Tips buka minda

  • Saya belajar tak tinggi tapi saya punya impian untuk berjaya dalam hidup sebab itulah saya rebut peluang ini!
  • Ramai antara kita seakan “malu” hendak duduk dan pantau keadaan kewangan semasa kita oleh kerana “takut” melihat keadaan kewangan yang tidak mengizinkan

  • Saya rasa dengan peluang ini saya dapat bantu ibu-bapa saya untuk merasai nikmat kehidupan!

  • Dengan modal RM600 (sekali) boleh dapat RM1000.00 tiap tiap bulan kira oklah tu! Dan kerjapun tak susah mana!

  • Saya tak sanggup untuk melihat kesusahan sebab itu saya rebut peluang ini, biarlah apa orang nak kata, saya susah orang tak tahu!

  • Saya ajak awak sebab awak kawan istimewa saya itu sahaja!

  • Awak rasa hidup awak dsaah ok? Kebebasan masa, kebebasan kewangan awak dah ada? Jika belum, ini peluang terbaik awak untuk mencuba!

  • Awak nak tak kalau boleh beli rumah impian awak dengan hanya bermodalkan RM3500.00?

  • Awak rasa jika 2 orang pun dalam dunia ini yang tak boleh percaya kat awak, awak sedih tak?

  • Semasa awak masih belajar lagi pada saya awak sudah perlu ada sesuatu yang boleh memberikan income pada awak!

  • Saya dulupun tak pandai, tapi saya percaya kepada kebolehan saya!

  • Awak tagu tak bahawa saya lihat awak ada kebolehan dan kehebatan?

  • Dulu sayapun tak suka perniagaan ini tapi bila saya cuba, baru saya tahu betapa indahnya ‘networking’

  • Pada saya ramai orang tolak sebab mereka tak faham betul-betul ‘networking’ ni!

  • Kalau awak malu tak apa, tapi awak boleh beri peluang ini kepada adik-beradik awak yang lain

  • Pada saya jangan sia-siakan aset yang awak ada, maksud saya kawan-kawan awak

  • Awak percaya tak kepada TAKDIR HIDUP? So cubalah peluang ini!

  • Kalau nak kata tak cukup duit, sampai bila-bilapun takkan cukup, saya pun macam awakjuga dulu!

  • Hari ni awak sihat, bayangkanlah bila awak sakit dan tak ada duit!

  • Saya percaya awak orang yang positif sebab itu saya jumpa awak!

  • Selagi awak tak terjun, awak takkan tahu petapa mudahnya perniagaan ‘networking’ ini!

 

MLM itu piramid skim???

 

Sebagai usahawan Multi Level Marketing [MLM], ungkapan sedemikian sering kedengaran daripada mulut prospek tajaan anda terutamanya daripada kalangan ahli keluarga serta sahabat-handai apabila anda cuba membuka suatu peluang yang baik kepada mereka.

"MLM adalah PIRAMID...?".

Sebenarnya ini adalah merupakan suatu tanggapan yang negatif terhadap MLM. MLM adalah MLM, dan SKIM PIRAMID adalah SKIM PIRAMID, dua benda yang amat berbeza. SKIM PIRAMID adalah bukan MLM, dan MLM pula adalah bukan SKIM PIRAMID. Tetapi harus diingati, sememangnya ada SKIM PIRAMID yang bertopengkan MLM yang cuba mencemarkan nama baik MLM di mata umum. MLM sebenarnya adalah suatu sistem keusahawanan yang murni dan mulia. (Ini merupakan suatu topik lain yang panjang lebar untuk dibincangkan di sini)

Ramai yang saya temui, memandang negatif kepada MLM, sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu apa itu MLM dan apa itu SKIM PIRAMID. Mereka berkata... "Ah... MLM semua sama je... Semuanya PIRAMID."

Apabila mendengar jawapan sebegitu, aduh... telinga saya mula berdesing, tapi saya cool sahaja. Ini kerana saya tahu orang itu memang jahil dan tidak tahu apa itu MLM yang sebenarnya.

Kebiasaannya saya akan bertanya kembali kepada mereka : "Apa itu PIRAMID yang anda maksudkan ?"

Dia sendiri pun terkebil-kebil dan tidak tahu apa hendak dijawab. Apabila saya mendesak lagi : "Apa dia PIRAMID tu, yang menyebabkan anda tak suka dan "allergic" ? Lalu dia menjawab : "Ya lah, PIRAMID la. Kita buat-buat nanti orang atas kaya. Kita buat kerja untuk orang atas."

Maka fahamlah saya maksud PIRAMID mengikut definasinya ialah, "kita buat kerja untuk orang atas" atau "orang atas kaya disebabkan kerja kita".

Kalaupun betul MLM adalah PIRAMID (seperti mana yang difahamkan dalam dialog tadi), apa salahnya. Saya lantas berkata : "Kalau anda tak suka PIRAMID, maka anda kena berhenti kerja (resign) dari tempat anda bekerja sekarang ! Sambil terkebil-kebil beliau menjawab : "Kenapa pula begitu ?" "Ya lah, kena resign sekarang sebab anda tak suka PIRAMID."

Tahukan anda, PIRAMID yang paling besar adalah majikan anda. Anda kerja macam mana rajin pun, gaji anda TIDAK boleh melebihi gaji Boss anda. Walau sekuat mana anda bekerja pun, anda TIDAK akan menjadi JUTAWAN. Bahkan pemilik syarikat anda atau majikan anda setiap tahun mampu menukar kereta mewah! Jadi kalau anda tidak suka kepada sistem piramid, mulai sekarang berhenti dari makan gaji yang mana anda mungkin sudah 20 tahun atau 30 tahun bekerja dengan baiknya demi untuk memperkayakan Boss atau Majikan anda. Anda masih lagi tidak cukup wang. Setelah 30 tahun bekerja, wang sebanyak RM 2449.00 untuk memulakan perniagaan burger pun tidak ada. Sayangnya... Adilkah sistem di tempat kerja anda ???

Namun MLM tidak begitu. Walaupun orang atas KAYA atau tauke syarikat menjadi semakin KAYA kerana usaha kita, itu biasa. Ini kerana di dalam dunia ini kita tidak boleh lari dari "Saling kaya-memperkayai antara satu sama lain". Selagi kita hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari dari sistem ini. Tidak ada seorang pun yang boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Tauke kasut mesti berkawan dengan tauke baju, sebab dia juga perlu pakai baju dan terpaksa mendapatkan baju dengan membelinya dari tauke baju. Begitulah juga sebaliknya..

Maka MLM pun sama. Upline Kaya atau Tauke Syarikat menjadi kaya, itu tidak menjadi masalah, sebab saya juga BOLEH menjadi KAYA. Inilah yang dikatakan "Win-Win Situation". Tidak seperti kerjaya makan gaji yang jelas PIRAMID. Yang mana Boss anda atau Majikan anda sahaja yang boleh jadi kaya. Dan kita pula, hanya jadi KAYAP sahaja selepas 30 tahun bekerja. Adakah ianya adil untuk diri kita???

Dahulu, semasa memulakan perniagaan MLM, setahun kemudian upline saya mendapat kereta mewah. Kawan saya terus berkata. "Tengok! Hasil dari kerja kuat kau, sekarang upline dah dapat kereta mewah." Saya menjawab : "Itu standard. Kau pun kerja kuat di office kau, sampai malam pun kadang-kadang stay back. Tapi Boss kau juga yang pakai kereta mewah. Engkau pakai kereta Iswara je." Dia menjawab : "Itu biasa... makan gaji"

Selepas setahun setengah kemudian, saya juga mampu memiliki kereta mewah. Saya berkata kepadanya : "Tengok! Melalui MLM, orang atas boleh memiliki kereta mewah, itu tidak penting bagi Aku. Tetapi yang penting ialah Aku juga boleh memilikinya" "Kau yang makan gaji, dari dulu kereta yang sama, bahkan Boss anda dah tukar kereta mewah berkali-kali. Tapi anda masih lagi kereta yang sama." "Kalau upline saya boleh berpendapatan RM 50,000 sebulan, akhirnya saya juga boleh mencapainya."

 

 

Jadi, yang mana satu PIRAMID ? Fikir-fikirkanlah...

Handling Phone Calls

Cool market Selalunya anda akan dapat feedback melalui phone call @ SMS. Cara yang paling mudah adalah beritahu prospek anda bahawa anda memerlukan setengah jam untuk explain tentang e-commerce dan tanya di mana dan bila prospek tersebut nak jumpa anda. Ingat! Anda kena buat prospek memerlukan anda bukan sebaliknya!... oleh itu tanya ‘dimana atau bila tuan nak jumpa saya’ bukan ‘saya nak jumpa tuan’!! Jangan sesekali cuba menerangkan dalam telefon kerana tanggapan yang diterima adalah salah dan anda Cuma membazirkan masa. Sekiranya prospek itu berminat dan bersedia dai akan jumpa anda. Kalau bukan maknanya dia saja-saja dan anda tidak memerlukan orang yang tidak serius dalam perniagaan ini. Beritahu prospek anda ini bukan bisnes seringgit dua... tapi seribu dua ribu sehari punya takkan nak cerita dalam telefon kot?!!! Anda mesti tegas tentang ni! Warm market Biasanya saya akan call kawan-kawan dan just kata nak jumpa dalam setengah jam.... kata ‘ada projek duit ni.... kalau kau tak nak datang.... aku pass kat orang lain... jangan menyesal!!!’ Saya tak akan cerita apa apa lagi..... kalau nak jumpa ... tu sahaja... take it or leave it!!!

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...sedih......

Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dah sedia..... Seminggu sebelum tu..... mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ..... kengkadang siaran indonesia ... mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet. .. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain.. mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar... kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.. Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL..... mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pi hospital.... . dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor... ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju... .. mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... .. Mak..... amponkan kami semua... kami nak mak sehat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak.... Mak..... Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawab pula... kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kiter sampai.... mak buat kenduri kesyukuran.. ... Dan kiter masih ingat lagi... bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..... Punya la kiter takut... kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong.... kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... Mak.... tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan ... ampon kan kiter.... Mak..... Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang.. kosong. ...sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...... terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. .... Mak..... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.... Mak..... Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih... kiter rindu kat mak..! Takpa la.... nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya..! Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... . Semua anak2 mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak.... masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak... kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk... anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu... cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap.... masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu... kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan ...? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis..... Mak tau tak.. di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..... Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan .... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter bgtau... simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak... kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu... sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. Sekian terima kasih, Yang Benar Anak mak yang dah tak degil surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Table Talk Power

Persediaan untuk table talk:- 1.Niat- Ikhlas dan doa 2.PDK- Pergi Dengan Kelainan. Keluar rumah dengan niat berserta keluar dengan kaki kiri dulu. 3.Tools- Majalah/Bonus statement/Skrip Pelan Pemasaran/Fail motivasi. (dapatkan naskah tersebut dari upline anda @ dari HQ.) Contoh skrip untuk ekspress table talk [15 minit closing]:- Kita gunakan kaedah NLP (Neuro Linguistic Programming method), Time Line Therapy® dan juga Hypnotherapy. Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious). Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar. Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut. Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merealisasikan perancangan itu. Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur… Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda. Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi! “Subconcious mind” merupakan salah satu kunci kejayaan seseorang. Secara lumrahnya setiap gerakan yang kita buat adalah berpunca daripada akal fikiran. Seandainya kita telah menanam dalam fikiran kita untuk mendapat sesuatu benda atau kejayaan , insyallah sesorang itu berupaya mencapainya. Kejayaan ini adalah disokong dengan setiap pergerakan dan fokus fikiran kita untuk mencapai matlamat tersebut. Begitu juga kepada usahawan 2 yang berjaya. kebanyakkan yang telah berjaya adalah terdiri daripada mereka yang pernah menempuh kegagalan. Dengan pengalaman kegagalan, mereka telah meningkatkan subconcious mind untuk mengandakan kejayaan. Dengan demikian mereka sentiasa berusaha kearah matlamat yang hendak dicapai tanpa mengira halangan di hadapan. Kaedah ni selalunya digunakan oleh Pegawai tentera untuk program minda tentera. Boleh jugak dalam negotiations process dengan program minda prospek dan juga digunakan untuk program minda anak kita! Kaedah ni sangat powerful! Apa itu NLP? Neuro Linguistic Programming (NLP) adalah satu seni dan sains menggunakan “bahasa minda” untuk menghasilkan sesuatu keputusan yang konsisten kepada keputusan apa yang anda mahukan, juga digunakan untuk menambahnilai kemampuan ke arah kecemerlangan dalam apa juga yang anda mahu lakukan. Kita juga lakukan Time Line Therapy®. Apakah itu? Satu kaedah revolusi yang dibangunkan oleh Dr Tad James dengan menghakiskan emosi negatif dan pembatasan pemilihan dan ini adalah lebih kepada asas penetapan matlamat. Hypnotherapy? Ini pula adalah satu jenis cabang seni yang mana kita “berinteraksi” dengan minda tak sedar prospek kita demi untuk menambah nilai kualiti hidup. Ok.... cara-caranya.....
  1. Perkenalkan diri anda kepada prospek.
  2. Tanya background prospek untuk detect hot button @ soft button prospek. Dari sini kita sudah tahu bagaimana nak attack minda separa sedar prospek.
  3. Tanya prospek:-soalan 1: Jika kita dapat RM 20K sebulan hidup kita boleh berubah atau tidak?soalan 2: Kalau 20K sebulan, saya percaya tentu kita boleh settlekan segala hutang piutang kita mahupun sanak saudara kita.soalan 3: Kalau ada RM20K sebulan, boleh tak kita pergi holiday? Umrah? Haji? Beli kereta baru? Tolong mak ayah, sanak saudara kita yang kena bencana alam @ kena sesuatu emergency.... atau mungkin boleh digunakan untuk anak bini kita guna pada ketika kita terlantar sakit! Bukan mintak.. tapi kemungkinan untuk terjadi tu tetap ada. Betul ke tak betul?soalan 4: Kalaulah saya ada satu business yang boleh dapat RM20K nak join @ tidak? Kalau TIDAK adalah jawapan abang maka kita berhenti di sini sahajalah sebab tak guna saya pecah rahsia jika abang tidak bersetuju nak join.p/s1: (jika TIDAK adalah jawapannya…. Bayar air yang kita order di kedai tu dan terus meninggalkan kedai tersebut secepat mungkin. Biarkan prospek termanggu dan tertanya-tanya pada dirinya sendiri. Sebab kekadang ada yang sudah jadi ahli uptrend sengaja hendak kenakan kita ataupun nak tengok style kita buat tabletalk dan yang paling ramai ialah yang sengaja nak buang masa kita. Sebelum dia membuang masa kita, kita harus terlebih dahulu selangkah dari tindakan dia!) Tapi sebelum kita meninggalkan prospek tersebut, kita perlu cakap dekat prospek… Jika abang masih nak tahu rahsia ni, the next time abang kena standby RM1500 siap siap then saya cerita. Kalau tidak adalah sia sia saja perjumpaan kita ni. Saya tak kenal abang dan abang tak kenal saya... jadi saya anggap ini the first and the last lah kalau abang tak rebut peluang ini. Tawaran sekarang utk saya cerita rahsia ni adalah percuma. Peluang hadir pada ketika kita tidak bersedia. (Perlu diulang beberapa kali ayat seperti ni kerana kita tengah dok bukak minda dan memprogram minda separa sedar prospek kita untuk bersetuju dengan kita. Sebenarnya kita ‘dalam proses’ membuang segala aura, dan kuasa, pemikiran negatif yang berada di fikiran prospek kita dengan meng-ia-kan apa yang kita nak cuba ceritakan. Ayat power yang lain seperti YOU DO THE SAME YOU STAY THE SAME, OK KE TAK OK? AM I RIGHT?, JANGAN MASUKLAH ABANG NANTI ABANG KAYA!! Ayat JANGAN kena mainkan selalu sebab kita mengusik emosi dia.... kita sindir sinis kata jangan masuklah sebab nanti kaya. Perkataan JANGAN itulah yang akan menghantui dia. Hakikatnya pada ketika itu, minda sudah bersetuju nak join tapi perkara negatif spt was-was,ego, kalau tak jadi.... masih menyelubungi hati.) Ada Masa tapi takde duit...... Cth: orang makan gaji.   Ada Duit tapi takde masa..... Cth: Doktor, tauke kedai makan  Takde Masa tapi takde duit...... Cth: Orang buat buat sibuk   Jadi dalam bisnes ni.... Kita tak perlu korbankan salah satu untuk dapatkan salah satu!
Bila dia cakap YA, teruskan dengan tunjuk statement [guna VAK @ Visual, Audio,Kinestetik] Visual.... ketika gerakkan pen sambil tunjuk statement kita pada prospek... perhatikan mata prospek.... kalau dia dok ikut je kemana pen kita pergi maka dia sudah under influenced kita dan kita harus create minat dia lagi. Minda separa sedar dia sudah di tawan.... tapi hati dan pemahaman dia belum lagi. Audio.... percakapan kita menghasilkan audio @ bunyi... maka permainan intonasi suara kena buat. Dengan audio pun minda separa sedar prospek kita sudah mula berangan yang benda ini mudah, senang nak buat duit dan itu akan menghasilkan minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Kinestetik.... adalah sentuhan. Sentuhan samada melalui tepuk bahu @ belakang prospek..... mahupun salaman selama paling kurang 7 saat mampu transferkan aura keyakinan kita kepada prospek! Kalau boleh amalkan... InsyaAllah menjadi... kalau hari tu dia tak sign-in..... tak lama lagi PASTI sign-in... kalau follow up terus dibuat. Cakap dekat prospek…. Sekarang kita sudah berada di dalam 2 keadaan samada HARI INI DALAM SEJARAH @ HARI INI KITA BUAT SEJARAH! Cakap dekat prospek, saya bukan nak jual produk, saya cuma nak bentang peluang untuk abang. Terserah dekat abang nak merebut peluang ini ataupun tidak. Abang bebas untuk memilih yang mana abang nak. Jikalau abang nampak ini adalah satu peluang keemasan yang mampu merubah kehidupan abang… maka abang rebutlah. Tiada sesiapa pun boleh menghalang abang dari membuat satu keputusan. Jika tidak, peluang ini akan pergi begitu sahaja bersama sama saya kerana saya sudah merebut peluang ini. Maka di sini jika abang bersetuju maka kita buat sejarah bersama sama. Kalau tidak, maka hari ini akan menjadi satu sejarah kerana abang tidak merebut peluang ini. Dan Hanya Allah saja tahu bila peluang ini akan berulang kerana peluang selalunya hadir pada ketika kita tidak bersedia. Adakah abang ready untuk meneruskannya? Jika YA, kita teruskan; jika TIDAK, kita berhenti di situ. Nak buat apa apa bisnes pun mesti kena ada modal asas. Betul ke tak betul? Nak buka stall burger pun kita perlukan modal untuk beli stall. Betul ke tak betul? Jadi untuk memulakan bisnes ni pun semestinya memerlukan modal. Saya perlukan jawapan jujur dan ikhlas dari Abang. Antara RM7000, RM 3500 dan RM1500 yang mana satukah yang abang mampu keluarkan sebagai modal asas perniagaan ni? Pastikan prospek anda pilih mana mana satu dari pilihan tu. Kalau prospek tidak mampu, maka kita berhenti setakat itu. Selepas prospek memilih pakej e-kedai, teruskan bercerita tentang marketing plan pakej yang dipilih prospek. Dengan [RM7000/RM3500/RM1500], abang akan dapat kemudahan spt berikut: 1. Keahlian. 2. Produk fizikal. 3. Produk virtual. 4. E Wallet. 5. Jana pendapatan. *** Guna ayat perkenal Biz Partner untuk ganti perkataan “cari ahli”*** Tunjuk structure balanced & unbalanced + potensi harian & bulanan. Jual potensi dahulu! Sambung ke structure Platinum. In case kita boleh closing Platinum. Kekadang minda tu dok nampak Bronze. Tapi bila cerita tentang Platinum, dia ubah fikiran kepada Platinum pula! Closing. Adalah satu kerja sia sia jika segala presentasi sebelum ini cukup baik manakala kita lemah dalam membuat closing. Paling penting dalam table talk adalah closing. Itu yang menentukan prospek tu nak BAYAR pakej apa dan secara tidak langsung menentukan berapa bonus yang kita akan dapat dari transaksi tersebut! Cuba bercerita something yang bukan di depan mata prospek, sesuatu yang dia tak nampak. Layan emosi prospek.Cerita tentang kehidupan. Attack minda separuh sedar prospek. Contoh cerita.... KISAH SAMPAN. Dalam hidup anda ada 3 orang yang 300% anda sayangi dunia dan akhirat ni iaitu Isteri, Anak dan Ibu. OK katakan anda hendak ke satu pulau bersama mereka dan anda dapat sediakan dekat dorang satu sampan yang akan di kayuh oleh anda. Selepas di pertengahan perjalanan tersebut tetiba anda mengesan ada satu lubang di tengah sampan tersebut & air telah masuk ke dalam sampan tersebut. Masalahnya sekarang anda perlu buang salah seorang dari penumpang samapan tersebut in order nak bagi sampai tersebut selamat sampai di seberang. Siapakah yang anda nak buang? Kesemuanya kita sayang.... termasuk DIRI KITA SENDIRI!!!! Siapa yang PERLU dikorbankan? Jawapan? Abang perlu buat satu keputusan tegas.... demi masa depan abang walaupun yang nak buang itu adalah ibu abang!!! Tapi sebelum tu... jika dia pilih sesiapa sekalipun... kita attack hot button @ soft button dia. Bagi kesedaran dekat dia.... yang pada ketika masih lagi dok was was, sangsi, minat tapi tak nak keluar modal. Jika dia memilih diri sendiri menjadi korban... maka tempelak sinis dengan mengatakan.... Abang ni pemimpin jenis mana kah di dunia? (guna intonasi suara). Sanggup korbankan diri..... macama pulak dengan kehidupan orang tersayang abang selepas abang mati? Bagaimana abang? Jika Isteri..... anak.... ibu.... attack macam tu jugak. Memana jawapan yang dia bagi mesti dia kena balik!!!! Abang perlu buat keputusan yang penting samada suka ataupun tidak. Dan abang kena bertanggungjawab terhadapa segala keputusan yang abang nak buat tu seumur hidup abang. Saya ambik contoh Mawi... hanya dengan satu keputusan yang mudah... iaitu berkata YA kepada audition AF3 dan kini siapa sangka mawi dapat menjadi jutawan dalam masa 6 bulan selepas habih AF3!!! Bukan soal rezeki semata mata, tapi kesempatan peluang yang terhidang di depan mata, dia tidak melepaskan peluang itu dari terlepas. Manakala hasil usahanya juga menentukan dia menjadi lebih baik selain dari peluang yang telah terhidang di depan matanya. Jika abang tidak mampu buat keputusan, maka maaf cakap bahawa kehidupan abang akan TETAP SEPERTI INI dan ini adalah realitinya! Betul ke tak betul? Jadi abang kena buat satu keputusan YA @ TIDAK samada abang suka ataupun tidak. Ini adalah masa depan abang, bukan masa depan saya!!!. Orang kita hanya akan bertindak apabila masalah ada sudah terjadi. Kenapa tidak pada ketika ini, ketika kita tidak menghadapi krisis yang besar? Jika YA, abang isi form ni abang. Jika tidak... Abang fikir kembali adakah kehidupan abang pada masa kini mampu kekal bertahan untuk masa depan? Tujuan cerita ni adalah untuk membuka minda prospek yang masih ragu ragu untuk masuk dalam program kita. Jika YA... tanya bila nak bayar. Jika on the spot, collect duit. Jika mintak tangguh, mintak deposit dan tulis tarikh janji pembayaran di form tersebut!. Jika masih lagi TIDAK... attack HOT BUTTON @ SOFT BUTTON prospek..... attack kehidupan lagi.