Anak-Anak Zaman Ini

Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat , masyhur, kaya , tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
1.Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
2.Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang 3.Memakai subang sebelah seperti anak haram negro 4.Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina 5.Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan. 6.Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya. 7.Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci. 8.Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut. 9.Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan. 10.Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan. 11.Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah . 12.Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu . WAHAI INSAN, WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK IBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT. Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.  

Larangan Merendahkan Orang Lain

WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.  Dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain; dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman.
Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya), maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat : 11)
Masyarakat gemilang adalah masyarakat yang dibimbing di bawah naungan al-Quran kerana agama Islam adalah agama yang inginkan umatnya hidup selamat, bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Dengan itu, Islam menganjurkan umatnya supaya mempunyai adab sopan yang tinggi dan saling menasihati antara sesama mereka, beramah mesra dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu ketenteraman awam sama ada dengan menabur fitnah, mengumpat, buruk sangka, menghina dan sebagainya.
Ini kerana setiap individu itu mempunyai kehormatan yang tidak boleh disentuh kerana kehormatannya itu merupakan sebahagian daripada kehormatan masyarakat.
Di antara perbuatan menghina dan mengaibkan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah seperti memanggil dengan gelaran yang buruk yang tidak disukai oleh seseorang, iaitu gelaran yang dirasakan menghina dan mengaibkan.
Sesungguhnya perbuatan menghina itu adalah menyeleweng daripada iman hingga menyebabkan seseorang itu jatuh kepada perbuatan fasiq, sedangkan fasiq adalah suatu bentuk kezaliman.
Perbuatan mengaibkan mana-mana warga masyarakat bererti mengaibkan diri sendiri, bahkan meruntuhkan keharmonian masyarakat dan menjadikan masyarakat hidup berpecah-belah dan berpuak-puak disebabkan masing-masing menanam prasangka buruk antara satu sama lain.
Sepatutnya dalam kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai atau kekurangan seseorang itu tidak boleh dijadikan ukuran, kerana neraca Allah s.w.t. sahaja yang layak mengangkat dan menjatuhkan seseorang itu. Oleh itu kita dilarang memburuk-burukkan serta menanam prasangka buruk terhadap orang lain.
Sebaiknya hendaklah sentiasa mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama Islam serta mengukuhkan kesatuan umat Islam seluruhnya.
Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, ia tentu akan menimbulkan kemesraan dan mengelak daripada berlakunya permusuhan dan perpecahan yang seterusnya akan menjadikan umat Islam sebagai umat yang berjaya.
Ketakwaan seorang hamba akan menjadikan seseorang m2anusia itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini, iaitu sebagai seorang khalifah yang diperintahkan untuk memakmurkan muka bumi, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan dan kejahatan.
Dia akan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya semata-mata mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Dia meyakini bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t. Justeru, selaku seorang Muslim janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri, mahupun suka mencari kesalahan, kecacatan dan keaiban orang lain. Sebaliknya jadilah orang yang sentiasa disenangi walau di manapun kita berada.
Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

What is your centre?

Media_httpwpliruskysk_gaqcg
Assalamualaikum and very good morning..

What is our centre?

Hidup kita mempunyai tujuan. Kita tahu secara tersirat, dan ia selalu berada difikiran kita membuat analisa apabila kita bercakap dengan diri sendiri (termenung atau bermuhasabah diri). Jadi apa tujuan hidup kita?

Mission statement (MS); Sbg org Islam MS kita ialah ucapan syahadah. Apa saja kita buat setiap masa, kita tidak boleh terkeluar dari MS kita. Personal Mission Statement (PMS) ialah perlembagaan utk diri kita sendiri, perlembagaan diri yg khusus seperti cth perlembagaan khusus utk sesebuah negara. PMS menentukan hala tuju hidup kita. Sbg muslim hala tuju hidup kita ialah Allah di akhirat. Kita hidup utk beribadat kepada Allah. Bila ini menjadi PMS kita, maka semua kita buat, kita buat dengan ikhlas, terbaik, bersungguh2 tanpa mengharap balasan dari manusia.

Pagi tadi aku tonton rancangan Oprah show, mereka tunjukkan kerja2 amal yg telah mereka lakukan di dalam masyarakat sekitar lalu mendapat tepukan gemuruh dari penonton di studio, dan peserta "kerja amal" masing2 meluahkan rasa terharu, rasa yg amat bagus, rasa cinta yg memenuhi kalbu sehingga mereka mengalirkan air mata, kerana dapat membantu org susah dikalangan mereka.

Cuba bygkan, kerja amal kita tidak mendapat pengiktirafan begitu? Malah, kita buat baik, org salah anggap pula, jadi sebaliknya. Apa yg kita rasa? Jika kita buat baik utk pengiktirafan dunia, kita akan rasa kebaikan kita sia2, kita rasa diri kita diambil kesempatan oleh org lain yg tak tau mengharagai, mencantas sedikit semangat kita utk buat baik lagi. Sebab itu Allah dan rasul ajar kita konsep Ehsan.

Ehsan adalah kita beribadat kepada Allah "seolah-olah" kita nampak Allah, sudah pasti kita tak nampak Allah. Tetapi kita yakin bhw Allah nampak kita selalu

Setiap detik, perbuatan kita ialah ibadat. Bila kita serah/niatkan kerja baik kita semata-mata utk Allah, maka kita yakinlah bhw pengiktirafan itu ada di akhirat kelak, pertimbangan Allah sgt tepat, dan di akhirat kelak kita akan dpt tepukan gemuruh dari semua manusia dan jin malah malaikat sekalipun. Jadi ada berani nak buat jahat? Jgn, Allah nampak! Mungkin kita mulia di dunia, tp di akhirat kita dikeji dengan kejian yg sekeji-kejinya.

 

PMS kita mesti di akhirat, bukan di dunia

Bila kita ada tujuan hidup yg tertulis di dalam PMS kita, jadi kita perlu merealisasikannya sebelum kita "kiok!", innalillahi....rajiuuunnn.. mati dah ang tak leh wat pa dah!.

Allah berikan kita "rezeki" di dunia iaitu segala material2 dunia yg boleh kita manipulasi dengan deria2 kita. Rezeki ini sudah ditetapkan kadarnya dan jumlahnya, tetapi berapa peratus yg dpt kita capai, mestilah melalui usaha diri sendiri. Takdir Allah telah tertulis pada hukum2 dunia (hukum fizik, biologi, matematik, kimia dll), material2 dunia (tanah, air, besi, graviti, bahan2 kimia, petroleum dll). Takdir ini tiakdak sapa dapat ubah kecuali Allah! Qada' Allah telah tertulis di dalam diri kita sendiri iaitu fisiologi kita (tenaga, anggota, otak) dan saikologi kita (IQ, EQ, akal, ruh (spiritual), pertimbangan ehsan) untuk kita ubah dan manipulasi material2 dunia yg telah ditakdirkan utk kegunaan hidup kita dan org lain seiring dengan PMS kita. Manusia tidak boleh ubah besi menjadi plastik, kita jugak tidak boleh ubah nilai graviti bumi dari 9.81m/s2 jadi 2m/s2 boleh terjun bangunan lapan belas tingkat rilek je hehe

Tetapi kita boleh ubah besi dan plastik jadi kereta, kita boleh lawan tarikan graviti bumi dengan penciptaan kapal terbang, ini kuasa Allah beri kat otak dan jasad kita. Sebab itu manusia sebaik2 kejadian. Boleh refer balik ke definisi Qada' dan Qadar, dan fahamkan betul2 kehendaknya.

Bila kita ada ruh dan jasad, aktiviti kita terbahagi kepada dua iaitu:

Circle of influence(COI) & Circle of concern(COC)

Kita mesti check dekat mana kita selalu habiskan masa dan tenaga pemberian Allah kepada kita ni sehari-hari. Ada byk benda sehari-hari kita beri perhatian cam kesihatan kita, ekonomi kita, anak2 kita, probs keje, politik negara, filem pendek penghinaan Islam, american idol, perang di iraq dan sebagainya. Ini semua element2 yg kita beri perhatian yg kita panggil aktiviti di dalam circle of concern. Tapi dlm byk2 benda yg kita ambik pot atau yg kita concern (concern ni apa kut BM? lemah betullah aku argh!) ada sesetengah benda kita yg kita boleh buat sesuatu padanya, jadi kita kelaskan elemen2 ni di dalam lingkaran yg lebih kecik iaitu circle of influence.

Sbg seorang yg proaktif, kita mesti selalu berada di dalam COI. Kita cuma habiskan masa dan tenaga pada elemen yg kita boleh lakukan sesuatu, yg kita boleh ubah, yg kita boleh kontrol.

Org yg reaktif pula selalu berada di sekitar COC, selalu org yg reaktif ni sejenis makhluk yg pemalas. Dia suka campuri urusan yg diluar kawalan dia, supaya dia tak perlu buat apa2 sbb mg takleh buat apa2 pun, tp dia senang lenang buleh tunjuk concern dia. Jadi, dia akan suka tgk kelemahan org, agar dia dpt tuduh org tak buat keje. Bila time dia terbukti takleh wat keje, Dia akan salahkan keadaan, tp dia malas utk buat apa yg dia buleh buat. spesis ini juge dlm ofis dikenali sbg "taichi master".

Selagi kita duk fokus tenaga kita pada COC, kita takkan capai apa2. risaunya perang kat iraq, marahnya kat mamat belanda jahat tu, apa la engko ni malas sgt malas aku nak kwn ngn ko, ish projek bakun ni apa ni merugikan rakyat. ini semua out of our control, forget it! Tumpukan tenaga pada COI kita, ubah paradigma diri, jaga akhlak, beri sumbangan semampu boleh, kerja rajin2, bina famili yg kukuh. takpayah amik pot salah org, nasihat je cukup, tp perlu amik berat kesalahan sendiri. kegagalan nasihatkan org buat salah adalah kesalahan sendiri. kegagalan utk ubah perangai isteri adalah kesalahan sendiri. bila paradigma kita sebegini, insyaAllah, kita berada di landasan yg betul.

Ketika rakyat2 india duk kutuk polisi US, mahatma gandhi senyap2 berjalan dr kg ke kg melalui denai padi utk cari pengaruh sikit demi sedikit, dan dari situ setelah COI dia semakin besar dan kuat. Dia telah mengepalai India utk menentang polisi barat di sana dan dia berjaya.

Kita sembang lebat pasai politik kutuk gomen tp usaha di COI sendiri tarak, tak guna!

Bila kita tumpukan tenaga dan masa kita dalam COI, akan ada satu titik yg urusan dan pemikiran kite berlegar2 disekelilingnya. Titik ini di panggil pusat COI kita, bukan pusat kat perut tu, tp pusat pemikiran, tenaga, sailokogi, bykla aku punya sailokogi, saikologi, taip pun dah tak betul aku rasa aku dah lapar betul2 ni.. aku kena makan dulu.. nanti aku sambung balik dan aku huraikan kepentingan "center" kita, moga2 dapat manfaat..

 

 

Lagu Duet PTPTN

Media_httpstaticflick_ptxgi
LAGU: PULANGKAN..(Lagu PTPTN)
(Ex-Student) Sedikit bunga yang menggoda Sekadar dipandang usah dibayar Kau pasti tak percaya Duitku bukan untukmu sayang (Pegawai PTPTN) Tiada kusangka kau sungguh kejam Kau peramkan hutang yang kau pinjam Namun takkan bahgia kehidupanmu Bila engkau berkonvo Kau milikku Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN) Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex- Student) Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku- (Pegawai PTPTN) Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student) Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN) Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex- Student) (Pegawai PTPTN) Tiada kemaafan di sini Kau hutang tanpa bayar sesen lagi Akan kujejakimu ke mana jua Hingga akhir masa heeeee... P/S: lagu ini haruslah dihafal oleh sume pemegang saham2 ptptn.. kita akan bakal menyanyi kn nya kelak.. insyaAllah.. hhehe apa kata pagi ni kita ringankan skit kepala tu.. :p lawak pagi isnin..hehe  

Tips Cinta Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman. 3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur . 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. 7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi. 10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman bekas suami 13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. * Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. Selamat mencuba bagi yg x pernah praktik kan tu..kalau yg dah mmg sedang praktik kan tu teruskan dan semoga ikatan suami isteri akan lebih manis lagi...insyallah....kekal bahagia ke usia tua... Wallahua'lam

How Big Money Take Role In Our Life

I love to discuss about this topic. Yes, about MONEY. Why money so important? Is that true because of money people divorce? Is that true because of money brother sister argue? Is that true because of money people killing each other? Is that true because of money we can’t sent our children to college? Is that true because of money kids sent their parent to old folks house? The major answer is “YES”…. But suprise most people doing nothing about it, ya! Most people just leave it to fate. I would says those people who live with their fate are actually damn lazy, and never think about their love one. Once upon a time, my dad was involved in car crash, he was injured badly. I tought I can get help from my uncle to sent my dad to specialist for fast treatment, but I’m failed. I failed him. And it is because of money I didn’t managed to help him. Nothing much I can do, I was 17 that time. But I promise myself, money not going to be problem anymore. That’s promise from daughter to a mother. Guy, if today I really can show you a genuine way how to make money, will you call me? You can reach me at 013-2976 396 or 013-4308 896, and those who stay in Kuala Lumpur, we can met up. Aim BIG GOAL, achieve BIG MONEY, ($80.00 - $ 300.00 per-day) not a problem REMINDER: This is not share market business okey.

Rahsia Diri

Memicit atau memegang hidung Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan. Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai. 
Meletak tangan pada bahu kawan Suka ikut kepala sendiri Pentingkan diri sendiri Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat  Bermain dgn tangannya Mempunyai tahap humor yang tinggi Pandai berjenaka Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati Jenis open minded   Mematahkan jari jemarinya Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja  Menggigit kuku Gugup dan gementar bila berbicara Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati  Memintal hujung rambut Suka berkhayal Sukar diperdayakan Keras kepala  Menongkat dagu Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya Suka mendengar masalah teman2 Setia dlm persahabatan  Suka letakkan tangan atas meja Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri Peramah Suka bergantung pada orang lain  Menggosok 2 telapak tangan Ramah dan berfikiran matang Suka berterusterang dan tidak suka ckap berbelit2 Muudah memahami perasaan org lain dan suka membantu  Memutar cincin Sangat menepati janji Berhati2 dlm tutur kata Gemar hidup yang teratur  

Kehebatan Surah Al-Ikhlas

Media_httpquranalisla_ajogc
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 1. Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa" 2. Allah adalah Tuhan, yang bergantung kepada Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan. 4. Dan tidak ada seorang pun / sesuatu pun yang setara dengan Dia Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
1. Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 2. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

3. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

4. Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 5. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. 6. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. 7. Untuk Mendapatkan kebaikan di dunia dan akherat Bacalah surat Al - Ikhlas setip hari sebagai amalan sehari - harinya. Insya Allah berkat surat Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. 8. Terhindar dari fitnah dan siksa kubur Bacalah surat Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang yang sakit itu lantas mati pada hari itu juga, maka insyAllah dia akan diselamatkan dari fitnah kubur    

14 Ciri Ideal Majikan Nilai Calon

Media_httpwwwsabahgov_ivski
Kita akan meninjau apakah persiapan majikan untuk memilih calon sesuai diambil sebagai pekerja, yang mana akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada organisasi mereka.
Percayalah, kadangkala mereka juga pening kepala untuk memilih calon ideal kerana pemohon mungkin terlalu ramai atau sedikit sehinggakan merumitkan pemilihan. Kerumitan ini semakin bertambah kerana kurangnya calon yang mereka anggap ideal. Jadi, untuk anda yang masih belum bekerja, mahu mencari pekerjaan lain atau kembali ke pasaran pekerjaan setelah lama “bersara”, tentukan bersiap sedia menghadapi cabaran ini. Oleh itu “tonjolkan diri anda” dari segala segi kerana ini akan membezakan anda dengan calon lain. Salah satu proses perancangan sumber manusia ialah sesebuah organisasi perlu mencari, mengenal pasti dan menarik perhatian calon berwibawa untuk diambil sebagai pekerja mereka. Pelbagai cara digunakan, antaranya melalui iklan, mencari dalam organisasi itu sendiri, agensi pekerjaan dan syarikat perundingan, minggu karier di sekolah dan di institusi pengajian tinggi (IPT), iklan web dan kadangkala rujukan pekerja mereka sendiri. Setelah itu, calon difikirkan sesuai akan dipanggil temu duga. Ini untuk memastikan calon layak dipilih memegang jawatan ditawarkan. Biasanya, anda disuruh melengkapkan borang permohonan pekerjaan yang memerlukan butiran diri, ada yang ringkas dan tidak kurang pula menyeluruh. Ada kalanya anda disuruh menjalani ujian kecerdasan, kemahiran mekanikal, bakat, ketangkasan, kecenderungan, kemampuan, perwatakan dan sebagainya. Ada pula organisasi menyediakan pusat penilaian bagi menguji calon dengan ujian simulasi, psikologi dan masalah realiti bisnes, biasanya untuk jawatan pengurus ke atas. Kadangkala serentak ujian itu, anda akan ditemu duga. Cara ini bukan 100% tepat tetapi majikan boleh menilai kemahiran komunikasi, mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman pekerjaan, pengetahuan dan perwatakan calon. Berbalik kepada ciri calon ideal, majikan akan meneliti dan membuat penilaian ketika proses pemilihan. Bagi graduan, ciri ini tidak asing lagi kerana sewaktu minggu induksi dan sepanjang masa di IPT, mereka telah didedahkan dan disuruh mempraktikkannya. Sebahagian ciri itu adalah seperti berikut: 1. Kreativiti - perintis, unik, asli dalam menghasilkan idea/proses yang boleh digunakan. 2. Perspektif global - berfikiran terbuka, menyesuaikan diri dengan budaya dan mengekalkan jati diri, peka dengan isu dan kesan globalisasi, berpengetahuan luas. 3. Kepimpinan - keupayaan mendorong, memotivasi individu dan kumpulan ke arah visi dan matlamat yang sama, menjadi sumber rujukan, komunikasi tepat dan hebat, tegas dan mementingkan pelaksanaan tugas dengan jaya. 4. Inisiatif - mengambil tindakan cepat dan berdikari, memberi usul, cadangan dan tidak perlu disuruh. 5. Yakin diri - yakin dengan kemampuan, idea dan tindakan diri. 6. Bekerja dalam kumpulan - keupayaan membina kumpulan mantap berorientasikan hasil, komited dengan matlamat organisasi, meningkatkan sinergi. 7. Inovatif - memberi pembaharuan terhadap idea sedia ada sebagai penambahbaik atau nilai tambah. 8. Analitikal - mengumpul informasi relevan secara sistematik dan menganalisis serta membuat rumusan, memahami kompleksiti, menggunakan logik dalam penyelesaian masalah. 9. Kemahiran penyampaian secara formal - mampu menyampaikan maklumat dengan efektif serta menggunakan peralatan audiovisual terkini, berinteraksi dengan pelbagai penonton dan mengawal sesi soal jawab dengan baik. 10. Pemikiran strategik - mengambil kira faktor dalaman dan luaran dalam penyelesaian masalah serta membuat keputusan, mengenal pasti strategi kritikal dan membawa pulangan tinggi, menggunakan informasi pasaran serta saingan dengan bijak. 11. Berketerampilan - sahsiah diri yang sopan dan menarik, ikhlas, menarik dari sudut intra dan interpersonal dan menghormati orang lain. 12. IQ+EQ+SQ tinggi dan seimbang. 13. Keusahawanan - keupayaan meneroka, membangunkan perniagaan dan berani ambil risiko. 14. Berkomunikasi dengan baik - penyampaian lisan dan penulisan jelas, yakin dan mudah difahami. Aplikasikan ciri di atas dalam kehidupan seharian, baik di tempat kerja mahupun di luar. Contohnya, dari segi kepimpinan, jika anda masih menuntut, latih diri dalam kepimpinan dengan baik - membuli, menghina, memperkecilkan pelajar lain, tidak menghormati orang lain dengan menjerit-jerit dan berkasar serta menggunakan bahasa kesat bukannya kepimpinan! Sumber Berita Harian  

Contoh skrip untuk table talk

[30 - 45 minit closing]:-

Ada 7 bahagian dalam table talk:

  1. Pengenalan perkenalkan diri.

  2. Tunjukkan statement income (anda/upline anda) Sekiranya anda gunakan statement income saya, guna ayat ini bagi mengelakkan prospek tanya anda “mana awak punya?” Kata begini; “Ni statement income yang pertama ditunjukkan pada saya. Encik Saiful ni baru join 3 bulan lebih awal dari saya... waktu dia start dulu dia tunjuk Cikgu Amir punya pasal dia baru start. Tapi selepas tu dia gantikan Cikgu Amir punya pasal income dia dah besar! Sekarang saya pulak yang baru. 3 bulan lagi InsyaAllah income saya pulak macam dia. Mudah mudahan kita sama sama ganti tempat dia pulak!!!

  3. Buka minda Business

    trend (refer kertas marketing plan) Mengapa perlu buat e commerce? Manusia terkaya di dunia – Bill Gates dari industri komputer & e-commerce. Ramai jutawan muda di bawah umur 40 tahun datangnya dari bidang e-commerce Larry Page 26 tahun dah kutip USD 3 billion dari website google.com Irfan Khairi, anak Malaysia jutawan di usia 25 tahun juga datang dari bidang e-commerce! Apa yang mereka dapat setelah join? – income hari hari PERBEZAAN antara e commerce & direct selling. Auto maintain Plan B

  4. Marketing plan System hydbrid Level semudah A+B+C ahli, beli 1 produk pakej, cari bisnes partner (jangan guna perkataan cari orang) Marketing plan Bronze ikut sistem & tak ikut sistem GBE xtra bonus LDB & CAR FUND beza pendapatan Bronze & Silver beza pendapatan Bronze & Platinum Potensi income Bronze, Silver, Platinum = RM 20K, 60K, 140K

  5. Tunjukkan tentang HOW & sistem 747

    Dalam industri ini, ramai yang gagal dalam bab ini. Ramai orang hanya menceritakan tentang why (kenapa) tapi tiada HOW (bagaimana)!!!

  6. Emosi (sentuh emosi dan saya panjangkan bab ini)

    Gunakan ayat –ayat yang menyentuh hati seperti: - Berapa anda bagi mak anda wang sebulan? - Bolehkah anda hantar ibu bapa menunaikan haji dalam masa 3 – 6 bulan dari sekarang sementara anda masih ada? - Apa akan jadi pada isteri dan anak anda jika anda mati dalam kemalangan? - Apa akan jadi sekiranya anda lumpuh?

    MY STORY... Selalunya saya bagi mak saya RM 50 sebulan, tu pun kadang kadang missed jugak! Kalau balik raya bukannya bagi mak duit, tapi mak pulak yang bagi duit kat kita, pasal balik KL dah tak de duit.... tapi sekarang dapatlah bagi sebulan RM 1000Nenek kat kampung dari saya belasan tahun dah hajat sangat nak pegi Mekah.... malangnya semua adik beradik mak saya perempuan... semua dah kahwin dan ikut suami masing masing. Semua tak mampu nak tolong.... tapi saya buat perniagaan ini 8 bulan jer dah dapat bayarkan dia & mak saya menunaikan haji.Saya tak nak kerja sampai umur saya 55 tahun. Dapat EPF pula, 2 tahun saja dah habis... lepas tu nak kena pegang senapang lagi... badan dah tak kuat!!Apa-apa yang berlaku pada saya, saya dah jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak, suami & ayah... pasal mereka boleh share harta saya... duit pun masuk tiap tiap hari dan isteri saya pewaris dalam perniagaan iniPergi kerja balik kerja katakanlah eksiden, Abang tak mati.... tapi abang lumpuh.... siapa yang nak bayar gaji Abang? Isteri merana, anak tersiksa nak menanggung kita... tapi adanya bisnes ini boleh tak kita upah 10 orang jaga kita tanpa perlu menyusahkan orang lain?

IMPIAN...

Bagi saya dapat 20K dah cukup.... boleh beli rumah harga RM1 juta... bayar bank RM10K... ada balance lagi RM10K, RM 2 K bayar BMW... ada balance RM8K..... beli Mercedes bayar baru RM3K ada balance lagi RM5K.... RM20K pun dah ada lifestyle!!!

Paling penting... saya tak de hutang. Tak ada beban kalau anak nak masuk universiti ke..... dapat hantar famili pergi Mekah.

Closing

  1. Apa yang anda perlu buat ialah hulur borang dan tanya: nak beli tujuh kedai ke Platinum? Atau terus tanya; “Di sini ada borang, tuan boleh isi nama, alamat, no telefon...” kemudian mintak prospek buat keputusan masa itu juga!RAMAI ORANG BERI PELUANG PROSPEK MEREKA BALIK FIKIR DULU! INI ADALAH KESALAHAN MAKSIMUM & PUNCA KEGAGALAN SEBENAR!!!!
  2. Tahap panas seseorang itu cuma 48 jam sahaja!!!Oleh itu sebelum prospek kata “balik fikir” saya akan kata “hari ni abang kena buat satu keputusan YES @ NO kerana saya anggap ini pertemuan pertama dan terakhir kita..... isi borang ni, lepas ni kita cerita bila dan pakej mana nak bayar!”HATI MESTI KERINGdalam hal closing, prospek anda mahu melihat kepimpinan anda kalau tak dia pun tak mahu join kalau anda lembik!!!EXTRA CLOSING
  3. Saya pun seperti anda pakai seluar dalam pecah kasut crocodile (koyak) ternganga lapar, beza antara saya dengan anda ialah saya join 3 bulan lebih awal!Create urgency!Jangan paksa dia masuk, buat dia TERPAKSA MASUK!!
  4. Biasanya kalau anda paksa, maka manusia ada ego mereka dan mereka akan menolak bulat bulat! Tapi sekiranya anda di atas, dia di bawah dan buat mereka yang perlukan kita, bukannya kita perlukan dia, maka ianya berhasil!!

Contoh:

U tak join tak pa, bisnis ni bukan utk saya.... saya dah join...!! bisnes ni untuk u... saya tak rugi sedikit pun kalau u tak join... tapia kalau u sanggup macama ni selamanya up to you...” Kalau mereka kata “balik fikir dulu...” Jawapan anda;

Kalau saya cakap pada abang... “bang..... ni lighter... bayar RM 1500 dapat lighter ni....” maka you are right kalau tak join!

Kalau saya cakap pada abang... “bang..... ni bom... mari jual bom, boleh buat duit....” maka you are right kalau tak join!

Kalau saya cakap pada abang... “bang..... ni dadah... kita jual....” maka you are right kalau tak join!

Kalau saya cakap pada abang... (pada masa ni hulur duit pada beliau..) ambil duit ni... ambillah... (di saat beliau nak ambik cepat cepat kita halang...!) Sori... abang tak boleh ambik pasal abang tak buat keputusan lagi! Saya anggap ini pertemuan pertama dan terakhir... abang nak saya buat presentasi lagi satu ke atau abang nak tanya saya apa apa soalan lagi? Bayar deposit dulu bang.... baru saya datang lagi sekali jumpa abang...>!

Tanya mereka dari golongan mana? Ada 4 jenis Abu dalam hidup rasulAllah.

  1. Abu Bakar As-Siddiq – Apabila RasulAllah kata marilah masuk islam.... terus masuk tanpa banyak songeh!
  2. Abu Jahal – Apabila RasulAllah kata marilah masuk islam... dia berkata... “kalau kau cerita lagi mengenai islam wahai Muhammad, aku bunuh kau....!
  3. Abu Mutalib – Apabila RasulAllah kata marilah masuk islam... beliau berkata..... “bagus islam ni.... kau buat la.... aku sokong....” (sampai akhir hayat pun tetap tak join!)
  4. Abu Khufafa / Saidina Omar – Apabila RasulAllah kata marilah masuk islam.... mula-mula beliau berkata....” Kalau kau cerita lagi pasal islam wahai Muhammad, aku bunuh kau.....!” tapi setelah memahami islam beliau berkata.... “Kalau kau cuba hina islam.... aku bunuh kau....!”