Prospecting

Tiga jenis market:-

Hot market

Terdiri daripada anggota keluarga serta kawan paling rapat. Dalam 10 – 15 orang sahaja!

Warm market

Terdiri daripada kawan-kawan, jiran tetangga, rakan sekerja dan antara kenal & tak kenal. Dalam 50 – 200 orang sahaja

Cool market

Terdiri daripada orang awam. Jumlahnya “INFINITI!”

Ramai orang gagal kerana memilih HOT MARKET sahaja yang mana bilangannya serta potensinya terhad! Ramai pula yang memilih WARM MARKET dan gagal juga kerana golongan ini tahu latar belakang kita dan biasanya memberikan tamparan negatif seperti”

“Kau buatlah dulu, dah kaya boleh aku pinjam duit...”

“Jangan nak temberanglah.... kau pun takde apa apa pun lagi....”

Dan sebagainya.

Kalau anda memilih COOL MARKET maka anda adalah orang yang bijak dan akan berjaya kerana:

ada banyak potensi seperti usahawan, lawyer, doktor, salesman dan sebagainya dan yang paling penting mereka menghormati anda kerana belum kenali @ rapat sepenuhnya! Flyers @ SMS power adalah cara yang terbaik untuk menarik golongan ini....!

 

Bagaimana Meningkatkan Getaran Tenaga Positif Dalam Diri - Part II

Assalammualaikum bloggers! Pekabar? Bersua lagi kita. Di artikel kali ini, saya akan sambung tulisan dari artikel lepas mengenai cara untuk meningkatkan tenaga positif, untuk membuatkan kita lebih berfikiran positif lalu bertindak positif. Dalam erti kata lain, ia adalah tips, teknik dan cara untuk membangkitkan "mood" gembira. Bila gembira, tenaga positif akan meningkat dari yang sebelumnya. Dah sedia? kita bermula dengan.. Langkah Kedua. Untuk meningkatkan tenaga positif diri anda, jadikan meditasi sebagai rutin harian, 10 minit sehari. Meditasi, nama lainnya, bertafakur. Bila bertafakur dan menenangkan diri, keberkesanan sesi tafakur sebenarnya bukan terletak kepada beberapa lama kita bermeditasi, tapi pada gelombang mana kita minda berada, Maksud saya di tahap gelombang mana gelombang minda anda semasa meditasi, sama ada di tahap gelimbang alfa, beta atau theta. Mengenai gelombang minda, saya selalu gunakan satu website sebagai rujukan. Klik Di Sini untuk melihatnya. Saya buat begini : mula-mula pejamkan mata, tarik nafas dan hembus 5 kali, tenangkan diri setenang yang mungkin. Katakan pada minda, saya mahu berada dalam keadaan khayal. Untuk ke sampai ke tahap itu, saya berzikir dulu sebanyak yang mungkin. Proses ni memakan masa 10-30 minit. Tapi, awas, boleh tertidur dibuatnya! Jika kita bertafakur dalam gelombang theta (keadaan khayal macam nak tertidur) sekurang-kurangnya hampir 10 minit sehari, ia memberi impak yang besar. Emosi Akan Lebih Terkawal Dan Anda Mampu Buat Keputusan Dengan Lebih Rasional. Sebelum bermeditasi, perlu tentukan dulu gelombang minda yang mana satu anda mahu "pakai" ketika bermeditasi, sama ada beta, alfa atau theta. Hati-hati. Kesilapan dalam meditasi akan memberi kesan buruk pada diri, kewangan dan kesihatan anda. Buat dengan niat untuk menenagkan diri dan mahu belajar mengawal diri. Ketika meditasi, jangan layan sakit hati, geram atau terbayang-bayang wajah orang yang kita tak puas hati dengannya. Paling senang, bersangka baik. Tu saja. Ceriakan diri anda setiap hari supaya minda dapat "menangkap" kegembiraan apa yang anda fikirkan dan menciptakan situasi-situasi yang menyenangkan anda. Kalau asyik berfikir pasal masalah atau layan rasa geram, sakit hati dan marah, situasi diri anda akan menjadi lebih teruk! Anda adalah apa yang anda fikirkan. Kalau nak happy, fikirkan apa yang boleh membuat anda happy, fikirkan tentang orang yang anda rasa happpy bila bersama dengannya, bila membaca email darinya atau bila menatap wajahnya, walaupun hanya gambar kecil di skrin komputer. Jika makanan dapat memberi tenaga pada fizikal kita,begitu juga minda. Ia ada makanan "khusus". Untuk minda pula, kuasanya semakin kuat hanya dengan santapan rohani - zikir, meditasi dan ketenangan diri. Kuasa minda akan semakin meningkat bila diri kita semakin tenang. Langkah Ketiga untuk meningkatkan getaran positif ni, perlu awasi segala apa yang anda makan. Kalau kita makan makanan yang tak berapa berkhasiat dan banyak toksik, maka ia menyumbang kepada mood yang tak baik. Itu membuat mood kita berubah-ubah. Pagi, bersemangta, bila petang, malas dan tak bertenaga. Begitu juga dengan sumber makanan, sebaiknya elakkan dari memakan apa-apa makanan yang sumbernya haram (seperti mengambil makanan orang tanpa izin atau duit yang digunakan untuk membeli makanan tu datang dari income yang tak halal) sebab makanan tersebut akan memberi energi negatif pada tubuh, seterusnya minda kita. Kalau boleh, sebelum makan makanan milik orang lain, minta izin terlebih dahulu. Hafiz Quran amat teliti dalam memilih pemakanan mereka. Langkah Keempat, awasi keadaan sekitar anda. Untuk menigkatkan getaran tenaga positif, kita perlu selalu melihat-lihat sekeliling. Sedar atau tidak, secara tak langsung keadaan sekitar juga mempengaruhi mood seharian. Perhatikan tempat anda melakukan ibadah, cemana keadaannya, bersih atau tidak, tersusun ka tidak, warna sekeliling dan susun atur hiasan dalaman di dalam rumah atau di dalam bilik. Perhatikan juga bagaimana persekitaran tempat kita bekerja. Susun atur perabot, fail, buku, alat tulis, monitor komputer dan kelengkapan lain mempengaruhi mood kita. Mana satu yang anda lebih suka, yang bertabur atau yang tersusun kemas? Sekirannya anda mempunyai mood yang tidak menentu, cuba lakukan perubahan pada hiasan dalaman rumah ataupun tukar warna dinding kediaman anda kepada warna-warna yang dapat memberi ketenangan jiwa. Warna yang sesuai adalah seperti biru, kuning dan hijau. Konsepnya ringkas saja, warna yang cerah akan bertindak sebagai terapi diri dan dapat meningkatkan keceriaan. Kalau boleh, pakai baju yang berwarna cerah. Warna pakaian menyumbang kepada warna aura, mood serta corak aura seseorang tu. Jika anda gembira dengan warna itu, ia akan turut sama mempengaruhi orang lain. Warna kuning sering dikaitkan dengan keceriaan. Warna Oren pula di kaitkan dengan kegirangan dan keyakinan diri. Patutlah Dr Tuah Iskandar selalu pakai kot warna cerah macam kuning, merah, pink, putih dan hijau. Biru, dikaitkan dengan ketenangan air laut, daya intelektual dan keyakinan diri yang tinggi . Saya suka biru, tambahan pula warna air kolam renang juga biru!. Warna Biru Laut dah lama menjadi kegemaran saya sejak kecil hingga sekarang. Tapi, tak la semuanya pada diri saya "biru".. Langkah Kelima, tatap gambar-gambar yang menyenangkan dan mampu meningkatkan memori bahagia atau yang membuat anda senyum kegirangan. Ketawa sendiri? Itu lebih baik. Sekirangnya kita dalam keadaan murung dan bad mood, (contohnya sebab sale hari ini tak seberapa, kena marah bos, girlfriend merajuk tak tentu pasal dan anda merasa lemas-lemas tak tau sebab apa) cuba ambil album dan lihat gambar "dolu-dolu". Dengan berbuat begini, ia akan membuat anda gembira. Bila kita gembira, tenaga positif dalam diri kita akan bertambah. Selain gambar, ia juga melibatkan apa yang sering kita dengar, ayat-ayat yang selalu kita baca dan motto diri kita. Apa Motto Yang Mewakili Diri Anda? Bagi saya, sebelum pergi buat kerja depan komputer, saya dengar lagu wajib dulu, banyak kali. Apa dia lagu wajib saya tu? Jangan bagitau orang lain tau, anda sorang saja yang tau. Ni dia : Drive - Incubus Stay The Same - Joey McIntyre ( Joey Makan Tayar) Upps! You Raise Me Up - Josh Groban The Calling - Wherever U Will Go Bila saya dengar semua lagu ni, membuat diri saya bersemangat, terutamanya lagu Drive nyanyian Incubus yang "ngam" pada diri saya. Secara jujurnya, saya suka menyanyi bila menaip, menulis atau buat apa saja. Ia membuat saya gembira dan bersemangat sepanjang hari. Cuma, saya tak suka menyanyi bila memasak di dapur, sebab saya masak Maggi.. Cemana dengan lagu Rock? saya juga minat sangat. Artis yang saya hafal lagunya satu album, Sheila On 7, sebab lagu-lagu diorang ni bertenaga dan sesuai dengan diriku ini. Dengar suara Duta ja membuat kepala saya bergoyang, jari bergetar dan kaki saya berhentak mengikut irama muzik yang dinyanyikannya. Kesemua lagu dalam 7 album diorang saya hafal. Minat punya pasal. Ok, sebagai rumusan, itulah dia 5 Kaedah Untuk Meningkatkan Getaran Positif atau 5 kaedah macamana nak bangkitkan "Happy Mood". Dengan mempraktikkan 5 kaedah ni, ia membuat kita untuk jadi lebih gembira di hari ini, esok, lusa hingga ke hari-hari seterusnya. Bila gembira, anda akan lupa segala perkara yang menyakitkan hati, geram dan segala apa yang anda takut untuk menghadapi. Tetapi.. Jangan Paksa Diri Anda Untuk Jadi Gembira. Jangan buat-buat gembira semata-mata sebab nak lepaskan tension, kerana kita akan buat perkara yang tak ketentuan dan perkara yang seakan-akan bodoh, melulu dan kurang tepat. Biarkan rasa gembira tu bangkit dengan sendirinya. Let it be natural. Gunakan 5 langkah yang saya share di sini untuk membantu diri anda menjadi lebih gembira. Believe me, i've been there.

Bila Hari Anda Terganggu. Adakah Saya Diganggu?

Saya sungguh sibuk hari ini. Pagi tadi tak dapat gi swimming sebab tolong tuan rumah saya. Dia buat parti hari jadi untuk seorang kawannya. Dari malam tadi, ramai orang di rumah kami. Kebanyakan dari kawan rapat tuan rumah saya berbangsa Filifina. Diorang ni masing-masing ada gerai sendiri di pasar malam. Pendek kata diorang ni semua peniaga kraftangan seperti tuan rumah saya juga. Business women. Herannya, diorang asyik bercerita sambil buat kerja, tak putus-putus! Cemana diorang dapat idea? Ada saja yang dijadikan "modal" berbual. Kalau saya, bersembang sekejap pun kekadang mati akal sebab takde lagi nak disembangkan. Kering idea! Jam 10 pagi saya ke perpustakaan negara. Sejuk kat dalam tuh! Tiap hari Isnin, memang saya peruntukkan masa untuk ke sana. Point di sini, kalau kita buat sesuatu, Sediakan time limit. Lagi satu, sediakan back-up plan, perlu letak matlamat. Tanya diri untuk apa kita buat perkara tu,bila nak disiapkan dan berapa lama masa diperuntukkan. Plan A dan Plan B. Saya ke library untuk cari bahan, kumpul lebih banyak keywords dan headlines. Oleh kerana tuan rumah minta tolong di dapur, terpaksa tangguhkan. Di situlah baru saya sedar pentingnya "Back-Up" plan. Kalau perancangan asal tak menjadi, perlu rancang apa yang dibuat untuk mengisi masa tu. Kelmarin,saya tolong dia juga. Dalam masa yang sama, saya menaip di bilik dan membalas beberapa email yang datang dari pelanggan. Ini membuatkan saya ulang-alik dari dapur ke bilik, kemudian dari bilik tidur ke dapur. Saya tak masak, cuma menolong buka tin dan buat apa yang tuan rumah saya tunjukkan. Tapi tak lama. Walau begitu, buat saya rasa terganggu. Jika anda rasa terganggu bila bekerja (sebab ada orang minta tolong), lakukan apa yang boleh untuk "melayan" gangguan tu dulu. Jangan tangguhkan, kerana ia akan lebih menggangu. Buat terus! Selalunya gangguan ni sementara saja. Bila dah habis buat semula kerja yang asal. Bergantung pada situasi. Cara yang lebih baik, sediakan satu buku LOG KERJA. Stail saya, saya buat Business Log. Tulis dan rekodkan (atau taip) semua kerja-kerja anda mengikut tarikh. Kebaikannya, anda boleh track apa yang dibuat dan apa yang telah dilaksanakan. Disiplinkan diri untuk menulis aktiviti kerja anda setiap masa. Tujuannya, supaya Anda Tak Jadi Bingung, Hilang dan Rasa Tertekan Akibat Gangguan Tak Dijangka Yang Datang Secara Tiba-tiba. Saya faham bila, memang tension kalau tengah syok bekerja tetiba ada orang kacau. Siapa yang suka dikacau tiba-tiba? Anda suka? Jadi, tulis semua, termasuk website yang anda browse, blog mana yang anda post komen (kita tak dapat ingat semuanya!) dan alamat website yang baru ditemui atau "memberansangkan". Kadang-kadang idea timbul bila melihat website yang kita terjumpa tu. Perkara ni banyak kali terjadi pada saya. Nak baca sampai habis, tak cukup masa. Jadi, saya tulis dalam buku LOG alamat websitenya. Bila di waktu renggang, baru saya gi tengok. Satu lagi, tadi sewaktu keluar dari library, handphone saya pula kehabisan bateri. Bateri kedua pula takde. Aha! Point lagi! Handphone amat penting bagi komunikasi. Saya gunakan fungsinya 100 % untuk berkomunikasi melalui SMS dengan pelanggan saya selain menggunakan email. Lagipun fungsi canggih seperti kamera, MP3, MMS dan Video yang terdapat pada model handphone lain jarang saya gunakan buat masa ini. Saya mahu gunakan untuk komunikasi sahaja, bukan untuk gaya hidup. Dengan cara memberikan nombor telefon saya untuk di SMS, barulah pelanggan "trust". Selain itu, respon saya pada mereka pun lebih cepat berbanding dengan menggunakan email. Kebaikannya, saya tak perlu lagi buka komputer, hidupkan modem dan log in ke Inbox untuk baca email. Bila ada order masuk, saya buka email hanya untuk hantar eBook lepas check akaun bank. Tentang nama, jumlah bayaran, nama Bank dan alamat email pelanggan, telah di SMS lebih awal pada saya. Tak tau la kalau orang lain ada buat cara ni, tapi ni yang saya selalu buat. Apa pendapat anda? Bila sampai ke rumah, berpusu-pusu SMS masuk bila bateri dah charge. Ada juga yang heran kenapa saya tak balas-balas sampai 3 jam! Takut kena tipu customer tu. Oleh itu... Selalu Sediakan "Backup Plan"

The 8 Steps Every Internet Marketer Must Know!

Assalammulaikum, hai... Kali ini kita berbicara mengenai bisnes. Tip bisnes ini saya petik dari buku Corey Rudl, How To Create A Fortune On The Internet - in just 4 simple step. Selepas buku Sen Ze, itu buku kedua yang saya beli sewaktu mula-mula jual eBook melalui internet pada tahun lepas. Di sini saya share 8 tips yang dah dia uji dan memang berkesan. Saya juga dah ikut 8 step ni, dari tahun lepas sampai sekarang, tiap kali nak publish eBook baru. Are you ready? Lets start.. Here are the 8 Steps you must follow to start and grow a successful online business: 1. Find a hungry niche market — BEFORE you decide what to sell 2. Write compelling salescopy that draws in your visitors 3. Design a winning site that converts visitors into buyers 4. Use the 'Net's top search engines to drive tons of targeted traffic to your site 5. Tap into secret sources of cheap (and even free!) traffic 6. Use the power of email marketing to keep in touch with your visitors... and turn them into buyers! 7. Grow your business by selling new products to your existing customer base 8. Harness the power of affiliate programs for hands-free traffic... and sales! Ok, 8 langkah ni simple saja, tapi memang berkesan kalau buat dengan betul. Bagi anda yang buat bisnes internet dengan menjual maklumat atau seorang penulis eBook, 8 step ni memang amat berguna sebagai garis panduan... Jika anda seornag penulis eBook, copywriting yang power memang amat perlu. Tapi, ia diperolehi dengan kesabaran dan latihan menulis yang berterusan.

Cara Mengatasinya, Berbuat Baik Dan Bersangka Baik Pada Semua Orang Dalam Apa Jua Keadaan.

Anda takkan rugi apa-apa. Pujilah 3 orang setiap kali bila anda bangun di waku pagi, tiap hari. Biar rasa kagum tu meresap masuk ke dalam diri anda, sehingga anda kagum teramat sangat dengan orang tu.

Ini akan membuatkan anda akan rasa bersemangat dan mahu mencapai apa yang telah dicapai oleh orang yang anda kagumi itu. Simple saja, tapi memang mencabar, tak ramai orang boleh buat.

Begitu juga cara anda melihat kegagalan. Jika ia dilihat dari sudut negatif maka anda akan bersifat negatif. Tetapi jika melihat kegagalan dari aspek positif, maka anda sebenarnya sedang mendaki tangga kejayaan.

Oleh itu, anda harus peka dengan perubahan fikiran anda sendiri. Selalunya terjadi seseorang itu sering melihat perubahan persepsi orang lain daripada menilai persepsi fikiran sendiri. Pendek kata, cermin diri sendiri dulu sebelum kita kritik orang lain, lakukan muhasabah diri setiap hari.

Jika anda sering menilai kadar perubahan dunia fikiran sendiri, ia dapat membantu anda menstabilkan mood yang mungkin sering berubah. Ada beberapa kaedah membantu seseorang dalam menstabilkan 'mood' dan secara tidak langsung ia akan membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada anda serta masyarakat sekeliling.

Kaedah pertama, awasi fikiran anda.

Kerana, setiap fikiran sama ada positif atau negatif akan memberi kesan terhadap corak kehidupan yang kita lalui.