10 Tips Mengurangkan Tekanan dan Kebingungan

Kali ini saya akan membincangkan mengenai cara mengurangkan tekanan. Setiap orang menghadapi tekanan, cuma dalam level yang berbeza. Anda bingung dan tak tahu nak buat apa? Atasinya dengan 10 tips ni. 1) Biasakan Diri Berada Dalam Keadaan Berwuduk Jiwa kita akan jadi lebih tenang jika kita biasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Jika anda seorang pelajar, saya sarankan agar biasakan diri berwuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati. 2) Banyak Membaca Al-Quran Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. 3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadah kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. 4) Selalu Berdoa Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 5) Bersangka Baik Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah mengaanggap semua itu hanya sementara, tiada ujian yang aan kekal. Bersangka baik dengan Allah dan jangan menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu. 6) Lakukan Kegiatan Luar - Bersukan dan Beriadah Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. 7) Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. 8) Menangis Dengan Sepuas Hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu atas sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka tu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya tuhan yang tahu. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 9) Hargai Kebolehan Diri Sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 10) Cintai Diri Sendiri "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja dan tekanan perasaan bukanlah satu beban yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan perasaan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan, step by step.  

Favourite quotes

"Beliefs have the power to create and the power to destroy. Human beings have the awesome ability to take any experience of their lives and create a meaning that disempowers them or one that can literally save their lives."

 

"For changes to be of any true value, they've got to be lasting and consistent."

 

"How am I going to live today in order to create the tomorrow I'm committed to?"

 

"I challenge You to make your life a masterpiece. I challenge You to join the ranks of those people who live what they teach, who walk their talk."

 

"I've come to believe that all my past failure and frustration were actually laying the foundation for the understandings that have created the new level of living I now enjoy."

 

"If You want to be successful, find someone who has achieved the results You want and copy what they do and you'll achieve the same results."

Cabar Diri Untuk Berjaya!

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa step untuk mencabar diri sendiri bagi mencapai kejayaan.

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.

Tetapi jangan pula selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.

Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan.

Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya. Ini adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

 

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Dream BIG! Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran tu.

Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan.

 

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain.

Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajar dari mereka . Buka mulut dan bertanya.

 

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan.

Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi.

Bandinglah diri dengan mereka yang lebih berjaya, yang menjadi jutawan, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

 

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Soalan-soalan iniakan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?

Bagaimana aku nak tingkatkan pendapatan aku bulan depan?

Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar?

Di mana nak dapatkan ilmu untuk maju dalam bidang ini?

Siapa yang boleh bantu aku?

 

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.

Tujuannya bukan untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri.

Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita. Untuk itu, saya telah mencabar diri sendiri untuk meletak 3 artikel sehari dalam blog ini bermula minggu depan.

Ini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan bertukar-tukar fikiran di ruang komen. Saya mengucapakan berbanyak terima kasih pada anda yang rajin menjenguk blog saya. Jadi, saya update artikel setiap hari sebagai tanda terima kasih saya.

Bagaimana Bangkit Dari Masalah - 7 Langkah

Bagaimana caranya nak bangkit dari masalah dalam bisnes ? gunakan 7 langkah yang saya syorkan ni..

1. Banyak membaca

2. Jangan lari dari masalah. Hadapinya dengan tenang dan berhemah

3. Selesaikan masalah yang kecil dulu. Kemudian baru dituruti yang besar, step-by-step.

4. Tulis segala masalah yang anda hadapi di atas kertas.

5. Banyak hutang? Senaraikan semua hutang anda dan sesiapa yang pernah berhutang dengan anda. Jangan malu untuk meminta semula wang anda.

Minta pihak yang berhutang membayar semula hutang mereka. Walaupun tak banyak tapi membantu meringankan beban waktu terdesak.

 

6. Apabila anda sedang mengalami kejatuhan atau sedang di landa masalah maha hebat, buat apa saja yang terbaik untuk gembirakan hati.

Cari .. aa, apa nama (stail Dr M) kekuatan dalam diri anda. Cari kawan untuk meluahkan masalah. Walaupun dia buat-buat tak dengar, luahkan saja.

Jangan pula lari daripada kawan atau mengelak, kononya malu. Waktu inilah anda tahu siapa kawan sebenar dan siapa lawan. Mungkin mereka boleh membantu anda.

 

7. Jika masalah bisnes yang sedang anda hadapi itu boleh di atasi sedikit demi sedikit, anda akan menjadi lebih yakin dan menjadi pakar dalam bidang atau bisnes yang anda ceburi itu.

Jangan anggap semuanya mudah. Buat sendiri semuanya dari sekecil-kecil tugas.

Kerana dari situ, anda akan dapat belajar. Jika anda sentiasa memandang remeh kerja yang diterima dan memperlekehkannya, sampai bila-bila pun anda takkan dapat belajar benda baru.

 

 

Attitude, Ilmu Dan Skill Yang Dipelajari Dari Pengalaman Itulah Yang Menjadi Bekal Ke Mana Sahaja Anda Pergi.

Apabila masalah yang anda hadapi sudah selesai dan anda sudah agak stabil, ingat 3 panduan ini :

1. Tumpukan perhatian. Apa saja perniagaan yang anda ingin ceburi atau yang ingin anda mulakan sendiri, paling penting ialah FOKUS.

2. Sasarkan Matlamat - Had masa. Sasarkan tahap pencapaian mengikut jangka waktu yang spesifik. Misalnya dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya, tetapkan apa yang harus dicapai.

3. Lakukan Apa Yang Anda Tahu. Jangan bazirkan masa dengan belajar benda yang anda tak tahu dan tak mahir lansung, kalau ia tak berapa penting untuk perkembangan bisnes anda .

Lebih baik, anda mahirkan diri dengan semua yang anda tahu. Asah skill anda sehabis baik. Bila ini berlaku, anda akan menjadi semakin hebat kesan daripada itu.

4. Segera buat keputusan . Jangan termanggu-manggu, bertangguh atau nak tunggu dulu, ia akan terbiar hingga merebak dan membesar, parah jadinya! Seperti juga kanser, lagi dibiar, lagi merebak!

5. Cepat dan berani bertindak. kalau anda merasa takut apa yang anda lakukan itu tak berhasil, hilangkannya dengan BERANIKAN diri.

Be Bold.

Ingin pelbagaikan bisnes? Jika yakin boleh mengawalnya, teruskan, Tapi kalau masih was-was, lupakan saja. FOKUS pada bisnes anda sekarang!

Bangkit Dari Kegagalan.

Saya perkenalkan Anda dengan Najmil. Dia juga dikenali sebagai "Jemei". Nama sebenarnya Najmil Faiz Mohammad Aris, anak kelahiran Ipoh dan membesar di Pasir Mas, Kelantan. Ni dia..

Media_httpbp0bloggerc_pcmmd
Najmil merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang telah berjaya membuat pembentangan di Parlimen Britain. Kertas kerja yang dibentangkannya mengenai teknologi Nano dalam bidang pembuatan dan dihadiri oleh semua ahli parlimen Britain. Saya ceritakan serba sedikit mengenai dirinya. Dia telah gagal dalam SPM dan hanya mendapat pangkat 3. Setelah bekerja selama beberapa tahun, dia menggunakan wang yang di simpan dan wang pinjaman bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke Leeds Metropolitan University mengambil jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan.
Di sana selama dua tahun dia berhempas pulas, menggunakan segala kemudahan Universiti selain memanfaatkan setiap saat untuk belajar. Dia banyak menghabiskan masa di perpustakaan bukan sahaja untuk belajar tetapi untuk mandi dan menukar pakaian sebelum menghadiri kelas selepas habis kerja.  
Dia buat segala jenis kerja untuk menyara hidup. Tanpa apa-apa bantuan kewangan, dia terpaksa bekerja sehingga 3 syif sehari dan tidak menjadikan musim sejuk sebagai alasan untuk cari duit walaupun kadangkala duit yang ada tak cukup makan.
Dia meraih beberapa anugerah, seperti Anugerah Pencapaian Akademik Terbilang, Anugerah Pencapaian Akademik Gemilang, Anugerah Tokoh Unggul UMNO Malaysia, Anugerah Personaliti Kelab Bitara UMNO Luar Negara, Anugerah Duta Kelab UMNo Luar Negara dan telah dinobatkan sebagai
antara pelajar pintar di Asia oleh Utusan Malaysia.
Media_httpbp2bloggerc_crufc
Kejayaan yang diraihnya bukan datang bergolek. Dia bukan bertuah, tetapi berusaha sehabis daya dengan kudrat yang ada untuk mencapai matlamatnya.
 
 
 
 
Dia Mengorbankan Usia Muda Dan Keseronokan Demi Mencapai Kejayaan.
Dia mengikat perut dan sanggup jalan kaki untuk kemana-mana dan tidak pernah menggunakan pengangkutan awam bagi menjimatkan perbelanjaan. Dia sentiasa mengingat kegagalan dulu sebagai "kaunselor" yang sentiasa mendampinginya dan menyedarkannya apabila dia lalai dan tersasar dari matlamat.
Di sana juga dia bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari pada waktu rehat dan kerja sebelum kuliah petang.Apa saja jenis kerja dilakukan olehnya, termasuk mencuci longkang, menghantar surat, mencuci tandas, membersihkan pejabat, mencuci bangunan dan angkat barang semata-mata nak menampung kos pengajian dan sewa bilik yang mahal.
 
Bagi saya, dia seorang yang amat tekun, rajin dan komited.Kegagalan tidak semestinya membuat sesiapa berhenti berusaha mengubah nasib. Kejayaan boleh dicapai selagi kita tak berputus asa.
 
 

Sedia Untuk Berubah..

Asmkm.. apa khabar? bersua lagi kita..

Kali ini saya berkata tentang perubahan diri. Sedar atau tidak, setiap masa kita berubah seiring dengan masa dan perubahan keadaan. Untuk apa kita berubah? Sebab, perubahan adalah asas bagi Anda untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang. Ramai motivator lain menitiberatkan tentang pentingnya berfikiran positif. Tapi, hanya berfikir positif saja tak cukup dan tak berapa menjadi sebenarnya! Anda dan saya ada impian masing-masing. Saya percaya bahawa dalam hidup ni kita mahu menjadi seorang yang special dan lain dari yang lain. Kita mengimpikan rumah yang besar, kereta idaman yang besar dan pasangan hidup ( yang besar? .. owh ChEpOi, awak bergurau!) . Tapi, ramai orang melupakan impian mereka bila berhadapan dengan cabaran. Ya, cabaran hebat yang membuatkan mereka give-up, tak nak berusaha lagi dan lost control. Last-last, impian hanyalah satu impian. Kata mereka.. "Biarlah saya tak dapat rumah besar, rumah sekarang yang ni pun dah cukup" "Biarlah saya tak dapat pakai BMW, kereta Proton Saga ni pun dah ok".. "Biarlah saya tak jadi jutawan, cukupla dengan gaji yang sedia ada. Buat apa nak susah-susah, semua dah cukup" Maknanya anda tak mahu berubah. Anda terlupa, bahawa anda dan saya boleh merubah semua ini dengan mula merubah mindset kita. Inilah dia kuasa yang saya katakan tadi. Jadi, kalau Anda lupa, menjadi tugas saya untuk memperingatkan Anda. Dalam diri anda dan saya, kuasa ni memang wujud. Bangunkan ia dna gunakan untuk mencipta keajaiban diri. Serap tabiat berfikiran positif sebagai asas.  Bersangka Baiklah Dengan Semua Orang Dalam Apa Jua Keadaan.    
Katakan pada diri, walau apa jua yang berlaku, anda tetap mahu mencapai matlamat anda. Tuliskan ia setiap hari atau lafazkan dengan kuat bila anda berseorangan.
Kenali diri anda terlebih dahulu, kekurangan dan kelebihannya lalu manipulasikan kuasa minda untuk mencapai apa saja yang Anda mahu. Sudah tentu, semua bermula dengan fikiran positif. Tapi, seperti tadi, itu masih belum cukup untuk mula merubah hidup anda. Anda mesti ada strategi, satu langkah perancangan step-by-step untuk merubah cara anda berfikir dan sebagai "skrip" untuk mencapai matlamat anda. Jika anda merasa tidak puas hati dengan hdup anda sekarang, mulakan perubahan. Jika anda sedang dalam proses perubahan, buat penilaian. Adakah matlamat anda masih jauh? Nilai semula "skrip" anda. Sediakan backup-plan, Plan A dan Plan B, dan senaraikan apa lagi strategi yang dirasakan perlu untuk mencapai matlamat tu. Bertindak. Kalau masih tak menjadi, ubah strategi. Cuba lagi.. Jika masih juga tak menjadi, nilai semula strategi itu. Adaptasi cara yang baru dan mulakan strategi baru. Sedia untuk berubah dari semasa ke semasa. Bagi saya sebagai seorang usahawan, matlamat saya adalah untuk mencapai target kewangan yang saya mahukan. Oleh itu, saya akan guna beberapa strategi yang telah saya rancang dan beberapa cara promosi supaya produk saya laku dan untung pun masyuk. Strategi saya berbeza dan sering berubah-ubah mengikut trend pasaran dan permintaan. Jika anda seorang pelajar, matlamat Anda adalah untuk skor di dalam peperiksaan dan mencapai keputusan cemerlang. Oleh itu, gunakan apa saja teknik belajar supaya Anda boleh menyekor dalam setiap ujian, dan setiap peperiksaan semester. Teknik belajar tu la yang saya namakan strategi. Jika anda seorang pekerja, tetapkan matlamat untuk mencapai tahap kewangan yang anda mahukan atau jawatan yang Anda mahu pegang 3 tahun dari sekarang. Selepas itu, dengan suasana santai, senaraikan apa jua cara halal yang anda rasa boleh diguna untuk mencapai matlamat itu, (Bodek bos? ermmp, lupakan saja jika itu salah satu strategi Anda).. mungkin dengan menjaga disiplin diri, menitikberatkan kekemasan kerja dan be profesional setiap masa. Jadi, untuk menggenggam kejayaan, sedia untuk berubah bila-bila masa, di mana jua. Untuk berubah, anda perlu setkan minda untuk sedia berubah. Lihat pada kejayaan orang lain. Tidakkah anda mahu jadi seperti mereka? Mulalah merubah diri anda, kerjaya anda dan kewangan anda anda hari ini juga.

Life - A Daring Adventure, Or Nothing

Hmm.. apa pendapat Anda bila baca ayat di atas?

Bagi saya sememangnya hidup kita adalah satu 'adventure'. Ramai orang berkata hidup akan jadi hambar kiranya tiada apa yang mencabar diri kita.

Adakah Anda bersetuju dengan pernyataan ini? Saya teringat ayat yang menjadi tajuk artikel saya kali ni bila membaca buku Dare To Fail tulisan Billi Lim.

Jika diamati, hidup kita ni adalah satu adventure. Tanpa advanture, ia takkan ada apa-apa yang pahit, yang manis atau yang menggembirakan.

Masing-masing kita ada 'adventure' sendiri. Hidup ni adalah satu perjalanan.

Apa saja matlamat yang anda tetapkan, bila anda berusaha ke arahnya, adalah satu perjalanan.

Matlamat bila anda letak sebagai target yang hendak dicapai, ia akan menjadi satu destinasi dan menjadi 'adventure' bagi diri anda.

Destinasinya? Anda tentukan sendiri. Pilih matlamat anda, misalnya, sama ada mahu jadi :

- Cikgu - Peguam - Usahawan - Jutawan internet? ... bahkan apa saja!

Sama ada anda sedar atau tidak, kita telah dilengkapkan dengan 'tools' untuk mengharungi adventure kita dalam apa jua bentuknya. Anda hanya perlu tahu cara untuk menggunakan 'tools' dengan seefektif yang mungkin.

'Tools' ni ada pada semua orang, termasuk Anda dan saya. Apa dia?

'Tools' Merupakan Semua Anggota Badan Kita, Intuisi, Daya Fikir Dan Memori Di Minda Kita.

Ia menjadi lebih efektif jika selalui digunakan. Contohnya, minda.

Minda akan bertambah kuat jika kita banyak berfikir dan banyak melakukan aktiviti intelektual (seperti membaca, menulis, menelaah, membuat kajian) sebanyak yang mungkin.

Minda jika digunakan untuk menyelesaikan masalah, maka kekuatannya akan bertambah. Masalah tu pula wujud dalam 'adventure' yang kita lalui dalam usaha mencapai matlamat kita.

Lihat pada seorang atlit, semakin rajin dia berlatih, otot-ototnya juga jadi semakin kuat, mengembang dan menonjol. Ini dilakukannya sebagai persediaan bagi menghadapi 'adventure' dalam hidupnya sebagai seorang atlit.

Adventure bagi dirinya adalah pertandingan sukan. Mungkin dia mahu jadi pemenang, atau mahu mengalahkan juara yang lepas.

Bagi seorang student, adventure dirinya pula ialah ketika hendak mencapai pointer yang dia mahukan di setiap semester. Disitulah dia akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, onak dan duri atau perangai yang ntah-hape-ape-ntah (pinjam word dari Ujang).

Semua cabaran ini membuatkan dirinya tertekan, sakit hati dan nak give-up. Itulah adventure bagi seorang pelajar. Cara dia handle 'adventure' tu akan menentukan sama ada dia boleh survive atau tewas pada cabaran.

Realitinya, hidup kita akan jadi bosan tanpa 'adventure'. Ramai orang sukakan aktivit lasak, mencabar dan sengit ala-ala Explorace dan Amazing Race.

Tetapi, tanpa disedari, saya dan Anda selalu kalah kepada "adventure' yang sedia ada dalam diri sendiri. Nak tau apa dia? Emosi.

Emosi merupakan satu 'adventure' yang tak ramai orang sedar dan tak ramai orang nampak. Ia satu 'adventure' di mana hanya yang kuat saja akan dapat mengharunginya.

Lelaki, segagah manapun, jika kalah pada emosi, turun la machonya! Wanita, emosi adalah teman rapatnya. Seringkali kalah pada emosi.

Untuk menghadapi apa jua cabaran dalam hidup, kawalan emosi amat penting. Emosilah yang akan membantu anda membuat keputusan, sama ada bijak ataupun yang kurang bijak.

Attitude Positif, Skill Dan Knowledge Positif Akan Ikut Kemudiannya Bila Anda Bijak Mengawal Emosi Dalam Semua Keadaan.

Tengok di sekeliling kita. Orang akan buat keputusan melulu bila emosinya tak stabil.

Dia juga boleh buat 'kerja gila' bila emosinya dah tak terkawal dan bila dia dah hilang arah. Tak kira siapa dia, jika dalam keadaan begitu, menyesal tak berguna lagi.

Jadi, belajar untuk kawal emosi Anda. Belajar dan banyak membaca maklumat mengena Emotional Inteligence.

Selain itu, 'adventure' lebih bermakna kiranya kita berjaya mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.

Lebih Menggembirkan Kiranya Kejayaan Yang Telah Dicapai Dikongsi Dengan Ahli Keluarga Dan Orang Yang Anda Cintai.

Jadi, tulis matlamat Anda, tak kira apapun ia. Kalau boleh, tampal di mana saja yang Anda boleh lihat, atau tulis di atas buku nota kecil supaya senang dibaca di mana-mana, bila-bila masa.

Pedulikan komen, komplain dan kata-kata orang lain bila Anda berbuat begini atau bila diorang tahu matlamat diri Anda. People are always complaining, but they also always do nothing.

Ingat! kawalan emosi amat penting utuk mencipta kecemerlangan diri Anda. Bersangka baiklah setiap masa. Maafkan mereka, lupakan dan GO ON.

Bahkan, kata-kata itu akan memacu lagi semangat Anda supaya terus berusaha mencapai matlamat tersebut! Sekali lagi, Life Is A Daring Adventure Or Nothing!

Tulis matlamat Anda hari ini juga. Ia akan tersemat di minda dan minda pula akan mencipta situasi-situasi dan menemukan Anda dengan orang-orang yang boleh membantu Anda mencapai matlamat tersebut.

Tanpa matlamat, takkan ada adventure.

Tanpa adventure, takkan ada keseronokan hidup!