi luaran, senyum membuatkan diri anda di senangi oleh sesiapa sahaja. Senyum kegirangan yang terpancar dari wajah anda akan mempengaruhi orang lain dan mereka juga akan turut bersama jadi gembira dan jadi "penyenyum" bila melihat bibir Anda yang sentiasa mengukir senyum. Mereka akan bertanya, apa rahsia? Apa jadi kalau anda asyik memuncung? Pasti orang lain kata, "oh.. dia tu ada yang tak kena hari ni". Selalunya bila ini terjadi orang di sekeliling Anda akan menjauh dan tak nak mengacau. Silap haribulan hangin satu badan, lebih baik diorang jangan cari susah. Mana satu yang Anda nak, ceria atau nak murung saja? Ini satu situasi yang tak baik dan tak bermotivasi.. prestasi kerja Anda juga menurun dibuatnya kalau asyik memuncung. Tak percaya? Cubalah, pasti tak bersemangat nak buat kerja. Senyum membuatkan anda rasa bersemangat. Jika anda di landa masalah dan dilanda stress, cuba cari ketenangan dengan mengambil udara segar atau bercakap-cakap dengan kengkawan. Jangan luah apa-apa masalah terleibih dahulu sebab tak semua orang suka mendengar masalah Anda. Bahkan , mereka akan mengelak dari mendengar masalah Anda tu. Cuba cerita hal lain, pasal bola ke, Manchester United kalah semalam ke, Christiano Ronaldo dapat hadiah ke atau .. "ui, aku kenalan ngan awek baru malam tadi, cun woo!" ke.. atau cerita pasal games terbaru mahupun layuot blog yang terbaru. Cara lain, pergi ke gym dari cari guni pasir, tumbuk sehabis daya untuk lepaskan kegeraman anda. Puas? Lupakan dulu stress yang melanda. Cuba cari apa yang mengembirakan anda dan ceritakan pada orang lain apa yang menggembirakan anda tu. Cuba try untuk jadi "penyenyum".
Selepas itu, baru Anda Berasa Sedikit Ringan dan Mampu Menyelesaikan Masalah Satu Persatu.
Media_httpbp1bloggerc_sxknb
image: Patung Katun Charlie Brown Yang "Penyenyum"
Bagi orang lelaki, nak jadi lebih hensem kat ofis atau kat mana-manapun, jadilah seorang "penyenyum".. senyum pada sesiapa saja semata-mata nak menggembirakan diri dengan berlakon senyum, lama-lama anda akan sentiasa senyum dan turu sama membuatkan orang lain mahu tersenyum.
Diorang heran? diorang komplen? Biarkan, kerana mereka akan bertanya sendiri mengapa mereka tak jadi penyenyum macam Anda.
Anda takkan rugi apa-apa dan takkan keluar duit sesen pun. Tak susah nak senyum. Ia jadi susah sebab anda anggap senyum tu susah. Kata Dr Fadzilah Kamsah, orang lelaki lagi hensem kalau minum Kopi Cap Kapal Api.. tak tau le saya ape maknanya tu..
Bagi kakak-kakak, macik-macik semua, ngam kalau jadi "penyenyum" ni, manis dan seindah suria.. silap hari bulan tetiba orang beratur nak minta autograph. Kan ok apa..
Biarlah niat ikhlas kalau senyum ni. Senyum juga boleh membantu meringankan tekanan orang lain, cuba hampiri dia dan senyum padanya, konpom, dia reda punya.
 

Kejayaan Stail Alex Lim

Kali ini saya akan berkata tentang kejayaan seorang perenang, Alex Lim Keng Liat. Alex lahir di Sandakan, Sabah pada 29 August 1980. Sejak kecil dia meminati sukan renang dan sanggup tinggal di bawah jagaan coachnya Johnny Wong bersama dengan Elvin Chia. Setiap pagi dan petang, dia turun berlatih di bawah seliaan Johnny Wong dan isterinya, saya kenali dengan nama Aunthy Wong.  
Media_httpbp2bloggerc_shibd
Alex telah dua kali menerima anugerah dari USA national High School Swimmer dalam sukan renang. Dia telah memecahkan rekod 100m kuak lentang dengan catatan maa 46.82 saat, selain itu dia juga memecahkan rekod dalam acara kuak kupu-kupu (butterfly) dengan catatan masa terpantas 47.64 di Florida, USA semasa dia belajar di sana. Ini satu bukti nyata bahawa anak Malaysia boleh mencipta nama di negara luar. Pada tahu 2003, Alex merupakan satu-satunya rakyat Asia yang berjaya mara ke peringkat akhir Kejohanan Renang Antarabangsa Barcelona dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang melayakkan diri ke kejohanan bertaraf dunia itu. Sekarang ini Alex rajin berlatih untuk mempersiapkan diri ke peringkat pertadingan yang lebih tinggi.
Media_httpbp1bloggerc_geltq
Saya telah berpeluang berjumpa in person dengan Alex Lim pada tahun lepas di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Likas semasa dia singgah di sana. Sempat bersembang dekat sejam. Katanya semua ini dilakukan kerana minat, dia dah tak minat benda lain,
cuma renang, renang dan renang.
  Dia sanggup berlatih 3 jam di waktu pagi dan 3 jam (kadang kala lebih lagi) di waktu petang semata-mata mahu melengkapkan diri untuk pertandingan. Dia rajin berlatih sejak 19 tahun yang lalu. Selain tu, dia juga menitikberatkan aspek spiritual dan persediaan mental. Sebelum turun berlatih atau ke mana-mana pertandingan, dia meluangkan masa beberapa minit untuk meditasi dan menenangkan diri. Dia sanggup menerima latihan keras semata-mata mahu mencipta rekod dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Orangnya simple, berbadan besar, berkulit sedikit gelap, sangat peramah dan suka senyum. Kalau pertama kali berjumpa dengannya, rasa macam dah kenal lama. Walaupun dia perenang bertaraf antarabangsa dan memegang banyak anugerah, ramai orang kagum dengan sikap rendah dirinya. Jika anda mahu mengejar kejayaan, ambil Alex Lim sebagai contoh. Berusahalah sehabis daya yang mungkin untuk mencapai matlamat. Sebelum itu, anda perlu tahu apa yang Anda benar-benar mahukan. Set minda dan jangan berputus asa, terus berusaha!

Betulkan Mind Setting

Setiap hari, persiapkan diri, mental dan fizikal Anda untuk kembali melakukan yang terbaik esok pagi.

Jangan sesekali kata, aiseh, esok dah nak keje la pulak. Kena bangun awal, punch card la pulak, traffic jam la pulak. Huh.. bencinya, menyampahnya, malasnya! Anda akan lihat kesannya esok pagi, susah nak bangun, liat, malas semacam. Terasa lembik dan lemah satu badan, longlai dan tak bertenaga langsung. Untuk besok mind settingnya perlu betul pada hari ini. Andaikata esok nak gi kelas, wah sukanya.. jumpa dengan kengkawan, jumpa lecturer yang hensem dan jumpa "mata air"!
Esok nak kerja balik, walla weh.. tak sabar-sabar rasanya nak gi kerja. Set minda Anda untuk nak berikan yang terbaik pada bos Anda dan set minda Anda nak kalahkan prestasi kengkawan Anda kat ofis tu dalam minggu ni.
Anda dah tak sabar nak buktikan anda juga hebat bila time kerja! Cubalah menyukai kalau anda tak suka. Latih diri untuk menyukai kerjaya anda.

Kalau seharian malas, menyampah, stress, nak harap terima gaji hujung bulan saja, Anda takkan ke mana jawapnya, prestasi situ-situ, gaji pun tak naik-naik la jadinya. Ini baru sehari. Kalau 365 hari yang akan datang, cemana?
Minda Anda "mengangkap" kata-kata hati anda begini :
   
"Aku malas, aku menyampah dan aku nak gaji hujung bulan saja".
Minda anggap anda minta, itu juga yang akan direalisasikan oleh minda. Dia tak tahu itu baik ke buruk. Semua ini berlaku tanpa Anda sedari. Jadi, berhati-hati bila bercakap sendiri.
kalau dilayan geram, sakit hati dan marah tu berhari-hari, Anda akan menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda geram sekali lagi, sakit hati sekali lagi dan lagi tanpa henti.

 

Proses ini berulang-ulang. Selagi anda tak ubah mind setting dan selagi Anda masih tak lepaskan rasa sakit hati, selagi tu ini akan berlaku. Nak ke camtu?
Tak kira anda sekarang seorang pekerja, usahawan, pelajar mahupun golongan marhaen, betulkan setting minda Anda. Jika perubahan ke arah kehebatan diri yang anda mahu, ubah pemikiran Anda hari ini juga. Tiada siapa yang boleh melakukannya. Hanya Anda seorang.   Kawal kata-kata hati anda. Biarlah berkata yang baik-baik, yang bersemangat dan yang sentiasa positif, optimis dalam apa jua keadaan. Beranikan diri. Kalau kita takut fikiran positif tak menjadi, apa yang Anda takut tu la yang menjadi. Makin tak jadi. Jika anda masih juga sakit hati berhari-hari dengan seseorang, untuk kurangkannya saya akan beri satu tip. Cari tempat yang sunyi dan tanpa gangguan sesiapa. Ambil 10 minit untuk tenangkan diri. Duduk bersila, tutup mata dan cuba bertenang, setenang yang mungkin. Ini juga boleh dilakukan di kala takde sesiapa yang ada kat dalam ofis. Duduk kat kerusi tu aje. Katakan pada diri, Anda jadi semakin relaks, relaks dan terus relaks. Dalam hati, bayangkan wajah orang yang anda marah sesangat tu. Bayangkan sedetail yang mungkin bagaikan dia berada di depan Anda. Kemudian, dengan sepenuh hati, katakan padanya yang anda maafkan dia. Biar rasa kemaafan tu meresap ke dalam diri Anda. Selepas tu, lupakan kesalahan dia. Bayangkan dia gembira dengan kemaafan itu, dia ucapkan terima kasih dan Anda lihat dia melangkah jauh lalu berlalu pergi. Rasa lebih relaks tak? Buka mata. Kena lakukan ini dengan sepenuh hati untuk mendapat kesannya. Saya tahu, mula-mula ini payah untuk dilakukan. Kena latih diri selalu. Wahh.. banyak cantik..Orang buat hal ngan kita senang-senang aje kita nak lupakan ya.. Tapi,percayalah..  

Buat Keputusan!

Kali ini saya berkata tentang membuat keputusan.

Dalam apa saja yang kita lakukan, kita takkan lari dari membuat keputusan. Ketika nak beli beli sayur kat pasar, kita juga kena buat keputusan mana satu sayur nak pilih. Dalam semua aspek hidup, keputusan akan membuatkan kita buat pilihan.  

 

 Ok, direct to the topic.

Bagi anda yang mengejar matlamat, semestinya telah membuat keputusan jitu untuk sehabis daya mengejar matlamat itu. Tak kira apa jua matlamat anda, pastikan ia keputusan yang benar-benar mukatamad.

Mengapa pula? Sebab kadangkala ada di antara kita yang terus patah semangat dan give up bila mula berhadapan dengan cabaran dan apa saja yang menghalang. Ada yang tak nak teruskan lagi semata-mata dah mati akal dan dah tak tahu nak buat apa.

Akhirnya, matlamat hanyakah sekadar matlamat.  

Dalam Anda mengejar matlamat, masalah yang timbul sebenarnya membuat anda menjadi lebih kuat, lebih berdaya saing dan membuat anda sedar adanya pelbagai approach dan pelbagai strategi untuk menggengam kejayaan.

Jadi bila anda berhadapan dengan cabaran, tanya diri anda 4 soalan ini :

1. Tentukan apa yang anda benar-benar mahu

2. Apa yang perlu dilakukan sekarang untuk mula bertindak

3. Pantau sama ada strategi anda berkesan atau tidak

4. Apa lagi approach dan strategi yang boleh digunakan. Practice makes perfect. Lebih banyak anda bertanya 4 soalan ni, lebih banyak idea yang akan muncul dan lebih banyak Anda bertemu dengan situasi-situasi yang membantu Anda mencapai matlamat itu. Semua ini kerja Minda.  

Bila anda membuat keputusan, tuliskan keputusan anda tu di atas kertas dan buat garisan di bawahnya. Mengapa? Sebab ia memberitahu minda anda bahawa inilah keputusan mukatamad yang anda mahu buat. Ini bermakna anda benar-benar tahu apa yang anda mahukan.

Orang-orang yang berjaya menghadapi cabaran membuat keputusan yang cukup muktamad. Mereka takkan mudah patah semangat atau terus pula menumpu kepada perkara lain semata-mata kerana gagal hari ini. Orang yang berjaya keluar dari kegagalan rata-ratanya membuat 3 keputusan dalam diri mereka:  

 1. Mereka tentukan apa yang perlu di beri fokus

2. Apa tujuan mereka fokus kepadaperkara tu

3. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk bergerak dan bertindak

 

Setelah membaca tip motivasi ni, cuba pratikkan apa yang saya kongsikan dengan Anda.

Buat keputusan hari ini juga.Tanya diri, apa yang anda mahu capai sebenarnya? Sekarang, saya cadangkan Anda buat 2 keputusan muktamad di mana anda sanggup untuk mencapainya walau apapun yang akan terjadi.

Pertama sekali, buat satu buat satu janji pada diri sendiri dan janji pada orang lain yang Anda senang nak simpan. Tunaikan janji ni seboleh yang mungkin. Lakukan apa saja cara yang halal untuk menunaikan janji tu.

Tanpa anda sedari, anda membuktikan bahawa Anda boleh mencapai apa saja yang anda mahu.

Kedua, buat satu keputusan yang lebih besar. Biar keputusan kali ini banyak memberi inspirasi kepada anda.

Contohnya, Anda mahu menjana pendapatan US$1,000 dalam bulan Mei ini ataupun menulis 7 artikel di blog Anda dalam sehari.

Kemudian, beritahu keluarga, adik beradik dan kawan-kawan rapat tentang keputusan anda ni. Wujudkan komitmen pada usaha merealisasikan keputusan tu sehabis yang mungkin.

Kalau diorang start komplen, maknanya diorang dah lantik diri mereka sendiri secara tak sengaja untuk jadi pengkritik tetap Anda!

Maknanya, akan ada orang yang sentiasa mengingatkan Anda.  

 

 

Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?

Inilah masalah kebanyakan orang. Apakah dia?

Mereka asyik berfikir tentang benda yang diorang tak nak.

Selepas tu diorang heran kenapa semua apa yang dorang nak tu, muncul pulak depan mata dan tiba-tiba terjadi tanpa di pinta.

Pernahkah ini juga berlaku pada Anda?

Kali ini saya berkata tentang Law Of Attraction.

Kongsikan bersama saya melalui email ke syafiza.ui2u@gmail.com . Saya ingin tahu. Terima kasih.

Minda tak mengenal buruk atau baiknya fikiran kita. Minda kita takkan pernah tahu apa yang kita selalu fikir tu baik atau buruk. Apa saja yang Anda fikirkan, dia akan "tangkap" dan jadikannya real. Lebih banyak anda berfikir pasal sesuatu, lebih banyak la ia akan muncul dalam hidup anda.

Minda Anda tak pernah tidur, ia sentiasa mendengar dan "menangkap" kata-kata hati Anda dan segala apa yang terbit dalam fikiran Anda.

Pernah tak anda sakit hati dengan seseorang dan anda asyik berfikir tentang dia, tetiba pulak orang tu selalu muncul di depan mata Anda?

Pernah tak, anda susah hati seharian sebab takut tak cukup duit, tiba-tiba pula di waktu petang anda jatuh dalam longkang dan terpaksa bayar ubat klinik? Duit anda jadi makin tak cukup.

Inilah Law Of Attraction. Dalam bahasa melayu, "attract" bermaksud "menarik".

Minda menarik semua apa yang anda fokus dalam fikiran. Ia akan membuatnya terjadi pada diri Anda.

Kekadang apa yang Anda tak nak, itu pula yang terjadi. Misalnya anda berkata dalam hati :

"Aku tak nak rasa malas hari ni"
Minda anda anggap : "Aku mahu rasa malas hari ini"

"Aku susah hati la, aku takut tak cukup duit"
Minda anda anggap : "Aku nak tak cukup duit"

"Aku tak nak takde idea bila menulis kat blog nanti"
Minda anda anggap begini : "Aku takde idea bila menulis kat blog nanti."

"Aku tak nak Notebook aku ni kena curi nanti"
Minda anda anggap : "Aku nak Notebook aku kena curi nanti."
Nampak perbezaanya?
Minda Anda tak kenal apa yang Anda mahu tu baik ke tak baik. Dia hanya tahu apa yang Anda asyik fikirkan dan apa yang anda fokus 100% tanpa disedari.
Fokuslah Fikiran Pada Yang Baik-Baik.
Selalunya apa yang kita tak nak? Huiii.. Banyak.

Apa reaksi kita selepas tu? Mestilah geram, sakit hati, marah dan nak memaki hamun tahap langit ketujuh. Lepas tu, fikiran kita pun ayik fokus pada reaksi kita tu, seharian kita layan geram!

Huh, adakah Anda sedar semua ni memuskahkan diri Anda sendiri? Tentunya tidak. Sebab anda tak tahu bagaimana mengawal fikiran dan emosi anda.

Ramai orang tak dapat apa yang diorang nak pasal minda diorang fokus lebih banyak pada benda yang diorang tak nak tu. See?

Sebab kedua, takut apa yang diimpikan tak menjadi. Takut GAGAL.

Minda "Menangkap" Apa Jua Yang Anda Sentiasa Fikirkan.

Jika anda lebih takut gagal dan rasa takut gagal tu membuatkan Anda berpeluh-peluh, jantung berdegup, mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak lalu, maka kegagalan itulah yang terjadi. Jika Anda takut rugi, maka kerugian yang akan terjadi.

Inilah juga sebabnya mengapa masalah yang Anda tak nak asyik muncul tak berhenti-henti. Sebab? anda anggap diri anda tak pernah kering dari masalah dan percaya pula diri anda selalu bermasalah!

Jadi, kawal pemikiran Anda. Cara untuk mengelak hal ni terjadi, bersangka baik, be positive dalam apa jua keadaan.

Jika anda di landa masalah sekarang ini, tanya diri sendiri apa yang patut dibuat untuk menyelesaikannya. Fikir tentang penyelesaian.

Tanya diri Anda, di mana Anda patut bermula dan apa yang boleh Anda gunakan untuk menyelesaikan masalah tu.

"Hello ChEpOi..... Kita ni bukan malaikat dik ooi. Takkan kene tipu pun masih nak buat baik jugak!"

Ya, saya sedar. Kita hanya manusia. Tapi, kita dikurniakan dengan kuasa minda. Makhluk lain ada tak?

Kita khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah, kita sebenarnya dah ada komoditi paling berharga, Minda kita.

Anda pegang kuncinya.

Jika anda nak berjaya, suburkan minda dengan bersangka baik. Cuba “Aku tak nak Notebook aku ni kena curi nanti”sedaya upaya tenangkan diri setiap masa dan belajarlah untuk kawal emosi.

Bajai minda Anda dengan kata-kata positif, rasa kagum yang tinggi dan rasa bersyukur.

Kalau boleh biarlah sewaktu kita mengucap syukur, rasa kesyukuran tu benar-benar meresap ke dalam diri, sedalam yang mungkin.

Lebih banyak anda bersyukur lebih banyak anda menerima rahmat dari yang Maha Esa. Kesannya, hidup Anda juga menjadi lebih baik.

Dengan itu, minda Anda akan menciptakan situasi yang baik-baik dan "menarik" apa saja yang anda fikirkan. Tak kira sama niat anda nak duit yang banyak, keluarga bahagia, kereta besar, rumah besar atau sebidang tanah yang besar.

Semuanya bermula dari niat. Kawal pemikiran anda.

Unbelieveable? You Better Believe It. Walaupun kita bukan malaikat, tapi apa salahnya kita berbuat baik setaraf malaikat dengan semua orang, biar sehabis baik. Buat baik, akan dibalas baik juga.

Betul tak?

Macam masalah (apa jua masalah), tak cukup duit, bad mood, kereta tetiba rosak, pc tiba-tiba meragam dan kawan kat ofis pula tetiba naik hangin pula tak tentu pasal.

Kuasa tarikannya lebih kuat jika wujud perasaan di dalam hati Anda. Susah hati, risau atau geram, semuanya dia "tangkap".

I Feel Good !!

Dalam tulisan kali ini saya ingin berkata tentang "Feel Good"

Saya benar-benar terkejut bila membaca artikel mengenai Anita Sarawak. Tak tahu nak panggil dia apa, Kak Nita atau Mak Cik Nita? Rasanya mak cik lebih sesuai. Jika anda tak kenali dia, ni gambarnya..

Media_httpbp1bloggerc_ceend
Nampak muda kan?

 

Rupanya bukan sahaja saya, bahkan lebih ramai orang terpegun dengan dirinya yang nampak macam orang muda, tak nampak macam orang yang dah berumur (bahkan mengalahkan orang muda sendiri!) - sentiasa ceria, penuh semangat dan energetik! wow!

Saya tertanya-tanya apa rahsia dirinya. Mudah saja katanya, berfikiran positif dan optimistik. Katanya lagi..

"Look goos, fell good. Nikmati hidup. Perlu juga terus bekerja keras dan bertanggungjawab dalam apa jua yang dilakukan. Kita kena suka dan seronok melakukan apa yang kita buat" tegasnya.

Jadi, memang benarlah minda kita sentiasa memainkan peranan penting pada diri kita. Kita adalah apa yang kita sentiasa fikirkan.

Jika Anita Sarawak yang berumur 55 tahun masih nampak bertenaga, ceria dan sentiasa tersenyum, pasti sesiapapun takkan percaya dengan umurnya yang dah menginjak status warga emas. Kesimpulan yang saya buat, dalam hidup Anda dan saya sentiasa ada 2 pilihan.

Seperti Yin dan Yang, 2 pilihan ini bertentangan antara satu sama lain. Dalam apa jua keadaan, apa juga dituasi, kita sentiasa ada 2 pilihan. Asas kepada dua pilihan ni, anda boleh memilih yang baik atau yang buruk, yang jernih atau yang keruh dan yang positif atau yang negatif.

Anita Sarawak telah memilih untuk menjadi orang yang positif. Lihat saja pada dirinya.

Dia buat pilihan tu tanpa perlu mempertimbangkan pilihan lain. Dia tak terfikir langsung pun yang negatif! Dia sentiasa ingatkan dirinya sendiri supaya bersemangat, ceria dan optmistik.

Dia tak sibuk-sibuk pasal orang lain dan tak pernah bersangka buruk dengan orang lain. Yang ganjilnya, perkataan malas bagaikan tak wujud langsung dalam kamus hidupnya. Dia terus bekerja walaupun umurnya dah 55 tahun yang pada saya patut berehat saja.

She is a living proof that positive thinking always work. We Become What We Think All The Time.

Tak kira apa jua yang kita fikirkan, ia akan membentuk diri kita dan kita akan berada dalam situasi yang kita fikirkan. Fikiran postif akan menarik situasi-situasi positif dan orang-orang yang positif. Fikiran ceria akan menarik situasi-situasi ceria dan orang-orang yang ceria.

Yang syoknya... fikir pasal duit yang banyak, dan fikiran pasal duit yang banyak tu akan menarik situasi-situasi yang membuatkan anda menerima duit yang banyak.

Dalam masa yang sama, fikiran sebegitu juga akan menarik orang-orang yang banyak duit kepada anda. Jadi, jangan heran kalau berlaku "kebetulan".

Ia bukan kebetulan, tetapi kuasa minda telah menjumpakan diri anda dengan situasi tersebut.

Jadi, dengan itu Anda akan terkena aura orang-orang yang banyak duit lalu secara tak langsung mempengaruhi minda Anda. Lantas, anda rasa terpengaruh dengan semangat mereka yang Anda lihat, kecerdikan mereka dan kerajinan mereka sehingga mampu jadi orang yang banyak duit.

Lantas, kesan daripada itu anda bekerja keras untuk menjadi seperti mereka. Anda juga mahu jadi orang yang banyak duit. See the difference?

Anda ragu dengan kata-kata saya? Hmmm.. sebab itulah fikiran positif Anda TAKKAN BERKESAN. Sebabnya?

Anda ragu. Keraguan yang terbit dalam hati dan kerisauan yang ada di minda akan membuat anda berada di dalam situasi yang meragukan.

Fikiran positif takkan menjadi jika anda ragu akan hasilnya. Kenapa perlu takut ia tak menjadi? Takut GAGAL?

Biarkan saja. Let it go.  Jika Anda ragu, apa yang anda ragukan tu la yang akan muncul. Jika anda takut GAGAL, apa yang anda takutkan tu la yang akan muncul.

Selalu awasi fikiran anda. Awasi kata-kata yang lahir dari hati anda.

Di sini saya ingin berkongsi rahsia yang dah lama saya amalkan sejak tahun 2004 lagi. Dengar baik-baik kata-kata saya...

Bila bangun di waktu pagi, ucapkan terima kasih dan rasa syukur kerana Anda ada peluang untuk meneruskan kehidupan. Ucapkan syukur kerana anda masih boleh bernafas dan anda ada peluang untuk menjalankan aktiviti rutin anda pada hari ini.

Selepas itu, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 3 kali.

Kemudian terbitkan rasa kagum anda. Biar ia terbit dengan sendiri. Kalau tak, belajar untuk terbitkan rasa kagum. Kepada siapa? Ah ha.. di sinilah rahsianya yang sebenar..

Fikirkan 3 orang yang anda minat dan yang anda kagumi. Siapa-siapa saja. Dr Mahathir, Pak Lah mahupun Cikgu Amir, Yusry KRU atau Irfan Khairi. Sesiapa saja! Fikirkan tentang setiap satu daripada mereka.

Fokuskan pada apa yang telah mereka capai, siapa mereka dan kejayaan mereka. Puji setiap satu daripada orang yang anda kagumi ni dalam hati. Kalau boleh, lafazkan pujian Anda.

Bila Anda amalkan setiap hari cara ni, ia mampu membangkitkan pemikiran positif dalam diri anda dan membuatkan anda melihat aspek-aspek positif dalam diri siapa jua yang anda fikirkan. I would suggest You to try it.

Jangan persoalkan, kerana bila Anda mempersoalkannya walaupun sedikit, fikiran positif yang cuba Anda bina takkan memberi hasil.

 

 

"You see, in life, lots of people know what to do, but few people actually do what they know. Knowing is not enough! You must take action." Anthony Robbins

Kemaskan Penampilan Kita

Bagi anda yang bekerja di pejabat, bagaimana rasanya bila mula mengenakan pakaian formal di waktu awal pagi?

Mesti bangga nak nampak segak bila keluar dari rumah. Bila dah sampai ke tempat kerja pulak, rasa macam ada mata yang memandang dan ada bibir yang tersenyum melihat kesegakan anda. Makin bersemangat dan makin bermotivasi jadinya. Kebanyakan warga korporat yang saya lihat nampak bangga bila mereka mengenakan pakaian formal. Ia melambangkan professionalisma mereka dan tanggapan orang lain terhadap mereka juga tinggi. Justeru, ini menyumbang kepada produktiviti kerja mereka. Ia tak sama bagi semua orang. Lain orang, lain peelnya dan lain juga pemikirannya. Tapi, cemana pula dengan yang bekerja sendiri? Kalau yang bekerja sebagai kontraktor atau shop owner, pakaian dia ikut suka hati dia la nak pakai apa... hehe.. ayat power sikit, dia tiada bos dan tiada punch card. Jadi, tiada siapa yang melarang dia nak pakai baju kaler apa dan seluar stail apa. Itu kalau yang offline. Kalau yang online cemana pulak agaknya? Terus terang, walaupun saya bekerja sendiri dari bilik tidur, pemakaian saya sentiasa bersih dan kemas. Saya tak la pakai seluar pendek saja dalam rumah atau tak pakai baju langsung walaupun sebenarnya saya hanya di dalam bilik tidur dan tak perlu keluar rumah (melainkan nak isi perut bila nak jimat masa) untuk bekerja. Saya tetap mengenakan seluar slack dan kemeja. Kalau bukan kemeja, tshirt long sleeve. Mengapa? sebab saya mahu terapkan disiplin kerja dalam diri dan memperingatkan diri saya bahawa saya berada di dalam waktu kerja. Walaupun saya ada pilihan nak pakai jersi Arsenal dan apa saja kaler baju yang saya mahu dan seluar pendek sependek mana yang saya mahu,tapi... sedar atau tidak, pemakaian mempengaruhi gelombang minda saya dan Anda juga. Jika anda mahu bermotivasi dan mahu rasa bersemangat sepanjang hari, pakai baju yang kemas dan kaler terang macam hijau, kuning atau oren. Ta kira jenis apa, baju kurung, tshirt atau baju kmeja, cuba kenakan kaler terang untuk satu hari saja. Nak test cemana. Anda akan rasa gembira dan semangat pun meninggi. Sebab, secara logiknya warna tu mempengaruhi minda anda supaya menjadi aktif secara tak langsung. Lantas, minda pula terus mempengaruhi badan anda supaya jadi aktif dan produktif, gembira sepanjang hari serta dalam mood yang "resourceful". Tak caya? Cubalah.. Saya dah pernah diketawakan sebab bangun awal, pakai baju long sleeve dan seluar slack hitam untuk bekerja di rumah. Diorang sindir saya, lepas tu saya pula ditanya kenapa saya tak bangun lambat sikit, pakai seluar pendek dan tshirt saja? Kan lebih santai? Saya dah kata awak-awal tadi, lain orang lain peelnya. Itu orang. Ini diri saya. Terpulang pada mentaliti masing-masing. Saya hanya mahu be professional ketika bekerja dan bukannya bersantai macam kat tepi pantai. Saya ada jadual kerja 9-5 sendiri. Saya mahu bersaing dengan warga korporat yang lain dari segi professionalisma dan disiplin kerja. Jadi, point di sini, untuk jadi lebih bermotivasi, latih diri anda untuk berpakaian kemas dan bersih, tidak kira apa juga bidang kerja anda. Adakah anda rasa bersemangat jika pakaian anda berserabai dan nampak kusut?

Kuasa Minda?

Asmkm dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog saya.

Kali ni ceritanya lain sikit. Saya telah ditanya oleh seorang kawan yang dah lama saya kenali sejak dari Uitm lagi. Dia tanya saya soalan ganjil camni.. "Chepoi, macamana kau jaga kesihatan? Tak pernah aku tengok kau ni sakit, demam ke, muntah-muntah ka.. apa kau punya rahsia? Huii, kalau aku.. kena ujan satu titik pun demam 3 hari!." Saya tersenyum. Saya katakan padanya.. "Ni semua kerja minda. Kau tu dengar dari dulu lagi bila orang kena ujan, terus sakit, demam-demam dan selesma, belum masuk batuk-batuk. Mula dari situ kau terus percaya yang asal ja kau kena' ujan, terus sakit. Sebab tu sekarang, asal ja kena air ujan setitik kau sakit sebab minda kau percaya begitu dan sakit tu jadi real la." Dia terlopong dengar penerangan saya. Dahinya berkertu dan matanya membuat seakan tidak percaya. Lalu saya katakan lagi.. " Kau bagitau minda kau, orang yang kene ujan ni ndak semestinya sakit terus" Saya yakinkannya untuk berkata begini dalam hati: "Ala.. mana ada orang yang kena ujan mesti sakit, ndak ada kena mengena pun, mengada-ngada ja tu." Lepas tu, beberapa hari kemudian, dah nampak kesan. Dia sangat gembira! Point di sini, kita adalah apa yang kita fikirkan. Setiap masa , kita mempunyai pilihan untuk jadi apa yang kita mahu. Pilih, sama ada anda mahu jadi orang yang sentiasa sihat, atau orang yang susah hati bila ujan turun! Fokuskan fikiran pada pilihan anda. Jika anda ragu, ia takkan berkesan. Hmm... teringat saya zaman kecik-keik dulu.. paling suka main bola time ujan turun.. banyak score!